Sunday, April 17, 2011

Video Fitnah: Polis sahkan bukan Anwar


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.- keadilan daily

Read more ...

PANAS : Presiden KIMMA berharga RM 55 juta lebih mahal daripada satu gerombolan katak

Wow, hebatnya pengaruh KIMMA!! Harganya mengalahkan harga Ahli Parlimen yang melompat parti...Tapi adakah betul dakwaan Presiden KIMMA itu? Kepada Presiden KIMMA itu, silalah dedah nama pemimpin pembangkang itu supaya senang pihak berkuasa bertindak!Tuk Kiyai

Saya petik:

[BH] BATU PAHAT: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai tawaran lumayan berkenaan tidak mampu menggugat kesetiaan KIMMA terhadap BN kerana masyarakat India Muslim negara ini tidak sanggup menggadai maruah semata-mata mahu mengejar imbuhan, pangkat serta kesenangan sementara.
Malah katanya, seorang pemimpin pembangkang pernah menghubunginya secara peribadi dan menawarkan imbuhan sebanyak RM55 juta sekiranya beliau dan ahli KIMMA bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang.

“Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.

“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.


“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.


“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

“Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, di sini, semalam.

Read more ...

Sokongan rakyat Sarawak hanya 54.5 % kepada BN, rakyat di Semenanjung pasti lebih ramai yang tidak sokong BN


Kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin menyebabkan hasrat Perdana Menteri Najib Razak membubarkan parlimen tahun ini, terbantut.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, ia belum cukup gah untuk memberi jaminan kepada BN bahawa tampuk kekuasaan akan kekal menjadi milik gagasan itu, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor menambah, walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkata, PRN Sarawak akan dijadikan inspirasi bagi menentukan pilihan raya umum, namun pada masa kini, Najib perlu memikirkan hal itu sedalam-dalamnya.

"Ramai yang melihat bahawa keputusan PRN Sarawak kali ini, BN tidak akan berani untuk membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka melihat penentangan segolongan besar pengundi itu masih kekal.

"Dari segi kemenangannya pula saya fikir ia adalah kemenangan yang agak mahal kerana mereka terpaksa membelanjakan banyak dengan membeli secara terbuka di sesetengah tempat," kata Aziz.

"Jadi dalam konteks Sarawak, simpanan tetap itu mungkin lebih sukar lagi kerana ketua menteri yang dilantik itu akan kekal untuk jangka masa tiga hingga empat tahun lagi dan tidak mudah untuk Najib menyingkitkan Taib dengan mudah," tambahnya lagi.

Menurut Aziz, selain perlu memikirkan merosotnya sokongan pengundi di Sarawak kepada BN terutama sekali terhadap Ketua Menterinya, Taib Mahmud, Najib sekali lagi "tersentak" apabila Taib mengumumkan hanya akan bersara "sekitar pertengahan penggal ini".

Taib yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam tadi, sekali lagi menzahirkan hasratnya untuk berundur buat kesekian kalinya.

Kenyataan Taib itu bercanggah dengan Najib yang mengumumkan bahawa Taib akan berundur selepas PRN negeri ketika siri kempennya.

"Dengan kata lain, Taib Mahmud akan terus menjadi liabiliti di Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Dan pilihanraya (pula) terpaksa diadakan dalam tempoh lebih awal dari itu," jelas Aziz, sekaligus mendatangkan masalah kepada Najib.

Oleh itu katanya, kejayaan BN mengekalkan kuasanya di Bumi Kenyalang bukanlah suatu perkembangan positif yang mampu mengekalkan keyakinan rakyat untuk terus setia bersama parti itu.

Dengan kata lain, kemenangan di Sarawak dengan mengekalkan dua pertiga majoriti bukan semestinya baik kepada BN. Khususnya dari segi menjamin kemenangan dalam PRU 13.

"BN tidak boleh lagi menganggap Sarawak sesuatu yang selamat lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan diterima kerana ia bukanlah satu andaian kerana ia adalah fakta bahawa mereka sudah semakin diterima sebagai satu entiti yang mantap," jelasnya lagi.

Malah kata Aziz, dapat dilihat ketidaksefahaman antara Najib dan Taib apabila Pengerusi BN itu lebih memikirkan kemenangan kepada BN namun Taib sebaliknya mahu kekal di tampuk pemerintahan tanpa mempedulikan keputusan pilihan raya.

Namun ujar beliau, apa yang lebih penting ialah perjuangan dan keinginan memuncak rakyat yang mahukan perubahan.

Rakyat Sarawak dilihat mula membuka ruang kepada pembangkang dan ia merupakan petanda positif bahawa masyarakat di negeri Bumi Kenyalang semakin menerima sistem dua parti di negara ini.

Tambah Aziz, menerusi jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri itu semalam, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pencapaian yang mampu menggugat kedudukan BN di Sarawak.

Ini kerana, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menangkis permasalahan yang ditimbulkan parti lawan, malah sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri yang berperanan untuk memenangkan BN gagal melemahkan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada rakyat di negeri itu.

"Saya fikir begitu, walaupun PR tidak dapat mencapai matlamat menafikan dua pertiga majoriti BN. Tetapi saya fikir dengan keadaan pilihan raya dan sikap SPR sendiri dengan apa yang dicapai sekarang adalah sesuatu yang sesuai dan munasabah. Kali ini juga PR bertanding sebagai Pakatan yang agak formal, dengan kata lainnya ia sebagai satu permulaan untuk kewujudan sistem dua parti di Sarawak terutamanya," kata Aziz.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Sementara Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan SPR malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pada pilihan raya negeri 2006 yang mana ketika itu BN memperoleh 63 kerusi.

Aziz turut menyifatkan kemenangan majoriti dua pertiga BN dengan terpaksa membelanjakan sehingga lebih RM500 juta adalah tidak memadai dengan apa yang telah diperoleh parti itu.

"Untuk pilihanraya kali ini BN membelanjakan RM500 juta dengan di sesetengah tempat Mykad dikeluarkan dengan mudah. Jadi dengan kata lain masalah SPR, undi pos dan sebagainya dan kita lihat bahawa pilihanraya itu tidak ditandingi dengan cara yang saksama dan adil. Jadi saya fikir memang ia perlu dihadapi dan ini antara perkara yang kita perlu lihat," kata Aziz.

Read more ...

Najib tak akan berani buat awal PRU 13

PRN Sarawak indikator penting PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 April: Apakah kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya ini akan menjadi penanda aras untuk menentukan bilakah pilihan raya umum ke 13 akan dipanggil oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Pengerusi DAP, Karpal Singh, dengan kejayaan Pakatan Rakyat menambahkan bilangan kerusinya di Sarawak, BN tidak akan berani memanggil pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini.

"Saya tak fikir kepimpinan BN berani membuat pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini," kata Karpal dalam satu kenyataannya.

Pakatan dijangka akan berjaya menambahkan kerusinya dari sembilan dalam PRN 2006 ke sekurang-kurangnya 15 dalam pilihan raya kali ini. Pencapaian terbesar Pakatan adalah di kerusi-kerusi kawasan bandar iaitu di kalangan pengundi Cina.

DAP dijangka akan mendapat 12 kerusi manakala PKR sekurang-kurangnya tiga kerusi. Ini bermakna, BN tidak akan membuat pilihan raya umum sehinggalah mereka mempunyai formula yang jelas untuk mengekang pengaruh Pakatan di kawasan bandar ini.


Senjata ampuh yang ada pada BN setiap lapan tahun ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang terakhir ia diadakan pada tahun 2003. Ini bermakna, ia boleh dibuat lagi selepas 2011 iaitu seawalnya 2012.


Selepas kalah teruk kepada PAS dalam pilihan raya umum 1999, kerajaan BN melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat perubahan besar-besaran kepada sempadan kawasan pilihan raya di seluruh Semenanjung.


Melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, BN telah menambah kerusi Parlimen di kawasan Cina setelah bimbang dengan sokongan Melayu kepada PAS pada PRU 1999.


Ekoran itu, negeri-negeri Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak mempunyai sebarang penambahan kawasan Parlimen dalam persempadanan itu untuk menyekat penguasaan PAS melalui kerusi Melayu.


Kawasan-kawasan Parlimen PAS juga dipecahkan dengan memasukkan pengundi Cina ke kawasan mereka. Yang paling terasa dengan pendekatan ini adalah Mohamad Sabu (Kuala Kedah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).


Hasilnya kedua-dua tokoh PAS itu kalah dalam pilihan raya umum 2004.


Jika pendekatan ini diyakini oleh BN, pilihan raya umum ke 13 hanya akan diadakan selepas seawalnya tahun 2012 iaitu selepas tempoh matang untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya tiba.

Read more ...

Tuan Haji Harun Hashim kekal pimpin PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 17 April : Tuan Haji Harun Hashim (gambar atas) mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Parit Buntar apabila menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke 57 yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong

Turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Abdul Bahrin Desa sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin sebagai Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Ustaz Muhammad Yaakob sebagai Ketua Ulama' PAS Parit Buntar.

Pengerusi Urusetia Mesyuarat Agung Azhari Hadi berkata, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga telah dimenangi tanpa bertanding oleh Haji Abdul Rahman Abdul Wahab dan Ustaz Haji Osman Idris.

" Dua orang pemeriksa kira-kira juga dimenangi tanpa bertanding oleh Ismail Abdullah dan Nasharudin bin Rashidi.

" Seramai dua puluh orang telah bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar. Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu" katanya

Menurut Azhari , enam belas Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah Fakhrurrazi Haji Khalid, Hamdan Fadel Ahmad, Haji Tyandareus Haji Awang, Dr. Abdul Rahman Abu Bakar, Haji Ibrahim bin Haji Dahalan, Hairulnizam Ishak, Norijan Omar, Khairulzami Muhammad, Azhari Hadi, Ustaz Qori Yunus, Abdul Halim Yahaya, Adnan Abd Rahman,Haji Muhammad Abdullah, Haji Redhuan Haji Maharane dan Hajah Salmiah Muhammad.

" Lebih 250 perwakilan PAS Cawangan hadir dalam mesyuarat hari ini. Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik.

" Setiap pertanyaan dan penjelasan dari perwakilan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS Parit Buntar" katanya

Mesyuarat agung yang bermula pada sebelah pagi ini berakhir tengahari dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Haji Harun Haji Hashim.

Bahrain
Abdul Bahrain Desa kekal TYDP

Ahmad Azhar Haji Sharin kekal NYDP

Fakhrurrazi Haji Khalid menang AJK

Hamdan Fadel Ahmad menang AJK

Image010.jpg
Haji Muhammad Abdullah menang AJK

HairulNizam Ishak menang AJK

Puan Norijan Omar menang AJK

Read more ...

Bagaimana adik Najib yang dapat projek RM20 juta biayai ubahsuai Masjid Kampung Baru ?

SAMM Tuntut Najib Perjelas Beri Kontrak Ubahsuai Masjid Kepada Adik


SHAH ALAM 17 APRIL: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil dan menjelaskan isu pemberian kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur kepada firma arkitek adiknya yang juga Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Datuk Nazim Razak.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu surat terbuka kepada Najib yang dikeluarkan pada 10 April lalu menjelaskan SAMM mendapat maklumat bahawa kerja pengubahsuaian telah diberikan kepada firma arkitek Nazim, NRY Architect Sdn Bhd.

"Jikabenar, memandangkan adik Najib juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar diperjelas sama ada terdapat percanggahan kepentingan sebagai pemilik firma NRY Architect Sdn Bhd.

"Najib sendiri harus memperjelaskan perlantikan Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri yang jelas kedua–duanya ada pertembungan kepentingan," kata beliau.

Sebelum ini, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad pada 5 Februari lalu.

Badrul berkata, isu ini hanya akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat negara ini sekiranya Najib memilih untuk berdiam diri.

Ini kerana, jelas beliau, sebelum ini Najib turut memilih untuk berdiam diri semasa Najib serta Nazim dikaitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh seorang penyiasat persendirian, P Balasubramanian melalui akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008.

Tambah beliau, tindakan Bala yang kemudiannya menarik balik dan menghilangkan diri ke luar negara menyebabkan timbulnya satu tanggapan negatif bahawa Najib mungkin terlibat dalam isu tersebut kerana sikap berdiam dirinya.

Katanya lagi, perkara terbaik dalam mengelak persepsi buruk adalah dengan Najib sendiri menjelaskan pertanyaan yang timbul di kalangan rakyat.

Badrul seterusnya berkata, adalah diharapkan agar Najib dapat memberikan penjelasannya melalui media massa sekiranya Najib menganggap SAMM hanya satu kumpulan kecil yang tiada kepentingan untuk dijawab dengan surat rasmi kerajaan.

Read more ...

"Harga diri masyarakat miskin ini sedalam saku mereka" - Presiden PRS / BN

BEBAS Menang Kerana Banyak WANG Berbanding Kami' : Presiden PRS


KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing tidak sekadar merasa merasa pahit, tetapi juga sangat menyakitkan apabila mereka kehilangan kerusi Pelagus kepada calon bebas George Lagong.

Lagong mengalahkan calon PRS Stanley Nyitar dengan majoriti yang sangat selesa 2,837 undi apabila beliau mendapat 5,740 undi berbanding 2,903 undi yang diperolehi Stanley.


Calon PKR, Edward Sumbang Asun, berjaya mendapat 1,171 undi.


Kawasan pilihanraya di situ mempunyai 15,323 pengundi yang terdiri daripada 11,979 Iban, 2,359 Cina dan 901 Melayu/Melanau dan lain-lain kaum.


PRS bertanding di sembilan kerusi dan memenangi lapan daripadanya, menjadikannya parti kedua terbesar selepas PBB yang mempunyai 35 kerusi di dewan undangan negeri.


Ketika diminta untuk mengulas kekalahan kerusi Pelagus, Masing berkata:
"Sekarang barulah saya sedar hakikat kehidupan ini sungguh kejam.

"Harga diri masyarakat miskin ini sedalam saku mereka. Hal ini paling jelas dalam politik, "
katanya, merujuk kepada sejumlah besar wang yang telah mempengaruhi pola pengundian di kawasan luar bandar ini.

Bagaimanapun , dia enggan mengatakan samada partinya disabotaj atau tidak.


"Saya tidak menyedari hal itu belum ini. Di Ngemah, saya mendapat sokongan penuh daripada semua parti BN.


"Di Pelagus kita kekurangan sumber yang diperlukan ketika pertandingan. Jika tidak kami akan menyapu bersih,"
katanya, merujuk kepada Larry Sng dan pengaruh ayahnya Sng Chee Hua yang tidak membantu BN di Pelagus.

Peranan Sng


Larry Sng, bekas penyandang kerusi disitu, telah dipecat dari parti dan terus tidak berparti itu telah digugurkan daripada bertanding di dalam pilihanraya negeri kali ini.


Dia berkeras mahu bertanding sebagai calon BN di situ, tetapi ditolak keras oleh PRS. Masing juga harus ingat bahawa George Lagong mempunyai pertalian darah dengan Sng.


Ketika ini spekulasi sedang meluas mengatakan Masing akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri di dalam kabinet Taib selepas kekalahan Presiden SUPP George Chan di Piasau.


SUPP yang mempunyai 12 kerusi sebelum pilihanraya negeri, kini hanya mempunyai enam kerusi - dua wakil Cina dan empat wakil Dayak.


"Nampaknya parti Cina itu kini diwakili lebih ramai daripada wakil Dayak dan mereka seharusnya menuntut lebih kedudukan mereka di dalam SUPP dan sebagainya,"
kata seorang bekas pemimpin.


Sumber : FMT

Read more ...

Pemilik Omega tak penting , perkara utama "Siapa penayang video itu" - Polis

Video Lucah : Siasatan Selesai, Tuan Punya Omega Tidak Penting, Kata Polis



KUALA LUMPUR 17 APRIL : Polis Bukit Aman sudah menyiapkan siasatan berhubung video lucah Datuk T mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan bersabit kesalahan mengedar bahan lucah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan, Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, identiti pemilik jam Omega bersabit kes itu tidak menjadi faktor penting dalam siasatan polis kerana perkara utama adalah “siapa penayang video itu,”.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu. Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau masih mempunyai sebuah jam Omega dalam simpanannya.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Read more ...

Mengapa perlu Taib ke istana hingga larut malam, tak boleh tunggu siang?



KUCHING 17 APRIL : Tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud tergesa-gesa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, sejurus selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Balingian, dipertikaikan banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tergesa-gesa Taib itu ekoran wujudnya "musuh dalam selimut" merancang untuk memilih Ketua Menteri Sarawak yang baru bagi menggantikan Taib yang berkuasa lebih 30 tahun.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Taib itu juga disebabkan undi popular Barisan Nasional pada pilihan raya negeri kali ini turun lebih 7 peratus, menjadikan undi semasa sekitar 55 peratus.

"Yang paling penting, undi popular turun dari 62 peratus kepada 55 peratus beri isyarat bahawa Taib Mahmud perlu undur. Sehingga Taib (terpaksa) pergi ke Istana untuk angkat sumpah (sebagai Menteri)

"Adakah beliau takut musuh dalam selimut, saya rasa kamu semua lebih tahu. Takkan dia takut pada 16 (pembangkang).

"Taib bukan menang 2 kerusi (macam era Timbalan Ketua Menteri Sabar, Joseph Pairing dulu), dia (Taib) ada dua pertiga di DUN (Sarawak), maka mengapa perlu pergi ke istana sehingga larut malam," ujarnya pada suatu kenyataan media di Hotel 360, di sini.

Katanya lagi, keputusan pilihan raya kali ini sekaligus menolak tanggapan umum bahawa Sarawak adalah "simpanan tetap" bagi Barisan Nasional untuk terus menguasai Putrajaya.

"Pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa Sarawak yang dianggap sebagai fix deposit Sarawak oleh Barisan Nasional tiada lagi.

"Ini petanda pilihan raya umum mesti dibuat cepat kerana undi alih sebanyak 7 peratus.

"Ini adalah satu petanda bahawa Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi parlimen berdasarkan undi (popular) nasional."

"BN dapat 75 peratus kerusi di DUN Sarawak walaupun undi popular hanya 55 peratus, ia tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar iaitu (nilai) 'satu undi' rakyat," beliau menambah.

Katanya, BN boleh kekal menang berkemungkinan disebabkan empat faktor - iaitu politik wang, media tidak bebas, ancaman atau faktor ugutan dan penipuan dalam proses pilihan raya.

"Dan saya rasa beberapa (proses kiraan di beberapa) kerusi pakatan rakyat berlaku penipuan sehinga di bneberapa kawasan (seperti Sibu) boleh padam elektrik," tambahnya.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Saya fikir kalau kita lihat pada undi popular merangkumi 46 peratus...ia menunjukkan peratusan (sokongan pada Pakatan Rakyat) yang kukuh untuk rakyat sarawak nak perubahan.

"Saya rasa ia petanda bagi parti berbilang kaum seperti PKR walaupun padang yang tidak sama rata seperti di Batu Kawah, namun ia tidak menghalang kita untuk tingkat prestasi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Semantara menurut, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pilihan raya negeri Sarawak ke-10 memberi gambaran bahawa rakyat bersedia berubah dengan menyokong Pakatan Rakyat.

"Walaypun PAS tidak menang (di lima kerusi yang ditandingi) tapi ini buktikan semangat bersama Pakatan Rakyat.

"Ingin saya tegaskan bahawa tanah Sarawak sangat bersedia untuk Pakatan," ujarnya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bachok berkata, PAS berjaya mengurangkan 800 undi majori BN di Beting Maro.

Di Muara Tuang katanya lagi, PAS berjaya mendapat undi sokongan lebih 3,000 undi. Di Tanjung Datu pula, PAS berjaya mendapat undi sokongan sebanyak 1,002 undi.

Justeru katanya, fokus PAS untuk agenda "Selamatkan Sarawak" adalah untuk mendapat kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Langkah seterusnya adalah persiapan di PRU13," tegas beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Adun Ba'Kelalan Baru Bian yang disebut-sebut sebagai "Ketua Menteri Sarawak" bersedia menyerahkan hal pelantikan Ketua Pembangkang Sarawak kepada konsesus wakil rakyat Pakatan Rakyat Sarawak; ketika ditanya wartawan.

Turut hadir, Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihatnya Lim Kit Siang serta wakil rakyat baru Pakatan Rakyat Sarawak.

Read more ...

Muak dengan kepimpinan Taib punca pengundi Cina beralih arah




KUCHING 17 APRIL : Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 10 semalam menunjukkan betapa rakyat Sarawak khususnya masyarakat Cina muak dengan kepimpinan tertinggi negeri yang dianggap terlalu lama.

Buktinya, Timbalan Ketua Menteri 1, Tan Sri George Chan Hong Nam yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tumbang di kalangan calon muda, Andrew Ling Sie Kiong dari Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Piasau, dekat Miri.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir, hal ini disebabkan kepimpinan negeri yang terlalu lama memerintah sehingga menjadi satu beban politik negeri di ini.

" Bukan sahaja beliau (George Chan) berjanji akan berundur, KM Sarawak juga berjanji akan berundur. Tetapi rakyat atau pengundi di bandar atau luar bandar turut sangsi perkara ini. Saya masih ingat pada 7 November 1995, beliau (Taib) berjanji beliau akanberundur dalam 5 tahun lagi. Sepatutnya tahun 2000 tapi beliau tidak mahu berundur. Kemudian 2006, tak berundur kerana beliau kata orang di sekelilingnya tak mahu berundur akhirnya inilah beban politik Sarawak sekarang," kata beliau dalam rancangan khas Analisis Awani Khas sempena PRN Sarawak ke 10 semalam.

SUPP merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar di negeri itu dan menyasarkan kaum Cina dan masyarakat bandar di Kuching, Miri dan Sibu sebagai khayalak politik mereka.

Bagaimanapun keputusan semalam menunjukkan betapa SUPP terkubur ekoran hanya mampu memenangi 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan.

Chan tewas dengan majoriti 1,590 undi di Piasau yang dimenanginya dengan majoriti hampir 4,000 undi pada 2006 kepada calon muda DAP yang pertama kali bertanding, Ling.

Selain Chan yang menerajui kepimpinan negeri sejak 1983, hanya dua pemimpin Cina SUPP iaitu Datuk Sri Wong Soon Koh di Bawang Assan dan Datuk Lee Kim Shim di Senadin yang mempertahankan kerusi mereka. Empat lagi kerusi SUPP dimenangi di kawasan majoriti Dayak.

Dr Jeniri menyatakan kesedaran masyarakat Cina dan faktor calon muda yang dikemukakan mereka berkesan dalam mengajak masyarakat Sarawak untuk berubah.

"Bagi masyarakat Cina, kepimpinan negeri yang terlalu lama merupakan ibu kepada segala masalah. Mereka mahu melihat perubahan kepimpinan negeri. Selagi kepimpinan negeri yang berada di atas tidak berubah, dasar tetap akan sama. Kepimpinan negeri perlu berubah supaya dasar yang tidak memihak kepada mereka tak berubah," kata Dr Jeniri lagi.

Menurut beliau 'kedegilan' Chan yang terus mengemukakan muka lama yang sudah tidak relevan menunjukkan betapa mereka tidak menyedari keadaan itu tidak seperti sekutu mereka PBB yang merombak calon mereka di beberapa kawasan.

"Penting juga melihat sebahagian calon muda usia 25, tahun 35, 40 tahun supaya proses peralihan kuasa dan darah muda ada. Dan hanya pemimpin muda yang faham apa yang dikehendaki orang muda ini, khususnya di Sarawak yang 33 peratusnya pengundi muda,"tambahnya lagi.

Read more ...