Wednesday, October 19, 2011

DAH TAK MENGAKU KAWAN!!! Pemimpin UMNO tak mahu UMNO dikaitkan dengan Blogger Mat Indon Mali


KUALA LUMPUR, 20 Okt — Pemimpin-pemimpin Umno menegaskan dakwaan gangguan seks ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tiada kaitan dengan parti meskipun perkara itu dilontarkan oleh blog salah seorang ketua bahagian komponen teras Barisan Nasional (BN) tersebut.

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.


Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.



“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.”

Semalam, Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.

“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah katanya, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

Malah, dalam satu kenyataan semalam, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town. Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

The Malaysian Insider

Read more ...

MANA MARUAH UMNO/BN!!!! Jualan murah bahan kempen BN di Pasaraya

Tergamak Jual Barangan 'Percuma' Parti Itu Di Pasaraya Mereka !


Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN).

Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya.

Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya.

Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin.

Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang.

Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.


Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin


Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN


[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?.

Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi.

Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?.

Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].PDO

Read more ...

DARIPADA JADI ALAT UMNO !!! Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.

Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.

Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.

"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.

"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.

"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.

Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.

Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno.

"Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno.

"Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah.

"Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya.

"Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas.

Cakap ada makna

Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam.

"Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya.

Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.

"Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh.

"Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh.

Read more ...

SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!! UMNO konon bela Islam tak bantu pun, PR dituduh tindas Islam bagi bantuan dalam Bajet 2012


Usaha Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis pendidikan seluruh negara yang menganjurkan Muzakarrah Pertubuhan Pendidikan Islam NGO disokong penuh oleh kerajaan negeri.

Ini kerana muzakarrah ini bertujuan mengangkat pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam bidang akademik.


Selaini itu kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ia juga bertujuan
membincangkan kedudukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor yang tidak diberikan tumpuan khas berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK) lain semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut Dr Halimah, menerusi muzakarrah ini juga, NGO dan aktivis pendidikan yang terlibat telah bersatu bagi membincangkan kedudukan SAR sekaligus bertindak sebagai suara padu yang akan dibawa ke hadapan untuk memberi indikasi kepada pihak kerajaan yang mengatur dana bagi tujuan pendidikan.


"Jadi sudah tentunya kerajaan negeri mendengar rintihan daripada NGO yang mengusahakan SAR dan kita melihat mereka perlu dibantu serta disokong dan kita juga memberikan ruang serta peluang untuk bersama-sama memikirkan bagi menilai semula ke arah mana sebenarnya aliran pendidikan Islam ini di dalam agenda kerajaan Malaysia yang memerintah.


"Jadi kita juga telah mewujudkan Mappis ini sebagai usaha serius untuk memastikan SAR mendapat perhatian yang sewajarnya sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri," katanya.


Tambah beliau, sebagai menghargai pengupayaan Mappis yang bertindak sebagai sendi penting dari perspektif kerajaan Selangor, kerajaan negeri turut menyumbangkan dana tambahan bagi tujuan pembangunan pendidikan supaya NGO yang turut terlibat boleh bersatu dan memperkasakan lagi pendidikan Islam di masa hadapan.


Sementara itu, Pengerusi Mappis, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam berkata, beberapa resolusi telah dicapai semasa muzakarrah itu antaranya mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan Islam khususnya di Selangor selain mengupas tujuh isu utama untuk diketengahkan, digarap serta dibincang selanjutnya menerusi Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia yang bakal berlangsung bulan depan di Shah Alam.


Bercakap lanjut mengenai isu yang bakal dibincangkan semasa konvensyen nanti, Zainal menjelaskan ia termasuk mempertimbangkan sama ada sistem pendidikan Islam sedia ada harus kekal sebagai sistem pendidikan sampingan atau dijadikan sistem pendidikan arus perdana (utama).

Read more ...

FIKIAQ LA!!! Elaun Adun Selangor naik kerana Bajet Selangor berimbang, MP UMNO minta naik elaun MP dalam Bajet Hutang

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.

Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan.

"Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

"Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti.

Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini.

"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni.

"Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama.

Read more ...

JANGAN BACUL!!!! Berhujah dengan Aziz Bari bukan ugut guna polis

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.

“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.


Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.



Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.

Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.

Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.

Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.

Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”.

Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.

“Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya.

Harakahdaily

Read more ...

HAMIDAH OH HAMIDAH!!! Minta tolong Najib , rakyat tak peduli kini Zambry pula dicari

http://www.makkez.com/pics/hamidakt0.jpgKunjungan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak ke Dun Sg Rapat pada penghujung bulan September lalu sedikit pun tidak memberikan kesan dan impak yang positif kepada penduduk dan pengundi sepertimana yang diharap-harapkan oleh Adun Sg Rapat, Hamidah Osman.

Kedudukan Hamidah semakin panas dan tertekan ekoran terdapat 3 pihak lagi yang sedang giat melobi untuk bertanding dikerusi Dun Sg Rapat.


Selain Ketua Bahagian Umno Gopeng, Dato' Hamzah, Mejar (B) Roslan dan Hang Tuah merupakan musuh dalaman yang bakal menyingkirkan Hamidah daripada Dun Sg Rapat.


Sehubungan dengan itu, Hamidah kini mencuba nasib dengan membawa Menteri Besar Perak pula ke Dun Sg Rapat. Zambry Abdul Kader akan dibawa sehari kekawasan-kawasan di dalam Dun Sg Rapat dengan harapan agar dapat memulihkan sokongan terhadap Hamidah.


Kata sang cerdik pandai, jika seorang Perdana Menteri pun tidak bisa memberikan sokongan dan momentum kepada seseorang, inikan pula Menteri Besar.


Ada yang merasa agak hairan dengan gandingan Hamidah dan Zambry di dalam program pada hari Khamis (20.10.11) ini kerana Hamidah dikatakan sedang mengatur strategi untuk menyingkirkan Zambry daripada kerusi Menteri Besar. Selera besar Hamidah untuk bergelar Menteri Besar masih meluap-luap lagi, kata mereka.


Program Zambry turun padang ke Dun Sg Rapat Khamis ini, akan dimulakan dengan solat Dhuha di Masjid Kg Melayu Sg Rapat. Banner besar tajaan Hamidah bagi menyambut kedatangan Zambry untuk bersolat bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa di Masjid tersebut agak menggelikan hati.

Mungkin juga terdapat banner-banner yang sedemikian rupa dimasjid-masjid sekitar Dun Sg Rapat bagi solat-solat yang lain. Tetapi, barang perlu diingat, jika anda bukan Imam, Bilal mahupun Guru Kafa, mungkin anda tidak layak untuk ikut serta kerana Zambry hanya mahu bersolat bersama tiga golongan yang disebutkan itu sahaja.


Terdapat juga program 'kartun' anjuran Hamidah ini apabila Sekolah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh yang belum siap pembinaannya, mahu dirasmikan oleh Zambry pada hari itu.


Menurut sumber Sekolah Agama Rakyat tersebut, pihak jawatankuasa sekolah agak terkejut dengan tindakan Hamidah itu kerana prasarana disekolah itu belum siap sepenuhnya dan kontraktor juga belum menyerahkan bangunan tersebut kepada jawatankuasa sekolah. Bagaimana mahu dirasmikan sebuah sekolah yang belum siap?


Majlis perasmian sekolah tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani apabila sesi sekolah dibuka pada tahun hadapan dengan kelengkapan dan prasarana yang lengkap. Untuk merasmikannya diwaktu sekarang tanpa siap sepenuhnya adalah amat janggal dan 'kartun'.


Pihak jawatankuasa sekolah agama tersebut juga telah diarahkan untuk mendapatkan 'skrip' ucapan semasa perasmian tersebut. Ini memberikan gambaran yang tidak selesa kepada pihak jawatankuasa sekolah sehingga mereka mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan program tersebut.


Semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13, semakin panas kerusi Dun Sg Rapat. Namun, panas tersebut hanyalah dirasai dipihak Umno yang kian hebat bertarung untuk menentukan calon bagi bertanding disitu.


Apabila jawatan dilihat sebagai batu loncatan untuk meraih kesenangan dan mengaut keuntungan, perebutan sengit pasti berlaku. Sebaliknya, jika jawatan itu dilihat sebagai satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dan dijawab dihadapan Allah Rabbul Jalil, pasti tiada perebutan yang akan berlaku.


Fikir-fikirkanlah.
Ajijoi

Read more ...

DEBAT ANJURAN NGO!!! Anwar sedia bila-bila masa, Najib masih membisu


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini, lapor KeadilanDaily.


“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media di Parlimen.


Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.


Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.


Minggu lalu, Anwar mencabar Perdana Menteri yang juga menteri kewangan supaya berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentangkan, 7 Oktober lalu.


Belanjawan berjumlah RM232 bilion itu menerima kritikan hebat, berikutan pendapatan negara pada masa ini tidak dapat menampung hutang kerajaan yang mencecah RM437 bilion.


Pakatan Rakyat juga percaya berdasarkan realiti ekonomi, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang disasar Najib juga sukar untuk dicapai.


Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 pula terbatas disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) kepada 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.


Enggan menerima hakikat itu, Najib sebaliknya menyelar Belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat keseluruhan, meskipun belanjawan sebanyak RM220 bilion yang ditawarkan berupaya mengekang defisit negara pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.


Belanjawan Pakatan mampu menjimatkan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.


Sebelum ini, Najib enggan menerima pelawaan debat Anwar bagi menjawab kritikan beliau terhadap Buku Jingga, satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menawarkan faedah ekonomi kepada rakyat terbanyak.

Read more ...

PENGETUA SMK HENG HE- “Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,”

Sebelum itu.. yang mengatakan tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa orang yang mengaku dirinya Islam,terhadap anak Guan Eng ini adalah tidak benar atau fitnah bukanlah seorang yang berugama Islam harap maklum..

Faham-fahamlah ya..ASD

KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.


Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh .


******************


Allegations against Guan Eng’s son ‘completely untrue,’ says school principal
By Shazwan Mustafa KamalOctober 19, 2011

KUALA LUMPUR, Oct 19 – The principal of SMK Heng Ee in George Town today moved to put an end to accusations that Lim Guan Eng’s son had sexually harassed a female student of the school, calling it “completely untrue.”

Goon Boon Poh told The Malaysian Insider that he was “shocked” when he read news reports of the allegation, and that he wanted to put an end to the matter as it could affect the image of the high school.

Pro-Umno bloggers including Bukit Gelugor Umno division chief Dr Novandri Hasan Basri had claimed that the Penang chief minister’s son had assaulted a 16-year-old schoolmate and tried to escape punishment by using his father’s name.

“The allegations are completely untrue. It is very simple, there’s absolutely no truth to it,” Goh told The Malaysian Insider today.

“The blogs said the incident occurred in May this year. CM’s son has not been a student of my school since the beginning of this year,” he added.

Goh said that the pictures posted on the blogs were not of Lim’s son, and that pictures of the alleged victim was not even a student of Heng Ee.

The principal said that officers from the state education department had conducted an investigation into the allegations on Monday, and were satisfied with his explanation on the matter.

“If I had kept quiet, the silence would have put me, the school in an embarrassing situation. Very simple if it had happened I would have known about it, wouldn’t I?

“No students had complained about any such case and the girl is supposed to be a classmate, so I want to just clarify the matter,” said Goh.

The girl whose photograph was used by Umno bloggers to level accusations of sexual harassment against Lim’s son has been identified as 21-year-old chess Grandmaster Anya Sun Corke.

Corke, who represents England in chess, has no ties with Penang and has never been a classmate of Lim’s son as alleged by Umno blogs, the DAP said in a press conference in Parliament today.

The girl is understood to be currently an undergraduate of Wellesley College in the United States.

Without revealing details of the allegation, the Penang CM (picture) said yesterday he was furious with the “barbaric lies” made about his teenage son by “pro-Umno ferocious beasts,” singling out Khairy Jamaluddin and other ruling party leaders for perpetuating the allegations through snide comments on blogs and social media sites.

The Rembau MP had written on micro-blogging site Twitter on Monday, “Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada” in response to another tweet by PapaGomo. [English translation: Maybe he destroyed Kampung Buah Pala because he wants to replace it with Kampung Buah Dada].

The DAP called on Khairy today to “retract his snide remarks and apologise to Lim’s son, who is an innocent victim.”


The Malaysian Insider

Read more ...

UMNO JUARA FITNAH !!! MP Pendang kahwin 2, MB Kedah kahwin anak dara, anak Guan Eng meraba

Oleh Mat Kering Bakaq Bata

Minggu lepas blogger upahan UMNO Kedah 'bongkarkan' dua isu besar. Pertama, MP Pendang Dato' Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, Kedua, MB Kedah Ustaz Azizan Razak kahwin dengan budak 19 tahun.

Bila blogger PAS buktikan isu itu FITNAH jahat semata-mata, mereka langsung takdak rasa malu dan bersalah..

Reka lagi macam-macam fitnah baru mengenai pemimpin PAS, semua fitnah jahat itu berkaitan sex semata-mata. Apalah malangnya tempurong kepala hotak UMNO.. tiada yang lain melainkan sex.


Di peringkat nasional anak Lim Guan Eng yang masih dibangku sekolah pun menjadi mangsa fitnah. Isunya tetap sama.. Sex sex sex.

Rakan2 saya di Kedah La tak habis mendedahkan fitnah UMNO yang muncul saban hari. makin dekat dengan PRU makin banyak. Depa buat fitnah makan kita makan kacang goreng, relaxxx jer langsung takdak rasa takut akan dosa. Apa jenih manusia bernama UMNO ni, sungguh mengherankan.

Jenih tuu syaksiyah UMNO ni.. Tiba-tiba kalau ada tok-tok lebai, tok aji buleh pi dok sokong lagi UMNO aku tak tau nak kata apa.. letih dah nak heran. Boleh jadi pak aji yg dok sokong UMNO ni pi Mekah bukan buat haji tapi dok pi cari barang pelaris dekat masjid jin.

Entahlah belalanggg...
Kedah La

Kalau ada tok aji, lebai boleh sokong lagi UMNO, aku tak tau nak kata apa...

Nota : Semoga Allah membalas segala kerja jahat mereka di atas dunia lagi dan segala kerja jahat mereka memakan diri mereka sendiri..aku dengaq citer ada saekor blogger UMCO yg tak lulus periksa kena mengulang balik.. mak dia pon susah hati dgn perangai dia..kawan2 emak dia semua tahu perangai jahat dia ni cuma depa tak mau dedah aje - Aya

Read more ...