Tuesday, September 11, 2012

TERKINI!!! 2 indivIdu dicari polis kerana biadap kencing di gambar pemimpin PAS

Pakaian dan topi mereka terpampang jelas logo BN.Foto - Greenboc
Perbuatan biadab yang sukar dimaafkan

K
uala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA

Read more ...

SAHAM FELDA KRITIKAL!!! KWSP, KWAP, Lembaga Tabung Haji bakal diguna untuk lonjak saham ?


Berita baru terima : Pengerusi pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWAP, Lembaga Tabung Haji dan syarikat-syarikat kerajaan MENERIMA TEKANAN HEBAT supaya membuat pembelian besar-besaran bagi menyelamatkan FGVH dari terus merudum.

Diminta pemimpin2 PR alert isu nih.. tekan kat PARLIMEN besok soal mereka yg SEMBERONO guna wang pembayar cukai ni... jangan korek lobang,tutup lobang!!!DAH BUAT SILAP TU NGAKU JER!!! Juga minta Bloger pro-PR mainkan Isu ini....tu je senjata yang ada......


SAHAM FELDA KRITIKAL !!


Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.


Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.


Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.


Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.


Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis. - mkini



-Kedahkini

Read more ...

LANGAT 2!!! Kerajaan Pusat " Jangan Langgar Lari "



LANGAT 2 : Jangan Salahkan Kerajaan Negeri Jika Perlaksanaan Tertunggak


SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.


Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.


Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.


“Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.


“Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini,” jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco.


Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini.


Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.


Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.


“Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.


Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.


“Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang ‘bidding’ namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).


“Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini,” tegas beliau ketika ditemui.


Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.


Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.




Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan - tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

Kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kelulusan untuk projek Langat 2 atas alasan ia mesti dirundingkan bersama dengan langkah penstrukturan semula air di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkeras bahawa dua isu tersebut perlu dibincangkan secara berasingan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada bulan Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk pergi meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberitahu jawatankuasa itu untuk meneruskan tender tersebut walaupun ditentang oleh Selangor.

Selangor menentang projek itu, yang termasuk bekalan air paip dari Pahang, kerana ia berpendapat bahawa negeri itu mempunyai bekalan air yang lebih daripada mencukupi.

Projek Langat 2 dianggarkan menelan kos RM8.7 bilion dan akan digunakan untuk merawat air yang disalurkan dari Pahang melalui terowong sepanjang 45km.

Selangor cuba untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyusun semula syarikat itu sebelum menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan.Kedahkini

Read more ...

NAK KENAL MAMAT INII!!! Pendebat terbaik tetapi isi terhaprak



Hebat orangnya. Budak yusri neh bukan calang2 orang. Pendebat terbaik lagi. Ko ada? Aku takde. 


Wakakaka..


Apa yang membuatkan orang sabah dan sarawak marah kat dia sekarang neh ialah dia mengeluarkan hujah2 yang menguriskan hati orang2 sabah dan sarawak. Nak tahu apa dia? Baca kat bawah neh ;



Pada hari Ahad yang lalu dalam program TV1 Bicara Kampus; salah seorang panel iaitu Md Yusri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah mencetuskan api kemarahan orang Sarawak kerana mengatakan:-

1. Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada Semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung

2. 5% royalti minyak itu lebih baik untuk Sabah Sarawak daripada tiada langsung diberikan oleh Kerajaan Persekutuan


3. Sarawak adalah sebuah negeri maju kerana wujudnya restoren makanan segera McDonald di Kuching

4. Jangan salahkan orang semenanjung mengambil peluang pekerjaan yang ada kerana orang Sabah Sarawak lebih gemar untuk menjadi PETANI dan NELAYAN?

Info neh diberikan oleh salah seorang admin kbsb. Iaitu anak sarawak, of course truly from sarawak larh kan. Rujuk sini  .


Sebenarnya tak payah jadi orang sabah dan sarawak pun untuk sakit ahti baca hujah2 dia. Aku yang bukan orang sabah dan sarawak pun paneh ahti baca. Agak2lah nak cakap ada mekdi = bermaksud kemajuan. 


Ada mekdi kat kuching, lepas tu cop satu sarawak maju sebab ada mekdi kat kuching? Korang fikir kelakar ke tak kelakar hujah seorang pendebat terbaik?


Kalau gitu boleh la kita cop satu malaysia dari perlis sampai ke sabah maju2 belaka sebab ada mekdi kat merata tempat. Lepas neh boleh la malaysia dimasukkan ke dalam senarai negara2 termaju sebab kita ada mekdi. Betul tak?


kah kah kah


And cara dia bercakap seolah2 sabah dan sarawak neh cam anak pungut jek. Dapat belas ihsan bien jek sebab tue dapat gak royalti 5%.  Padahal benda tu dalam kawasan dorang. Korang jumpa harta karun dalam perairan dorang, aik dorang plak kena bersyukur sebab ada juga dapat 5%? Agak2 lah weh.


Kalau boleh, aku percaya seme negeri2 yang ada hasil minyak lebih seronok membangunkan ia sendiri berbanding bergantung kepada teknologi yang dibawa oleh petronas. Tengoklah cara mereka dilayan. Ko temui sesuatu yang berharga di tanah mereka, so mereka berhak la dapat sesuatu sebagai balasan sebab itu kan tanah mereka. Kenapa nak bercakap seolah2 negeri2 yang dapat royalti tue seperti pengemis dan peminta sedekah plak?


Peruntukkan dilebihkan untuk kl jek. Dari dulu lagi begitu. Tak habis2 utk kl kl kl. Then kl balik. Lepas tue putrajaya. Then kl. Pehtue negeri2 yang bn tadbir. Tue pun di kawasan2 tertentu. 


Jadilah kita negeri2 yang berkecamuk. Sesetengah kawasan terlalu maju. Sesetengah kawasan terlalu mundur. Sesetengah kawasan kelam kabut. Sebab pengagihan peruntukan ikut sistem kepala otak si yusri neh hah. Sama sebijik cam menteri2 bn berfikir. Langsung tak reti nak berfikir.


Sepatutnya agihkan peruntukan ikut keperluan pembangunan. Kalau satu2 kawasan tu dah maju, bagi la chance utk majukan kawasan lain plak. Jangan tumpu dan focus kat situ jek. Macam mana lah perniagaan2 dan pelabur2 tak tertumpu kat satu2 kawasan kalau ko sendiri pun hanya focus untuk memajukan beberapa kawasan dan hanya tertumpu kat situ jek?


Majukan seme negeri dan daerah. So pelabur nak melabur kat mana2 pun happy kerana kat mana2 pun ada fasilitis untuk memajukan perniagaan masing2 dan paling penting ada bekalan tenaga kerja. So takde lah orang negeri tu lari ke kl nak cari kerja sebab kat negeri dia sendiri pun berlambak2 kerja. Kalau dah negeri dia sendiri pun kerja kemain banyak, crowded lagi ka kl tu? Mahal lagi tak rumah2 kat kl tu? Takdak.. 


Sebab? 


Pembangunan sama rata ma. Tak tertumpu kepada satu2 kawasan jek. Antara sebab2 harga rumah melambung ialah kerajaan kita melakukan pembangunan dan kemajuan terpilih. Fikir logik. Ko nak beli rumah kat kawasan yang takde elektrik? Takde air? Takde jalan yang sempurna? P mampos. Ko pun tak hingin kan?


Tapi itulah yang berlaku sekarang neh. Salah siapa? Dah2.. jangan nak menangis la penyokong2 umno. Terima la hakikat. Kerana jawapannya tetap sama iaitu salah umno, bn dan menteri2 mereka. Alasan nya mudah, bukan gua yang tadbir ini negara selama neh tetapi bn. So siapa yang tadbir dia lah yang kena sebab kan dorang yang luluskan seme perkara. Simple jek beb.


kah kah kah


Gambar sumbangan page barisan nasional

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz26CHibXOQ

Read more ...

PINDAH WANG HARAM PULA!!!! Pakai tak buat pilihanraya dah Najib

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengemukakan satu transaksi Global Biofuture, sebuah syarikat broker yang dikawal oleh keluarga Shahrizat, yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional. — Gambar file

PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.

Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.

Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).Kedah La

Read more ...

SERANG BAS!!!Ada bukti tapi polis belum bertindak menahan mereka terlibat

Sekurang-kurangnya dua individu membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.

SEREMBAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.

Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.



“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya
menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.

“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.

“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.

“Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut,” kata Shamsul Iskandar.

Tidak puas hati

Bagaimanapun Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata beliau tidak puas hati dengan tindakan polis yang lambat ambil tindakan.

“Apabila saya tanya kenapa polis masih belum menahan individu-individu yang saya nyatakan tadi, mereka (polis) berkata mereka masih menyiasat kes tersebut.

“Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap.

“Mungkin saya tidak dapat hadir ceramah pada malam ini kerana mungkin saya telah ditahan di lokap kerana membaling objek ke atas kenderaan pemimpin Umno.

“Amat malang apabila polis mengambil pendekatan ‘double standard’ ketika mengambil tindakan,’ katanya.

Samsul Iskandar turut melahirkan rasa kesal apabila polis yang tidak memakai uniform dan gagal mengambil tindakan atau menangkap individu-individu yang membaling objek ke arah bas walaupun polis turut berada di lokasi kejadian.

“Polis turut berada di dalam ‘crowd’ tetapi kenapa mereka (polis) tidak membuat tangkapan
terhadap individu yang membuat provokasi dengan membaling objek ke atas bas?

“Hanya ketika mereka menahan pengawal Anwar barulah kami tahu memang ada beberapa anggota polis berpakaian preman di dalam ‘crowd’.

“Tuan-tuan boleh melihat visual di dalam berita NTV7, bagaimana individu-individu ini membaling cat ke atas bas secara terbuka. Kalau polis nak tangkap memang boleh. Malangnya mereka (polis) tidak berbuat demikian.

“Saya mendesak pihak polis tangkap individu yang menyerang bas Anwar dan dakwa mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,’ ujar Shamsul Iskandar.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/11/ada-bukti-tapi-polis-belum-bertindak/

Read more ...

PARIT BUNTAR!!!!Abby Abadi meriahkan majlis rumah terbuka Ahli Parlimen Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 7 Sept. : Kemunculan istimewa selebriti Abby Abadi ke majlis rumah terbuka Aidifitri Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa telah memeriahkan majlis yang diadakan di Dataran Purnama Kampung Kedah.
 
Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, orang ramai yang hadir ke majlis rumah terbuka ini telah mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan artis berkenaan. 
 
" Abby Abadi , Hajah Aida Yusuf Rawa dan Ust. Redhuan Abu Bakar telah  bersama dalam bual bicara santai sempena majlis rumah terbuka ini. 
 
"  Abby berkongsi pengalaman beliau sejak berubah dan menyertai PAS. Manakala Hajah Aida dan Ust. Redhuan pula memberi motivasi berguna kepada pendengar yang hadir pada majlis itu" katanya 
 
Menurut Hamdan, orang ramai tetap hadir ke majlis rumah terbuka Ahli Parlimen Parit Buntar walaupun hujan lebat sebelum program. 
 
" Kehadiran lebih 1000 orang telah menjamu selera juadah raya yang disediakan Ahli Parlimen Parit Buntar. 
 
" Terdapat juga kaum Tionghua yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini" katanya
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa , isteri dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir. 
 
Turut hadir pimpinan PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat , Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.
 
 

Read more ...