Monday, October 10, 2011

LAYAK KAH!!! Brahim Ali yang TIDUR dan Ro$mah yang tiada kena mengena sokong kenaikan elaun Ahli Parlimen

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Ibrahim-Ali-Tidur.jpgOleh Ismail Dahlan
“Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!”

Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen.

Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua ‘gedebe’ kaum Melayu rasis bak ‘samseng Kampung Dusun’.

Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk ‘bekerja’ selama ini.

Harga naik takala ekonomi mula merudum?

Ahli Parlimen BN tidak berhak mendapatkan tarif pendapatan baru bilamana purata rakyat harus mengikat perut menyara hidup angkara kegagalan dan kelemahan BN. Selain sebuah 'terima kasih' yang tidak ternilai kerana telah menjarah dan mengodam hasil bumi negara sehingga tiada yang tersisa.

Kerana kemarahan inilah Najib cuba mengenengahkan pendekatan ini diwaktu keadaan ekonomi yang tidak baik.

Sekiranya mereka mahu memberikan lebih wang rakyat kepada orang seperti Ibrahim Ali, perlu ada satu referendum disetiap kerusi bahagian untuk menentukannya. Biar pengundi setempat di setiap bahagian menentukan apakah Ibrahim Ali berhak mendapatkan tarif pendapatan baru itu. Dan kepada orang seperti Zahrain, Tan tee Beng, Hee Yit Foong, Wee Choo Keong dan Gobalakrishan ‘Si Mulut Besar’. Semua pembelot ini telah menipu pengundi untuk kepentingan peribadi dan mereka ini harusnya tidak dihargai langsung.

Dibayar harga rendah - bukankah kita semua?

Menyedari kemarahan rakyat tentang pemberian gaji tambahan untuk Ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi berkata Parlimen Malaysia sedia ada membayar gaji rendah.

“Kamu tahu yang kita antara negara yang membayar gaji terendah didunia. Kita empat kali lebih rendah dari Indonesia dan Thailand…dan tak perlulah kita membandingkan dengan Singapura,” ujar Junaidi kepada Malaysian Insider.

Tapi adakah Ahli Parlimen di Singapura berbelanja dengan kereta mewah impot, terlibat dalam konsesi kayu balak, perdagangan hartanah, perniagaan pembinaan, projek-projek pembinaan hospital, sekolah,buku dan juga kantin sekolah. Dan jangan lupa pembelian kapal selam!

Tuntas rasuah dahulu!

Melainkan ada tindakan lanjut untuk mengurangkan penyelewengan di semua tingkat Eksekutif, bermula dengan Najib sendiri, kenapa perlu rakyat yang membayar cukai terus hidup sengsara?

Apapun keputusan itu nanti, tarif pendapatan baru Ahli Parlimen sudah dikedepankan. Cadangan menggandakan jumlah gaji dua kali ganda turut diberitakan.

Menurut Junaidi, 9 Ahli Parlimen yang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang ditubuhkan tahun lalu dan tiga rang undang-undang iaitu PSA Bill, House or Parliament (Privileges and Powers) Amendment Bill dan Members of Parliament (Renumeration) Amendment Bill – telahpun dihantarkan kepada Speaker Dewan Parlimen Pandikar Amin, Presiden Dewan Senat Abu Zahar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Gaji Ahli Parlimen telah digubal sebanyak lima kali pada tahun 1992,1997, 2001, 2002 and 2005 semenjak Members of Parliament (Renumeration) Bill diperkenankan pada 1980. Dalam pindaan 2005, gaji asas mereka dinaikkan dari RM5,916.90 tahun 2002 kepada RM6,508.59, tidak termasuk faedah lain seperti elaun pemandu peribadi iaitu RM1,200.

“Kita akur gaji Ahli Parlimen rendah dan perlu ada peningkatan, tetapi gaji semua orang juga rendah. Kenapa perlu mereka dahulu? Sepatutnya merekalah yang perlu dapat terakhir,” ujar Eddie Wong, ahli PKR veteran kepada Malaysia Chronicle.

“Dan untuk Ahli Parlimen BN, mereka perlu disiasat sekiranya ada sebarang perniagaan tidak langsung diatas nama mereka, faedah dan keuntungan yang diterima kerana menjadi orang kerajaan. Ambil contoh Najib dan Rosmah sekeluarga bercuti di Perth menggunakan pesawat kerajaan. Beliau tetap mahukan peningkatan gajinya? Adakah beliau berhak?”

- Malaysia Chronicle

Read more ...

TU DIA!!! Malaysia upah RM 57.68 juta Perunding Asing penyokong Israel yang terlibat hina Nabi Muhammad

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”

“Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini,” kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

“Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,”

“Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia,” kata Saifuddin.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...

KHAIRI MERABAN!!! Padan la Najib tak lantik Ko jadi Menteri


http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2010/09/khairy_jamaludin_menangis.jpgAhli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.


"Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion," kata Khairy.


Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.


Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.


Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.


Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar "berbohong" dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.


Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.


Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.


Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.


"Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet," katanya.


Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.


Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.


"Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai," katanya.

Read more ...

MAK Oii!!! 400 ribu menganggur, Najib kata ekonomi meningkat



Menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

“Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,” katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Kemusykilan aku di sini ialah bagaimana Najib boleh berkata Negara mempunyai prospek pekerjaan yang stabil sedangkan laporan dari Perangkaan utama Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada June 2011 menunjukkan kadar penganguran Negara telah meningkat semula dari 2.9% Feb 2011 kepada 3.2% pada June 2011.



Laporan tersebut menyatakan nyatakan pada Mei 2011 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur ialah 380,300 orang dan ianya telah meningkat menjadi 400,100 orang pada bulan June 2011.

Apakah benar dakwaan Najib tentang jumlah pelaburan asing yang dikatakan meningkat itu sedangkan dalam masa yang sama kadar pengangguran Negara juga meningkat?

Takkan semua pelabur asing tu melabur dalam Magnum dan 4D kottt….ASD

Read more ...

MARI BACA!!! Bob Lokman taji Pegawai JAIS-"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer..."

Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!Teratakkampungku

Read more ...

TUTUP BOBROK !!! Kenapa Laporan Audit tak dibentang?



Kali pertama dalam sejarah laporan audit Ketua Audit Negara tak dibentang sebelum Bajet diumumkan


Apa maknanya ini?


Ini maknanya Najib menipu data-data bajet yang dibentangnya, sebab apa-apa cadangan dalam bajet mesti dirujuk bersama dengan audit yang dikeluarkan


Sama la macam naik motor tak pakai topi keledar


Kalau mampus tengah jalan memang mati katak laa


Nak sokong Najib yang rompak Perak pakai duit judi Vinsetan?


Jawab laa masing-masing kat "sana"



JALAN PULANG



Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.


“Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.


“Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?” soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.


Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.


Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.


Potongan dan kajian semula itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat.


“Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.


“Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012,” kata Anwar.


Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.


Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.


Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.


“Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas,” kata Anwar.

Read more ...

Pesakit lumpuh terima kerusi roda sumbangan PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 11 Okt. : Kesukaran seorang warga emas untuk bergerak selepas lumpuh sejak sebulan lalu mendapat perhatian Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang menyumbang sebuah kerusi roda kepadanya.

Chik Awang, 75 memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian kerana tidak mampu berjalan.

Anak beliau Rasidah Muhammad berkata, bantuan kerusi roda yang diterima itu dapat membantu ibunya bergerak dengan mudah terutama jika ada kecemasan.

“ Kami bersyukur dengan sumbangan kerusi roda ini kerana ia membolehkan ibu saya bergerak lebih selesa.
''Terima kasih di atas bantuan kerusi roda sumbangan daripada PAS ini'' katanya.

Sementara itu, AJK PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad memberitahu berita mengenai kesukaran Chik Awang Manaf diketahui daripada penduduk setempat yang prihatin terhadap masalah beliau.

“ Seorang penduduk di sini memaklumkan tentang keadaan Chik Awang yang memerlukan kerusi roda kepada Lujnah Kebajikan PAS PAS Parit Buntar dan pada hari ini pihak kami menyampaikan sumbangan kerusi roda ini.

“ Saya berharap bantuan kerusi roda ini memberi keselesaan kepada Chik Awang untuk bergerak di dalam dan luar rumahnya.” katanya

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kerusi roda bersama Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim di rumah Chik Awang di Sungai Labu Bawah.

Read more ...

ISLAM DI MALAYSIA!!! Bob Lokman ditahan polis kerana sampaikan tazkirah


anwaribrahim Tazkirah ditahan?Doakan @johanjohari7: Bob Lokman ditahan polis krn mnyampaikan tazkirah disebuah surau..mntak ... http://t.co/iyi73CRr 7 minutes ago · reply · retweet · favorite


Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..-

Read more ...

MENYIBUK!!! Kenapa Rosmah hadir perjumpaan tertutup pegawai kewangan?

PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

“Sapa (siapa) rosmah mansor untuk hadir dlm meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, emmiza.

“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri?Prihatin pd negara agak2 la smpi mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akuan Ikhwan Hafiz pula.

Read more ...

HABUAN KRONI!!! Bina lebih banyak Kedai 1Malaysia

http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2011/06/kedai-rakyat-1-Malaysia.gifKUALA LUMPUR, 10 Okt: Perancangan Kerajaan BN untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia diyakini akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni para pemimpin Umno BN, tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah bagi ekonomi bumiputra, terutama pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Walaupun peruntukan tersebut melibatkan jumlah kewangan cukup besar sehingga RM40 juta seperti yang dinyatakan dalam Bejet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu, tetapi ia tetap tidak akan dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit serta cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysianya, sekiranya rakyat mendapat manfaat.

Menurut beliau, namun kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus itu, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegitu akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?

Katanya, apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung.

"Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan," katanya ketika membahaskan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon Dewan Rakyat menerima hakikat bahawa Bajet 2012 Kerajaan BN itu tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan.

Menurutnya, ratusan billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kerajaan BN semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan cara Perdana Menteri yang tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada kroni seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, peruntukan projek pembangunan di bawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 billion, contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan, sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.

Sebelum itu beliau berkata, Bajet 2012 itu menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan kerana tidak terdapat tanda-tanda ketagihan itu akan reda, memandangkan pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.

Beliau kesal kerana cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam Bajet 2012.

"Saya bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu (Bumiputra) dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu," katanya.

Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian itu tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.

Menurutnya, harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37 peratus berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995.

"Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50 peratus dari harga saham AirAsia," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mengingatkan kerajaan agar berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, dengan membahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat bagi membuat keputusan yang besar itu agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.

"Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri," tegasnya.

Menyentuh tentang pengumuman Perdana Menteri bagi pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta, beliau mengingatkan Kerajaan agar bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Saya memberi ingatan supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat," katanya.

Read more ...

PAS Parit Buntar tidak lupa tokoh berjasa

PARIT BUNTAR, 10 Okt. : Pengorbanan dan kesetian Haji Said Musa , 78 dalam perjuangan menegakkan Islam sejak PAS diasaskan tidak dilupakan oleh PAS Parit Buntar.

Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar dengan diketuai pengerusinya Abdul Bahrain Desa telah meluangkan masa menziarahi Haji Said Musa yang sedang uzur di rumah anak beliau.

Bahrain berkata, Haji Said Musa adalah antara tokoh pengerak PAS di Batu 14 sejak mula diasaskan.

" Beliau merupakan Ketua Cawangan PAS Batu 13 , Jalan Pantai yang banyak berbakti mengerakkan PAS cawangan berkenaan.

" Malah, beliau juga tokoh yang dikenali dalam masyarakat terutama di kawasan Batu 14, Kuala Kurau" katanya

Menurut Bahrain , Haji Said Musa merupakan Imam Masjid Batu 14 dan mengetuai majlis-majlis keagamaan di kawasan sekitar Batu 14.

“Kegigihannya dalam memperjuangan wadah PAS menjadikan beliau cukup dikenali di Batu 14 dan kawasan sekitar.

" PAS Parit Buntar tidak melupakan jasa beliau yang mengerakkan perjuangan PAS terutama di kawasan Kuala Kurau" katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar

Bahrain bersama rombongan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar turut menghulurkan sumbangan kepada Haji Said Musa yang baru sahaja menjalani pembedahan di perut .

" Kami dapat rasakan semangat beliau sangat kuat untuk terus berjuang membantu PAS.

" Semoga beliau diberi kekuatan oleh Allah menghadapi ujian penyakit yang dihadapi" katanya

Read more ...

TIDAK BENAR!!! Hu Pang Chow nafi sekeras-kerasnya laporan Sinar Harian

Baru terima sms sebentar tadi dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP berkaitan lapuran Surat Khabar Sinar Harian.

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."

Nah kau Sinar Harian - mana pulak kau dapat berita tak benar ni - jawab jangan tak jawab. Parlimen Kota Raja

Read more ...