Sunday, October 30, 2011

MAHATHIR MUDAH LUPA !!! Ghaddafi di Libya disuruh bicara jangan bunuh, tapi Ibrahim Libya dibunuh tak bicara


" Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir"
Tranungkite

Read more ...

DENGAQ SINI MUKHRIZ !!! Rakyat Kedah pun bayaq cukai juga


"Dah hampa duit banyak, hampa bayaqlah sendiri...dok minta kat kami buat apa..pak hampa habaq hampa orang kaya..duit banyak.."

Lebih kurang macam tulah dialog budak-budak bergaduh, bertengkaq..


Agak-agak macam tulah juga yang berlaku kepada Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Tok Mukhriz....lebih kuranglah agaknya kata pada Menteri Besaq Kedah.." hermmm..hampa untung balak...keluaqlah duit sendiri..bagi kat orang kena banjir..buat pa minta kat kami..hermmmm.."


Memang balak Kedah untung berlipat ganda...dan itu rezeki rakyat kedah..tak payah atuq atau ajaq MB nak salur kat mana keuntungan tu....secara tepat..rakyat akan dapat manfaatnya bukan suku sakat mana-mana kroni macam UMNO Porno lakukan dulu...


Tapi Tok Mukhriz kena ingat....kerajaan pusat ada tanggungjawab tersendiri kepada semua negeri-negeri dalam Malaysia...kalau nak ikut pendapatan negeri...Terangganu dan Sarawak lagi kaya..ada minyak...tapi kenapa masih salurkan bantuan...bukan saja bantuan...bagi utang ada lagi..


Kenapa negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dianak tirikan...kalau gitu tak perlu minta cukailah dari negeri-negeri pakatan rakyat...atau pun mereka ni bayar cukai guna orang tengah..macam Tok Mukhriz kata nak salurkan terus bantuan banjir melalui 'orang tengah'. Siapa "orang tengah" yang Tok Mukhriz maksudkan?


Pengalaman lalu..cukup mengajar kita...bantuan banjir untuk negeri Kedah pada tahun 2010 yang lalu..bagaimana bantuan disalurkan...bukan melalui kerajaan negeri tetapi melalui UMNO dan JKKKP.

Ibarat masuk rumah orang..tuan rumah tak tau apa-apa pun..tiba-tiba jiran yang dok jauh merelong dok kelola urusan dalam rumah tersebut...maka sudah tentulah...mangsa banjir sebenar tidak disenaraikan tetapi "insan-insan" yang tak sangkut paut dengan banjir pula yang menerima habuan...tak lucu dan menyakitkan ke?


lepas tu canang satu dunia...kedah tak buat apa-apa kepada mangsa-mangsa banjir...pi cerita UMNO yang dok tolong rakyat Kedah...AWAT DUIT PUSAT TU DUIT UMNO KE?...takka orang PAS, DAP dan PKR pun bayaq segala cukai..lesen nu ..lesen ni..pasai apa duit negara...duit rakyat boleh bertukaq milik jadi duit UMNO..ciss!...


Katalah wahai UMNO..jiwa mu kacau bila lihat Kedah makmur dengan pendapatan balak yang meningkat...terjeger biji mata..ish!..ish! andainya jadi milik aku...alangkah bahgianya...bolehlah rumahku yang macam mahligai itu ku tukarkan menjadi istana...


Cuba buka mata wahai UMNO-UMNO kedah...hutang masa hampa perintah yang bernilai 2.9 Billion SAPA BAYAQ...senang hampa dok buat cerita wayang kulit..makyong tak laku..buat-buat tanya...tak payah dok ragu-ragu atau buang masa dok fikiaq kemana duit keuntungan balak tu disalurkan...tanya ahli hampa hat miskin, ibu tunggal, OKU..orang sakit di kampung-kampung nuuuu...sapa dok bagi bantuan kat depa lani...


Kalau dah banyak hampa dok tanya...kenapa tak tanya...RM8 juta je time hampa perintah dulu...mana pi untung yang banyak-banyak tu...MASUK POKET SAPA HAH?...Kedah La

Read more ...

NAMA KU PAPA GOMO!!! Tahu dah, menipu lagi kerja dia

KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar.


Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.



"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU-13 itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan kepada seluruh kepimpinan GERAKAN.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan, A Kohilan Pillay. -BERNAMA

ekele

Read more ...

PELURU UMNO!!! Tak patahkan semangat pun

Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping Perak.


"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut...pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan itu hari ini


Abdul Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan polis Abdul Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

Beliau berkata motif ugutan masih lagi disiasat dan mengesahkan jenis peluru yang digunakan ialah jenis caliber 9mm.

-- Bernama

Read more ...