Sunday, November 18, 2012

FITNAH MAKAN DI KEDAI mcD!!! Ust. Azhar Idrus jawab fitnah juak-juak UMNO


ARTIKEL INI SUSULAN DARI ARTIKEL TERDAHULU YANG ADMIN POSTKAN.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tentang gambar UAI & keluarga tersebar makan mcD..

"Ini di Johor bukan Kota Baru, ambe xmakan di mcD tp bersebelahan dengan mcD, kawan dari JB yang belikan aiskrim tu untuk anak. Gelas air kopi tu diisi dengan air nescafe yg dibeli olih rakan dr kedai sebelah. Isteri xmakan apa2 pun.

Begitulah bunyi ayatnya...semoga kepada juak-juak UMNO yang dok fitnah itu, mohon bertaubat.
 
Semoga terjawab sudah segala kekeliruan dan fitnah berniat jahat ini.....kepada para penyokong, peminat dan pengkagum Ustaz Azhar Idrus yang cepat melatah itu agar bawa bertenang dan baca dulu apa yang admin tulis bebelum nak keluarkan sebarang komen dan hujah... Jangan main terjah membuta tuli dan komen hentam kromo.OMAK KAU

Read more ...

FITNAH TERBARU KE ATAS UST AZHAR IDRUS!!! Juak-juak UMNO memang keji


Rakaman gambar Ustaz Azhar Idrus bersama keluarganya konon dikatakan sedang menikmati hidangan di "Restoran Mcd" kini tersebar luas dengan ligatnya di alam internet.

Persoalan yang ingin admin lontarkan ialah...Betul ke ini salah satu rangkaian Restoran McDonald?

Pada pengamatan admin ini bukan Restoran McD tetapi Restoran KFC..Kentucky Fried Chicken.

Hanya disebabkan kini kuat mengajak rakyat boikot Restoran McD maka ada juak-juak UMNO ambil peluang dan kesempatan nak memfitnah Ustaz Azhar Idrus.

UMNO DENGAN FITNAH BERPISAH TIADA.OMAK KAU

Read more ...

KALAU DAH BETUL BERJUANG ISLAM!!! Kenapa takut dengan doa yang dibaca orang PAS?


Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.


Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.


Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.


Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.


Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku.


Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.


Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.


Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.


UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah.


Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.


Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya.


Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu.


Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.


Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.


Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.


Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.


Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini.


Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya.(SH 18/11/2012)

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Dulu kutuk PKR pasal kenderaan ini, dalam diam-diam .....

Read more ...

DAP KECAM ISRAEL!!! MCA tunggu Chua Soi Lek

Hari ini didalam tweet YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis yang juga Ahli Parlimen Taiping mewakil DAP negeri Perak mengecam tindakan zionis Israel yang menganas di Gaza.

Terima kasih dan syabas buat DAP 
Perak yang jelas mengutuk kekejaman Israel tehadap rakyat Palestin.



Bagaimana pula dengan MCA Perak..? 
Buat  masa ini tiada sebarang kenyataan dibuat oleh MCA Perak mengenai isu kemanusiaan sejagat ini,munking dok tunggu pengerusinya bagi kenyataan yang tak lain dan tak bukan lagi penghina Islam terkemuka tanahair Chua Soi Lek.


Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal pun masih belum menyatakan kecaman atau bantahan atas apa yang berlaku, mungkin dok sibuk dengan permasaalah bakal-bakal calon kerusi UMNO yang kritikal di Perak.

Khabarnya banyak kerusi UMNO di negeri Perak bakal di serahkan kepada MCA...Nampanya Zambry dan Chua Soi Lek mana ada masa nak fikir tentang kesengsaraan rakyat Gaza.

Pengerusi MCA Perak Chua Soi Lek hina hukum Islam pun UMNO Perak dok diam,tak berani nak bersuara...hahaha....
DAP dah kecam Israel sebab pembunuhan umat Islam di Gaza dan MCA kemungkinan tunggu Chua Soi Lek hina Islam lagi.. Orang ni

Read more ...