Wednesday, March 9, 2011

Penyokong tegar judi adalah Umno

Loteri di Kelantan, durjananya Umno

Agak terserlah perasaan seronok para pemimpin Umno setiap kali melihat PAS diasak pihak lain.

Meski pun isu dipertikaikan itu melibatkan hukum agama yang sepatutnya ikut dipertahankannya, parti sekular-nasionalis itu bagaikan tidak peduli, asalkan saja yang menjadi mangsa ialah PAS.

Reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap serangan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ke atas PAS berhubung isu loteri di Kelantan boleh dijadikan contoh terbaru.

Timbalan Presiden Umno itu bukan sahaja tidak mengambil kesempatan menerangkan kepada rakannya yang bukan Islam mengenai hakikat sebenar hukum agama, sebaliknya secara tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sebagai salah dan tidak bersesuaian dengan masyarakat negara ini.

Media cetak pada Rabu memetik Muhyiddin sebagai menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar bagaimana PAS melayan masyarakat bukan Islam.

“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Soi Lek sehari sebelumnya yang membayangkan kemungkinan mengheret PAS ke mahkamah di atas tindakan parti itu mengharamkan judi di Kelantan.

“Jika PAS haramkan judi sepenuhnya, ia seperti mempraktikkan agama Islam ke atas penganut bukan Islam. Kami tidak menolak kemungkinan perkara yang sama akan berlaku ke atas negeri lain jika PAS mengambil alih pemerintahan di negara ini,” media pada Selasa, 8 Mac memetik kata Soi Lek.

Pemimpin yang popular dengan skandal seks itu berhujah, rakyat ada kebebasan memilih cara hidup masing-masing kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, katanya, PAS tidak ada hak campur tangan dalam kehidupan bukan Islam.

Beliau dipercayai merujuk langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua kedai buku yang menjual loteri secara gelap, minggu lalu.

Ekoran itu, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker yang juga seorang peguam mendakwa tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menyalahi undang-undang. Menurutnya loteri yang dijual di premis terbabit adalah loteri kebajikan yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952.

Fakta itu memberi modal baru untuk Soi Lek sekali lagi mengasak PAS. Keceluparannya pula secara tidak langsung memberikan kepuasan politik kepada para pemimpin Umno.

Pemimpin parti Melayu itu seronok membiarkan PAS diasak MCA, seronok juga melihat MCA membukitkan kebencian terhadap PAS di kalangan bukan Islam, walau pun Umno tahu tindakan parti rakannya itu dibauri sentimen perkauman dan keagamaan.

Sepatutnya Umno tampil menenangkan rakannya, bukan menambahkan kemarahan dalam kejahilan mereka terhadap Islam. Malangnya, Umno selesa menampilkan wajah sebenarnya apabila mengakui bahawa kerajaan Pusat pimpinannya tidak ada masalah untuk terus membenarkan kaum bukan Islam berjudi.

“Dari segi undang-undang, tindakan mereka (orang Cina) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Islam,” kata Muhyiddin.

Menilai kenyataan beliau yang secara terbuka menyokong desakan MCA menjelaskan bahawa Umno bukan sahaja tidak berhasrat menghapuskan judi, malah tidak bersedia memberikan laluan mudah kepada PAS merealisasikan hukum Islam itu.

Kenyataan Muhyiddin itu malah secara tidak langsung mengakui fakta bahawa kerajaan Pusat pimpinannya memang meluluskan lesen judi, termasuk loteri, sepertimana didedahkan Lian Ker itu.

Ituah punca sebenar mengapa judi sukar dihapuskan, termasuk di Kelantan. Pendirian sama tidak dikongsi kerajaan Pusat didokongi Umno. Kerajaan negeri hanya berhak membatalkan lesen premis. Bidang kuasa kerajaan tempatan hanya setakat itu.

Adapun lesen operasi judi tertakluk di bawah kelulusan Kementerian Kewangan. Sepertimana didedahkan MCA, percanggahan utama di Kelantan ialah apabila loteri diberi kelulusan lesen oleh kerajaan Pusat menerusi Akta Loteri 1952.

Walau pun Umno mungkin seronok di atas asakan dihadapi PAS, pendiriannya itu sebenarnya menyerlahkan lagi sikap hipokrit parti itu, terutama terhadap agama. Terbukti semata-mata demi mengekalkan sokongan bukan Islam, khususnya MCA, Umno tergamak menggadai hukum agama.

Lebih teruk lagi, parti tua kutuk itu tergamak membubuh karak di punggung MCA, atau mencurah minyak ke dalam api, agar bukan Islam bertambah marah kepada PAS, walau pun yang turut dipersenda mereka ialah hukum agama.

Keadaan serupa pernah berlaku di Kelantan sebelum ini, bilamana kerajaan PAS mengemukakan peraturan baru dalam penyusunan semula penggunaan arak. Kerajaan negeri mengurangkan jumlah premis dilesenkan untuk jualan dan peminuman arak.

Umno tidak membantu menjernihkan keadaan apabila MCA menjuarai usaha membantah peraturan itu. Umno tidak merasionalkannya secara positif, sebaliknya menjadi tukang kipas supaya Cina semakin marah dan membenci kerajaan negeri diterajui PAS.

Para pemimpin Umno Kelantan tersengih hingga ke pipi melihatkan gelagat pemimpin MCA di Kota Bharu yang “menggelegak” ketika itu.

Parti itu menganjurkan pesta minum arak di bandar itu dan diuar-uarkan secara terbuka sebagai satu tindakan yang sengaja mencabar memperlekeh kerajaan negeri.

Keadaan hanya kembali reda selepas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan “persetujuannya”.

“Nak minum sangat minum lah, minum sampai pecah perut!”, katanya, merujuk kepada tindakan MCA itu.

Alhamdulillah, kenyataan dalam nada kecewa dibauri perasaan tersinggung itu tidak sukar difahami pemimpin MCA. Mereka anggap itu satu doa dari seorang ulama dan dikatakan ungkapan itu menimbulkan rasa kecut perut di kalangan pemimpin MCA.

Mereka takut jika “masin mulut” Tok Guru, bencana itu benar-benar menimpa mereka. Akibatnya kedegilan dan keegoan segelintir mereka terpadam dan pesta minum arak itu tidak dilangsungkan sepertimana dicanangkan.

Namun apakah episod itu memberi kesan menginsafkan buat pemimpin Umno? Maaf cakap, parti itu setakat ini tidak berubah. Ia kekal dengan pendirian seolah-olah kerja mendaulatkan Islam hanya tugas dan tanggungjawab PAS.

Justeru, apa pun yang dipertikaikan rakan-rakan komponen Barisan Nasional berhubung ajaran agama Islam, Umno tidak merasa tanggungjawabnya memperbetulkan salah faham yang wujud.

Kenyataan terbaru Datuk Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang sebelum ini telah puluhan tahun hidup sebumbung dengan Umno menjelaskan perangai buruk Umno itu. Bekas menteri Kabinet itu mengakui selama ini gagal diberikan fahaman betul mengenai Islam dan PAS.

"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya.

Bagaimana pun kata Jui Meng, setelah bergaul dengan PAS dan menilai pendekatan yang dibawa parti itu, beliau mendapati Islam itu agama yang sederhana.

Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim, yang menakutkan kami. PAS yang saya dampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.

"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.

Jui Meng turut mengakui Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama ekstrim seperti digambarkan selama ini, sebaliknya agama itu mengutamakan kebajikan semua kaum, termasuk orang-orang bukan Islam.

Terbukti pendirian bertentangan terhadap Islam antara dua “Chua” tadi memberitahu kita sesuatu, iaitu PAS serius dan ikhlas memperjelaskan Islam kepada masyarakat, sebaliknya Umno hanya selesa menjadi batu api menyemarakkan kebencian bukan Islam terhadap agama suci ini.
Itulah durjananya Umno!

Read more ...

Tiada ahli PKR Tambun keluar parti, Umno memang penipu besar

Ahli tak pernah keluar parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjftxPqzumyTklMEF5wz4d-ZHBhlaSXp_q1hyW5ufj2G5g69_Cjyg5imjx0edS_ifJH7AWQ5zzERKlftPB0YzOaPR-iZFuLJ6BUwd5qM9r08M8RJRE6Yk8dh8rS-UDIb_cLx12wHT3dO0c/s400/UMNO_liar.jpgULU KINTA - PKR cabang Tambun menafikan 154 anggota wanitanya keluar parti itu dan menyertai UMNO seperti dilaporkan akhbar Februari lalu.

Pengarah Pilihan raya PR Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta, Muhammad Arafat Mahamad berkata, jurucakap kumpulan itu diketuai bekas Naib Ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor perlu menunjukkan nama dan surat peletakan anggota berkenaan.

“Kita di peringkat cabang tidak menerima sebarang surat pemberhentian ataupun peletakan jawatan serta keahlian yang diterima oleh PKR daripada mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Malah kita hubungi Ketua Wanita PKR Cabang Tambun, Khadijah Saed dan beliau menyatakan tiada surat letak jawatan setakat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Muhammad Arafat yang juga Naib Ketua Cabang PKR Tambun berkata, perkara itu merupakan taktik lapuk yang mesti dihentikan kerana rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi dengan omongan kosong.

“Taktik yang diguna pakai oleh mereka merupakan taktik lapuk kerana cuba mengalih perhatian kedatangan Anwar ke kawasan ini selain penyertaan 240 anggota MIC menyertai PKR dan kami Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengikut budaya seperti ini untuk mencemarkan imej sesebuah parti kerana perkara yang tak pernah wujud dikatakan wujud.

“Kami pun boleh cakap kosong jika ada 200 atau 300 anggota UMNO menyertai parti kami tetapi persoalannya sama ada wujud atau tidak dan lagipun ini bukan budaya PR dan saya cabar Rusnah mengeluarkan senarai nama dan maklumat anggota ‘kami’ yang keluar jika benar mereka ahli PKR, dan apa yang saya tahu kebanyakan orang pada hari tersebut adalah orang yang sama sebelum ini yang dibuat oleh bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam dahulu,” katanya.

Kata Muhammad Arafat, Siti Aminah Mansor keluar PKR pada September 2010 yang lalu dan muncul secara tiba-tiba di saat ketua umum dikhabarkan mahu datang ke kawasan ini dan pihaknya melihat ia sebagai salah satu helah kononnya untuk melemahkan semangat para ahli di sini.

Read more ...

Setelah gagal seludup pasir mula mengugut

Tindakan Ugut Pegawai KSSB, MB Beri Jaminan




SHAH ALAM 9 MAC : Pegawai dan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau KSSB dinasihatkan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan profesional serta tidak berasa gentar dengan sebarang tekanan berbentuk ugutan dari pihak tertentu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan menyokong dan membantu semua pegawai dan petugas KSSB yang menjalankan tugas mereka dengan betul berlandaskan undang-undang.

Katanya, sebarang tekanan berbentuk ugutan dari pihak tertentu kepada pegawai atau petugas KSSB boleh dianggap sebagai satu perbuatan jenayah.

“Pada kita perbuatan orang yang memberikan ugutan itu ialah jenayah dan kerajaan negeri tidak akan membiarkan perkara ini berlaku dan kita akan minta AG ataupun penasihat undang-undang untuk memastikan perkara ini kalau didapati salah dan siapa yang melakukanya akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Isu itu ditimbulkan wartawan berhubung dakwaan seorang petugas KSSB menerima ugutan dari pihak tidak dikenali yang memintanya tidak melibatkan diri dengan urusan pihak atasan syarikat itu.

Difahamkan petugas itu telah membuat laporan polis kerana didakwa akan dicederakan pihak yang memberi ugutan.

Beliau seterusnya berkata, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong pegawai dan petugas KSSB yang menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi dengan betul dan profesional.

“Saya beritahu bahawa pegawai-pegawai yang bekerja di Kumpulan Semesta supaya janganlah merasa takut kerana kerajaan negeri akan menolong mereka dan menyokong mereka atas tugas-tugas yang betul dan profesional,” katanya.

KSSB adalah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik sebagai syarikat tunggal bagi mengurus dan mengawal perlombongan pasir di negeri Selangor.

Read more ...

Cek 'beli' Ahli Parlimen adalah sah

Warga Prihatin Jumpa Saifuddin Kemuka Bukti Cek 'Membeli' Ahli Parlimen Lompat




KUALA LUMPUR 10 MAC: Salinan dua keping cek yang ditandatangani oleh seorang ahli parlimen yang keluar parti PKR baru-baru ini diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail oleh individu yang prihatin terhadap Parti Keadilan Rakyat.

Saifuddin yang ditemui di lobi Dewan Rakyat memberitahu TV Selangor, bahawa beliau sendiri telah membuat semakan bagi memastikan kesahihan cek dan resit asal sebelum meminta salinan diberikan kepada beliau.

"Kadang-kadang bukti ini tak perlu kita cari, orang yang bersimpati dengan kita dan tak boleh tahan tengok lakonan ahli-ahli parlimen ini yang keluar parti kerana tak boleh terima Keadian yang tak membela rakyat, mereka yang mempunyai bukti ini datang menemui saya, dan menyerahkan bahan bukti. Setelah saya teliti dan semak, mendapati ianya merupakan dokumen asal yang saya mohon izin untuk dibuat salinan dan saya dapat salinan tersebut," jelas beliau.

Menurut beliau, satu pendedahan akan dibuat tidak lama lagi kerana serik dengan tuduhan liar ahli parlimen yang keluar parti sedangkan kebenarannya jauh daripada itu.

"Dulu bertanding di bawah tiket PKR dan menang kemudian meninggalkan parti dengan memberikan alasan-alasan seperti parti hilang halatuju, Anwar terlalu gila menjadi Perdana Menteri dan segala macam. Kita sentiasa pertahankan bahawa alasan mereka mengkhianati parti adalah kerana dibeli, dan walaupun mereka sanggah tetapi untuk julung-julung kalinya semalam, saya telah menunjukkan salinan dua keping cek," tegas beliau.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan kesahihan bukti tersebut kerana beliau melihat sendiri salinan cek-cek tersebut.

"Kalau benarlah bagai dek kata, maka undang-undang perlu melalui prosesnya tersendiri. Kalau YB Machang telah menyebutnya di dalam Dewan dan berkebetulan, saya lihat sendiri salinan (cek) itu, dua-dua cek itu dan jumlahnya memang, RM1.401 juta, tunai," kata beliau.

Beliau menegaskan agensi penguatkuasa kerajaan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bertindak segera kerana impaknya kepada masyarakat umum adalah besar.

"Dengan kata lain, SPRM perlu segera bertindak dan mungkin ada yang membuat laporan polis. Bayaran tunai untuk sebidang tanah seperti ini jarang-jarang dibuat, dan kita tahu peribadi itu, bagaimana kedudukan kewangannya terdahulu sebelum dia melompat, menjadi Bebas. Tiba-tiba dia datang bayar RM1.4 juta yang dia hutang untuk tanah itu, tunai," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang turut berada di lobi Parlimen berkata pendedahan ini membuktikan betapa terdesaknya Umno-BN untuk mengekalkan kuasa sehingga sanggup membeli wakil rakyat.

Menunjukkan betapa terdesaknya Umno ataupun kerajaan ataupun BN untuk mengekalkan kuasa dengan kaedah membeli danini bukti yang terbaru dan saya rasa ini sukar unntuk (dipertikaikan), resit sudah ada. Saya tidak merasa bimbang sangat untuk memberitahu bahawa lima lagi yang melompat pun mempunyai elemen ditawarkan kemudahan," katanya.

Azan berkata, tren dahulu adalah membeli pengundi tetapi tren kini adalah membeli wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tersebut.

"Dulu dibeli, beli rakyat dengan cara membeli undi dengan sogokan dengan membuat projek-projek dan sebagainya, sekarang tidak lagi membeli pengundi, membeli pengaruh di kawasan. Sekarang, wakil rakyat yang diundi, dan kaedah membeli ini sangat nyata sekarang sehingga Setiusaha Agung (PKR) mempunyai bukti yang jelas dalam bentuk resit, dan beliau menyebut dalam Dewan, angka tersebut, RM1.4 juta untuk tujuan pembelian tanah," jelas beliau.

Read more ...

Belum pilihanraya Sarawak dah kecut

Pas angap BN Sarawak pengecut

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZ7BOzRv_NlgX3GVYJl8w7zBaHz8dJObKJ0RxAVVOewtrKYDiX_Vpm-nCR52Xlqq4qXq9RSU9KOOvALrq7OEyGxCcRvwd8_4llB-IbS12lWEZS2oRvQyNoKGneiibYbNjNE-ANe-OA4Hs/s1600/idris-ahmad.jpgKUALA LUMPUR - Pas menganggap desakan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen pilihan raya di Sarawak dikurangkan kepada sekurang-kurangnya tujuh hari sebagai tindakan pengecut.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Pas menganggap respons Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof yang mendakwa tempoh kempen terlalu lama boleh mengundang amalan politik tidak sihat dengan mengaitkannya dengan pergolakan politik Timur Tengah sebagai tidak relevan.

“Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau berlalu dengan aman. Pilihan Raya Umum 2008 yang berlangsung selama dua minggu juga berjalan dengan aman.

“Ketakutan SPR ini sengaja diperbesarkan, malah dianggap mempersendakan peranan polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang malam menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Idris berkata, hakikatnya tempoh pilihan raya singkat sengaja dituntut berikutan rekod kekalahan teruk BN bila kempen pilihan raya diadakan dalam tempoh yang panjang.

Katanya, BN Sarawak ternyata tidak yakin kemampuan mereka mengekalkan majoriti besar dalam DUN sekiranya kempen pilihan raya diadakan selama dua minggu atau lebih.

Beliau juga mahu SPR seharusnya menilainya secara realistik kerana tempoh yang pendek menyukarkan calon-calon berkempen untuk menemui semua pengundi-pengundinya.

Jelasnya, tempoh masa yang singkat juga menyukarkan rakyat untuk menerima maklumat yang betul dan perlu dilihat dalam keadaan Sarawak itu sendiri yang begitu luas mengambil masa panjang untuk calon berkempen begitu juga dengan jentera SPR yang mahu membuat persiapan.

“Pilihan raya DUN dan Umum di negara ini adalah hak semua rakyat, maka setiap rakyat harus diberikan peluang untuk menyertainya dalam keadaan yang selesa dan tidak tergesa-gesa.

“SPR adalah badan pengurus pilihan raya negara bukannya organisasi pengurus pilihan raya kampus yang skopnya amat terhad,” katanya.

Katanya, Pas berharap agar SPR tidak membuat keputusan mengikut telunjuk BN, manakala soal keselamatan dan ketenteraman awam adalah tanggungjawab polis.SH

Read more ...

Jangan berangan nak jadi katak lebih baik keluar PR awal-awal

Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar

http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/00683/Anwar-Ibrahim-404_683278c.jpgKOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang ‘dialu-alukan’ untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat.


Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.


“Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN.


“Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.


Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP.


“Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan,” katanya.


Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.


“Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah,” katanya.

Read more ...

Tiga bukti Umno kuda tunggangan MCA, MIC

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen.

Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang.

“Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan.Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?” katanya.

Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.

“Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC?

“Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab ‘Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu’.

“Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga,” katanya.

Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman.

Read more ...

Nasharuddin cakap lain, Bernama tulis lain

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Read more ...

Tuntut biar sampai SPR semput

P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah

KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007.

Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja.

"Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya.

"Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan.

"Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakan kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN.

Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN.

"Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN).

"Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah.

"Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang.

"Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya.

Read more ...

Salahkah buat kerjasama dengan orang Cina dan India untuk tangkap pencuri

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/prkkerdau%20026.jpg1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:

* Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw yang bermaksud;

"Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali ." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193)

Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

* Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab yang bermaksud;

"Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu"

Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? :

* Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.

* UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.

* Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain ?

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Read more ...

Farahhana Jamaluddin yang ber'otak' Umno ditegur mufti

Mufti Kedah menegur wanita yang cuba menyamakan MB Kelantan dengan Ayah Pin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie9zSFxaiecS1Xxn7M08iTvNK5XbERmBXgrqrZVPmcxJVUkK2DPUifoYwT4ErIzdN2no46kWz18XQ2Xi_EhS_egzgLj4ON5DPi1gkb8tdifuegc1It8Fz_uQB4W2VCwpDJGuIm7pNLdXI/s1600/Mufti-Negeri-Kedah-Datuk-Sheikh-Muhamad-Baderudin-Ahmad.jpg

Tulisan : Ahmad Tajdid


Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu dengan beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah: ayat 11)

Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.

Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.

"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.

"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.

Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak.

Penulis tidaklah berhasrat untuk mengulas kenyataan Farahana kerana sebagai pengarah NGO yang menjadi kuda tunggangan Umno, beliau bebas untuk mengatakan apa sahaja tentang PAS dan para pemimpinnya apatah lagi melalui akhbar milik Umno.

Cuma eloklah kiranya Farahana dan mereka yang seangkatan dengannya membaca sekelumit kisah dua tokoh politik Umno negeri yang sengaja dirahsiakan identitinya untuk maslahat bersama.

Tokoh pertama ini ialah bekas anggota Exco negeri yang pernah didakwa atas kesalahan rasuah. Ketika masih memegang jawatan Ketua Bahagian Umno di Melaka dan menjawat Exco negeri, beliau ialah seorang yang paling celupar mengkritik PAS. Dalam kempen pilihan raya kecil di Dun Serkam pada awal dekad 90-an, beliau mahukan pengundi Serkam menghilangkan deposit calon PAS.

Memang PAS tewas pada PRK itu tetapi tidaklah sampai hilang deposit. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian, Exco terbabit didakwa atas tuduhan rasuah dan sejak daripada itu kerjaya politiknya menjadi suram dan gelap.

Exco terbabit hilang pangkat dan kedudukan manakala para pencacai yang selama ini sering mengelilinginya hilang entah ke mana. Ketika beratur membeli kuih udang di Pasar Menggong, Alor Gajah beberapa tahun lalu, penulis melihat sendiri bekas Exco itu makan sendirian tanpa sesiapa pun menemaninya.

Khabarnya beliau kini menjadi ejen insuran dan pernah dimarahi rakan penulis kerana gagal menyediakan 'cover note' insuran seperti dijanjikan. Itulah nasib bekas Exco negeri yang keceluparan bicaranya memang diketahui umum!

Seorang lagi bekas Exco negeri ini ada pertalian keluarga dengan penulis walaupun sekadar bau-bau bacang. Asalnya dia hanyalah seorang penyelia Risda yang bertugas di pusat pengumpulan getah. Antara kesukaannya adalah 'bertepuk bertampar' dengan kakak-kakak dan mak cik-mak cik yang menghantar susu getah di pusat pengumpulan itu.

Bagaimanapun setelah menjadi wakil rakyat dan menjawat Exco, kemudian mendapat gelaran dato' pula, sikap ramah tamahnya mula berubah. Maklumlah sudah jadi pemimpin negeri.

Pernah bapa penulis menelefon untuk mendapatkan kemudahan telefon bagi rumah bakal besannya yang terletak diceruk kampung. Namun tak dilayan.

Beberapa tahun kemudian, Exco berkenaan ditahan di Johor Bharu dengan sejumlah wang dalam keretanya. Dia juga didakwa atas kesalahan rasuah.

Setelah tidak lagi terpilih sebagai calon dan bersara dari politik, beliau hanya menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Sesekali beliau dilihat membawa raga ke pasar borong untuk membeli ikan dan sayuran. "Tak ada orang pun tegur dia," ujar seorang rakan.

Penulis percaya nasib yang menimpa dua bekas Exco negeri itu tidak mungkin dilalui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tanpa jawatan politik dan kerajaan yang disandang olehnya kini, Nik Aziz tetap dihormati kerana keilmuan dan jasanya dalam mentarbiyah masyarakat.

Walau apapun pandangan buruk dan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap batang tubuh beliau, ia tidak memberi kesan kepada wibawa, kredibiliti dan ketokohannya sebagai seorang ulama. Alasannya cukup mudah. Fahami dan hayatilah mafhum ayat al-Qur'an di atas.

Tapi bagi para pemimpin Umno dan juak-juak yang melingkari mereka, nasib anda tidaklah seindah yang diimpikan ketika bersara kelak. Apatah lagi Umno bukanlah institusi yang mampu menghormati pesara politik walaupun ia pernah berjasa terhadap parti itu. Lihatlah tahun-tahun akhir hayat Bapa Kemerdekaan, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Beliau dihina dan dicerca para pemimpin Umno hanya kerana menyatakan sokongan terhadap Parti Melayu 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Dan antara akhbar yang paling lantang mencerca beliau adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

Jika Tuan Guru Nik Aziz dicerca pemimpin Umno dan kumpulan NGO yang menjadi tunggangan Umno melalui akhbar milik Umno, ia bukanlah suatu yang pelik. Mereka boleh menghina bekas pemimpin yang berjasa dengan mereka kerana bagi Umno - kuasa, wang dan kedudukan lebih utama daripada ilmu dan kebenaran.

Imej Tuan Guru Nik Aziz tidak mungkin tercalar dengan tuduhan liar Farahana terhadapnya, kerana perisai diri beliau adalah iman, ilmu dan kebenaran.

Read more ...

Kelayakan Olimpik: Malaysia seri dengan Pakistan namun mara pusingan kedua























WarkahDaily
- Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Pakistan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Punjab di Lahore, semalam (waktu Malaysia).

Namun, Malaysia layak ke pusingan kedua dengan agregat 2-0 selepas menang dalam perlawanan pertama di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Malaysia bermain secara berhati-hati kerana tidak mahu melakukan kesilapan kerana sekadar membawa kelebihan dua gol sahaja ke Lahore. Sepanjang perlawanan, Malaysia cuba bermain corak bertahan.

Pakistan yang memerlukan tiga gol untuk layak ke pusingan seterusnya terus mengasak kubu Malaysia, namun gagal untuk menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang cantik pada minit ke-31.

Pakistan yang mendominasi permainan dari awal babak perlawanan terus kempunan selepas ketua pasukannya, Jadeed Khan gagal menempatkan pasukannya di depan walaupun sudah berhampiran dengan gol Malaysia.

Di babak kedua, Malaysia gagal menyengat dan sekadar bermain corak bertahan sementara menerima asakan bertalu-talu Pakistan, namun tuan rumah gagal mencari gol sehingga tempoh perlawanan tamat.

Read more ...

Undi PAS meningkat di Felda satu petanda yang baik

Analisis PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda

TEMERLOH: Sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau diketahui, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekalahan di pihaknya memang telah dijangkakan kerana hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Bayangkan, pemimpin BN turun bergentayangan dengan kapasiti sebagai menteri, menteri besar, timbalan menteri, pengarah jabatan dan sebagainya berkempen dan mengeluarkan peruntukan masing-masing melalui pelbagai program mendekati penduduk.


Jentera Umno daripada seluruh negara juga sudah tentu tersuntik semangat luar biasa kerana ini merupakan PRK pertama di negeri perdana menteri.


Sehinggalah warga Kerdau menjadi ‘tuan’ dalam tempoh masa 10 hari dan semua mereka mendapat ‘ang pau’ di atas pelbagai nama daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, orang kurang upaya hinggalah kepada warga emas, usahawan dan petani.


Jumlah sebenar wang yang dibelanjakan BN tidak diketahui namun Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kerdau, Ahmad Mohd Yaman, berkata daripada sumber yang diperolehinya setiap keluarga mendapat tidak kurang daripada RM450 hingga RM2,000.


Itu belum masuk lagi dengan kenduri besar dan jamuan sepanjang masa, kos perbelanjaan petugas, pelbagai projek segera dan penempatan anggota polis yang berjumlah besar di empat lokasi.


Di pihak PAS pula, Kerdau bukan dikelaskan sebagai ‘dun tumpuan’ kerana sejarah keputusan pilihan raya. Justeru jenteranya tidak sekuat Jengka, iaitu satu lagi dun dalam parlimen Kuala Krau. Malah keputusan PRU dahulu Kerdau berada di ‘ranking’ ketiga selepas Jenderak. Sebab itu terdengar juga rungutan daripada pembantu dari luar Pahang berkenaan kurangnya tenaga pembantu tempatan.


Setiausaha MTD Kerdau, Sharuddin Saleh, mengakui PAS mempunyi 11 cawangannya dalan Dun berkenaan tetapi lima daripadanya tidak aktif. Bagaimanapun terdapat 1,200 ahli dan ‘hardcore’ PAS di situ.


Notis penetapan tarikh PRK Kerdau pula agak singkat bagi persediaan PAS apabila serentak dengan Merlimau. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 21 Januari 2011 sedangkan Adun Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal pada 12 Februari.


Dari segi calon, pandangan pemerhati PAS mempunyai kelebihan kerana sepanjang kempen tidak ada isu peribadi yang dibangkitkan. Berbeza dengan calon Umno, pada peringkat awal kempen kelihatan terkial-kial mempertahankan diri termasuk terpaksa memanggil media untuk menunjukkan kelulusan ijazahnya.


Akan tetapi setelah beberapa hari kempen berjalan, dengan pelbagai usaha dan inisiatif bertindak pihak BN menyebabkan akhirnya pengundi tidak lagi melihat kriteria calon bahkan memilih parti iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang.


Akibatnya pada PRK ini PAS mengalami kemerosotan sebanyak 184 undi atau 7 % berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008. Pada PRU tersebut calon PAS yang sama, Hassanuddin Salim mendapat undi sebanyak 2,520. Tetapi pada PRK ini undi beliau susut kepada 2,336.


Jika pada PRU 2008 calon BN mendapat undi sebanyak 4,135, kini calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060. Ini menunjukkan BN mendapat pertambahan undi sebanyak 925 atau peningkatan 22.4%.


Sekali gus majoriti kekalahan PAS daripada 1,615 pada 2008 melebar kepada 2,724. Faktor peningkatan undi BN juga dibantu dengan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di sini iaitu 83%. Jika pada PRU lalu jumlah keluar mengundi ialah 6,777, jumlah keluar mengundi kali ini ialah 7,445.


Undi popular PAS jatuh dari 37 % (2008) kepada hanya 31 %. Keputusan ini mengakibatkan PAS kalah di semua 13 unit peti undi (UPU), malah di semua saluran dan undi pos.


Tiga belas UPU dalam Kerdau Rumpun Makmur, Jengka 25, Jengka 22, batu Sawar, Jengka 23, Kuala tekal, Pulau Pasir Mandi, Kerai, Lipat Kajang, Desa Murni, Kerdau, Kuala Kerdau, Teluk Sentang dan 51 undi pos.


Undi PAS di Felda meningkat, undi Cina menurun


Pada PRU 2008 PAS menang di UPU Teluk Sentang dengan kelebihan 5 undi. Tetapi kali ini PAS tewas di situ dengan kekurangan 71 undi.


Undi kaum Cina yang dulunya banyak membantu kepada peningkatan PAS turut merosot. Jumlah pengundi Cina hanya 461 orang atau 5.12% dan kebanyakannya tertumpu di UPU Kerdau. Keputusan menunjukkan PAS hanya memperolehi 261 undi sedangkan BN mendapat 428. Ini bermakna PAS tewas di situ dengan majoriti 212 undi atau kemerosotan sebanyak 24 %. Pada PRU lepas PAS hanya tewas 37 undi.


Namun yang menakjubkan ialah PAS mendapat peningkatan undi di semua UPU Felda iaitu Jengka 22, 23, dan 25. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri turun menjanjikan habuan wang SES RM13,000, MPOB RM4,000 kepada peneroka dan lot tanah kediaman.


Di Jengka 22 PAS menokok 62 undi atau kenaikan 28.2 %, di Jengka 23 naik 30 undi (8 %) dan di Jengka 25 yang dianggap kubu Umno paling kebal di Felda, juga meningkat dua undi atau 5 %. Peningkatan ini dipercayai hasil gerak gempur Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan kerja keras Biro Felda PKR.


Jika dalam PRK ini peneroka dikepung dan diasak tetapi PAS boleh membuat peningkatan undi, ini bermakna PAS boleh menawan kawasan berkenaan andainya gerak kerja dilakukan berterusan.


Terdapat satu lagi peti undi kampung tradisional yang mengalami peningkatan undi. Jika pada 2008 PAS hanya dapat 94 kini meningkat kepada 108 iaitu naik 14 undi. Walau bagaimanapun tetap tewas dengan majoriti 36 undi.


Jika diukur dari segi kekuatan dan potensi, hanya tiga UPU yang melepasi paras 40 % iaitu Kuala Kerdau (44 %), Pulau Pasir Mandi (43 %) dan Teluk Sentang (43 %). Dua UPU dianggap sangat lemah iaitu Jengka 25 (12 %) dan Kerai (13 %). Kerai ialah peti undi Orang Asli.


Permasalahan setempat gagal dibangkit

Seperti kata Tuan Ibrahim, PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba.
Perlu diakui, jentera PAS sememangnya lemah terutama melibatkan penerangan dan gerak saraf (PGS). PAS masih bergantung kepada medium ceramah umum dalam penyampaian maklumat. Tidak dinafikan ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa sehingga terpaksa ‘melepaskan’ Ummi Hafilda, Ibrahim Ali, Mohd Nor Deris dan M. Daud Kilau untuk mengganggu ceramah PAS.

Namun dipercayai pengundi sebenar tidak ramai yang hadir kerana disibukkan dengan pelbagai program menteri. Lagipun penduduk Kerdau kurang termakan dengan isu nasional dan antarabangsa. Di sinilah terletaknya kelompangan jentera PGS PAS kerana gagal memanupulasi isu-isu tempatan yang menjadi kudis selama ini.


Contohnya, telah lama terdengar rungutan penduduk mengenai agihan saham Felcra Kerdau yang dikatakan tidak adil. Isu yang menyentuh terus penduduk Kerdau ini hampir tidak kedengaran langsung dibangkitkan.


Begitu juga dengan isu tanah kampung untuk generasi kedua yang telah lama dijanjikan, masalah bekalan air paip di deretan kampung yang tidak pernah selesai selama 20 tahun, ketakutan penduduk dengan binaan projek kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, kegagalan projek nangka madu di Kampung Gunung Senyum dan banyak lagi.


Menurut pemerhati, isu yang amat berkesan yang berjaya meracuni pengundi Melayu kampung ialah isu perkauman ‘PAS jadi alat DAP’. Isu ini dimainkan bersungguh-sungguh tanpa ditangkis oleh PGS PAS. Kenapa tidak, umpamanya, dicetak risalah yang memuatkan pengakuan Karpal Singh sanggup menerima negara Islam?


Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian, PAS kalah di semua saluran 2 dan 3 iaitu saluran pengundi muda. Senario ini amat bahaya kerana orang muda sifat asalnya ialah ‘anti-establishment’. Namun ia tidak berlaku dalam PRK ini.


Akhirnya, ada yang berkata Kerdau tidak mustahil diambil semula oleh PAS dalam PRU akan datang jika gerak kerja tidak terhenti. Ini berdasarkan PRK Ijok pada 2007 di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tewas kepada calon BN K. Parthiban. Tetapi pada PRU 2008 Khalid menang dengan bergaya.


Sama ada pengundi Kerdau menyamai ciri-ciri yang serupa dengan pengundi Ijok, itu hanya boleh dijawap oleh mereka sendiri.


Namun begitu ada yang mahu PAS menilai semula penyertaan parti itu dalam mana-mana PRK berdasarkan penggunaan berleluasa agensi kerajaan, premis awam dan media oleh BN. Bagi mereka, jika didapati kawasan tersebut dalam PRU pun sukar untuk dimenangi tidak usahlah bertanding. Hujah mereka, kekalahan berturut-turut PAS dalam siri PRK dikhuatiri sedikit sebanyak melemahkan moral pekerja parti dan memburukkan imej di mata umum.

Read more ...

Betulkah Mahathir tak ada kuasa semasa berkuasa ?

Benarkah Mahathir Hanya ikut Telunjuk Orang Lain?

KOMENTAR : Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Read more ...

Siapa beri kelulusan kepada Ro$mah yang habiskan RM 134 ribu duit rakyat ?

Rosmah Lawat Negara Luar Tanpa Kelulusan Kabinet?


KUALA LUMPUR 9 MAC : Lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga negara Timur Tengah dan Bangladesh baru-baru ini menelan belanja RM134 ribu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.

Lawatan rasmi itu dibiayai dengan duit rakyat sungguhpun Rosmah tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Nazri , dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, tidak menyenaraikan isteri Perdana Menteri itu sebagai antara yang diberi kelulusan oleh Jemaah Menteri untuk melakukan lawatan berkenaan Januari lalu.

Yang diberikan kelulusan berkenaan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan, kata Nazri.

Menurut beliau, Rosmah melawat Riyadh, Arab Saudi, dari 6 hingga 10 Januari lalu untuk menyampaikan ucapan di seminar mengenai pengurusan kualiti pendidikan atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran negara itu.

Rosmah memberitahu pengundi di Kerdau baru-baru ini, beliau dijemput ke Arab Saudi kerana dianggap orang yang paling layak bagi menyampaikan ucaptama berkenaan.

Dari 16 ke 18 Januari pula, Rosmah melawat Muscat, Oman dengan alasan dijemput oleh Menteri Pembangunan Sosial, Oman sebelum ke Dhaka, Bangladesh.

Read more ...