Saturday, January 15, 2011

Jangan harap kerajaan BN nak mansuh yuran sekolah

GMPP : Yuran Persekolahan Perlu Dimansuhkan


KUALA LUMPUR 16 Jan. : Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika. "Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya.

Read more ...

Hatta Wahari dijangka akan dipecat

Wartawan Jangka Utusan Bakal Pecat Presiden NUJ


KUALA LUMPUR 16 Jan. : Siasatan tertutup terhadap presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari esok "kerana mencemarkan imej syarikat" dilihat hanya sebagai satu formaliti oleh Utusan Malaysia sebelum memecatnya.

Para wartawan kanan serta yang lain yang biasa dengan situasi di media harian aliran perdana milik Umno itu berkata, syarikat berkenaan, Utusan Melayu (M) Bhd, tidak akan membiarkan kritikan, terutama dari kalangan kakitangannya sendiri lapor portal Malaysiakini.

"Dia bercakap sebagai presiden NUJ... dan di bidang kebebasan akhbar dan etika, dia mempunyai kata-kata yang 'keras' kata-kata terhadap media arus perdana, termasuk Utusan. Ini tidak bermakna dia hanya mensasarkan media tempat dia bekerja," kata seorang wartawan kanan Utusan yang tidak mahu disebutkan namanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan Utusan Melayu menjadi jengkel dan tidak senang dengan banyak serangan terhadap akhbar itu yang tersiar dalam media arus perdana dan di media di talian, serta di blog.

nuj utusan melayu picket 160904 penyamun"Ini berlaku dalam beberapa bulan terakhir ini, di mana ramai yang prihatin tentang kebebasan dan tanggungjawab media, menuduh kami memperbesar-besarkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman".

Hata, sejurus selepas dipilih sebagai presiden NUJ September lalu, meminta media arus perdana, terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star supaya kembali kepada fungsi sebenar mereka sebagai penyebar maklumat yang objektif kepada rakyat dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan, atau parti politik atau individu, untuk keuntungan peribadi mereka."

Read more ...

PAS tidak pernah undur memperjuangkan Islam

Iltizam PAS Perjuang Islam Tidak Pernah 'Mengendur'


KUALA LUMPUR 16 Jan. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa iltizam PAS untuk membawa syiar Islam tidak pernah 'mengendur' namun mengamalkan pendekakatan yang lebih bijaksana dan hikmah.

Kenyataan Nik Aziz itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa PAS semakin lembut dengan dasar Islam sejak kebelakangan ini seperti dakwa penulis blog Azizi Abdullah.

Azizi ketika sesi dialog Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama blogger di Ibu Negara malam tadi mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

Menjelaskan hal itu, menurut Nik Aziz pendekatan hikmah yang dilakukan oleh PAS selama ini mendorong DAP untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Perkembangan terkini itu dapat dilihat pada Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas bulan lalu.

"Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

"Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal),"jelas Nik Aziz.

Nik Aziz juga turut menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana bimbang kerajaan persekutuan masuk campur lalu mengisytiharkan darurat.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," tambah beliau lagi.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," ujarnya lagi.

Maka dengan itu katanya, PAS mengambil pendekatan seperti seguni beras. Kalau tidak terdaya mengangkutnya, maka diambil "secupak demi secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya kepada kira-kira 130 penulis blog malam tadi.

Read more ...

PAS umum calon di Dataran Wayang Pacak,Taman Labis Indah malam ini.

PRK DUN Tenang : Calon PR Dijangka Diumum Malam Ini

KUALA LUMPUR 16 Jan. : PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor malam ini, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada pukul 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya yang dipetik Bernama hari ini.

Penumuman itu dijangka dibuat di Dataran Wayang Pacak,Taman Labis Indah malam ini.

Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS pada pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari Barisan Nasional pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri,di sini.

Read more ...

Kerajaan selalu berjanji tapi selalu mungkir

Rafizi : Naik Harga Minyak, Kerajaan Langgar Janji Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR 16 JAN. : Pengumuman rasionalisasi harga minyak, diesel, gas petroleum cecair LPG dan gula oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi atau PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala Disember tahun lalu melanggar dua janji besar kepada rakyat.

Pertama adalah janji reformasi sektor tenaga, terutamanya subsidi RM19 bilion setiap tahun kepada penjana tenaga bebas atau IPP, dan kedua adalah janji tiada kenaikan harga minyak dan barangan asas selepas kenaikan siri pertama Julai tahun yang sama.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, berkata dua perkara ini menunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak nekad melindungi kepentingan kroni sementara menghapuskan subsidi yang memberi impak kepada rakyat seluruhnya.

Pertikaiannya adalah Perdana Menteri Najib Razak enggan mengemukakan mekanisma penyelarasan subsidi kepada segmen masyarakat yang memerlukan, sebelum menguatkuasakan keputusan untuk menghapuskan subsidi bahan bakar.

"Apabila dalam usaha kita mengurang defisit itu, kenapa rakyat yang dihukum terlebih dahulu? kenapa perbelanjaan RM 15 bilion kepada rakyat yang perlu dipotong sedangkan banyak lagi perbelanjaan lain terutamanya yang diberi terus kepada syarikat swasta, ataupun perbelanjaan kerajaan yang meningkat tidak dikawal? perbelanjaan JPM contohnya RM21 bilion,kenapa tidak dipotong? kenapa kerajaan beri subsidi RM19 bilion kepada IPP dan industri elektrik, kenapa itu tidak dipotong? itu persoalan yang pertama," katanya.

Rafizi berkata demikian di Forum Mahasiswa Malaysia. Minyak: Asasi Yang Dilacur di ibu negara 14 Januari lepas. Beliau menjelaskan Najib dan Pemandu merancang menaikkan harga bahan bakar sebanyak 10 sen setiap enam bulan sehingga akhir tahun 2011.

"Pemandu mengumumkan rancangan untuk mengurangkan subsidi minyak dan LPG ini, iaitu untuk menaikkan 10 sen setiap enam bulan, terbaru adalah bulan 12 lalu. Kalau setiap enam bulan dinaikkan, menjelang akhir tahun 2011 harganya mencecah harga pasaran dan kerajaan tidak perlu bagi subsidi satu sen pun pada rakyat," katanya.

Rafizi dalam hujahnya meminta mahasiswa supaya menilai isu kenaikan harga minyak dari perspektif ekonomi yang luas.

Beliau akur bahawa manipulasi kos minyak memberi kesan buruk pada ekonomi, namun kerajaan bertanggungjawab memberi bantuan kepada segmen masyarakat yang paling terkesan dengan kos kehidupan yang semakin menekan.

Ini kerana kemelut hari ini berpunca dari amalan urustadbir ekonomi yang goyah dan boros.

"Kita tidak boleh bercakap tentang kenaikan harga minyak, tanpa berbincang mengenai kedudukan ekonomi negara. Ekonomi parah kerana kita berhutang banyak. Kutipan cukai setiap tahun antara RM160 hingga RM170 bilion, sedangkan kerajaan berbelanja RM 200 hingga RM 210 bilion setiap tahun. Maknanya ada hutang RM40 bilion. Negara kita mengalami defisit 12 tahun berterusan adalah amat buruk untuk ekonomi. Tiap-tiap kalau kita takde duit lebih, dan asyik berhutang, maknanya lama-lama muflis lah," katanya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat, subsidi bahan bakar adalah satu keistimewaan kepada golongan mewah, namun satu keperluan bagi isi rumah yang sekadar mampu mengisi keperluan harian.

Kajian mendapati kenaikan 5 sen untuk bahan bakar, 20 sen untuk gula dan LPG memberi impak kepada kehidupan 40 peratus dari isi rumah nasional.

Kumpulan ini bersamaan 8 juta orang, dan sekadar meraih RM1,500 sebulan. Dianggarkan 80 peratus dari pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan asas seperti sewa rumah, makanan, sekolah anak-anak, pakaian dan tenaga.

"Kerajaan di Putrajaya, memotong bantuan terus kepada rakyat. Kategori pertama yang dipotong adalah bantuan bahan api seperti subsidi gas, petrol dan juga gas memasak iaitu LPG. Yang ini jumlahnya RM11 bilion setiap tahun. Subsidi kedua adalah subsidi makanan iaitu beras, gula dan gandum tak silap saya, yang jumlahnya RM4 bilion," katanya.

Read more ...

Pesta Bola OMGK di Parit Buntar tawar hadiah lebih RM 7000

Kejohanan Pesta Bola "Orang Muda Geng Kita" di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 15 Jan. : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar dengan kerjasama Kelab Bolasepak Muhibbah akan mengadakan Kejohanan Pesta Bola "Orang Muda Geng Kita", terbuka liga sembilan sebelah yang akan diadakan pada 3 Februari 2011 di Padang Bandaran Parit Buntar dan Padang Bandaran Bandar Baharu, Kedah.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya yang sihat dalam sukan bolasepak apatah lagi pasukan negara kini mendapat tempat dihati peminat bolasepak tempatan setelah menjuarai AFF Suzuki, bulan lalu.

Justeru Pemuda PAS serta Kelab Bolasepak Muhibbah ingin terus semarakkan semangat anak-anak muda menyertai kejohanan ini.

Juara bakal merebut RM3,000.00 berserta jersi dan piala iringan, manakala tempat kedua RM 2,000.00. Pasukan ketiga dan keempat layak membawa pulang RM 700.00. Mereka juga bakal membawa pulang hadiah iringan istimewa.

Sumbangan penyertaan adalah sebanyak RM 300.00 setiap pasukan. Hadiah kejohanan bakal disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ia terhad kepada 40 pasukan sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Januari 2011 dan keterangan lanjut sila hubungi Zaihidi (012-4557593) atau Shahrin (017-5681454).

Borang juga boleh didapati di Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar atau dimuat turun pada link di bawah:

Borang muka1, borang muka2

Read more ...

Putrajaya dan Petrajaya bakal berlaga

Isu Bakun : Tegangkan Hubungan Putrajaya-Petrajaya


BELAGA 16 Jan. : Beberapa penilaian terutamanya daripada segi kos perlu diteliti sebelum penjualan projek hidroelektrik Bakun kepada kerajaan negeri Sarawak dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Katanya penglibatan kos serta beberapa perkara lain masih dalam rundingan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan tempoh masa rundingan itu ketika ditanya soalan mengenainya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Uma Belor di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di sini.

Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa anggota Kabinet Persekutuan dan negeri terpaksa membatalkan lawatan ke tapak projek hidroelektrik Bakun berikutan cuaca buruk.

Mengikut program asal, Perdana Menteri dijadual mendengar satu taklimat danmembuat tinjauan di sekitar kawasan projek berkenaan.

Empangan berkeupayaan 2,400 megawatt itu dijangka menjana 300MW bekalan elektrik menjelang Jun tahun ini.

Projek Bakun bernilai RM7.3 bilion ini dimiliki Sarawak Hidro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Kawasan seluas 69,500 hektar itu akan ditenggelamkan selepas penakungan bermula sejak 13 Oktober lepas.

Read more ...

Brazil dilanda banjir dan tanah runtuh

Banjir Dan Tanah Runtuh Di Brazil Ragut Lebih 610 Orang


RIO DE JANEIRO 16 Jan.: Banjir buruk dan tanah runtuh di kawasan pergunungan di Rio de Janeiro setakat ini sudah mengorbankan 610 orang, menurut laporan terkini dikeluarkan pegawai Jabatan Pertahanan Awam Brazil, hari ini.

Dianggarkan lebih 14,000 lagi penduduk terpaksa diselamatkan anggota penyelamat selepas rumah mereka dibawa arus dan ditenggelami tanah runtuh, terutama di Bandar Serrana, kira-kira 100 kilometer dari bandar persisir pantai, Rio.

Bandar kedua dilanda bencana terburuk negara itu ialah Nova Friburgo, dengan 274 penduduk dilaporkan terbunuh. Jirannya, Teresopolis pula mencatat 263 kematian, Petropolis (55) dan Sumidouro (18).

Pekerja penyelamat khuatir angka korban meningkat lebih sekali ganda lagi selepas mereka mengesan lebih banyak sisa runtuhan.

Sementara itu Kerajaan Brazil hari ini mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara selepas lebih 600 penduduk terkorban akibat banjir dan tanah runtuh terburuk di Rio de Janeiro sejak seminggu lalu.

Pekerja kecemasan di zon bencana di Wilayah Serrana, di utara Rio kini bertungkus-lumus bagi mengira mayat dengan lori digunakan untuk mengangkut untuk pengkebumian.

Pekerja pengangkutan berkata, mereka bimbang jumlah mayat dijangka bertambah selepas pekerja penyelamat masih meneruskan kerja mencari mangsa di kawasan runtuhan.

President Brazil, Dilma Rousseff mengumumkan tiga hari berkabung.

Pihak berkuasa Rio de Janeiro berkata, negeri itu akan mengadakan seminggu penuh untuk berkabung bermula esok. - AFP

Read more ...

Pramugari MAS ditemui mati di hotel

Pramugari MAS Ditemui Mati Di Amsterdam


KUALA LUMPUR 16 Jan. : Seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ditemui mati di tempat letak kereta di sebuah hotel di Amsterdam, Belanda pagi kelmarin.

Chin Swee Len, 34, ditemui mati di tempat letak kereta oleh pengunjung Hotel Radisson kira-kira 9 pagi.

Mendiang dilaporkan ditemui mati selepas kehilangannya disedari oleh beberapa orang rakan setugas.

Difahamkan mendiang sepatutnya pulang ke tanah air semalam selepas mengikuti penerbangan ke Belanda Selasa lalu.

Mendiang yang berkhidmat dengan MAS sejak 1997 itu disedari hilang apabila rakan setugas dan pengurusan penerbangan mahu bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

“Bilik dia tinggal di tingkat empat diceroboh masuk dan digeledah,” kata sumber dipetik oleh New Sunday Times hari ini.

“Seorang anggota krew telah pergi ke biliknya untuk memeriksa tetapi tidak menemui Chin sedangkan pintu biliknya terbuka,” kata laporan itu.

Mendiang dilaporkan tidak menghadiri taklimat yang lazimnya diadakan sebelum anggota krew meninggalkan hotel.

Punca kematiannya bagaimanapun masih belum diketahui, kata laporan itu.

Pengarah Operasi MAS Capt Azhaaruddin Osman dipetik berkata pihaknya amat bersedih di atas pemergian seorang staf yang amat berdedikasi.

Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan dikatakan telah berlepas ke Amsterdam malam tadi menaiki penerbangan pesawat MAS, kata laporan itu.

Read more ...

Terengganu banyak sumber air tapi rakyat tak merasa keuntungannya

Khalid Ibrahim : Terengganu Berpotensi Jadi Negeri Pembekal Air


KEMAMAN 16 Jan. : Terengganu berpotensi besar menjadi negeri pembekal air yang baik sekiranya ditadbir oleh Pakatan Rakyat kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menyatakan Terengganu mempunyai empangan yang baik serta mampu mengatasi masalah bekalan air negara ini dan membantu rakyat menikmati hasil mahsul negeri ini seperti yang dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

"Pada saya, bila saya tengok Terengganu ini, dia bukan sahaja boleh jadi tokey minyak, malah juga boleh jadi tokey air. Sebab ada empangan besar di Terengganu, tak payah nak buat lagi, buat paip sahaja untuk hantar sampai ke Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor," kata beliau di hadapan lebih 20 ribu hadirin sempena Program Ceramah Selamatkan Malaysia sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS ganti UMNO di sini.

Kerajaan negeri Selangor telah berjaya melaksanakan skim pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu seunit kepada setiap rakyat dan penduduk Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri hampir 3 tahun lalu.

Khalid turut bersedia membantu negeri ini sekiranya penduduk Terengganu berjaya mengubah kerajaan Terengganu yang diterajui UMNO-BN sekarang kepada Pakatan Rakyat bagi mengelakkan Kerajaan UMNO BN menggunakan hasil air bagi mengkayakan kroni mereka sendiri seperti di Johor.

"Johor yang jual air kepada Singapura lebih murah dari jual kepada rakyat Johor sendiri. Ini kes teruk. Ini kes gila.

"Kita bagi air percuma 20 meter padu. Terengganu apabila diambil alih Pakatan Rakyat nanti boleh bagi air percuma. Saya boleh datang dan tunjukkan bagaimana. Kita boleh buat sama-sama, kata beliau.

Terengganu sebelum ini pernah diterajui oleh PAS pada tahun 1999 melakukan beberapa rombakan pentadbiran dan polisi mesra rakyat bagi membantu rakyat negeri itu sebelum dirampas kembali UMNO pada tahun 2004.

Khalid menegaskan rakyat Terengganu perlu menyedari perkara ini dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk tidak ketinggalan menikmati pentadbiran yang telus, cekap dan efisien seperti negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Seperti di Selangor, Kalau PAS dapat memerintah bersama Pakatan Rakyat di Terengganu, ia akan lebih baik dari BN dan UMNO.

"Kita ambil balik dan beri kembali hak rakyat. Ini UMNO tak buat. Tak tau nak buat. Macam mana saudara nak pilih dia lagi? PAS nak gantikan UMNO itu betul sebab di Selangor dah betul, macam mana di Terengganu tak akan betul?," kata beliau disambut sokongan hadirin ceramah ini.

Read more ...

Elak pembaziran wang negara : Segera lantik Rosmah jadi Menteri


La watan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.


Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.


Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan Rosmah di sini, beliau berkata: "Kerajaan Oman begitu memilih dalam memberikan layanan seumpamanya. Ini bermakna layanan yang diberikan kepada Datin Seri Rosmah adalah satu gambaran hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara Islam ini."

Katanya jemputan Oman kepada isteri Perdana Menteri melakukan lawatan ke negara ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha tidak mengenal penat beliau dalam bidang yang amat dekat di hatinya iaitu pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Permata serta peranannya memperkasakan kaum wanita di Malaysia.

Mohamad Norhisyam berkata beliau melihat peranan Rosmah sebagai suatu yang melengkapi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memperkenalkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

Rosmah dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said.

Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), akan diiringi anggota badan berkenaan semasa lawatan itu.

Malaysia dan Oman menjalin hubungan diplomatik pada 1983. Mohamad Norhisyam berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, kebanyakannya bekerja dalam sektor petroleum.

"Mereka tidak sabar menunggu kedatangan Datin Seri Rosmah di Muscat," katanya.

Kuasa Usaha Malaysia di Oman itu berkata dagangan dua hala antara Malaysia dan Oman berjumlah hampir RM500 juta bagi tempoh Januari-Oktober 2010, dengan eksport utama Malaysia ke Oman adalah minyak masak, jentera, peralatan dan alat ganti, produk perkayuan serta barangan elektrik dan elektronik.

Katanya terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia di Oman dalam projek infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang dan juga bidang pendidikan.

Mohamad Norhisyam berkata Malaysia merupakan destinasi popular bagi rakyat Oman.

"Jumlah pelancong Oman ke Malaysia meningkat pada tahun kebelakangan ini. Pada 2010 sahaja, kita menerima seramai 18,300 pelancong dari Oman, satu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada 2009," katanya.

Beliau berkata peningkatan angka ketibaan pelancong dari Oman pada 2011 diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding 2010.

Lebih 400 penuntut dari Oman melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia pada tahun lepas, katanya.

"Harapan utama saya adalah lawatan oleh Datin Seri Rosmah ini membawa kepada lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Oman serta memperkukuhkan hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.

-- BERNAMA

Read more ...

Laksana hudud , kerajaan pusat ugut isytihar darurat di Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

nik aziz meeting with bloggers, kl"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam semalam.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.
Ambil secupak

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

hudud lawSebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud).

"Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam.

Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.
Royalti minyak

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak.

Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

azlan"Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.

"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini.

"Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis.

NONETambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati".

"Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu.

Read more ...

Najib, Khairy jangan ego, beritahu saja takut berdebat

KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya mengenepikan ego masing-masing dalam isu debat 100 Hari Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kedua-duanya diminta supaya melihat isu debat itu demi kepentingan rakyat yang mahu melihat Najib sendiri tampil berdepan dengan cabaran Anwar.


“Saya harap sangat biar lah perdebatan ini berlaku kerana rakyat mempunyai hak untuk menilai sendiri tentang isu ekonomi yang dibangkitkan.


Kalau Najib dan Khairy boleh menerima cabaran ini, tolak lah ketepi ego demi kepentingan rakyat, kita berbahas demi kebaikan rakyat itu yang sepatutnya,” katanya kepada keadilandaily.com.


Menurut Rafizi, Najib Razak sepatutnya tidak melarikan diri dari isu debat itu memandangkan beliau yang mula mempertikaikan agenda yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.


“Najib sebelum ini hanya mengeluarkan kenyataan tetapi tidak serius dari segi angka dan bagaimana Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang kita kemukakan, boleh menjejaskan negara.


Tetapi Datuk Seri Anwar telah jelaskan satu persatu tentang dasar ekonomi yang kita kemukakan dan isu-isu ekonomi negara yang dibangkitkan.


“Kalau Najib ada maruah, dia terima jemputan debat itu,” kata beliau.


Mengulas keputusan KEADILAN semalam yang mahu beliau berdepan dengan cabaran Khairy terhadap Anwar, Rafizi berkata beliau bersedia dengan tawaran berkenaan dan sedang menunggu keputusan Ahli Parlimen Rembau itu.


“Parti dah buat keputusan, saya terima tetapi terpulang kepada Khairy sendiri, jika dia ambil pendekatan dan kaji debat untuk kebaikan rakyat, dia akan terima. Sepatutnya dalam isu debat ini. Tidak perlu lah Najib atau Khairy berkata orang lain tidak setaraf dengan mereka,” ujarnya.


Datuk Seri Anwar minggu lalu menawarkan debat kepada Datuk Seri Najib selepas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan mengatakan Program 100 Hari Pakatan sebagai tidak bertanggungjawab, menggadai masa depan dan akan menyebabkan negara mengalami muflis seperti di Greece.


Bagaimanapun, Najib yang mula menimbulkan isu 100 Hari Pakatan itu, kemudian menolak tawaran debat Anwar dengan mengatakan ia sebagai tidak perlu dan hanya membuang masa. Jesteru Khairy tampil mencabar Ketua Umum Keadilan itu untuk berdepan dengannya.

Read more ...

Berani ka Zul katak berperang dengan MCA?

Seperti isytihar perang - Zulkifli Nordin

KUALA LUMPUR 15 Jan. : Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan pihak yang mempertikai laungan azan umpama mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Islam.

Menurut beliau, tindakan itu juga membawa makna mereka turut mempertikai Islam dan ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Jelasnya, azan merupakan salah satu aspek dalam ibadah umat Islam yang sudah wujud sejak pembentukan negara Islam di Madinah pada zaman Rasulullah.

''Perbuatan biadab ini perlu dihentikan segera sebelum ia menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan negara malah diletakkan di tahap tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain.

''Menghormati Perlembagaan negara adalah ciri kewarganegaraan yang jelas dan Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu aspek Rukun Negara,'' katanya dalam entri terbaru bertajuk Azan Tercabar? di blognya http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Zulkifli mengulas tindakan seorang peguam bukan Islam menghantar memorandum berkaitan azan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember lalu.

Memorandum itu antara lain meminta pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai di sini memperlahankan laungan azan yang didakwa mengganggu tidurnya setiap subuh.

Tindakan peguam berkenaan sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam.

Kata Zulkifli, mempertikai institusi Islam boleh disamakan dengan mempertikai Perlembagaan negara dan ia meletakkan seseorang itu tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

Beliau hairan dengan sikap segelintir pihak yang menerima dakwaan bahawa arahan mempertikaikan azan itu dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

''Apalah punya bodoh sangat. Takkan putar-belit dan pembohongan macam itu pun nak percaya? Takkan umat Islam begitu rendah tahap IQ (ukuran kepintaran) sampai fitnah bodoh macam itu pun mahu dipercayai?

''Ini adalah taktik kotor dan sempit yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang ketawa besar mereka juga,'' tegas beliau.

Menurutnya, fakta yang jelas, orang yang mempertikai, merungut dan menulis bantahan tentang azan ialah orang bukan Islam.

''Sudah tentu pihak berkuasa Islam seperti Jawi perlu mengkaji aduan dan bantahan tersebut. Untuk mengkaji, Jawi perlu turun padang berjumpa dengan kariah dan jawatankuasa masjid. Tetapi Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan mempertikaikan azan di masjid itu. Bodohlah kalau Jawi bertindak demikian,'' katanya.

Tambahnya, dalam menghadapi situasi berkenaan, jawatankuasa masjid terbabit disaran supaya bertemu dengan orang yang mempertikai laungan azan itu dan cuba menyelidiki tentang rasa tidak puas hatinya.

''Berikan penjelasan kepadanya mengenai azan. Jelaskan kepadanya peranan azan dan kedudukannya dalam Islam. Juga jelaskan perbezaan azan dengan cara agama lain. Beritahu kepadanya mengapa azan dilaungkan lima kali sehari.

''Kalau dapat, selitkan juga kisah mengenai mukjizat azan dan bagaimana ia berulang kali dilaungkan di seluruh dunia 24 jam sehari berdasarkan keunikan bumi ciptaan Allah yang siang dan malamnya silih berganti mengikut lokasi geografi sesuatu tempat.

''Semoga dia bukan sahaja memahami institusi dan kedudukan azan dalam Islam malah kita mendoakan Allah membuka pintu hatinya kepada Islam,'' katanya.

Read more ...

Kerajaan pusat tak harap Petronas boleh lawan kerajaan Kelantan

Husam: Putrajaya Mahu Celah Kes Royalti Minyak, Didengar 27 Jan

KUALA LUMPUR 16 Jan. : Putrajaya telah memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak dibawa kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu.

Memetik laporan The Malaysian Insider ,Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata permohonan itu akan didengar pada 27 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu menambah, pentadbiran Najib seolah-olah mahu "membantu" Petronas agar tidak "keseorangan" menghadapi kes itu.

"Kita tidak akan berdiam diri, permohonan ini akan didengar pada 27 Januari ini... kerajaan pusat mahu mencelah untuk dijadikan defendan kedua," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Kita hanya namakan Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak.

"Kerajaan pusat rasa Petronas keseorangan dalam kes ini dan telah pohon (untuk) mencelah. Betul-betul nampak mahu beri pertolongan kepada Petronas," kata beliau ketika bercakap pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar Bersama Blogger di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

Read more ...

KWSP melabur luar negara undang risiko

Azan : Pelaburan KWSP Diluar Negara Undang Risiko Kepada Penyimpan


KEMAMAN 16 JAN. : Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendedahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan sebanyak RM 75 Bilion bagi pelaburan luar negara hasil perancangan Kerajaan UMNO-BN bakal mengundang risiko besar kepada penyimpan KWSP.

Azan membayangkan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk dilaburkan di luar negara akan mendedahkan tabung simpanan hari tua golongan pekerja di negara ini kepada risiko kerugian yang tidak dapatkan dibayangkan.

"EPF telah dibenarkan menggunakan dana simpanannya yang merupakan duit kita semua sebanyak RM 75 Bilion untuk dilaburkan keluar negara," kata beliau kepada lebih 20 ribu hadirin di Program Ceramah Khas Hari Kebangkitan Rakyat di Geliga di sini semalam.

Azan turut mendedahkan beliau mendapat berita minggu ini bahawa pentadbiran KWSP yang sebelum mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak 7 peratus akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah yang diuruskan berjumlah RM 75 Bilion.

Sebelum ini, pelaburan agensi Kerajaan seperti FELDA telahpun gagal lantaran tiada pengurusan baik di luar negara dan memberi kesan kepada rakyat sendiri.

Malah beliau menjangka Kerajaan UMNO BN akan memberi alasan klasik sekiranya ia gagal dalam masa akan datang.

"Seperti biasa, tradisinya, kalau duit ini dilaburkan keluar negara, selepas setahun kita akan dengar alasan kalau rugi diakibatkan sebab kadar tukaran asing yang tidak dapat dikawal. Bukan sebab salah pengurusan, tetapi disebabkan kadar tukaran matawang asing," tegas beliau.

Justeru, Azan yang baru dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Terengganu menyeru rakyat negeri ini bagi membantah hal ini yang membabitkan masa depan mereka.

"Saya minta dan rayu kepada kawan-kawan semua, minta tahun ini adalah tahun terakhir BN nak beri alasan ini kepada kita. Kita nak beritahu, kalau tak reti uruskan harta dan wang rakyat, beri kuasa kepada Pakatan rakyat, kita akan buat jauh lebih baik lagi," kata beliau.

Read more ...

Siapa lelaki yang mengaku ''Saya pernah lakukan hubungan seks dengan Ummi"?

Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda


Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.KG

Read more ...

200 bloggers hadiri program bersama Mursyidul Am PAS

Hasrat Nik Aziz berundur tidak tercapai

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan, hasrat beliau untuk berundur dari jawatan menteri besar Kelantan sehingga kini tidak tercapai.

Ada sahaja, katanya, rintangan yang menghalang hasratnya itu dan kini beliau telah melebihi 20 tahun memegang jawatan itu.

Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini.

Majlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal media alternatif khususnya.

Turut berada di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.

Tuan Guru di dalam ucapannya menceritakan seawal 1967, beliau menceburkan diri di dalam bidang politik dengan kewajipan memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan siasah selama ini.

Menurutnya, dengan rasa kesedaran dan kewajipan tinggi berada di dalam tanggungjawabnya menyebabkan hasrat beliau untuk berundur diri, sehingga kini tidak dapat dilakukan.

Sebarkan kebaikan


Beliau mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam.

(Gambar: Penulis Azizi Haji Abdullah antara yang turut memberikan soalan dan pandangan)

Sepatah akhir Tuan Guru menegaskan, menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melaksanakan kewajipan itu akan masuk neraka.

Sebelum beliau bangun berucap, Dr Fadzli menyatakan, Tuan Guru mempunyai program di Terengganu dan terus berkereta ke Kuala Lumpur untuk memenuhi jemputan bersama bloggers.

Sebaik Tuan Guru selesai berucap, majlis dibuka kepada penyertaan peserta yang terdiri daripada 200 bloggers yang berlegar di seputar berbagai isu berbangkit dan semasa.

Read more ...

Polis siasat kes kematian Teoh tak bersungguh?

Gobind : Siasatan Polis Kematian Teoh Rapuh


SHAH ALAM 15 JAN : Peguam keluarga Mendiang Teoh Beng Hock berkata siasatan polis yang rapuh menyebabkan mahkamah tidak dapat memutuskan sama ada Beng Hock mati di bunuh atau membunuh diri.

Koroner Azmil Muntapha Abas tidak dapat memberi keputusan muktamad walaupun penggunaan unsur kekasaran semasa mendiang di soal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditonjolkan berulang-kali sepanjang inkues.

Peguam Gobind Singh Deo berkata koroner Azmil akui inkues tidak mampu membuat keputusan sekiranya pihak berkuasa enggan mengemukakan keterangan-keterangan yang relevan.

"Pihak yang bertanggungjawab untuk membawa keterangan ke mahkamah adalah pihak polis. Tuan koroner kata ada aspek-aspek penting yang dilihat kurang keterangan. Dalam undang-undang, hakim hanya boleh membuat keputusan berdasarkan kepada keterangan, dan bukan berdasarkan pandangan peribadi beliau," katanya.

Selepas lebih setahun inkues berlangsung, koroner 5 Januari lepas mengumumkan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak mati dibunuh dan tidak membunuh diri semasa dalam pengawasan SPRM.

"Apa yang berlaku adalah majistret kata bahawa ya saya tidak ada bukti untuk capai keputusan samada mendiang bunuh diri atau dibunuh.Selepas satu tahun berjuang di mahkamah, tetapi kerana tiadanya siasatan, maka yang kita dapat adalah keputusan open verdict," katanya.

Teoh ditahan dan disoal-siasat semalaman oleh SPRM sebagai saksi menyiasat dakwaan salahlaku rasuah. Beliau ditemui mati 16 Julai 2009 terdampar di tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14.

Semasa memberikan keputusan terbuka itu, Azmil mengesahkan mangsa mengalami kecederaan sebelum terjatuh.

" Memang terdapat kecederaan pada leher,perkara ini disahkan oleh Pornthip dan dua doktor yang lain, isunya adalah selepas ada pengesahan wujudnya kecederaaan ini, adakah polis siasatan perkara ini?," katanya.

Gobind yakin kecederaan yang dialami mendiang akan menjadi tumpuan siasatan polis sekiranya kerajaan mempunyai iltizam untuk mencari kebenaran.

"Tidak ada sebarang kecederaan pada leher atau muka beliau,semasa beliau masuk ke pejabat SPRM, itu fakta yang tidak dicabar dan diterima,jika doktor kata itu kecederaan sebelum jatuh, jadi bagaimana boleh ada kecederaan pada leher?, " katanya lagi.

Read more ...

Presiden NUJ dah macam 'penjenayah'

Anbalagan : Utusan Perlaku Presiden NUJ Umpama 'Penjenayah'

http://media1.malaysiakini.com/287/41daac6a5b3337a057fade8edfd2ebbe.gifSHAH ALAM 15 JAN : Akhbar Utusan Malaysia dilihat memperlakukan Presiden NUJ, Hatta Wahari sebagai penjenayah apabila memberikan arahan supaya tidak keluar dari lingkungan kediamannya sepanjang tempoh penggantungannya yang berkuatkuasa Isnin ini.

Setiausaha agung NUJ, V. Anbalagan berkata beliau tidak nampak dimana rasionalnya Utusan menggantung Hatta kerana setiap kenyataan media yang dikeluarkan Hatta adalah atas kapasitinya sebagai Presiden NUJ.

"Utusan buat hatta sebagai penjenayah, dia kongkong,dia yang tentukan dimana dia patut berada.Pada saya tidak masuk akal," katanya.

"Tapi yang peliknya dia kata dalam masa dia dalam..dia kena realese sampai 17 hb kan ,dia kata dia tidak boleh keluar mana- mana, dia mesti berada di kawasan rumah dia.Itu sesuatu diluar bidang kuasa Utusan,"katanya.

Hatta sebelum ini lantang menegur laporan Utusan yang dilihat gemar memainkan isu perkauman demi mendokong apa sahaja tindakan pemimpin Umno Barisan Nasional yang terdesak mengekalkan kuasa politik mereka.

Beliau kemudiannya diberikan surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Anbalagan menegaskan tindakan Hatta sebagai presiden NUJ tidak menyalahi akta kesatuan sekerja dan Hatta telah berperanan dengan baik dalam memperjuangkan kebebasan media di negara ini.

"Dia bertindak sebagai Presiden NUJ dan ini dibenarkan dalam akta kesatuan sekerja," katanya

Anbalagan menambah, jika dirujuk kembali semua kenyataan media yang dibuat Hatta, tidak ada sekalipun Hatta menggelarkan dirinya sebagai wartawan Utusan sebalik presiden NUJ.

"Padahal kalau awak baca kenyataan medianya, dia bercakap sebagai presiden NUJ bukan sebagai wartawan. Saya pun pelik macam mane mereka,nak buat keputusan,tapi utusan anggap Hatta bercakap sebagai wartawan, itu masalahnya," katanya.

Menyifatkan kes seumpama ini sebagai tidak pernah berlaku, Ambalagan berkata, Utusan sebenarnya segan kerana ditegur oleh Hatta.

"Gentar la. dia malu kerana ada sorang presiden NUJ tegur akhbar bahawa kalau hendak jual suratkhabar kena adil, sakama, jangan mainkan isu perkauman," katanya lagi.

Read more ...

Utusan suara perkauaman Umno

Peluang Teresa Dedah Sifat Rasis Utusan


SHAH ALAM 15 JAN : Ahli Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok menganggap perbicaraan saman Utusan Melayu terhadap beliau sebagai peluang untuk mendedahkan sifat rasis akhbar itu di mahkamah.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes saman Utusan Melayu (M) Berhad terhadap ahli parlimen Seputeh itu.

Teresa yang didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan dakwaan ahli parlimen itu bahawa utusan memutar-belitkan pernyataan-pernyataan beliau berhubung makanan yang disajikan kepadanya semasa beliau berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

Utusan sebelum ini dituduh oleh pelbagai pihak sebagai bersikap rasis demi mendokong kenyataan-kenyataan pemimpin Umno dalam menyerang Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh Parti Keadilan rakyat, DAP dan PAS.

Malah akhbar itu kerap dicela oleh rakan komponen BN sendiri seperti MCA kerana ghairah memainkan isu-isu seperti ketuanan Melayu dan pendatang.

Teresa berkata beliau menyambut baik peluang mempertahankan diri di mahkamah dan mendedahkan sifat rasis Utusan.

"Memang ada sifat rasis kerana dia yang menuduh saya buat dakwaan yang bukan-bukan, dimana saya tak buat dakwaan tersebut. Ini menunjukkan yang surat khabar ini tak ada kredibilti dan tidak bertanggungjawab, dia patut juga diadili di mahkamah," katanya.

Read more ...

Harga RM250,000 untuk gelaran 'Datuk'

Istana Kedah lapor polis

http://www.kedah2u.com/negeri-kedah-darul-aman/jata-negeri-kedah-darul-aman.jpgALOR SETAR, 15 Jan.: Pejabat Sultan Kedah akan membuat laporan polis berhubung pengakuan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom mengenai pembelian gelaran ’Datuk’ yang tidak diperakukan dari sebuah institusi diraja di utara Semenanjung, dalam masa terdekat.

Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabuddin (gambar) berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kenyataan Mohd Ali secara terperinci memandangkan dakwaan itu serius dan boleh menjejaskan imej institusi diraja Kedah dan Perlis.

Menurutnya, dakwaan Mohd Ali juga tidak spesifik merujuk kepada institusi diraja negeri mana yang terlibat.

“Pejabat Sultan Kedah tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan kegiatan individu tertentu menggunakan nama institusi diraja negeri ini untuk menjual darjah kebesaran. Justeru, kami tidak pasti sama ada kegiatan sedemikian benar-benar berlaku atau tidak.

“Sehubungan itu, laporan yang dibuat akan membolehkan polis menyiasat kenyataan individu terbabit kerana mencemarkan imej institusi diraja negeri Kedah,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang secara terbuka mengaku membeli gelaran ‘Datuk’ dengan harga RM250,000 pada 2006.

Syed Unan berkata, pemberian darjah anugerah oleh institusi diraja Kedah perlu melalui pelbagai proses yang ketat dan sebarang usaha membelinya melalui wang tidak mungkin berlaku.

Menurutnya, lazimnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah akan mengeluarkan pengumuman awal kepada semua jabatan kerajaan untuk memberitahu kriteria-kriteria pencalonan penerima anugerah kebesaran diraja pada awal Mei setiap tahun.

“Pejabat SUK juga akan mengeluarkan dua borang untuk diisi calon yang berkelayakan sebelum diserahkan pula kepada Jawatankuasa Darjah Kebesaran Negeri Kedah yang dipengerusikan Menteri Besar untuk proses penapisan.

“Setelah itu, kesemua nama calon yang ditapis akan dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah untuk mendapatkan perkenan baginda,” katanya.

Syed Unan berkata, sekiranya ada pihak mendakwa boleh mendapatkan darjah kebesaran diraja dengan bayaran tertentu, ia adalah satu pembohongan kerana hanya Sultan atau Raja sahaja yang berhak menentukan calon yang layak.

Menurutnya, orang ramai tidak seharusnya terpedaya dengan tawaran individu tertentu yang mendakwa diri mereka ahli kerabat diraja kerana hanya Jawatankuasa Darjah Kebesaran Negeri Kedah sahaja yang layak menentukan calon yang sesuai.

“Pada masa sama, Pejabat Sultan Kedah tidak mengetahui motif sebenar Mohd Ali membuat pengakuan itu dan tidak menolak kemungkinan ia bertujuan mencari publisiti murah," katanya.

Mohd Ali dalam satu kenyataan akhbar dua hari lalu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya.SH

Read more ...

Penemuan otak dalam kubur, bukti kekuasaan Allah

Jangan tanya otak siapa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtWM2VnmKeG8uvH4JdePPFB7_d0BaJFIQW2KYgXxDfKGFfJ9HLdJXnvjAeSarsa9X7nMsWAYq-v29z5DtvL-BpNMr4oLw0U1Aw40aZsXcYSIbHGAKL75koxt8p2MtFRLx6gn67wbbxFY4/s1600/8612243.jpgPENAGA, 15 Jan. : Penemuan otak manusia ketika kerja menggali kubur untuk satu majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu tidak perlu menjadi tanda tanya atau isu yang gempar.

“Ini kerana, jika setiap manusia memahami zat kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja, mereka pasti akan dapat menerimanya tanpa perlu rasa gusar atau takut,” kata Imam Masjid Permatang Tok Labu, Othman Arshad, 65.

Beliau berkata, penemuan itu membuktikan bahawa Allah berkuasa dan mampu melakukan sesuatu melebihi akal pemikiran manusia.

“Ini bukti kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya dan zatnya mampu melakukan apa sahaja dengan kehendaknya. Sebagai hamba Allah kita perlu menerima dengan hati terbuka dan dalam masa sama mengakui bahawa kejadian luar biasa seperti itu adalah di bawah kawalan Tuhan Maha Besar,” katanya ketika ditemui semalam.

Sinar Harian kelmarin melaporkan lebih 50 ahli keluarga seorang wanita yang hadir majlis pengebumiannya di pekarangan masjid itu terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad menunjukkan penemuan otak manusia yang masih elok meskipun dipercayai sudah lebih 20 tahun berada di dalam tanah.

Lebih mengejutkan mereka sebaik penemuan itu ialah beberapa kejadian aneh berlaku iaitu otak bersalut lumpur itu kemudiannya menjadi bersih tanpa diusik dan bertukar warna dari kehitaman ke warna merah beserta timbul urat-urat darah menampakkan seolah-olah ia masih hidup.

Othman percaya otak itu milik salah seorang ahli keluarga Ahmad Hassan, bekas imam masjid itu yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Haji Ahmad.

“Dahulunya kawasan perkuburan ini hanya dikhaskan kepada ahli keluarga Tok Haji Ahmad sebagai menghormati peranan dan jasanya mengembangkan syiar Islam di daerah ini.

“Sejak semua ahli keluarganya meninggal dunia, tanah perkuburan ini dibuka untuk umum termasuk dijadikan kubur untuk orang luar yang memohon mengebumikan saudara mereka dari luar daerah ini,” katanya.

Menurutnya, semua penduduk sekitar kawasan ini mengetahui dengan jelas bahawa keluarga Tok Haji Ahmad merupakan ahli ibadah yang patuh pada perintah Allah dan berpekerti mulia sepanjang hidup mereka.

Dalam pada itu, dua beradik penggali kubur yang mula-mula menemui otak manusia itu, Saad Shaari, 60 dan adiknya A Rahim, 55, menganggap penemuan itu sebagai kurniaan Allah selepas melakukan kerja kebajikan dengan suci hati sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lalu.

“Anugerah Allah untuk kami berdua berkaitan kebesaran zatNya dan kami bersyukur serta tidak pernah menganggapnya satu kejadian luar biasa.

“Tugas penggali kubur ini memerlukan tahap kebersihan jiwa luar dan dalam kerana merupakan satu kerja ibadah bagi mengurus si mati menghadap penciptanya dalam keadaan bersih,” katanya.

A Rahim berkata, kerja menggali kubur ini bukan semua orang boleh buat tambahan lagi jika mereka kurang ilmu pengetahuan keagamaan.

“Banyak pantang larangnya kerana kita menguruskan seorang hamba untuk diserah kembali kepada penciptanya.

“Memang banyak kejadian luar biasa pada mata orang ramai seperti mayat tidak reput biarpun lama dikebumikan, mayat hilang dan hanya tinggal keranda dan beberapa kejadian lain yang kami anggap mampu menunjukkan kebesaran Allah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya penggali kubur perlu banyak beristighfar selepas dipertontonkan sesuatu kejadian aneh tanpa menceritakannya kepada umum kerana bimbang disalahertikan selain menjaga air muka keluarga si mati.

Pejabat Mufti Pulau Pinang ketika dihubungi Sinar Harian untuk mendapat komen mengenai penemuan ini bagaimanapun enggan mengulas kerana perlu melakukan pemeriksaan dan menemubual pihak terbabit terlebih dahulu.

Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Salahudin Ghazali berkata, beliau sudah berbincang dengan Mufti, Datuk Hassan Ahmad mengenai kejadian itu dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak wajar membuat sebarang telahan, andaian atau pendapat sendiri berkaitan penemuan itu kerana bimbang akan lebih terarah kepada salah penerimaan.

“Kebiasaannya kejadian seperti ini adalah dalam pengetahuan Allah semata-mata dan kita sebagai manusia digesa menerima dengan hati terbuka,” katanya.SH

Read more ...

Biar Umno jadi dinosaur

PAS jangan jadi dinosaur

http://media1.malaysiakini.com/310/b1bcfd3fe3fa01790a03168030152f11.jpg

BUKIT MERTAJAM, 15 Jan. : Organisasi yang tidak mahu berubah diumpamakan seperti dinosaur yang akan pupus apabila tidak berupaya mengikuti perubahan semasa, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Menurutnya, sesebuah organisasi termasuk parti politik seperti Pas perlu berubah untuk kebaikan, bukan hanya berada di takuk lama.

Sehubungan itu, jelasnya keseluruhan pemikiran yang dicurahkannya menerusi buku ‘Menuju Pas Baru Krisis, Peluang dan Dinamisme,’ adalah satu set agenda perubahan organisasi yang berlandaskan pemikiran dan boleh berubah-ubah.

“Mengapa dinosaur pupus? Kerana ia tidak mahu berubah. Teknologi sentiasa berkembang, begitu juga dengan pemikiran yang sentiasa bercambah dengan idea baru. Jika kita hanya duduk di situ tanpa mahu berubah, samalah seperti dinosaur yang akhirnya hanya akan jadi sejarah,” katanya.

Justeru, kata Dr Mujahid, beliau menulis buku itu bagi melakukan satu pembaharuan, ke arah kebaikan demi mengukuhkan parti.

“Tetapi malangnya, ia disalah tafsir dan ada yang mengharamkan buku ini,” katanya pada satu majlis diskusi bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Institut Ibnu Qayyim, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, beliau tidak mengatakan semua yang ditulisnya dalam buku itu perlu diikut.

“Tidak. Saya hanya menyuarakan pandangan melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat,” katanya.

Ahli Parlimen Parti Buntar itu berkata, salah faham timbul kerana perkataan ‘baru’ yang digunakan sebagai tajuk buku itu, walhal ia tidak semestinya merujuk kepada Islam yang baru.

“Sebaliknya, ‘baru’ yang dimaksudkan adalah pemikiran, idea, cara dan strategi yang perlu diubah demi memajukan serta memperkukuhkan parti, bukan mahu mengubah Islam,” katanya.

Menurutnya, Islam tidak sesekali akan terhapus atau tidak boleh diubah dan menyifatkan mereka yang membuat andaian itu tidak meneliti secara mendalam apa yang ingin disampaikan.

“Saya tidak rasa buku ini salah, dan tidak tahu mengapa ia diharamkan, Justeru, saya terpanggil untuk mengadakan diskusi ini bagi memperjelaskan agar tidak timbul lagi kontroversi kerana saya sayangkan parti.

“Oleh sebab itulah saya mahu kita berubah,” katanya yang akan melancarkan buku keduanya yang juga susulan daripada buku Menuju Pas Baru tidak lama lagi.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Asri menyifatkan Dr Mujahid sebagai reformis dalaman yang boleh menjadikan Pas lebih relevan melalui konsep keadilan yang mampu diterima semua pihak.

Menurutnya, Pas dan DAP juga boleh bekerjasama jika kedua-duanya dapat melihat konsep kenegaraan Islam itu dengan kerangka yang lebih luas.

“Apa yang penting bukan soal nama, tetapi isi kandungan negara Islam itu yang memberikan keadilan dan kesaksamaan yang boleh dinikmati rakyat.

“Buku ini bagus untuk menyedarkan sebahagian penyokong Pas yang mungkin menganggap politik Islam itu adalah rigid dan tidak boleh terbuka,” katanya.SH

Read more ...

Mursyidul Am PAS rai blogger

Nik Aziz akan hadir majlis bersama blogger

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngKOTA BHARU, 14 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tetap menghadiri majlis bersama blogger pro-Pakatan Rakyat yang dijadual diadakan esok di sebuah hotel di Kuala Lumpur mulai 8.00 malam.

Beliau yang juga Menteri Besar menaruh keyakinan bahawa program yang diatur sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama blogger itu memberi ruang yang baik kepadanya untuk berucap.

Majlis yang dijangka turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu diadakan bagi membincangkan banyak perkara termasuk peranan yang mungkin boleh dimainkan peserta itu bagi membantu Pakatan Rakyat dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya.

“Oleh itu besok saya akan memberi penerangan sama ada mereka mahu mendengarnya atau pun tidak, terserah kepada mereka.

“Saya bersedia berjumpa mereka yang dianggarkan seramai 150 orang, dan perjumpaan itu tidak sulit,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.

Mengulas terdapat tulisan ‘mengarut’ yang ditulis sesetengah blogger di laman mereka, beliau berkata, usahkan blogger berbuat demikian, bahkan anak sendiri sekiranya menulis perkara ‘mengarut’ akan dimarahi.

“Sama ada blogger, tuk guru atau ibu bapa, serupa saja. Hidup atas dunia ini mestilah faham bahawa kita adalah menumpang di bumi Allah SWT.

“Oleh kerana kita menumpang segala perkara termasuk padi beras yang dimakan atau udara untuk bernafas, hatta manusia itu sendiri dijadikan Allah SWT, maka kita tidak boleh menderhakan Allah,” katanya.

Beliau menolak bahawa perjumpaan itu memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan tentang perjumpaan yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Read more ...

Politikkan Isu : MIC banyak belajar dari Umno

Masyarakat Penulis Kritik Pemimpin MIC Politikkan Novel Interlok


KUALA LUMPUR 15 JAN : Masyarakat penulis berhimpun hari ini untuk mensasarkan kritikan terhadap pemimpin MIC kerana didakwa mempolitikkan isu novel Interlok dalam cubaan untuk meraih sokongan kaum India.

Lebih 100 wakil pelbagai persatuan penulis dan anak Sasterawan Negara Abdullah Hussein hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) untuk menolak sebarang cubaan menarik balik atau meminda kandungan buku itu sebagai buku teks di sekolah menengah.

Perhimpunan Memprotes Mempolitikkan 'Interlok' ini diadakan di Rumah Gapena petang tadi.

Rata-rata wakil persatuan penulis menolak pendirian rasmi MIC bahawa buku ini menghina kaum Melayu kerana menggunakan ungkapan tertentu dalam masyarakat Tamil di India.

Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan menyeru agar warga Malaysia yang cintakan kesusasteraan bangkit mempertahankan karya hasil Abdullah Hussain.

"Rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan, cintakan ilmu pengetahuan bergeraklah tuan-tuan dan akhirnya kita bersatu mempertahankan Interlok sebagai buku teks dan buku negara serta kandungan buku Interlok itu tidak dipinda," tegas beliau kepada kira-kira 100 peserta perhimpunan tersebut.

Sasaran utama kemarahan kumpulan ini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah yang menyertai MIC baru-baru ini.

Ketua Satu Persatuan Penulis Johor Amiruddin Ali Hanafiah mahu Murugiah meletakkan jawatan secara terhormat sebagai Ahli Dewan Negara kerana mempolitikkan isu berkenaan.

"PPJ berharap, semua gabungan Melayu berharap T.Murugiah orang yang memulakan persoalan 'Interlok' ini memperjelas kepada rakyat Malaysia kerana kebiadaban, saya kata Murugiah biadab kerana tidak menghormati Menteri Pelajaran. Beliau yang menyatakan 'Interlok' ditarik balik seolah-olah Menteri Pelajaran sudah tidak ada, seolah-olah Tan Sri Muhyiddin sudah mati, bagi Murugiah barangkali," tegas beliau.

Gapena merumuskan lapan resolusi hari ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, termasuk tuntutan supaya pemimpin-pemimpin kerajaan dipecat sekiranya mereka mencetuskan salah sangka, prasangka dan pergolakan antara kaum.

Thariq Abdullah, anak penulis novel 'Interlok' melahirkan rasa dukacita kerana ayahnya dijadikan mangsa ahli politik.

Beliau menegaskan novel 'Interlok' mengetengahkan keperitan hidup tiga kaum utama di negara ini pada awal tahun 1900an dan tidak menghina mana-mana pihak.

"Tetapi apa yang berlaku, ada golongan tertentu cuma secara 'convenient' mengambil bahagian-bahagian tertentu dan mempolitikkan bahagian-bahagian tertentu, dalam keadaan tersebut untuk kepentingan, mungkin politik peribadi mereka sendiri yang mana telah menjadi polemik negara sekarang," kata beliau.

Read more ...