Friday, September 2, 2011

Yayasan Warisan Johor dah jadi pengkianat pula, jika ikut pandangan UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRDNVdnvhFW_pvS_o7ePEyjw4I_e2WTDNQr43-xFBOsS4yq6AB5nAbWOnauT44YiQ2bkLtyk4yo3tCCrthsfX90vj6lcJbSVVmeS2XkLSYBGNNdMA1AWTFHTN1qbzr2W7V86EV-xB3-K0/s1600/Mat+Indera.jpgSebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!


Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004.



Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.

Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.


Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini.

Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut.

Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.


Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar.

Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988).

Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis.

Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera.

Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.


Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera.

Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.


Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera.

Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera.

Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.


Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut.

Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati.

Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".


Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja.

Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan.

Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.


Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi?

Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.


Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan.

Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan.

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?



Read more ...

BUKTI HUBUNGAN BAIK DENGAN KERAJAAN KOMUNIS !!! Kerajaan UMNO hantar balik 11 pejuang Islam Uighurs

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.

(Pejuang Uighurs adalah beragama Islam dan bercakap bahasa Turkic dan tinggal di Utara China iaitu di wilayah Xinjiang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan komunis China.)

Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007.

Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang pada Julai 2009.

Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka.

Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.

Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.

Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati.

Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini.

Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.

Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu.

Ekoran itu, PBB membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia itu.

Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.

Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu.

Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia.

Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.

Read more ...

UMNO PENGKIANAT!!! Ada hubungan dengan Parti Komunis China dan lulus akhbar Komunis di Malaysia

Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.


“Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.



Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

“Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka,” kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, “jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?”

‘The People’s Daily’

Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’

“Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah,” katanya lagi.

“Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

“Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?,” terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?,” soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

“Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

“Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan,” jelasnya.

Beliau menyoal, “adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

“Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China,” tegasnya.

Ujar beliau, “kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.”

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13,” katanya.

Dipetik dari Free Malaysia Today

Read more ...

DEDAH!!! Ini mungkin Mak Cik Sitt Al-Wuzara yang betul , penghina agama!!!

Kali ini GAYSEC dan Anonymous telah mengenal pasti seorang lagi mereka katakan adalah Mak Cik Sitt Al-Wuzara yang sebenar daripada apa yang mereka nyatakan di sini :

Mereka (GAYSEC dan ANon) berjanji untuk membongkarkan identiti sebenar siapa Mak Cik Sitt Al-Wuzara pada 1 Syawal, jadi mereka telah lakukannya. Menurut apa yang dinyatakan di FanPage FB tersebut, Mak Cik Sitt Al-Wuzara adalah Adlin Abdul Jalil.

Namanya dah lama keluar di dalam blog tersebut tetapi mereka tidak berani nak hebohkan sehingga mereka mempunyai bukti kukuh. Semoga identiti kali ini adalah betul dan kalau betul mesti ditangkap orang ini.

Jadi kita sama-sama tunggu ceritanya apabila laporan polis dilakukan. Kalau nak lebih tahu mengenai bukti-buktinya, sila ke FanPage di atas itu. Kami tak berani ingin bagitahu apa-apa sehingga kebenaran ini disahkan. Biar admin Page tersebut yang terangkan.

Siapa Adlin ini? Ini sedikit Gambar si Adlin yang kurang cantik :-P

Siasahkini

Read more ...

TERBONGKAR!!!Kerajaan UMNO luluskan permit edaran Akhbar Komunis di Malaysia

PELIK tapi benar, Mat Sabu yang juga timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS sekadar menyebut Mat Indera sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan akibatnya beliau diserang bertubi-tubi.

Hanya kerana hal ini, media-media propaganda United Malays No Otak seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Mat Sabu siang dan malam.

Tapi di dalam diam-diam Umno menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis dari negara China. Hal ini didedahkan oleh portal rasmi parti itu sendiri. Di bawah ini screenshot dari portal rasmi Umno [Umno Komunis].


Bukan itu sahaja, kerajaan United Malays No Otak, Umno juga telah meluluskan permit edaran akhbar komunis di Malaysia. Kerajaan telah membenarkan edaran akhbar suara rasmi Parti Komunis China edisi antarabangsanya untuk diedarkan di Malaysia sejak 2005 [Malaysiakini].


Adakah dosa Mat Sabu menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan lebih besar dari bekerjasama dengan komunis? Adakah dosa menyebut Mat Indera sebagai hero lebih besar dari membenarkan Komunis menyebarkan dakyah dan fahamannya di negara ini?

Inilah yang dikatakan "memburuk-burukkan orang supaya diri sendiri nampak baik". Mat Sabu cuma sebut Mat Indera hero, tapi diserang siang dan malam, sampai nak didakwa di bawah akta 505 (b).

Tapi Umno siap bekerja sama, dan membenarkan komunis menyebarkan dakyahnya di Malaysia tapi disanjung oleh gerombolan Melayu tiada otak.

ReJaM© "Pelik tapi benar, muncung berkokok ekor bergelumang taik..."

UMNO bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina

INILAH yang dikatakan muncung berkokok ekor bergelumang tahi. Di dalam kelantangan media-media propaganda United Malays No Otak menghentam Mat Sabu yang didakwa menyokong komunis, dalam diam-diam mereka bangga mendapat pujian dari pemimpin Parti Komunis Cina.

Tinjauan ReJaM© di portal rasmi parti itu, Umno Online memaparkan tajuk besar "Umno dikagumi Parti Komunis Cina" [Umno Online].

Portal rasmi Umno itu melaporkan dengan bangganya bahawa sewaktu kunjungan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke China, beliau mendapat pujian dari para pemimpin Parti Komunis Cina.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing menurut portal rasmi Umno itu lagi.


Rupanya dalam diam-diam, pujian dari pemimpin Parti Komunis China menjadi satu kebanggaan kepada Umno, walaupun mulutnya lantang menentang tapi di hati berbunga-bunga dengan pujian Komunis.

Bak kata orang "Lain di mulut lain di hati". Sebelum ini Umno pernah melahirkan rasa bangga melalui timbalan presidennya yang mengatakan "Amerika mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh" rujuk sini [TPM]. Di mulut bantai Amerika, di hati bangga dapat pujian.

ReJaM© "Kata benci, tapi siap buat kerjasama dengan komunis apa cerita?"

Read more ...

Sheikh Mustafa Abd Jalil tokoh kumpulan Islam sedang memimpin Libya selepas kejatuhan Ghaddafi

http://news.bbcimg.co.uk/media/images/51972000/jpg/_51972256_jex_1006486_de27-1.jpgKUALA TERENGGANU - Ramadhan 1432H teah menyaksikan satu kemenangan bersejarah dimana rakyat Libya telah berjaya menjatuhkan regim Muamar Ghaddafi yang memerintah secara kuku besi

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kebangkitan dan kemenangan rakyat Libya adalah dipimpin oleh Islam diketuai oleh Sheikh Mustafa Abd Jalil.


Beliau berkata, Sheikh Mustafa telah dapat menyatukan semua kumpulan-kumpulan Islam, termasuk kumpulan sekular di Libya.


Menurutnya, Sheikh Mustafa juga berjaya mengurangkan campurtangan Barat dalam kemenangan rakyat kerana menerima sokongan Barat secara bersyarat.


"Beliau (Sheikh Mustafa) berjaya mengurangkan campurtangan Barat dengan menerima sokongan bersyarat, hanya menerima bantuan serangan dari udara,


"(tetapi) tidak mahu bantuan serangan darat,"ujar Ustaz Hadi ketika berucap dalam Majlis Ijtima' Idul Fitri Anak-anak Terengganu di Perantauan, di Kuala Ibai dekat sini Khamis 1 September.


Menurutnya yang juga ahli Parlimen Marang, pihak Barat terdesak kerana bergantung kepada Libya membekalkan tenaga kepada Eropah.


Katanya 1/3 daripada tenaga dari Petroleum yang menjana industri di Eropah adalah disalurkan secara terus melalui paip dari Libya


Beliau menegaskan, Sheikh Mustafa juga mengulangi sejarah pemimpin Islam silam, apabila mensyaratkan kepada para pejuang suapay tidak bertindak membalas dendam dan berlaku zalim ketika menawan Tripoli.


"Apabila Tri;poli jatuh, Sheikh Mustafa memberi amaran supaya jangan melakukan kezaliman dan membalas dendam, sekiranya berlaku keganasan, beliau akan menletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Libya,"jelasnya.BO

Read more ...

Ust. Azizan kekal MB Kedah

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau ada mendesak atau meminta Datuk Azizan Abdul Razak agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Justeru, Hadi (gambar) menegaskan Azizan akan kekal dalam jawatannya yang disandang sejak Mac 2008.


“Beliau kekal Menteri Besar Kedah. Cuma kini sedang berehat kerana masih dalam rawatan,” kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.


Hadi mengulas laporan akhbar hari ini bahawa kepimpinan PAS sedang mengambil langkah untuk menggantikan Azizan yang kini kurang sihat selepas diserang sakit jantung bulan lalu.



Menurut laporan itu, Hadi akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau juga disebut akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negeri di Alor Setar mengenai isu itu hujung minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan Hadi akan mengadakan kunjungan ke Kedah akhir minggu ini.

Azizan dipetik berkata beliau tiada rancangan untuk bercuti panjang ekoran masalah kesihatan semasa.

Bagaimanapun Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah tidak menafikan ada usaha untuk memintanya bercuti panjang dan jawatan dipangku oleh pihak lain.

Kepimpinan pusat PAS juga menegaskan mereka tidak pernah membincangkan sebarang idea mengubah kepimpinan negeri Kedah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata partinya masih yakin beliau boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai menteri besar.

“Saya ada hubungi beliau baru-baru ini masa raya, beliau sihat. Kami yakin beliau masih berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab perjabatan, ada exco untuk membantu menjalankan pentadbiran kerajaan negeri,” kata beliau ketika dihubungi.

“Setakat ini kami tidak membincangkan isu ini, tak timbul soal hendak menggantikan Datuk Seri Azizan, tidak sama sekali,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menolak laporan akhbar hari ini sambil menegaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan langsung.

“Perkara-perkara seperti ini sewajarnya telah dibincangkan di peringkat Dewan Harian atau Lajnah Politik jika benar Datuk Seri Azizan mahu digantikan . . . jadi tidak benar kepimpinan PAS mahu menggantikan beliau,” kata beliau merujuk kepada mesyuarat lajnah terakhir minggu
lalu.

Read more ...

RM80,000 berjaya dikumpul oleh PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR , 28 Ogos : Sejumlah RM80,000.00 dikumpulkan tahun ini untuk Infaq Ramadan 1432 untuk Program kebajikan anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Pengarah Program Infaq Ramadan, Abdul Baharin Mat Desa berkata, program ini telah memasuki tahun keempat dan ia merangkumi program sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin dan guru Al-Quran serta iftar (berbuka puasa) perdana bersama-sama anak yatim, guru pasti bersama pimpinan PAS Parit Buntar.

Menurutnya, gerak kerja program ini telah dijalankan sejak bulan Jun yang lalu bagi mencari dana untuk sumbangan tersebut.

Katanya, setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama' termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa diminta mencari dana bagi menjayakan program ini.

“Program Sumbangan Pengimarahan Masjid dan Surau sempena Ramadhan telah diadakan awal sebelum Ramadan lagi.

“Ia telah diadakan di Masjid Mahyudin Batu Lima dan sumbangan telah diserahkan kepada 26 buah masjid dan 110 buah surau di seluruh Parlimen Parit Buntar kemudian program kedua menyusul dengan sumbangan untuk pesakit di hospital.

“Sekitar 40 orang pesakit dan 60 kakitangan hospital menerima sumbangan daripada pihak kami,”katanya.

Beliau berkata,pada 20 dan 21 Ogos lalu, sejumlah 300 fakir miskin serta 150 guru Al-Quran pula menerima sumbangan.

“Program ini telah diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong dan Pejabat PKR Cabang Parit Buntar, Kuala Kurau. Buat pertama kalinya pada tahun ini kita meraikan guru Al-Quran yang begitu besar jasanya pada masyarakat khususnya mendidik generasi muda mengenal serta membaca Al-Quran.

Menurut Abdul Bahrin, program kemuncak telah diadakan pada 26 Ogos lalu iaitu Iftar Perdana bersama anak-anak yatim dan guru-guru pasti.

“Dalam program ini sejumlah 200 anak-anak yatim serta 26 guru pasti telah diraikan dengan sumbangan duit raya dan cenderahati.

“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan.

“Ahli DHPP dari kalangan kaum Tionghua dan India turut diraikan dengan menerima sumbangan hamper.

Turut diraikan adalah wartawan yang begitu komited dan turut menyiarkan berita PAS dan Ahli Parlimen Parit Buntar.

Mujahid ucap terima kasih – Penafian peruntukkan bukan alasan

Sementara itu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai, beras serta barangan keperluan dapur untuk kami serahkan kepada masyarakat yang memerlukan di Parit Buntar.

“Bagi saya penafian peruntukan daripada kerajaan pusat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat bukanlah alasan untuk kita tidak mencari dana untuk membantu mereka di Parit Buntar.

Katanya, saban malam dalam bulan Ramadan ini saya ke masjid dan surau termasuklah di Kuala Lumpur memohon sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan nasib masyarakat miskin dan anak yatim di sini.

“Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh PAS Parit Buntar yang turut bertungkus lumus mencari dana akhirnya sasaran mencari RM80,000 tersebut tercapai.

“Di dalam majlis iftar tersebut turut sama hadir memeriahkan adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari serta seluruh kepimpinan PAS Parit Buntar dan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dan Jawatankuasa PAS, Pemuda, Muslimat Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.


Dr Mujahid ketika memberi ucapan pada majlis berkenaan


Dr Mujahid, memerhati Ust. Abu Bakar Husain yang menerima hamper yang diberikan oleh Haji Harun Hashim sambil diperhatikan Abdul Bahrin


Salah seorang kaum Tionghua menerima sumbangan dari Dr Mujahid


Ust. Abu Bakar Husain ketika menyampaikan hamper kepada kaum tionghua yang hadir termasuk Dewan Himpunan PAS Parit Buntar


Haji Harun Hashim turut menerima sumbangan mewakili PAS kawasan yang disampaikan sendiri oleh Dr Mujahid


Dewan Muslimat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim


Sebahagian kaum tionghua yang hadir memeriahkan majlis




Sebahagian anak-anak yatim yang menerima sumbangan





Anak yatim dirai berbuka puasa


Read more ...

PAS 'juara' kempen tarik undi Melayu semasa Aidilfitri - Mat Sabu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU-m6tlAz7rtNpCCNDmx1AIIE5t8NM1WFMMKwbh3Bziif2RI4Q0-zp6UHF1HPYK5OEyFW4qVFoZxVBfevNsCJvRPJ-6Xb7dqrk0g69sCb-nCQQqiNJK-5FYs8NJyEKNDQxggaQt0qauH4/s320/matsabu7.jpgKUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS semakin hampir untuk mengisytiharkan pihaknya “juara” kempen bersaing dengan Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri, dengan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yakin Umno bakal tumbang dalam waktu terdekat.

Meskipun berhadapan dengan siri kecaman dan kritikan berhubung kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, Mohamad menegaskan kepada
The Malaysian Insider, usaha mengedar bahan kempen Aidilfitri sudah cukup berjaya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Ceramah-ceramah kami di surau dan masjid cukup baik. Respons daripada rakyat sangat baik,” katanya.


Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) mengadakan kempen prapilihan raya umum ketika Ramadan, masing-masing dengan agenda dan mesej untuk memikat sokongan pengundi Melayu, khususnya mereka di luar kawasan bandar.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, PAS — komponen PR, berhadapan dengan serangan Utusan Malaysia kononnya Mohamad mempertikaikan pejuang kemerdekaan dan mengagung-agungkan komunis, ketika negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54.


Mohamad telah menafikan ada menyebut nama komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.


The Malaysian Insider
semalam membawa laporan, sama ada tafsiran Mohamad mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada BN untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.

Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad, timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai “pengasak” yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.


Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.


Meskipun begitu, Mohamad masih yakin dengan sokongan orang Melayu sambil menegaskan, Umno sudah mula rasa tertekan dan terdesak.


“Anda tengok, saya hanya seorang yang sangat, sangat kecil. Bukan orang besar pun, tetapi mereka menyerang saya... lima hari lima malam. Jadi, mereka sudah jelas terdesak,” kata beliau.


Katanya, ketika kempen sempena cuti Aidilfitri yang diusahakan oleh PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu menjelaskan mengenai tuntutan pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0 termasuk isu pengundi pos.


“Isu-isu lain termasuklah rasuah, skandal cincin RM24 juta melibatkan isteri perdana menteri... mereka belum lagi menjelaskan dengan betul,” kata beliau.


Reaksi daripada orang ramai cukup menggembirakan kata Mohamad sambil menambah, PAS telah berjaya membawa mesej ke akar umbi.


“Apa pun, Umno akan tumbang dalam waktu terdekat. Anda akan lihat,” kata beliau dengan yakin.


Ketika sambutan Aidilfitri kali ini, ahli-ahli PAS telah menyiarkan video berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai dan mengedarkan kira-kira 200,000 DVD

Read more ...

Media baru gusarkan Umno-BN hadapi PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkIMcS9XEElpKU1eLNsKXOa0xAlYpl59E-bhjCZoiVs8jWRL8NhoOQnLC0qu3TVxGZldnwUtAVrCnxtgYLlsM47HkNqiO0n-NHU9_eWVCvcsVpwQ_QxmCfOc5WdrLoIG88Dc9c8jOvwJjU/s1600/internet.jpgKUALA LUMPUR: Monopoli media perdana telah dipecahkan oleh media baru dibuktikan apabila jualan akhbar merosot dengan teruk dan pengunjung media baru semakin meningkat dengan mendadak kata Ketua Pe nerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor.

Menurutnya, media perdana ditentukan agendanya oleh penguasa atau pemerintah, berbeza media baru menjadi alternatif yang digerakkan oleh pejuang rakyat yang mahu kebebasan bersuara.



Kebebasan bersuara ini, telah didekatkan ruangnya oleh kemajuan internet menyebabkan masyarakat ber alih kepada media baru, ujarnya.

“Orang melihat televisyen bukan lagi bagi mendapatkan maklumat sebaliknya sekadar untuk hiburan sahaja.

“Mungkin maklumat dari televisyen relevan di pendalaman tetapi tidak lagi di bandar atau pinggir bandar,” katanya dan ini menyebabkan media baru menjadi sumber bagi mendapatkan maklumat terkini.

Kata Ustaz Riduan, Malaysia antara negara terpantas menggunakan media baru dan internet menurut satu kajian antarabangsa pada 2010 akibat daripada kongkongan atau sekatan kerajaan terhadap media konvensional.

Dakwanya, maklumat yang disalurkan oleh media baru begitu berkesan sehingga mampu menumbangkan pemerintahan rejim seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan mengurangkan majoriti pemerintah di beberapa negara lain seperti di Singapura.

Media alternatif ini begitu pantas sampai ke pintu rumah bagi menjawab isu, mengolah dan sebagainya, ujar beliau.

Katanya, media baru juga berjaya menarik pelbagai kelompok dan mereka mula mengeluarkan pelbagai suara hati berkenaan negara walaupun mereka ini bukanlah terlibat dengan politik.

Keadaan ini tambahnya, menyebabkan Umno-BN ter desak dan terpaksa mengubah cybertrooper dan menyediakan video klip bagi mengimbangi laporan yang ada.

“BN melalui blogger upahannya juga mula memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan dengan cara pecah dan perintah. “Media baru juga bolos kepada anak muda yang merupakan pengundi terbesar pada Pilihan Raya ke-13,” tegasnya.

Beliau mendakwa, media perdana juga telah hilang integriti dan prestasi yang baik apabila sentiasa menghidangkan maklumat yang dimanupulasi untuk kepen tingan Umno-BN.

Ruang demokrasi yang semakin disempitkan oleh pemerintah seperti tekanan hebat jaringan sivil dan kekangan bagi mengekalkan kuasa pemerintah menyebabkan rakyat mula beralih kepada media

Read more ...