Tuesday, September 7, 2010

Umno mahu 'bonsaikan' orang Melayu



KUALA LUMPUR, 7 Sept. : Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayupolitik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda
"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.

Read more ...

Himpunan Anak Perantau PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 7 Sept : Semua anak Parit Buntar yang merantau ke luar Parit Buntar di jemput hadir ke Himpunan Anak Perantauan sempena Idul Fitri yang akan diadakan pada 10 September di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Markaz Tarbiyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

“Samada mereka yang bekerja atau yang masih belajar atau apa-apa jua yang mereka lakukan, sekiranya pulang ke Parit Buntar untuk berhari raya, jemputlah ke program himpunan ini,” kata Penyelaras himpunan, Hairul Nizam Ishak yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar.

Menurutnya lagi, jamuan Raya akan disediakan oleh pihak penganjur dan anak perantau tidak dikenakan apa-apa bayaran.

" Cuma jika ada yang nak menderma, kami amat mengalu-alukanya. Yang penting bagi kami adalah kehadiran anak perantau ". jelas beliau.

Menurut beliau program himpunan sempena IdulFitri ini adalah merupakan program tahunan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar yang bertujuan menghimpunkan perantau anak Parit Buntar bagi merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim di samping mengemaskinikan berita dan maklumat berkenaan diri masing-masing, keluarga serta hal ehwal semasa.

Beliau berkata program yang bermula jam 9.00 malam dan akan berakhir pada jam 11.30 malam itu akan turut disertai tetamu khas yang hadir iaitu Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Abu Hassan.

“ Ketua Pemuda PAS Perak akan bersama kita dan semua perantau dan berucap dalam majlis himpunan, selain Yang Dipertua PAS Parit Buntar yang akan mengetuai saf kepimpinan PAS Kawasan dalam sesi ramah mesra,” jelas Hairul Nizam lagi.

Tambahnya, adalah dijangkakan seramai 200 orang akan hadir dalam himpunan pada tahun ini . Penganjuran program ini juga bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk berdialog dan berkongsi idea bagi memartabatkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta supaya semua anak perantau yang berhajat untuk hadir digalakkan untuk mendapatkan maklumat program yang sudah dihantar di Cawangan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada nombor berikut : 013-4134520, 019-5183364 dan 019-4716499

Read more ...

Jangan henti menyoal



KUALA LUMPUR, 7 Sept. :
Rakyat Malaysia sepatutnya mengambil insiatif bagi mula menyoal isu-isu yang 'tidak boleh disoal' jika mereka mahu merentasi had wacana umum, kata pembikin filem bebas Amir Muhammad.


Katanya, negara ini mempunyai sejarah wacana intelektual yang cuba dilupakan oleh kerajaan persekutuan hari ini dalam usaha mengekang pendapat yang berbeza dan pembentukan idea bebas oleh orang ramai.

Mengambil contoh, filem klasik Melayu yang diterbitkan pada sekitar 1950 dan 1960, Amir berkata perbincangan intelektual berhubung peranan pemimpin negara ketika itu telahpun bermula. Justeru, generasi sekarang perlu meneruskannya daripada apa yang ditinggalkan itu.

Beliau berkata di sebalik gambaran pemimpin ketika itu seperti sultan yang mempunyai perwatakan yang sempurna seperti tertera dalam filem 1940an, revolusi selluloid yang berlaku dua dekad selepas itu yang membenarkan moral watak-watak itu dicabar.

"Apa yang boleh kita lakukan ialah menilai semula kedudukan...perkara yang tidak boleh disoal pernah disoal pada masa lalu tanpa sebarang akibat...maka generasi sekarang mempunyai tanggung-jawab untuk mendalami persoalan itu dengan lebih lanjut,” kata Amir semasa sesi soal jawab forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur, malam semalam.

Panel lain termasuk aktivis Hishamuddin Rais, kartunis Zulkiflee Anwar Haque (atau lebih dikenali sebagai Zunar) dan DJ Jamaluddin Ibrahim.

Amir berkata budaya feudal di kalangan orang Melayu masih tebal, sehingga menyukarkan mereka mengaju soalan yang 'sukar' kepada mereka yang dianggap pemimpin itu.

Katanya, sokongan tanapa berbelah-bahagi kepada sultan sebelum kemerdekaan kini berpindah kepada ahli politik selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Malah selepas Merdeka, adalah malang, amalan itu berterusan. Lihat sahaja kepada retorik BN...mengajar rakyat untuk berterima kasih,” katanya.

Amir bagaimanapun optimistik bahawa rakyat kini mula membabitkan diri dengan analisis kritikal seperti yang ditunjukkan pada pergerakan reformasi 1998 sehingga tsunami politik 2008 yang menyaksikan kerajaan BN hilang majoriti dua pertiganya di Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Read more ...

600 Keluarga Miskin Larut Diraikan

LARUT , 6 Sept. : Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut meneruskan program amalan kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengagihkan penerima sumbangan sebanyak 600 keluarga miskin dan daif di sekitar kawasan Larut.

Penyerahan berupa sumbangan duit raya RM100 seorang, hamper barangan berjenama Zaitun dan juga keperluan dapur yang telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah semalam.

Antara pimpinan yang hadir adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Salman Saleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Larut Dr Mohd Dhari Othman dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut Mohd Nazri Din yang juga bekas calon DUN Kubu Gagah.

Antara tetamu yang hadir program anjuran Unit Amal dan Jariah Dato' Seri Dr Eusoff Teh adalah pimpinan PAS Kawasan Larut, Pemuda Kawasan dan Muslimat Kawasan disamping Ahli keluarga Allahyarham Dato' Seri Dr. Eusoff Teh.

Ketua Pemuda PAS Larut memberi ucapan

Sumbangan sedang diagihkan kepada penerima

Naib Ketua Pemuda, Sdr. salman Salleh bersalaman dengan penduduk

Read more ...

Tindakan MAIS keterlaluan, tidak beri peluang



SHAH ALAM, 7 Sept. : Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil alih pentadbiran surau Al-Huda, Kajang Sentral berikutan kontroversi kononnya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan politik berkuat kuasa serta merta adalah tindakan drastik.

Bekas Pengerusi surau berkenaan, Azemi Ahmad berkata, seharusnya Mais memberi peluang kepada jawatankuasa surau terlebih dahulu seperti mengeluarkan surat amaran atau peringatan berhubung insiden tersebut bukannya terus mengambil alih pentadbiran surau.

Menurutnya, ekoran tindakan itu, pihaknya akan menghantar surat rayuan kepada Mais selepas Aidilfitri bagi memohon penjelasan dan diberi peluang mentadbir semula surau berkenaan.

“Penduduk dilihat pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana dibuat secara drastik. Sejak pentadbiran surau diambil alih, kemakmuran surau dilihat makin kurang.

“Bilangan penduduk yang datang ke surau semakin berkurangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, kelmarin.

Tambah Azemi, kunjungan Nie Ching ke surau berkenaan bukan atas dasar politik dan tidak menyampaikan ‘tazkirah politik’ seperti yang dilaporkan sebuah media arus perdana.

“Jawatankuasa surau tidak berpihak pada mana-mana parti politik. Kunjungan YB Teo ke surau berkenaan adalah kerana memberi peruntukan kewangan sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau.

“Sebagai wakil rakyat, kita perlu menunjukkan rasa hormat kepada beliau dengan menjemput beliau masuk bagi tujuan pemberian peruntukan tersebut. Tiada langsung sebarang ‘tazkirah politik’ diadakan pada masa itu.

“Akhbar berkenaan membuat fitnah dengan menyatakan YB Teo memberi tazkirah politik sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.

Ekoran itu, pihak jawatankuasa surau sebelum ini sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada 27 Ogos lepas.

Ditanya tentang kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Khusrin Munawi berhubung hukum sudah menetapkan orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid, Azemi bagaimanapun menyatakan, pihaknya sama sekali tidak bersetuju.

“Pada zaman Nabi dahulu, orang bukan Islam boleh masuk masjid, surau bahkan mereka boleh makan dan tinggal di sana,” katanya.SH

Read more ...