Friday, May 6, 2011

UMporNo yang Istiqamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-ZNcTIXqgmmr-JhaInYixmylPIJEp5tn5twsVMw1YnlCRikf5eq5HMjNi2_oIRH330qkXYmgv-eOQZLRrViFDVX6kJPoN41dA09g3f_XchEeUNbr9gWAqWTYKbNF0_lcorgsglqG0O6E/s1600/umporno.jpgMuhyidin Yasin kata Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa melayu, mungkin inilah kata-kata keramat yang yang ditelan oleh semua pencacai Umno dan yang seangkatan dengannya, tanpa soal selidik terlebih dahulu.

Sudah lebih 50 tahun Umno/BN perintah negara ada pernah laksana hukum Islam? Tak ada, malah bila Kelantan nak laksana hukum hudud ada dari kalangan Umno yang nak saman kerajaan Kelantan, kalau sekadar nak bela tapi tak buat apa-apa untuk kemajuan Islam, sikit pun tak guna.

Bila Pak Lah jadi PM, dia cuba angkat Islam dalam acuannya yang tersendiri, Islam Hadhari, mantan PM (Mahadzir) menentang hingga sanggup keluar dari Umno tapi bila Najib bawa masuk 1Malaysia mantan PM ni buat pusingan U menyokong idea Najib walaupun dikatakan dari cadangan Apco

Najib pula menyokong pembunuhan Osama oleh Amerika, Osama tu Islam tak sepatut Najib menyokong pembunuhan orang Islam oleh orang kafir latnatullah, dulu Najib kata Anwar agen barat tapi sekarang siapa sebenarnya agen barat?.

Ucapan Muhyidin hanyalah untuk mengalihkan isu yang sedang melanda BN dan pakatan mereka terutama MCA yang menentang selogan 1Melayu 1Bumi

Bila dah terdsak ajak Pas masuk BN, Pas dah masuk BN dulu, cukup lah sekali Pas bertandang kerumah BN, sepatutnya Umno pula yang bertandang kerumah Pas, baru adil.

Begitulah istiqamahnya pimpinan Umno untuk meruntuhkan Islam, melemahkan perjuangan Islam dan menghalang kebagkitan Islam.

Read more ...

UMNO musuh nombor 1 negara

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.

Read more ...

Nelayan mengadu tidak terima insentif bulanan


PARIT BUNTAR, 6 Mei : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menyalurkan insentif bulanan sebanyak RM 200.00 kepada nelayan di Tanjung Piandang , Kuala Kurau dan Bagan Tiang. Insentif berkenaan disalurkan oleh pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, para nelayan yang pernah menerima insentif bulanan ini telah membuat aduan tidak menerima lagi insentif berkenaan sejak beberapa bulan.


" Ada di antara mereka yang tidak menerima insentif bulanan ini sejak 8 bulan lalu. Mereka bertanyakan status serta penjelasan mengapa insentif berkenaan dihentikan.

" Semua mereka layak menerima insentif berkenaan kerana pernah menerimanya dan mempunyai dokumen-dokumen yang sah untuk memperolehnya" katanya


Dr. Mujahid berkata, insentif berkenaan telah diputuskan dalam parlimen diberi secara bulanan kepada nelayan. Sepatutnya semua nelayan yang layak menerimanya setiap bulan bagi membantu kehidupan mereka.

"Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan sewajarnya dengan menyalurkan kembali insentif bulanan ini kerana nelayan-nelayan ini berhak menerimanya.


" Masalah ini mungkin bukan sahaja berlaku di kawasan ini, bahkan berlaku kepada nelayan lain di seluruh Malaysia" katanya

Dr. Mujahid ditemui semasa bertemu dengan nelayan di Bagan Selatan, Tanjung Piandang yang membuat aduan terhadap masalah mereka kepada Ahli Parlimen.


Turut hadir ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Pengerusi Lujnah Petani dan Nelayan PAS Parit Buntar Radhuan Razak


Nelayan sedang memberi nama kepada pejabat Ahli Parlimen


Read more ...

Mai baca media pencacai UMNO buat berita pasai himpunan anti fitnah

Bila masa Azmi Teras jadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah


KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat.

Kumpulan itu mendakwa mewakili 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), walaupun jumlah yang hadir tidak mencerminkan dakwaan tersebut.

Ia diadakan untuk membantah fitnah terhadap ketua pembangkang itu.

Demonstrasi pimpinan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah, Mohd Azmi Abdul Hamid itu, yang juga presiden sebuah NGO iaitu Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bermula sejurus selesai solat Jumaat.

Peserta demonstrasi dilihat cuba menimbulkan kekecohan apabila enggan menyerahkan kain rentang yang dibawa kepada polis dan mereka juga cuba memasuki pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak di kawasan berhampiran untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Pihak Jawi kemudian membenarkan hanya 10 peserta demonstrasi masuk dan menyerahkan memorandum tersebut, yang diterima Timbalan Pengarah Jawi (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab.

Menurut penganjur, demonstrasi itu adalah bagi membantah sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lepas bagi mempertahankan bahawa pelaku dalam video seks hitam putih yang didedah "Trio Datuk T" sebelum ini adalah Anwar, walaupun dinafikan ketua pembangkang itu.

Selepas itu, Mohd Azmi dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Malaysian People's Solidarity Against State Terrorisme' berdemonstrasi pula di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini serta menyerahkan memorandum bantahan.

Beliau yang bertindak sebagai koordinator kumpulan itu berkata ia bagi mengutuk pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi tentera satu pihak AS di Pakistan pada 2 Mei lepas, yang disifatkan kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Mohd Azmi berkata, kerajaan AS tidak berhak bertindak sedemikian tanpa keizinan kerajaan Pakistan dan negara itu sekali lagi memperlihatkan bahawa ia boleh melakukan pembunuhan tanpa mengira sempadan secara terang-terangan kepada dunia.

"Kami juga marah dengan tindakan pasukan tentera AS yang membuang mayat mangsa ke dalam laut kerana ia jelas menghina seluruh umat Islam," katanya.

Osama yang dilahirkan di Arab Saudi, dilaporkan terbunuh ketika pasukan tentera AS menyerbu sebuah rumah di Abbotabad, dekat Islamabad, Pakistan.mstar online

Read more ...

UMNO Parit Buntar halang kutip derma bina masjid ?

Bukti pemimpin Umno Parit Buntar memang CELAKA?

Takdak gelaran yang lebih sesuai selain dari CELAKA. Ada yang kata tak baik kata kat orang CELAKA pasai macam berdoa orang tu masuk neraka. Kalau macam tu memang sesuai aku kata CELAKA.

Tak sesuai ka kata kat orang yang halang orang nak buat Masjid tu CELAKA. Memang sesuai sangat. Bukan depa saja CELAKA tapi orang yang sokong depa pun CELAKA sama.


Pembinaan Masjid Pusat Bandar Parit Buntar tu bukan saja-saja depa nak pi perdiri ikut suka. Semuanya ikut saluran, semuanya ikut peraturan. Pasai apa ada orang yang mengaku Islam yang CELAKA sampai sanggup nak halang.


Aku dah tulis sebelum ni kerja CELAKA pemimpin Umno nak halang Masjid tu dari didirikan. Aku malas dah nak ulang. Hangpa baca sendiri kat sini.

Kat dalam artikel tu aku siap bubuh link ke surat kelulusan dari Majlis Agama untuk dirikan Masjid tu siap dengan ada Nombor rujukan pelepasan cukai pendapatan :
LHDN.01/35/42/51/179-6.6553 .Maksudnya memang ikut peraturan dan saluran. Kalau tak macamana boleh dapat pelepasan cukai pendapatan. Tapi puak-puak CELAKA ni bukan kira.

Ingatkan CELAKA depa sampai takat tu saja, takkan pembinaan yang dah naik segala tiang dan beam kerangka macam tu pun depa nak sekat jugak. Tapi puak-puak CELAKA ni bukan kira. Selagi boleh depa akan sabotaj.


Macam
posting aku pagi tadi, AJK Pembinaan Masjid Baru Pusat Bandar Parit Buntar menganjurkan satu Forum Perdana untuk mengutip dana untuk pembinaan masjid tu. Program tu pun puak-puak CELAKA ni nak halang.

Program tu malam esok, Sabtu malam Ahad. Semua persediaan dah pun dibuat, cuma tunggu hari saja lagi. Semuanya berjalan lancar. Tiba-tiba, semalam sampai surat dari Pejabat Daerah Parit Buntar dengan arahan ringkas. Program Forum boleh dijalankan tapi
SEBARANG KUTIPAN TIDAK DIBENARKAN.

Nak kata apa lagi kalau bukan kerja CELAKA. Lebih CELAKA lagi surat tu langsung tak bagi sebab pasai apa ada larangan macam tu.


Langsung tak logik, Forum Perdana anjuran AJK Pembinaan Masjid yang dibuat memang dengan tujuan untuk kutip derma tiba-tiba keluar arahan bersurat dari pejabat Pegawai Daerah tak bagi buat sebarang kutipan. Tak ka CELAKA namanya tu.


Ada yang kata Pegawai Daerah Parit Buntar ni sebenarnya orang PAS, orang PAS kepala bapak apa macam tu. Program nak kutip duit untuk buat masjid pun nak halang. Tu bukan ciri orang PAS tapi ciri orang CELAKA.


Ada khabar angin yang kata depa dah pi siasat. Depa kata Pegarai Daerah yang buat tindakan CELAKA tu pasai ada dua ekor yang lagi CELAKA yang tekan dia. Aku taktau betui ka dak tapi member tu kata orang dalam Pejabat Daerah sendiri yang bagitau kata semua tu arahan Cikgu Chop bekas ADUN Kuala Kurau dan
Dolah Kongkan Saleh Setiausaha Umno Bahagian.

Aku harap khabar angin ni tak betui, tapi kalau betui arahan dari dua ekor ni, memang aku tak heran. Memang sebelum-sebelum ni pun dah ada ciri-ciri CELAKA dua orang ni.


Yang lebih CELAKA lagi, pagi tadi AJK pembinaan Masjid pi ke pejabat daerah nak jumpa dengan Pegawai Daerah nak minta penjelasan. Yang CELAKAnya Pegawai Daerah takdak di pejabat, depa kata dia pi Ipoh. Tak ka CELAKA namanya tu. Dia keluarkan keputusan yang CELAKA tu semalam hari Khamis, hari ni Jumaat dia lari ke Ipoh. Esok dah hari Sabtu, cuti. Malam dah nak jalan program tu. Tak ka CELAKA namanya tu.


Ada satu lagi khabar angin yang cerita 'sejarah' disebalik tindakan CELAKA tu. Katanya surat jemputan kepada puak-puak pemimpin Umno tak sampai lagi tapi ramai puak-puak Umno yang tak suka masjid tu didirikan dah mula mengamuk kat ketua-ketua depa. Pemimpin-peminpin Umno ni mula tak tahan telinga.


Katanya ada pulak balachi Rahman Ketua Umno Bahagian sudah semak senarai nama jemputan khas program forum tu di pejabat agama. Dalam senarai tu nama Rahman takdak dan dia bagitau kat Raman. Naik angin la orang tua tu.


Katanya pasai tu lah Cikgu Chop dan
Dolah Saleh buat kerja CELAKA arahkan Pegawai Daerah buat kerja CELAKA sekat program tu.

Cumanya kata sumber tu, Pegawai Daerah ni buat keputusan lain sikit. Program Forum Perdana tu diteruskan jugak tapi sebarang kutipan tak dibenarkan. Kira kurang la sikit tahap CELAKA dari yang puak-puak CELAKA tu nak.


Yang aku heran sangat dengan puak-puak pemimmpin Umno CELAKA ni pasai apa depa sungguh-sungguh sangat nak gagalkan pembinaan Masjid tu. Biar lantak la sapa yang buat pun. Dah hangpa tak sanggup nak buat, biar la orang lain nak buat.


Aku dah pernah sembang sendiri dengan Ust Mat Ismail, pengerusi AJK Pembinaan Masjid tu. Dia ni memang semua orang tau dia orang kuat PAS. Aku tanya dia tak rasa rugi ka penat-penat usaha buat masjid tapi bila dah siap puak-puak Umno ambil alih.


Dia jawab senang ja. Dia kata dia cuma berminat nak buat masjid. Bila dah siap esok lantak pi la sapa nak uruskan pun. Ingat senang ka nak dapat peluang buat masjid. Sekali seumur hidup pun belum tentu dapat peluang macam ni.


PEMIMPIN UMNO MEMANG CELAKA
CELAKA!!! CELAKA!!! CELAKA!!!
yang sokong pun CELAKA sama

Macam tu la khabar angin yang aku dengar. Nak tau betui ka dah, malam esok hangpa pi sendiri pi ke Dewan Kerian Permai, tengok Forum Perdana tu. Kat sana hangpa boleh tanya sendiri betui dak macam yang aku tulis ni. Kalau tak betul tolong bagitau aku balik. Boleh aku perbetui bagi lagi CELAKA.CENANGAU

Read more ...

Lagi pendedahan siapa sebenarnya Eskay ?


Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.

Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.

1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia

Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto).

Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay.

2) Perniagaan membekal baja dari Thailand

Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay.

Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak.

Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T.

Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra.

3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok'

Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura.

Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider]

Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan.

Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau.

ReJaM© "Kata bidalan Melayu Rasis, kalau jumpa keling dengan ular, bunuh keling dulu..."

Read more ...

Biarlah kita hina kerana menuntut ilmu - Bob Lokman

Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini. Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah.”

Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya.

Perkampungan Muassasah Matla’in Badrain di Kampung Pasir Tawar, Jabi yang menempatkan Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain, kini menjadi tempat menuntut ilmu bagi kira-kira 50 orang pelajar dengan mengamalkan konsep pusat pendidikan bersepadu, tahfiz, agama dan akademik. Sebahagian besar pembiayaannya adalah dari sumbangan orang ramai.

Kehadiran Bob pada petangnya ternyata begitu mengujakan dan beliau diberikan sambutan meriah oleh pengunjung yang tak putus-putus ingin bergambar dan bersalaman dengannya. Kemeriahan majlis pada petangnya turut diserikan lagi dengan kehadiran DatoHaji Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu.

Dato’ Abu Bakar Chik pula, dalam ucapannya yang penuh bersemangat di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menekankan pentingya institusi pendidikan rakyat ini dipertahankan. Walaupun berdepan dengan kedhaifan prasarana, kekurangan tenaga manusia, infrastruktur yang serba sederhana, isu kebajikan para pelajar dan guru tetapi dengan sokongan semua pihak, kita terus maju ke hadapan. Telah pelbagai mehnah dan tribulasi dilalui, semua ini memantangkan kita.

Berucap mewakili pihak Muassasah, Ahli Lembaga Pengarah Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskan tiada ummat yang boleh maju kehadapan sekiranya individu manusia di dalamnya tidak dibina. Bagi pendokong gerakan Islam, Muassasah Matla’in Badrain ini adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Jatuh bangunnya adalah sebahagian maruah perjuangan kita.

Read more ...

PAS muak dengan UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/nasatonto.jpgKUALA TERENGGANU - Ajakan Umno agar PAS menyertai Barisan Nasional disifatkan Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Hassan sebagai mendendangkan sebuah lagu lama.

Beliau menegaskan PAS telah ‘muak’ (jemu) dengan lagu lama itu walaupun kononnya atas nama perpaduan Melayu bersama Umno-BN.

“Iklim politik negara kita hari ini sekali lagi disogok oleh Umno dan Barisan Nasional dengan lagu ‘lama’ yang telah didendangkan.

“Kita pun telah ‘muak’ mendengarkan lagu itu. Di mana Umno telah mengajak supaya PAS menyertai Barisan Nasional kerana perpaduan Melayu,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah di perkarangan Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Khamis 5 Mei.

Menurutnya, pemimpin Umno memujuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat kononnya kerana PAS tidak ada masa depan bersama gabungan tersebut.

Bahkan, katanya, Umno mengingatkan PAS dengan menuduh DAP adalah sebuah parti yang menolak dan menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“PAS dituduhtelah menggadaikan prinsip perjuangan Islam setelah berkawan dengan DAP. PAS tidak ada masa depan bersama dengan Pakatan Rakyat. Sebab, DAP menolak dan menentang Islam,” ujarnya mengulangi tuduhan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hakikatnya, kata Ustaz Nasaruddin kerjasama PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) boleh menyaingi kekuatan BN.

Malah, beliau yakin, Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

“Apabila PAS, DAP dan PKR bersama dalam Pakatan Rakyat ia menjadi satu parti yang kuat dan boleh menyaingi BN. Inilah yang memungkinkan BN tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Kata beliau, paling tidak pun BN menghadapi kesukaran untuk mengembalikan semula 2/3 majoritinya yang telah hilang daripada sebagaimana tahun 2008, lalu.

Oleh kerana itulah, Ustaz Nasaruddin mendakwa, Umno mesti memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan PAS mesti dikeluarkan dari pakatan tersebut.

Selain itu, katanya Umno juga melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP agar tidak wujud kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat.

“Caranya, mesti pecah-belahkan Pakatan Rakyat. Dia (BN) mesti keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, dia mesti lagakan PAS dengan KeADILan (PKR), dia mesti lagakan PAS dengan DAP,” ujarnya.

Ustaz Nasaruddin menegaskan PAS tidak menolak perpaduan kerana Islam mengajar bersatu-padu tetapi mestikan atas dasar dan prinsip perjuangan Islam.

Katanya, syarat pertama yang mesti dipenuhi bagi menjalinkan perpaduan atas dasar pegangan al-Quran dan Islam.

Read more ...

Guna cara apa sahaja termasuk la fitnah

Tawan Selangor Apa Cara Pun Serlah Najib Kalut


SHAH ALAM 6 MEI : Desakan Perdana Menteri, Najib Razak supaya Umno menggunakan "segala senjata" untuk merampas balik Selangor hanya mencerminkan kekalutan beliau menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata gesaan Najib itu juga mendedahkan bahawa usaha Umno Selangor ini tidak memberi kesan untuk menggoyahkan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Apa yang disuarakan oleh Najib itu sebenarnya mencerminkan tahap kebimbangan kerana usaha-usaha mereka nampaknya tidak berkesan,"kata Shuhaimi.

"Sebagai sebuah parti politik yang biasa dengan situasi-situasi seperti ini, Keadilan akan mengambil tindakan yang perlu untuk meneruskan keyakinan dan meningkatkan pengetahuan rakyat tentang agenda-agenda negeri bagi memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat," tambah Shuhaimi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai 'senjata' yang dimaksudkan oleh Najib, rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan.

"Dosa Umno-BN selama lebih daripada 50 tahun, apa yang dilakukan 20 tahun kebelakangan ini juga, ia tidak boleh dicuci sekali sahaja dengan Najib Razak turun ke Selangor. Tidak akan jadi begitu mudah sebab rakyat kini pandai menilai, melihat dan akan membuat keputusan siapakah kerajaan yang boleh menjaga kebajikan mereka.

"Rakyat tidak semudah itu untuk melupakan dosa-dosa UMNO-BN lakukan sepanjang tempoh mereka memerintah, terlalu banyak perkara yang jelak di mata rakyat," katanya lagi.

Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat juga sudah bersedia untuk menggempur BN pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Najib "sudah hampir tiba".

"Kita bersedia untuk bertempur dalam pentas politik secara demokrasi dan sihat dan Keadilan bersedia bagi melatih jentera-jentera untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam pilihanraya akan datang.

Najib malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu dilihat bersungguh-sungguh mahu menebus kekalahan lalu sehingga sanggup menggunakan apa sahaja 'senjata' untuk merampas negari terkaya itu.

Read more ...

Laksana Qazaf, tolak fitnah UMNO

80 NGO Gesa JAWI Laksana Hukum Qazaf, Tolak Fitnah



KUALA LUMPUR 6 MEI: Ratusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu.

80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik.

Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara.

Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik."

Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali.

Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar.

Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam.

Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah.

"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.

Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan.

Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam.

Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam

Read more ...

Mahathir kena tipu

Mahathir diperdaya supaya percaya tuduhan terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998.

Perkara itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.

Gani dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.

“Pada bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

“Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.

“Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM,” ujar beliau.

Menurut Mat Zain, beliau menyimpulkan bahawa Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan kepada dua surat yang diterima daripada Umi Hafilda pada 1997 dan taklimat daripada Musa Hassan yang ketika itu merupakan pegawai penyiasat.

“Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu, ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual itu,” tulis beliau.

Mat Zain berkata, ia bukan pertama kali Mahathir ditipu oleh individu di sekelilingnya.

Pada Julai 1993, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga pernah menipu Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu bagi menyembunyikan harta berjumlah RM40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah.

Ia dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan sendiri oleh Gani Patail ketika itu.

Menurut Mat Zain lagi, pada bulan Julai 2010 pula, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr.Ling Liong Sik pula didakwa kerana menipu Jamaah Menteri, termasuk Mahathir sendiri dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara.

“Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari penipuan. Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual tidak boleh diperkecilkan,” tulisnya lagi.

Dalam surat 16 perenggan itu, Mat Zain berkata, persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut karenah” Peguam Negara.

“Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

“Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”,” ujarnya.

Read more ...

UMNO berkawan dengan penentang Islam sebenar

MCA penentang Islam sebenar - Pejabat MB Kelantan

KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

"Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan.

Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini.

Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya.

PAS dan DAP

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad (gambar kanan) ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!"

"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.

Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

“Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!” kata Dzulkefly.

“Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!” kata Dzulkefly.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.

"Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan Umno," tulis Fadli dalam kenyataannya.

Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

Kenyataan ini pernah disiarkan dalam sebuah media Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.

Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli.

Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau.

"Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu," katanya.

Read more ...