Monday, August 13, 2012

TERKINI!!! Tiga lagi Ahli Parlimen BN akan keluar parti – Lajim



BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.


“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.


Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.


“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.


Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.


Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian.Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.


Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.Kedahkini

Read more ...

JANJI DICAPATI UMNO!!! Jubah pun jadi bahan rasuah

Bukan setakat biskut raya bertin cop muka Zambry,sebotol kicap,sebungkus bihon berlogo UMNO BN....

Jubah buat tok imam pun dijadikan bahan rasuah UMNO Perak dibulan ramadan ini..


Gambar longgokan timbunan jubah rasuah raya buat tok imam dimasjid seluruh Perak ini dilaporkan berlambak di pejabat UMNO Taiping dan pejabat UMNO seluruh Perak.

** Dalam bulan ramadan umat Islam berlumba menambah amalan,begitu juga UMNO di Perak berlumba-lumba merasuah rakyat dengan memberi Jubah rasuah Janji Dicapati dengan harapan tok-tok imam dirasuahi, semoga undi Lanun lagi...hahaha....

Read more ...

UTUSAN EJEN FITNAH!!! Kerana 49.77 % saham utusan dikuasai UMNO



KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Akhbar Utusan Malaysia yang telah membuat beberapa laporan kontroversi mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengamalkan cara hidup gay dalam masyarakat majoriti Muslim dipunyai oleh Umno telah menyalahgunakan kuasa, kata Mahkamah Tinggi hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu hari ini memberitahu mahkamah Umno menggunakan dananya untuk menjadikan akhbar terbabit sebagai alat menyebarkan propaganda demi motif politik.


Ahli politik berusia 65 tahun itu hari ini memberikan keterangan terhadap pendakwaan kepada akhbar tersebut, yang pada Januari lalu telah menuduhnya sebagai seorang gay, dan menuduh beliau mengakuinya di TV ketika temuramah bersama British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.

 

Anwar berkata “49.77 peratus. Apa lagi nak disangsikan?” katanya merujuk kepada penguasaan Umno terhadap akhbar tersebut berdasarkan laporan tahunan 2010 Utusan.

Beliau memberikan jawapan balas kepada soalan peguambela Utusan Datuk Firoz Hussein ketika sesi soal jawab sama ada beliau bersetuju “lebih separuh” daripada senarai 30 pemegang saham adalah “jelas bukan ahli Umno.”


Anwar juga terus menyambung keterangannya dan berkata syarikat berhad tidak memerlukan pemilikan 100 peratus, sebelum bersetuju terdapat pemegang saham lain selain Umno.


Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju Umno tidak menguasai lebih dari 50 peratus pegangan saham, Anwar membantah dan menegaskan calonnya turut mempunyai kaitan dengan parti pemerintah.


Kemudiannya, apabila ditanya peguamnya, N. Surendran, Anwar berkata pemegang saham dengan penguasaan “lebih 30 peratus” akan “menguasai syarikat.”


Anwar menambah ahli lembaga pengarah Utusan adalah “bukti jelas Umno menguasai sepenuhnya” syarikat itu, dan berkata ahli lembaganya semua “daripada Umno.”


Anwar turut ditanya bagaimana beliau boleh mengetahui Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, yang merupakan ahli lembaga pengarah adalah wakil perdana menteri.


Anwar menjelaskan, Sharifuddin adalah pegawai media yang “dipercayai dengan tugas-tugas penting”, dan berkata beliau telah menjadi saksi dalam menandatangani perjanjian APCO.


“Beliau berada di dalam lembaga pengarah walaupun tidak memegang sebarang jawatan,” katanya kepada mahkamah.


Anwar pada Januari telah memfailkan saman, berjumlah RM50 juta terhadap Utusan sebagai akibat untuk menghalang Utusan dan editornya daripada mengeluarkan kenyataan yang sama.


Pada 18 Julai, Anwar mendakwa mahkamah “diketahui umum” Utusan Malaysia adalah milik Umno dan menerima arahan daripada Presiden parti.


Ketika sesi pendengaran sama, Anwar bersetuju homoseksualiti perlu diharamkan bagi memelihara kesucian perkahwinan, namun menjelaskan undang-undang purba perlu disemak bagi mengelakkan mereka yang tidak bersalah dihukum.


Awal tahun ini, Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila mahkamah memutuskan pendakwa tidak mempunyai bukti kukuh Anwar telah meliwat Saiful.

Sehari kemudian, Utusan Malaysia di muka depannya menggunakan tajuk “Anwar ulas isu gay”, dan mendakwa beliau berkata kepada BBC undang-undang homoseks di Malaysia ini bersifat “purba” dan tidak “relevan.”

Dalam dua artikel yang dikeluarkan Utusan, bekas pemimpin PAS Dr Hasan Ali turut dilaporkan memetik BBC menyelar Anwar kerana dikatakan menggesa homoseksualiti disahkan di negara ini.
 
  
Utusan board of directors work as Umno’s reps



azlan

Read more ...

SENARAI KENYATAAN PEMIMPIN UMNO HINA HUDUD!!! Bila DAP kata haram, adakah pemimpin UMNO hina hudud hukumnya 'harus'? Jawab la Tok Mufti



1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.


4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.


5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.


6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.


7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.


8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.


9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.


10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.


11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.


12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.


15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.


16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.


17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.


18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cuk Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di ksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.


20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.


1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.


3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)


Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.


Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.


Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.


1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)


Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)


1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001


2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.


Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. ~
siasahsikini

Read more ...

TARIKH PRU 13!!! Setember hingga Mac 2013, masa yang ada.......


Anda mahu tahu bilakah parlimen dibubar?


Apakah petunjuk yang ada sekarang sudah memadai buat perdana menteri PM Najib berani memanggil pilihanraya umum?


Fitnah kali kedua terhadap Anwar, gagal. Cemar imej Kedah dan Selangor pun gagal.


Mainkan isu air melalui SYABAS pun tak boleh jalan.


“Sebenarnya, Parlimen hanya akan dibubar jika PAS dan DAP berpecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3 tidak menjadi,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Sepatutnya, kata beliau Pilihan raya Umum ke-13 sudah berlangsung tahun 2011 tetapi suasana tidak mengizinkan kerana tidak menyebelahi pihak BN.


Beliau menegaskan, hubungan PAS dan DAP semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.


Justeru, ujarnya BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti itu, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan yang mana kerajaan Pusat akan tumbang pada PRU13.


Katanya, Umno amat memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam kerana undi Melayu sudah tidak lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda.


“Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Selama ini, kata Idris, Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai PAS, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.


Katanya lagi, kalau PAS-DAP tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.


Terbaru, ujar beliau kenyatan Ustaz Abdullah Sa’amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi DAP, kerana ia kafir harbi.


“Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah,” katanya lagi.


Malangnya, ujar Idris kenyataan itu telah memakan Umno dan MCA.


Katanya, rakyat mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta.


Menurutnya, penghinaan Presiden MCA Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Umno dari Johor, Ayub sebagai hilang akal.


Beliau menambah, MCA juga yang banyak menghina dan memperelkehkan Umno dalam isu hudud.


“Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA,” ujarnya.


Jelasnya, hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang tetapi tidak ada satu pun masjid, surau dirobohkan dan ustaz ditangkap.


Tambahnya, tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah.


Katanya, rakyat masih segar dalam ingatan yang mana Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, surau di Puchong Perdana ditutup.


“Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang khianat rumah Allah? kata beliau.


Justeru, katanya tidak ada apa yang rugi kepada PAS dan Islam kerana bertahaluf dengan DAP.


“Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkhianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa,” ujarnya.


Lagi Berita Berkaitan:

Tg Adnan: PRU 13 bukan Oktober

13 Ogos 2012

PUTRAJAYA -
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mungkin akan diadakan Oktober ini memandangkan umat Islam bakal menunaikan haji, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tarikh PRU13 terus dijadikan spekulasi oleh pelbagai pihak termasuk mengandaikan ia bakal diadakan pada bulan Oktober ini malah ada khabar angin mengatakan bahawa Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam.

“Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan.

“(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” katanya kepada media pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman bertempat di Medan Selera Presint 8, semalam.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, parti itu akan menganjurkan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 1 Septemberi ini.

“Rumah terbuka ini akan diadakan sekali gus bersama Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Read more ...

SAMAN PAS!!! UMNO gagal lagi


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu tahun lalu.

Hakim Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.


Di bawah seksyen itu, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.


Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Abdul Rauf Jusof selaku Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membawa kes.


Hakim turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.


Plaintif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, pengarangnya Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.Turut dinamakan ialah Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.


Mustafa ketika dihubungi berkata, hakim memutuskan bahawa pihak plaintif tiada "locus standi" untuk membawa kes tersebut.


"Hakim memang ada mengatakan bahawa ada unsur-unsur fitnah, tetapi pihak plaintif tiada locus standi untuk membawa kes," kata beliau.


Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, kes saman telah selesai.


"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.


"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.


Defendan diwakili oleh Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Mohd Hafarizam Harun (peguam Umno yang dikaitkan dengan skandal Emrail iaitu projek landasan keretapi Ipoh-Padang Besar).


Pada 14 September lalu, Mohd Zin memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin berkata Mustafa pada 15 Ogos 2011 telah ditemuramah oleh Khairul di mana Setiausaha Agung Pas itu didakwa telah memfitnah Umno berkaitan dengan wadah dan perjuangan politik mereka.

Read more ...