Sunday, March 20, 2011

Kaum Bidayuh bakal protes, 6 Kerusi DUN BN goyang

http://farm5.static.flickr.com/4073/5396195526_7377534c27.jpgOleh DR JENERI AMIR

Pada hujung minggu lepas saya telah balik ke tempat asal saya, Mukah. Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu. Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.

Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban 19 kerusi, Cina 15 kerusi, Orang Ulu tiga kerusi, dan Bidayuh enam kerusi.

Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan. Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni. Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.

Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain. Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.

Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik. Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.

Masyarakat Sarawak hidup harmoni

Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu. Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya.

Ramai yang tiba-tiba menjadi nujum pak belalang atau tukang ramal. Penduduk luar bandar sentiasa menunggu pilihan raya yang datang setiap dua tahun sekali di negeri ini, iaitu pilihan raya parlimen dan negeri.

Mereka menganggapnya seolah-olah seperti pesta. Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.

Sesungguhnya, pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh semakin dekat. Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman.

Berdasarkan perkembangan terkini, besar kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Serian bagi menghadiri program Sejiwa Senada ialah petanda ada sesuatu yang penting akan berlaku sesudah peristiwa itu. Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.

Pilihan raya 16 April

Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April.

Sejiwa Senada merupakan program penting bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat. Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan. Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.

Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian?

Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.

Keunikan masyarakat Bidayuh

Masyarakat Bidayuh dengan penduduk 200,000 jiwa merupakan 6 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Bau, Lundu, Siburan, Penrissen, Padawan dan Serian.

Masyarakat Bidayuh terdiri daripada Bukar-Sadong yang tinggal di Serian, Biatah di Kuching, Bau-Jagoi di Bau, dan Selako-Lara di Lundu.

Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN. Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).

Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB. Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.

Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti? Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu kedup dan Bengoh dijangka sengit.

PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh. Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang,

Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR). Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.

Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh. Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti.

Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?

Perlukah mereka berbuat demikian?

Kehadiran Perdana Menteri sekali lagi ke pangkuan masyarakat Bidayuh membuktikan keinginan dan kesungguhan beliau untuk menangani isu dan masalah yang membelenggu masyarakat itu.

*Penulis ialah penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

Read more ...

Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN

KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini.
Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambahnya, Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya.
"Buat masa ini kita masih tidak mencetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kase, Buku Jingga dan debat antara Anwar dan Najib. Kita tidak buat sesungguhnya untuk tujuan itu walaupun ada negeri telah membuat pelancaran terutamanya buku jingga," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau yakin rakyat sendiri begitu marah ketika Kerajaan BN memperkenalkan saman ekor yang bertujuan mengutip wang untuk tabung pilihan raya umum yang bakal menjelang.
Tambahnya, tiada jalan lain kecuali bertindak menghukum kezaliman BN dengan bertindak memangkah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan untuk membela rakyat yang daif dan memerlukan bumbung kebajikan.
Menurutnya, siri penerangan Kase yang ke sembilan di Pulau Pinang selepas Kedah merupakan buah tangan untuk rakyat menjawab segala tohmahan BN di mana sahaja.
Selepas ini tambahnya, Kase akan bergerak lebih mantap dan memastikan Pakatan Rakyat dapat menterjemahkan segala manifesto yang ditaburkan.
"Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," jelasnya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi.

Read more ...

Pilihanraya Sarawak : Bermulalah pesta temberang

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar pada hari ini, maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bermacam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, menjelang Pilihan raya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan negeri itu.

Katanya, kegagalan mereka untuk mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun.

“PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.

“Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak,” ujar Idris.

Mereka, katanya sudah bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengalir kerana kehidupan mereka seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak mempunyai sumber hasil bumi.

Sebagai satu contoh, ujarnya sebuah kampung yang berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban.

Katanya, kawasan sudah didiami hampir 30 tahun tanpa elektrik yang terpaksa menggunakan generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah.

Baginya, Muhyiddin menganggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju di mana kenyataan itu seperti pencuri menjerit pencuri.

Soalnya, apakah Sarawak selama ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

PAS, ujarnya mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan menganggap rakyat Sarawak buta sejarah kerana apabila hampir pilihan raya, pemimpin mula jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak.

PAS, katanya lagi percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji “Buku Jingga” antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012 supaya Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan.

Tambahnya, saban tahun peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi pelaksanaan tidak berlaku.

“Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka 10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau.

“PAS yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN, insya Allah,” ujarnya.

Read more ...

Pilihanraya Sarawak : BN Sarawak akan contohi Umno guna isu perkauman

Oleh INTAN ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Umno-BN dipercayai akan menggunakan isu perkauman bagi mempertahankan penguasaannya pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Menurut Penganalisis Politik daripada Wadah Pencerdasan Umat, Prof Madya Dr Shahruddin Badarudin, pengundi Melayu-Melanau yang dipercayai bakal mengekalkan undi mereka terhadap BN akan didoktrinkan kepercayaan mengenai kehilangan autonomi Melayu terhadap pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri itu sekiranya mereka tidak menyokong Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya lihat kebijakan BN adalah mereka boleh memanipulasi isu etnik untuk terus mengekalkan penguasaan mereka di Sarawak dengan menyatakan memberi undi kepada selain Taib akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada masa depan Melayu-Melanau," katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Walaupun pengundi Melayu di Sarawak berjumlah 27 peratus, ujarnya itu tetap tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang telah sedia ada.

Dalam pada itu, Shahruddin berkata pengundi Cina seramai 32 hingga 33 peratus pula dilihat berpotensi untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap banyak isu di negeri itu ke dalam bentuk undi.

"Mereka yang kebanyakannya tinggal di Sibu dan kawasan-kawasan bandar memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber terutamanya internet yang memberikan kelebihan untuk menilai isu-isu setempat," ujarnya.

Namun begitu, beliau berkata pengundi Iban yang dianggap sebagai penentu kemenangan pada PRU negeri itu pula berpecah dan sukar dijangka kecenderungannya.

Ditanya mengenai isu yang relevan kepada pengundi Sarawak, beliau merasakan kebanyakan isu seperti kekayaan Taib serta masalah tanah sukar untuk meninggalkan kesan di hati pengundi.

"Hal ini adalah disebabkan halangan dari segi logistik termasuk cara penyebaran maklumat yang lebih banyak bergantung kepada internet serta kos penerangan melalui kertas yang tinggi.

"Ini merupakan cabaran yang getir buat Pakatan Rakyat dalam mengadakan proses penerangan serta penyebaran bahan-bahan kempen kepada pengundi memandangkan kos yang terpaksa ditanggung begitu tinggi," katanya lagi.

Tambahnya, daripada 71 Dun yang terdapat di Sarawak, lebih dua pertiga daripadanya adalah penduduk yang tinggal di luar bandar.

Pengundi Melayu yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai dan sungai dilihat agak sukar terkesan dengan isu kekayaan yang dimiliki Taib.

Manakala isu tanah yang dikatakan relevan juga dikatakan kurang dirasakan pengundi kerana kebanyakan tanah yang terlibat tidak diisytiharkan pemilikannya oleh sesiapa pun.

"Secara psikologinya, pengundi Melayu merasakan mereka tidak selamat jika mereka mengubah sokongan sebaliknya pengundi Cina berupaya melakukan sedemikian," tambahnya.

Read more ...

DNA: Dakwa Najib ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hendaklah didakwa atas tuduhan menghina mahkamah, kata ketua pasukan peguam bela perbicaraan Fitnah II, Karpal Singh.

Menurut Karpal, tuntutan itu berikutan campur tangan Datuk Seri Najib Razak
kerana memberi komen berkaitan kes ini dengan meminta Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau.

Karpal membuat permohonan tersebut semasa membentangkan hujah balasnya bagi menolak permohonan pendakwa minggu lepas untuk mahkamah menyemak semula penolakan tiga barang sebagai bukti termasuk permohonan mereka yang mahu Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah hanya berpura-pura tidak mendengar permohonan Karpal dan meminta Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden untuk memberikan hujah balasnya terhadap pembentangan Karpal pagi ini.

Menurut Mohd Yusof, DNA adalah elemen paling hampir dengan cap jari manusia yang unik.

Atas alasan itulah katanya, pendakwa raya memohon mahkamah untuk mengarahkan Anwar memberikan DNA beliau.

Karpal membalas kenyataan Mohd Yusof dan berkata bahawa Akta Bukti belum lagi dipinda untuk memasukkan DNA sebagai salah satu perkara yang boleh didapatkan di mahkamah tanpa izin tertuduh.

Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak dapat memberikan keputusan hari ini dan hanya akan berbuat demikian Rabu ini.

“Amat jelas saya tidak dapat memberikan keputusan hari ini. Saya memerlukan masa untuk meneliti perkara ini.

“Jika peguam bela berpendapat piahk anda mempunyai kes, anda boleh memfailkannya kepada unit pengurusan di mahkamah,” kata Mohamad Zabidin.

Terdahulu, Karpal berkata, peguam bela tidak mempertikaikan bahawa keputusan bicara-dalam-perbicaraan boleh disemak semula.

Namun, katanya dakwaan Anwar bahawa beliau ditahan secara tidak sah tidak pula dicabar pendakwa raya sebelum ini.

“Seksyen 62 Akta Bukti tidak memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan mana-mana tertuduh menyerahkan sampel DNA mereka,” kata Karpal.

Read more ...

Umno tipu orang kampung : Harga getah naik kerana Umno pandai perintah, harga getah jatuh menjunam kerana PR tak pandai perintah

Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasaNYA.

Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo.


Ketika itu rata-rata orang kampung menganggap betapa makmurnya bumi 1Malaysia ini di bawah pentadbiran Kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin kerajaan juga ketika berkempen memenangkan calon Umno, terus mendakwa hanya mereka menyebabkan harga getah tinggi.


Pada ketika itu, penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.


Banyak kes, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang semula ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.


Bagaimanapun sejak seminggu seusai PRK, fenomena ini mulai berubah dengan penurunan mendadak harga komoditi itu.


Bayangkan, terdapat aduan harga getah pada ketika ini menjunam sehingga RM3.50 sekilo, iaitu penurunan lebih 50 peratus. Sesetengahnya berkata, ada beberapa pemebeli getah berhenti daripada urusniaga kerana tidak mahu menanggung kerugian setiap hari apabila harga yang dibeli daripada pekebun lebih rendah daripada harga jualannya.


Keadaan ini memberi kejutan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut. Ditambah lagi dengan kos harga barangan keperluan harian yang sentiasa melambung tanpa kawalan pada ketika ini.


Lebih mencemaskan, harga komoditi tersebut dikatakan akan terus menjunam dalam tempoh terdekat ini dan melihat kepada trend sekarang, ada yang berkata harga getah boleh jatuh sehingga ke paras RM1 sekilo.


Bagi yang pendapatan mereka bergantung kepada getah, keadaan tambah merungsingkan apabila hari hujan atau bagi yang menoreh getah secara pajak atau “perdua”.


Sebab sebenar kenapa terjadi demikian tidak diketahui namun ada yang berkata senario ini ekoran Tsunami dan gempa yang berlaku di Jepun atau kemelesetan ekonomi dunia.


Pihak kerajaan yang sepatutnya berbuat sesuatu untuk membantu pekebun-pekebun kecil, malangnya terus membisu tanpa sebarang kenyataan.


“Harga getah terus menjunam daripada RM8 masa kempen pilihan raya dulu kini dah jadi RM3.50. Penurunan besar ini sudah tentulah sangat menjejaskan pendapatan dan amat memeritkan kehidupan pekebun kecil seperti kami yang bergantung sumber pendapatan dengan kebun getah”.


“Ini disebabkan harga barangan keperluan harian yang melonjak sejak kenaikan harga minyak dulu tidak pula turun-turun”, keluh seorang pekebun kecil, Ahmad Mohd Yaman, 62.


Beliau berkata, jika pihak Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu.

Read more ...

1.5 juta rakyat Malaysia gila, Umno pula gila talak

1.5 juta rakyat Malaysia gila : Statistik yang mengerunkan

Rakyat Malaysia menghadapi risiko menjadi gila dengan nisbah 1:5. Ini merupakan suatu fakta yang menakutkan kerana ianya terlalu tinggi iaitu 20 % rakyat Malaysia berisiko menjadi gila. Apa jenis agaknya kerana banyak jenis gila yang ada antaranya betul-betul punya gila atau gila yang ‘main-main’ antaranya gila bayang, gila talak, gila kuasa, gila ising, gila babi dan macam-macam lagi.

Bagi blog ini faktor yang tinggi adalah disebabkan manusia sudah tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam sehingga mereka mudah hilang punca, stress, murung, putus asa dan sebagainya sehingga mereka menjadi tidak keruan dan akhirnya gila.
Kebanyakan orang gila ini mungkin tidak dapat menerima sesuatu yang menimpa diri mereka antaranya putus cinta, perniagaan rugi, kehilangan insan tersayang, gagal dalam pelajaran dan sebagainya. Memang semua itu asam garam kehidupan namun oleh kerana mereka tidak kuat menghadapi dugaan dan tidak dapat menerima qada’ dan qadar Allah mereka menjadi gila.

Suasana persekitaran hari ini juga menyebabkan seseorang itu mudah gila. Masyarakat hari ini terlalu jauh dari Allah. Apa yang mereka kejar hanyalah maddiyah (kebendaan), pangkat, kedudukan dan sebagainya yang tidak disandarkan kepada Islam. Jadi bila mereka gagal mendapatkannya mereka mudah tergelincir hilang arah dan menjadi gila.

Sejak akhir-akhir ini juga sering berlaku kejadian membunuh ahli keluarga, mengamuk dan sebagainya disebabkan rasukan makhluk halus dan sebagainya. Mungkin kejadian ini berlaku disebabkan mereka yang terlibat dengan mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan Islam berkawan syaitan dan sebagainya. Ada juga yang menuntut ilmu yang tidak setaraf dengan ilmu didada yang menyebabkan mereka tersalah amalan dan sebagainya.

Untuk itu kita mengharapkan seluruh rakyat khasnya umat Islam supaya kembali kepada Allah dan tidak mengamalkan ajaran yang boleh menyebabkan kita cenderung kepada amalan sesat. Selain itu setiap orang juga mesti mendekatkan diri kepada Allah supaya tidak bersabar dan redha dengan apa juga dugaan Allah pada hari mendatang.Mutaligat


BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti.

Pakatan Rakyat Kedah anggap BN ‘Gila Talak’

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah ‘terlepas’ daripada kempen Umno-BN itu.

Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.

Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.

“Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).

“BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.

“BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.

“Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.

“BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.

“Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.

“BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan… BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah,” katanya.

Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.

“Isu yang kecil diperbesarkan… dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat,” katanya.

Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

“BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.

“Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.

Umno-BN Kedah dilihat telah memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat negeri itu selepas Umno merombak barisan kepimpinan parti Melayu itu dengan meletakkan Adun Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Umno membawa perubahan kepimpinan awal tahun ini dengan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya awal tahun ini.

Terbaru Ahmad Bashah berkata berkata kerajaan PAS Kedah tidak perlu bersandiwara lagi tentang dakwaan ia telah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janjinya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata sekiranya benar ia telah melaksanakannya, maka senaraikan sahaja janji-janji berkenaan dan tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 April ini.

Ahmad Bashah berkata sekiranya benar kerajaan negeri telah melaksankan manifesto itu, kenapa Azizan melenting apabila ditanya wartawan tentang manifesto PAS Kedah.

Tambah Mahfuz, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan manifesto itu dengan bertindak menurunkan cukai tanah, menguruskan perbelanjaan wang kerajaan negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan Umno dan BN selama memerintah.

Syed Mua’z Syed Putra


Read more ...

NGO Melayu mana yang boleh 'kurnia' anugerah 'datuk' ?

Bayar RM150,000 Untuk Gelaran Datuk Kelantan palsu

Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.

Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “datuk” kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.


Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.

Read more ...

Mohamad Fahmy bongkar kekayaan berlebihan pegawai polis

http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01911.jpg
Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).

Maklumat ini boleh dirujuk dalam lampiran yang saya berikan. Dia memperolehi lesen-lesen tersebut adalah daripada adanya "connection" dia dengan salah seorang panel/orang kanan yang meluluskan lesen kawalan keselamatan selain daripada kerani yang bekerja di KDN.

Memang diketahui umum di KDN dan dipercayai dia ada membayar (memberi rasuah) secara bulanan kepada mereka-mereka tersebut. Bukti tidak dapat diberikan kerana dia dipercayai memberikan mereka secara tunai.

Ramai yang beranggapan bahawa modal awalan untuk kesemua syarikat beliau datang dari duit rasuah yang mana mudah diperolehi daripada tugas hakikinya kerana dia bukan datang dari keturunan yang kaya atau berada.



http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01914.jpgSuatu ketika dahulu dia pernah ditahan oleh BPR (SPRM) untuk siasatan dan kemudian pengadu telah menarik balik laporan atas rasa kasihan terhadap dia. Kerana dia pernah berjanji tidak akan menganiaya sesiapa lagi selepas itu.

Hasil daripada tahanan terhadap dia oleh BPR dahulu, kini dia sudah mempunyai kenalan (pegawai penyiasat) yang rapat dimana setiap bulan dia akan membayar sekurang-kurangnya RM1000 kepada pegawai penyiasat tersebut.


Saya tidak ada masalah untuk tampil apabila PDRM, SPRM atau apa-apa badan yang ingin menyiasat malah saya tidak keberatan untuk memberikan maklumat yang saya ada.

Tujuan saya mengedarkan maklumat ini kepada media adalah kerana tidak mahu nanti jika maklumat ini diadukan pada SPRM @ PDRM, mereka hanya akan simpan atau buang kes sahaja.

Ini adalah kerana dipercayai dia mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah-pengarah atasan PDRM & SPRM. Kerana pada tahun lalu ada individu yang telah membuat laporan terhadap dia dan ada surat telah dihantarkan kepada Ketua Polis Negara akan tetapi ia hanya sampai ditangan P.A KPN kemudian tiada apa-apa tindakan diambil.

Laporan/surat yang telah dihantar akan didedahkan jika ada keperluan nanti.


Yang benar,


Mohammad Fahmy

[Baca Seterusnya Untuk Lebih Banyak Pendedahan]

Read more ...

Kes liwat tuduhan palsu konspirator jahat

Mohd Rashidi Hassan
SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.


Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.


Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.


Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.


Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.


Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.


Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.


Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.


Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?


Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.


Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?


Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?


Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.


Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.


Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?


Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.


Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?


Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.


Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?


Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.


Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).


Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.


Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.


Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.


Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?


Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.


Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?


Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.


Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.


Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.


Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.


Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.


Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.


Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera
.

Read more ...

Siapa mahu percaya dengan cakap Taib Mahmud

Buat pertama kalinya selepas sekian lama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Tampaknya beliau mungkin akan berbuat demikian dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas mengumumkan semalam yang beliau akan mengetuai BN Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali
terakhir.

Taib pertama kali melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 2006 tetapi ia tidak direalisasikan dan beliau terpaksa menangguhkannya.

Beliau tidak menjelaskan secara panjang lebar akan sebabnya ketika itu tetapi pemerhati politik mendapati Taib secara tidak langsung memberikan sedikit gambaran mengenai perkara itu dalam ucapannya pada program "Senada Sejiwa" di Serian semalam.


Taib berkata beliau akan terus menerajui negeri bagi memastikan "pemimpin baru" boleh dikenal pasti dan beliau akan berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.


Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana penganti yang berpotensi.


"Saya fikr beliau mahu memastikan penggantinya dan orang di sekeliling pemimpin terpilih itu tidak bercakaran antara satu sama lain; bahawa mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan dan menjaga kedudukan BN di negeri ini," menurut seorang pemerhati politik.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya Taib akan melepaskan jawatannya dalam satu atau dua tahun akan datang.


"Jika beliau berundur sekarang, ia mungkin mencetuskan perebutan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunggak gabungan parti pemerintah negeri.


"Beliau perlu membimbing seseorang untuk mengambil alih. Beliau mungkin telahpun membimbing orang berkenaan tetapi atas sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendir, beliau telah menangguhkan (peralihan)," katanya.

Daripada perspektif strategi politik, Dr Sivamurugan berkata adalah tidak bijak untuk Taib berundur sebelum pilihan raya atau sejurus selepasnya kerana persoalan siapa bakal menjadi ketua menteri akan menjadi tumpuan berbanding usaha memenangi dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya.


"Isu ini lebih rumit. Ia bukan mengenai siapa yang patut jadi ketua menteri. Di Sarawak, ia lebih kepada siapa yang akan menggantikan beliau sebagai

presiden PBB dan sebab itu kenapa ia tidak boleh dilakukan dalam waktu singkat," katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya proses peralihan itu akan mengambil masa lebih lama, kemungkinan sehingga pertengahan penggal akan datang bagi membolehkan pengganti berpotensi dipilih daripada kalangan pemimpin kanan parti.


Taib, 75, yang berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.


Taib telah menjadi presiden PBB dan ketua menteri sejak 26 Mac, 1981.


Sebelum ini, Taib menamakan tiga pengganti berpotensi - Tan Sri Adenan Satem, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Datuk Seri Effendi Norwawi.


Namun keadaan berubah mengikut peredaran masa.


Tumpuan sekarang ialah kepada barisan pemimpin kanan masa kini - Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Orang dalam parti menyatakan oleh kerana Taib sering menyatakan yang beliau dan Jabu sudah "tua", fokus kini terarah kepada Abang Johari dan Awang Tengah.


Mereka berkata pada mesyuarat parti enam bulan lepas, Taib melahirkan harapannya untuk melihat Abang Johari dan Awang Tengah saling bekerjasama.

"Saya fikir Taib perlukan lebih banyak masa kerana beliau mahu kedua-dua pemimpin ini membuktikan yang mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan sebelum seorang daripada mereka dipilih sebagai pengganti, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar," menurut seorang lagi orang dalam parti.


Dalam sejarah PBB, tiada siapa pernah mencabar presiden parti.

Pada 1998, Adenan dan Abang Johari saling bersaing bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan untuk kaum Melayu/Melanau.

Abang Johari menang berikutan mendapat sokongan padu daripada anggota Dayak disebalik hakikat Adenan mendapat sokongan Taib pada waktu itu.


Adenan, yang tewas, kemudiannya dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti.


Tujuh tahun kemudian, Adenan sekali lagi mencabar Abang Johari, tetapi persidangan perwakilan ditangguhkan apabila dilaporkan ada penyokong Adenan didakwa dikesan mempunyai dua cawangan di kira-kira 40 kawasan.


Orang dalam parti itu berkata Taib, sebagai ahli politik veteran, diketahui tidak suka kepada sesiapa yang cuba mendesak beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kepimpinan negeri.


Beliau akhirnya pasti akan berundur tetapi beliau mahu melakukannya mengikut rentaknya sendiri, katanya. "Anda tidak boleh paksa beliau kerana beliau tahu bagaimana untuk membalas balik, sepertimana yang beliau telah lakukan di masa lalu. Beberapa pemimpin politik yang bercita-cita tinggi cuba memaksanya berundur tetapi akhirnya mereka sendiri yang dipinggirkan dalam politik."


- Bernama

Read more ...