Wednesday, February 16, 2011

Mari tengok apa ada belakang dacing BN

KERAJAAN BN MEMANG ADIL !!?

Memang “Dacing”melambangkan keadilan!. Lihatlah gambar di bawah,…tapi apa pula yang berlaku dibelakang dacing amat menggerunkan!!.


Inilah keadilan dari kacamata kerajaan BN !! Masihkah rakyat tak faham ? Lihat dan amati betul-betul !! Lambang dacing selama ini sebenarnya telah mengabui mata kita!!. Di sebalik dacing rupa-rupanya ada banyak rahsia yang tersirat !!.....

Ketidakadilan, kezaliman, penyelewengan, salahguna kuasa, dan rasuah menjadi-jadi.Bab rasuah ini, Isa Samad dalam kenyataannya baru-baru ini ada menyebut, bahawa rasuah bukan masalah besar, ia memang berlaku!, perkara biasa !,.. katanya.. Dengan pengakuan seperti kenyataannya itu, sah “keadilan” tidak berlaku di Malaysia

Begitu juga apabila berlaku kezaliman ! maka hilanglah keadilan. Sekadar mengambil beberapa contoh,….Apa jadi dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh pihak Polis …. Apa nasib tahanan ISA?,.. Apa pembelaan dan nasib Kugan yang mati dalam tahanan Polis?,…Apa nasib remaja bernama Aminulrasyid yang mati ditembak polis?... Apa nasib Teoh Beng Hock yang mati dalam keadaan mistri semasa beliau di dalam kawalan pihak penyiasat SPRM?,…

Kerajaan berbelanja secara membazir!, sedangkan rakyat biasa masih ramai yang miskin, masih ramai yang menderita!. Masyarakat awam, terutamanya orang kampong lebih tertekan dengan kenaikan harga barang! lebih- lebih lagi petrol!. Orang kaya bertambah kaya melalui rasuah dan penyelewengan kuasa,.. seperti dalam kes PKFZ.

Orang-orang politik dan kroni bermewah-mewah dengan projek besarnya dan lebih malang lagi wujudnya projek-projek mega yang membazir…. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan!

Oleh : rahimothman

Read more ...

SPR UM pun tak da beza dengan SPR Malaysia

Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak

Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.
Mereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
NONE
Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.

Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.

Seorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.

Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.
um campus election 03
Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.

"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.

Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.
Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.

Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.

Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.
Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.
um campus election 02
Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.
Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.

Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.

Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.
NONEPagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.
Mereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.

Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.


Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".
Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Read more ...

Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

NONE"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).

Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

mahathir and malay peopleSambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

Read more ...

Dulu ada kuasa boleh la bohong macam ini, sekarang sapa nak percaya

ISA: Dr M, Putaq Belit Lidah, Lebih Dari Mamak..

KUALA LUMPUR, 17 Feb.: Bagaikan pengurus restoran menyalahkan tukang angkat pinggan, apabila restoran tersebut tersalah menyajikan makanan beracun kepada pelangggan.

Begitulah sebenarnya yang terjadi, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun, tetapi
usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

Demikian kata seorang pelanggan restoran mamak yang ditemui oleh Weblog Ibnu Hasyim, di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut Dr Mahathir,

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pelanggan restoran itu menyebutkan lagi,

"Itulah pemimpin yang tidak bertanggung jawab, menutup kesalahannya sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

"Sanggup cakap bohong, putaq belit lidah lebih dari mamak lagi.." (IH)

Read more ...

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS

Saya Simpati Beliau, Kata Nik Aziz Kepada Dr M


KUALA LUMPUR , 17 Feb. : “Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Read more ...

Gelombang Pos : BN boleh rampas Kelantan tapi kena tambah undi pos semua kawasan parlimen

BN Akan Rampas K'tan? -Mohd Apandi Mohamed

Mungkinkah Mustapa Mohamed sedang menunjukkan tempat ia akan jatuh?

Jeli, 17 Feb 11:
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini mula bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke 13 akan datang ini. Hal ini dilihat kerana kedudukan Mustapa di Jeli sudah selesa. Demikian kata Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed.

Beliau berkata, berdasar kepada situasi calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang. ”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.."

Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera. Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu. Pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi.

Jadi, undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja. Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal. Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos. Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh. Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus. Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri. Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. ”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah. Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya. (IH)

Read more ...

Anggota tentera ceritakan pengalaman rakam ' UFO '

Misteri UFO jadi bualan

http://www.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01380/ufo_1380509c.jpgSABAK BERNAM , 17 Feb. : Biarpun penemuan objek bercahaya terbang melintasi ruang angkasa Kem Batalion Tiga Rejimen Askar Wataniah di sini yang didakwa UFO (unidentified flying object) tidak dipastikan kesahihannya, kisah menggemparkan penduduk itu masih hangat diperkatakan.

Selepas hampir dua minggu berlalu, penemuan yang mengejutkan seorang anggota tentera kem tersebut, awal pagi Jumaat lalu, misteri dan keterujaan penduduk sekitar bercerita mengenainya terus menjadi buah mulut.

Pelbagai andaian, reaksi dan juga rumusan spontan diluahkan. Sesetengahnya menyifatkan objek tersebut sebagai sejenis bintang dan tidak kurang juga yang beria-ia merasakan penemuan tersebut ada kaitannya dengan kisah UFO yang pernah dibaca dan dilihat dalam beberapa siri dokumentari disiarkan stesen televisyen tempatan.

Mengimbas kejadian tersebut, anggota tentera terbabit, Asri Harun Abd Rahman berkata, biarpun misteri penemuannya objek terbang tersebut masih belum terungkai, dia menyerahkan kepada kebijaksanaan orang ramai menilainya.

Katanya, objek bercahaya yang sempat dirakamnya awal pagi Jumaat itu sememangnya cukup pelik dan tidak pernha dilihat sebelum ini.

Menurutnya, apa yang dilihat ketika sedang bertugas membuat rondaan jam 5.30 pagi itu adalah sebuah objek seperti piring terbang dengan cahaya seperti lampu limpah (spotlight) menerangi ruang angkasa.

“Pada mulanya objek itu mengeluarkan cahaya berbentuk bulat, mengeluarkan cahaya terang benderang dan tidak bergerak. Kebetulan ketika itu tiada satu bintang pun di situ dan saya yakin itu bukan bintang kerana tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya.

Asri Harun berkata, beliau meneruskan tugas melakukan rondaan ketika kejadian berlaku dan selesai meronda kira-kira 45 minit kemudian, objek yang bercahaya itu masih dapat dilihat dan sempat merakamkan gambar objek.

“Saya sempat merakamkan gambar objek mengguna kamera telefon dan objek itu seolah-olah memahami tindakan itu dan mula bergerak dengan laju di tempat yang sama. Melihat keadaannya, saya terus merakamkan video pergerakannya.

“Terdapat beberapa bentuk pergerakan apabila objek ini diperhatikan, bermula dari cahaya bulat yang statik, berubah menjadi bentuk burung, memanjang seperti ular dan menegak. Objek ini juga mengeluarkan cahaya yang berwarna warni seperti merah, jingga, ungu, biru dan sebagainya,” katanya.

Difahamkan juga, hasil dari rakaman gambar yang diambil, terdapat beberapa gambar objek itu berlatarbelakangkan cahaya merah.

Katanya, itu adalah kali pertama melihat objek pelik seperti itu sepanjang berkhidmat di kawasan itu sejak 11 tahun lalu dan menyifatkan ia sebagai situasi pelik yang pernah dialami sepanjang hidupnya.

Asri Harun yang ketika itu masih terkejut dengan situasi itu sempat memaklumkan salah seorang rakan setugasnya, Khairul Othman, 34, yang sedang berehat di bilik kawalan dan menunjukkan ke arah objek pelik itu yang pernah didedahkan beberapa akhbar sebelum ini.

Katanya, Khairul yang melihat objek tersebut yakin apa yang dilihatnya bukanlah bintang sebaliknya sebuah objek terbang yang tidak diketahui jenisnya.SH

Read more ...

Merlimau : Bukan kawasan felda, PAS tidak mustahil menang

Jangan pandang rendah pembangkang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgietPlvqyER6YVfQXKHwu0ZC5B9K16iP38nB5Nam_usil4lHeope3Rl9F2uvULNA1dvkXLNWvGWnSHSDRPWrEVJV5hv4HET1sc-kVg71EE3uBH09f3Cq5Yzv64hLbNBnqQIGVMy_bzRmGy/s1600/Blog+170-2.jpgKUALA TERENGGANU ,17 Feb.: Pengarah Pilihan Raya Pas Terenganu, Ariffin Deraman mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak memandang rendah terhadap keupayaan pembangkang menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Menurutnya, walaupun DUN tersebut disifatkan sebagai kubu kuat UMNO sebagaimana DUN Tenang, namun kebangkitan pembangkang pada pili-han raya umum lalu perlu dijadikan pengajaran oleh parti kerajaan.

“Walaupun Melaka negeri kuat UMNO tetapi tidak mustahil Pas boleh menguasai kawasan itu, kita boleh buat yang mengejutkan dan kita mengingatkan supaya mereka tidak pandang ringan kebolehan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Ariffin dengan yakin berkata, calon Pas berkemungkinan diletakkan di DUN Merlimau memandangkan calon daripada parti itu diletakkan di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan calon wanita ditempatkan di kawasan terbabit berdasarkan populasi wanita di DUN Merlimau mencecah kira-kira 53 peratus.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam perhatian kepimpinan parti itu bagi memastikan calon yang diletakkan mampu memberi kemenangan kepada Pas.

Mengulas berhubung DUN Tenang, beliau kecewa dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Yahya Khatib Mohamad yang menyifatkan kemenangan BN di DUN Tenang boleh dijadikan garis panduan untuk menentukan sokongan rakyat di negeri lain.

Beliau berkata, pemimpin UMNO itu perlu melihat kepada banyak faktor kerana banyak hala-ngan yang berlaku seperti banjir sepanjang tempoh mengundi menyebabkan peratusan keluar me-ngundi dalam kalangan bukan Melayu merosot.

“Undi bukan Melayu yang diperoleh pembangkang tidak merosot tetapi disebabkan faktor cuaca dan juga banjir, selain persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina telah menjadi penghalang untuk mereka keluar mengundi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau meramalkan, keputusan undian mungkin berubah sekiranya keadaan berjalan lancar.SH

Read more ...

Umat Islam perlu tolak jahiliah moden

PAS minta tolak jahiliah moden

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIpbiQcMPAcJSB37n-6fSrjoYzGUTVZQIZYNVidO8FcGpWlxhdeEr3dL75XAD-NKllDxFfs_sVLLJX0bE3lm521nf9sTrWOctqpILqP-KOkcZFNVh0BPjoaPYdJDnfww2c6BdbY5Gk020/s400/UstHadiAwang1140h01.jpgSENAI, 17 Feb. : Umat Islam diminta memulakan tekad baru sempena sambutan Maulidur Rasul, dengan menolak jahiliah moden.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jahiliah moden itu adalah pemimpin yang jadikan rakyat hamba.

Jahiliah moden, katanya, adalah mereka yang menentukan harta negara berlegar sesama mereka sahaja, yang terlibat dengan rasuah dan zalim.

Beliau berkata umat Islam perlu mengamalkan perjuangan Islam sebenarnya, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam perutusannya sempena sambutan Maulidur Rasul semalam. Abdul Hadi umat Islam perlu ikuti teladan Rasulullah yang diutus Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

“Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata, jasa besar Rasulullah adalah membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhamba, dijajah, dizalimi dan menzalimi sesama manusia di mana manusia yang merdeka mempunyai hak untuk dihormati.

Katanya, kejayaan besar penjajah barat pula ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam di zaman baginda.

"Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

"Politik Islam terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas baginda, yang membuktikan sesuatu kaum, khususnya Arab, tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

“Rasulullah telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

Teladan inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat,” katanya.SH

Read more ...

Bukan Umno dan Perkasa sahaja perjuang nasib orang Melayu

Konvensyen anjuran Pas bukan persaingan Perkasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLLACkv2i74uBgrT3iJePtyN9yNtWvN0yqs05nar7zcADd59kTsHLfBhflFDUyq4uN15WZr65Nk2x9bQ0zmcUiRu36W1HrQ_FPzPcaXpAAQW_i_N21ZaktiiSiV55jHLk0ZeEzKk2kmhge/s320/mahfuz+omar_3.jpg
KUALA LUMPUR, 17 Feb. : Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa yang dianjurkan Pas bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Orang Melayu dan Bumiputera termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pengarah Konvensyen yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya memberi jaminan tidak mengetepikan dasar perjuangan Islam yang dibawa selama ini.

“Kita bukan nak atasi sesiapa termasuk Perkasa tetapi kita mahu memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera tentang hak mereka walaupun Pakatan Rakyat memerintah, kita hanya mahu memberi penerangan kepada mereka.

“Kita juga bukan nak berlawan dengan DAP dalam perkara ini, mereka tahu apa yang kita buat,” katanya dalam sidang media semalam.

Menurut Mahfuz, konvensyen satu hari itu akan memberi penerangan menjawab isu-isu berbangkit terutamanya yang melibatkan tuduhan UMNO terhadap Pas dengan hasrat untuk menghakis keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.

“Dalam konvensyen ini, kita akan bincang soal masalah orang Melayu dan Bumiputera selain menjawab isu-isu berbangkit tentang segala tuduhan yang dibuat UMNO terhadap Pas.

“Ini yang dimainkan pemimpin UMNO selama ini yang mana mereka mahu memberikan sentimen bahawa Pas dan Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Beliau juga mendakwa keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir disebabkan kelemahan sistem pemerintahan negara yang gagal untuk mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam tempoh 53 tahun, soal-soal orang Melayu dan Bumiputera tidak diambil berat.

“Kelemahan politik dan pemerintahan negara dilihat sebagai punca kegagalan untuk mempertahankan agenda orang Melayu dan Bumiputera, semua yang dilakukan dalam tempoh ini berkecamuk,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional (BN) selama menjadi pemerintah.

“Melayu dan Bumiputera terpinggir dan terancam disebabkan UMNO dan BN, mereka gagal membawa perubahan. UMNO yang menyebabkan kepada masalah orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Konvensyen yang akan diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu akan turut disertai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.SH

Read more ...

Cerita Nora mengenai perangai hodoh polis di penjara

Kau ni GUNDIK Anwar ke Nik Aziz? kata pegawai penjara kepada Nora Reformis

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain.

Read more ...

Terkini : Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma


Laman portal Freemalaysiatoday pada 16 Feb 2011 melaporkan seorang pelatih PLKN dari Melaka meninggal dunia akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital. Sementara akhbar The Star 17 Feb 2011 melaporkan dua orang pelatih PLKN meninggal dunia dalam tempoh 4 hari, manakala seorang lagi masih koma. Perkara ini perlu pehatian serius semua pihak, terutama ibu bapa pelatih PLKN.


Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian
February 16, 2011
Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.

KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.

Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.

“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.

“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.

Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.

“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.

“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.

Mengadu sakit

Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.

“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.

Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.

“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.

Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.

Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.

Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.

“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/16/pelatih-plkn-meninggal-dunia-akibat-kecuaian/

Thursday February 17, 2011

Two NS trainees die of illnesses, another still in coma

KUALA LUMPUR: Two National Service trainees died in the past four days of different causes and at separate hospitals.

Mohamad Zulhaili Noraihan, 17, died of meningoencephalitis (bacterial infection of the brain) at the Queen Elizabeth Hospital on Tuesday. The Kuala Lumpur boy had reported for training at the Wawasan Papar camp in Sabah on Jan 2.

A medical form prior to his entry to the camp had stated that he was being treated for nephrotic syndrome and that he suffered from gastric and kidney problems and had previously suffered from head injuries.

“He was treated initially at a clinic at the camp on Jan 24 for a pain in the ear and also on Feb 10 for fever and headache,” said NS Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil last night.

He said the boy was then referred to Papar district hospital when his headache did not ease off, adding that he was subsequently sent to the Queen Elizabeth Hospital.

Apparently, he had developed fever after swimming with friends in a pond at the camp.

In another case, Fatini Aqilah Fadhil died of neutropenic sepsis (leukaemia) at the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh last Sunday.

Fatini, 17, was based at the Chenderiang camp in Tapah starting Jan 2.

“She was given a Chinese New Year break like other trainees from Feb 2 to Feb 6,” Abdul Hadi said.

However, the girl was admitted to the intensive care unit at Taiping Hospital on Feb 7.

At the PDS Resort camp in Port Dickson, where NS trainee A. Tamilarasi fell into a coma due to high fever, spokesman Mej Mohd Rafee Zain said the authorities did not refer her to the hospital as her condition had not been serious.

“She was still able to attend all the programmes. Our medical staff examined her thoroughly to ensure she was able to undergo training,” he said, adding that the camp authorities were not negligent in not referring her to a government clinic or hospital.

“We always have medical officers who examine trainees showing signs of being ill. When she was here, her condition was not serious enough to warrant her being sent for treatment outside the camp,” he said.

Tamilarasi is fighting for her life at the Tuanku Ja’afar Hospital intensive care unit where she has been warded since Feb 8.

Mej Mohd Rafee said that when Tamilarasi did not return to the camp after the five-day break on Feb 7, the camp authorities called her father who said a private clinic had given her seven days’ medical leave. She slipped into a coma the next day.

Yesterday, Tamilarasi’s father K. Anandan, 39, said doctors had told him that the girl might require dialysis and minor surgeries.

“They (doctors) are almost certain that she must have contracted an illness during training,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/17/nation/8083220&sec=nation

Read more ...

Mari baca versi orang tempatan kes seludup beras 20 kampit : seorang terbunuh, seorang remaja parah ditembak

Berita Harian: Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP..?

http://distan.kalselprov.go.id/wp-content/uploads/2010/05/beras-mutiara.jpgLaporan dari portal Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RemajacederaditembaksemasaseranganggotaUPP/Article)
Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP
2011/02/16

TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA
Admin Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin:

Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

Sumber - Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Nizamudin

Read more ...

Mesra FC Juara Pesta Bolasepak Anjuran Pemuda PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 16 Feb.: Mesra FC dari Kepala Batas, Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara Pesta Bolasepak Sembilan Sebelah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar serta Kelab Bolasepak Muhibbah.

Pasukan tersebut telah berjaya membawa pulang RM3,000.00 beserta hadiah iringan berupa jersi dan piala.

Naib johan pula dimenangi oleh Wira Muda Veteran, hadiah RM2,000.00 manakala tempat ketiga dan keempat membawa pulang RM700.00 dimenangi oleh NTFC dan Kampung Kedah B.


Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, pihak penganjur mengambil kesempatan cuti sempena Tahun Baru Cina ini untuk menjalankan kejohanan ini.

Program yang bermula dari pagi hingga lewat petang tersebut telah berjaya menarik penyertaan dari pasukan tempatan dan luar kawasan. Penyertaan pasukan hingga sejauh Ipoh dan Kepala Batas.

Program ini telah berjaya menarik golongan muda untuk menyertainya. Apa yang lebih menarik pasukan bukan Melayu juga sama-sama memeriahkan kejohanan ini.


Lebih menarik kejohanan ini dilangsungkan di dua buah negeri iaitu di Padang Bandaran Parit Buntar dan Padang Bandaran Bandar Baharu, Kedah.

Ramai anak muda menyatakan program sebegini perlu PAS pergiatkan lagi dalam usaha menarik golongan muda bersama dengan PAS.

Perasmian dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim. Turut sama adalah Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami Mohamad.


YDP PAS Parit Buntar mengambil sepakan tanda bermulanya kejohanan


Mesra FC bergambar bersama penganjur meraikan kemenangan


Read more ...

Kerajaan Umno tak pernah buat : RM 1.5 juta galak orang muda kahwin elak berzina

Kelantan sedia RM 1.5 juta galak perkahwinan pasangan muda

http://www.malaysia-trulyasia.com/state_kelantan_files/649px-Flag_of_Kelantan.svg.pngKOTA BHARU, 16 Feb. : Kerajaan Pas Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). - Bernama

Read more ...

Mana letak otak Mat Said MB Terengganu?

Oleh : Ustaz Saiful Bahri
Samada berfikir diluar kotak atau memang otak keluar dari kotak? Kepimpinan UMNO BN ini kekadang kita tak tahu dimana satu kepentingan dan keutamaannya.

Dengan slogan Rakyat didahulukan dan Prestasi diutamakan, berapa skala yang layal diberikan kepada MB Terengganu, Datuk Mat Said? Beliau ni MB Terengganu ke MB Negeri Kijal? Atau memang itulah kepompong daya kepimpinan yang mampu dilahirkan oleh UMNO Terengganu.

Munasabahlah apabila Bekas PM, Dr Mahathir sendiri mengatakan UMNO Terengganu terlalu bodoh (sila rujuk hansard dewan, ucapan Datuk Senara Muda, SUK Negeri Terengganu)


Sudahlah kekayaan negeri Terengganu dengan hasil minyaknya, yang banyak menanggung kerajaan Pusat & Putrajaya? Yang dapat kilang Penapisan adalah Melaka, yang dapat Universiti Petronas adalah Perak, yang dapat Fertilizer adalah Kedah dan banyak lagi yang taak terbilang dah… dapat Menteri pun menteri tersepak, Menteri kasihan belas.

Takde Political wheel! Sebab itu selagi kepimpinan Umno sekarang yang mentadbir Terengganu… nescaya kekallah sebagai negeri yang tercorot kemiskinannya. Apatah lagi exco yang dilantik semua adalah yang dah reject dari team Deris. Jadi Pok Kea Angguk ajelah.


Kemaman Dapat Hospital Baru, RM10j Menaiktaraf Hospital Sedia Ada

Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru. “Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar,” kata MB kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, semalam.

Menteri berkenaan mengumumkan, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu. Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU. Kelulusan serta-merta itu dilakukan selepas Menteri Kesihatan meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Selain Menteri Besar, turut serta dalam lawatan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

“Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan,” ujar Liow.

Apabila hospital baru siap digunakan, hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik.

Apa ke benda sesak Hospital kemaman tu? Kalau dah nak dijadikan poliklinik, buat apa dinaik-taraf lagi? Peruntukan yang ada tu pi tambun kat Kijal je lah. Atau pergi baiki permasalahan bilik bedah hospital yang sedia ada.

Kedudukan Kijal yang hanya sejengkal dari Hospital Chukai kini diluluskan sebuah hospital lagi. Bab berjanji, bab buat tu tak tahu lagi bila! Tetapi Kijal dengan penduduk 4,000 orang kini sudah dibekalkan Bandar baru Paya Kijal, Zoo Mat Said, Pusat IKBN, Pasaraya Giant, TATI.

Walaupun asalnya perkampungan nelayan yang mundur yang hanya terkenal dengan leman yang lurus dikawasan jalan Kijal seperti ular kena palu itu telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27 juta. Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut.

Berapa juta pulak kroni yang dapat itu, tak tahu lagi. daripada sebuah Resort yang dah mampus nak ditukar menjadi IJN... ish3X.. memang berfikir diluar kotak! Sepatutnya buat lah kat Kuala Terengganu. Lebih sesuai dan lebih memerlukan. Sudah ada sebahagian kepakaran kat Hospital KT tu. Ni pergi buat kat hutan Jin tendang tu apasal???


Semua dok tambun kat Kijal. Seolah-olah Umno-BN dah semput nak mati. Macam tiada hari esok dah buat Umno. Semua perlu disegerakan ke Kijal! Ye Lah… masa nil ah nak tunjuk power pun. Masa Menteri dan Pegawai boleh ditonyoh kepala. Dang hilang kuasa kang… cakap pun tak guna.

Semasa Idris Jusoh dulu.. ia memerintah bagaikan Ia sebagai MB Jerteh. Semua diusung wat balik ke Besut. Kini Mat Said pulak berpenyakit begitu.

Sepatutnya keutamaan keperluan kesihatan ini, Daerah Dungun lebih memerlukan. Jerteh, Setiu, Hulu Terengganu dan Chukai memiliki Hospital yang besar dan gah.

Tinggal lagi Dungun yang berpenduduk 160,000 orang dengan persekitaran kawasan yang mudah berkemalangan dengan industry oil & Gas, tetapi amat malang dari segi persediaan kesihatan.


Walaupun 20 Hektar tanah telah diluluskan tetapi Hospital Dungun tiada dalam RMK 9 dan diharapkan kepada RMK 10. Habis kalau RMK 10, Hospital Kijal diluluskan??? Takkan 2 hospital setahun di Terengganu?

Rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an.

Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu. Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.

Sudahlah tiada bilik bedah, tiada doktor pakar dan setiap hari ambulan terpaksa berkejar ke hospital KT sejauh 100KM untuk kes kecemasan khususnya melibatkan kelahiran. Ramai kakitangan Petronas, TNB, YTL.. kalau nak melahirkan bayi, mereka terpaksa pergi ke Kt atau ke Kuantan. Tiada kemudahan terbaik di daerah Dungun ini.

Habis, Apa wakil rakyat Dungun ni buat? Mana ahli Parlimen Dungun ni? Projek apa yang dibawak balik ke Dungun? Takkan isu hospital tidak tak leh selesai? Atau ikut Liow Tiong Lai dan keputusan Mat Said je???

Betapa long lai nya wakil-wakil yang dipilih rakyat? Dok Rox Cetong lagu ni… di harap rakyat Dungun boleh membuat perubahan PRU-13 nanti. Supaya PR pulak memerintah Terengganu & Putrajaya... untuk melihat satu perubahan. Berubahlah sekarang sebelum terlambat!!!

Read more ...

Orang Melayu jadi mangsa kezaliman pemimpin Umno/BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/mazlanaliman.JPGKEMAMAN - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional telah bersekongkol menganiayai dan menzalimi rakyat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, justeru, PAS dan Pakatan Rakyat wajar menggantikan Umno dan Barisan Nasional untuk memerintah negeri Terengganu dan negara Malaysia.


Beliau berkata, pemimpin BN mengumpul kekayaan melalui kroni-kroni mereka yang merampas tanah rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

Katanya, ada satu kes yang melibatkan tindakan zalim pemimpin BN terhadap orang Melayu yang tinggal di Sadong Jaya, berhampiran Bandaraya Kuching.

“Mereka (orang Melayu itu) teroka tanah dekat dengan bandaraya Kuching. Tanah ituberada di seberang sungai. Lebih kurang hampir 100 keluarga naik sampan, menyeberangi sungai, teroka tanah, mohon dengan kerajaan. Sejak tahun berapa tuan-tuan? Sejak tahun 1945,”ujarnya ketika mengemukakan fakta mengapa PAS mesti menggantikan Umno-BN.

Menurutnya, permohonan hak milik tanah tersebut tidak diluluskan oleh kerajaan sebaliknya kerajaan hanya mengeluarkan lesen menumpang sementara (TOL) sahaja.

Namun begitu, mereka terus mengusahakan tanah tersebut berpuluh-puluh tahun. daripada zaman mereka tanam tanaman kontang, sehingga mereka tanam pokon dusun, pokok buah-buahan.

Tiba-tiba, tanpa disedari, tanah itu sudah dimiliki oleh syarikat ‘kroni’ yang rapat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abdul Taib Mahmud.

”Tahu-tahu mereka terkejut tanah yang mereka usahakan sebelum merdeka, telah dimiliki oleh syarikat kroni ketua menteri. Bahkan lagi buruk tuan-tuan tanah itu telah dicagar oleh syarikat tersebut dengan nilaian gadaian 65 juta,”jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, disini pada 14 Februari.

Selain itu, kata Mazlan lagi, keadaan yang berlaku di Tawau, Sabah lebih teruk dan menyedihkan.

Kerajaan, kata Mazlan, telah membakar rumah-rumah rakyat untuk memaksa mereka berpindah.

”rakyat menangis, kanak-kanak merintih. Tanah mereka hilang. Rumah mereka dibakar. Berlaku di Tawau, kerajaan negeri menggunakan agensi kerajaan untuk halau penduduk.

”Tak cukup, mereka musnahkan kebun kelapa sawit milik penduduk. Mereka datang bawa minyak tanah. Mereka bakar satu demi satu rumah penduduk,”jelas Mazlan

Read more ...

Tolak Islam itulah dilema Umno

TG Nik Aziz jawab Mahathir – Dilema Melayu kerana tolak Islam

Oleh: wanibrah

"Tuan Guru Nik Aziz pernah puji Dr. Mahathir sebagai seorang yang cerdik, tapi salah guna kecerdikannya. Antaranya kecerdikan digunakan untuk hentam Islam, serang PAS, tolak perjuangan Islam puja kebangsaan... Dalam isu terbaru, bukti Dr. Mahathir cerdik, beliau berucap pada satu majlis di PWTC mengungkit semujla soal Dilema Melayu yang pernah dimarahi oleh Arwah Tunku Abdul Rahman. Lalu Tuan Guru Nik Aziz mengemukakan responsnya. BERIKUT ADALAH RESPONS Tok Guru.

Dilema Melayu kerana tolak Islam

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS.

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?

Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.

Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.

Islam meletakkan asas, iaitu masing-masingnya tidak boleh dendam kesumat dan dengki mendengki. Inilah kelebihan Islam yang tidak mengajar kita menghina satu-satu bangsa. Malah Islam tidak membenarkan berlaku hina-menghina antara darjat satu-satu bangsa. Termasuklah si-kaya tidak boleh menghina si-miskin, kerana si-kaya adalah saudara dengan si-miskin.

Demikian pula, semangat persaudaraan dan tolong-menolong merupakan ajaran Islam yang menjamin kehidupan manusia, tidak kira bangsa apa sekalipun agar hidup dengan aman dan damai. Justeru semangat ini dipakai di dalam solat berjemaah. Dalam kaedah solat berjemaah, setiap orang tidak kira Melayu, Cina atau India asalkan Muslim, ia tetap layak atau boleh menjadi Imam solat jemaah. Hatta dalam masyarakat yang majoriti Melayu sekalipun, sesiapa sahaja boleh jadi Imam, tidak kira apa bangsa sama ada Cina atau India asalkan layak.

Demikian lagi di dalam ajaran Islam, sesiapa sahaja yang datang awal untuk solat berjemaah, maka dia boleh duduk (masuk) di saf depan. Ia tidak mensyaratkan semestinya bangsa Melayu sahaja boleh duduk di saf itu. Hal yang sama diajar oleh Islam, iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi khatib (berkhutbah) tidak kira apa bangsa sekalipun. Apa yang penting seseorang itu boleh berkhutbah dengan memenuhi rukunnya seperti boleh baca al-Quran dan hadis serta berpesan-pesan dengan keimanan dan ketakwaan. Hal ini membuktikan kebaikan ajaran Islam dan cara-cara bagaimana Islam meletakkan titik persamaan antara bangsa-bangsa di dunia ini berasaskan prinsip kenal-mengenal dan bersatu padu serta ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita semua (al-Quran surah Hujurat ayat 13).

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kami berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Justeru itu tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT. Sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar” maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. Sementara di dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia.

Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat.

Namun timbulnya kegelisahan sehingga mencetuskan isu Melayu dalam dilema adalah kerana berpunca daripada ajaran Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa. Akhirnya ia menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri. Sedangkan di dalam surah Al-Fatihah (ayat 5-7) Islam mengajar kita agar memohon daripada Allah agar menunjuki jalan yang benar dan menjauhi jalan yang sesat.

Amatlah malang jika kita terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa, sedangkan ia bukan ajaran Nabi. Seharusnya kita tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah ini. Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular. Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit (mereka-reka berbagai-bagai hujah) hinggalah sanggup duduk di atas prinsip “agama lain (suku), politik lain (suku).” Lalu timbulnya ajaran yang asing dari Islam. Antara mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.” Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya “perkara politik itu disebut di luar masjid.”

Memahami maksud di atas, maka di dalam azan (seruan solat) telah mengandungi makna yang jelas. Betapa ajakan beramai-ramai ke masjid untuk solat jemaah itu sendiri adalah urusan politik. Arahan Bilal ataupun Imam supaya ‘perbetulkan saf’ juga suatu nilai penyatuan bersifat politik ketika memulakan solat.

Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan/musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. Maknanya di dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik.

Maka terimalah perjuangan Islam, tinggalkan perjuangan sekular dan sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita. Hakikatnya kita adalah hamba-Nya yang wajib patuh dan taat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW."

Read more ...

Kekayaan seorang anak Mahathir berjumlah RM1.6 bilion.

Anak Tun Mahathir antara terkaya di Malaysia

http://i238.photobucket.com/albums/ff105/zainuddinmaidin/af1/14mokhzani.jpgJumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Read more ...

Selepas P.Pinang , Selangor pula akan bantu pelajar ke Mesir

Kerajaan Negeri Akan Bantu Pelajar Selangor Di Mesir


SHAH ALAM 16 Feb. : Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Selangor yang menuntut di Mesir supaya mereka boleh menyambung semula pengajian yang tergendala.

Hal itu disuarakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan 2,500 pelajar bersama-sama ibu bapa dalam pertemuan anjuran kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak, malam tadi.

"Pelajar-pelajar di bawah tajaan zakat dan di bawah mana-mana tajaan yang lain, oleh kerana anda sekarang (melanjutkan pengajian) di Mesir,kita mempunyai tanggungjawab kepada saudara. Jadi ibu-bapa, saya dan exco mempunyai tanggungjawab supaya anda dapat menyambung pengajian dengan baik di Mesir. Ini janji kita," katanya.

Menurut Khalid, usaha akan dilakukan dengan sebaik mungkin sama ada di pihak ibu bapa dan juga kerajaan negeri bagi menjamin pelajar-pelajar dapat pulang menyambung pengajian yang tertunda.

Malah katanya, soal kewangan tidak perlu dikhuatirkan kerana kerajaan negeri akan mengikhtiarkan cara yang terbaik supaya pelajar-pelajar ini dapat pulang ke Mesir.

"Saudara jangan takut tentang kewangan negeri Selangor. Duitnya ada tetapi saudara diurus oleh orang yang dipanggil, Exco, kadang-kadang mereka ini kedekut dalam menjaga duit rakyat. Mereka jaga betul, tapi duitnya banyak," katanya dalam nada bergurau.

Dalam ucapannya Tan Sri Khalid turut mengingatkan bahawa anak-anak merupakan harta yang paling penting, bukan hanya kepada ibu bapa, malah kepada negeri dan negera.

Lantaran itu katanya tidak ada sebab mengapa nasib anak-anak tidak diuruskan dengan baik.

"Kita ingin membawa negeri Selangor ini ke satu tahap yang mana semuanya menggunakan tenaga kita,(ia) sangat penting. Sebab itu bila ada sahaja pergolakan, anak-anak kita ini harta kita. (Anaka-anak) bukan ladang-ladang atau gelang-gelang (emas), bukan duit. Tetapi inilah harta kita yang paling penting," jelasnya.

Sebelum ini kerajaan negeri menyediakan pelbagai kursus selama setahun kepada pelajar-pelajar negeri itu sementara menunggu masa untuk kembali ke Mesir.

Antara kursus yang disediakan ialah kursus Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.

Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang.

Turut hadir bersama-sama Khalid malam tadi ialah lima barisan exconya iaitu Datuk Dr Hassan Ali, Rodziah Ismail, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abu Samad.

Read more ...

Bankrap kerana perkaya kroni Umno itu lebih teruk

Anwar: Negara Bankrap Dakwaan Najib Tidak Berasas


BANDAR MELAKA 16 Feb.: Dakwaan mengatakan negara akan bankrap jika mengutamakan kepentingan rakyat adalah tidak benar sama sekali.

Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata dakwaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tiada asasnya dan tidak boleh diterima kerana tidak pernah berlaku di dunia ini sesebuah negara itu mengalami bankrap atau muflis seandainya rakyat dipentingkan dan dibantu demi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.

Apa yang berlaku tambahnya sesebuah kerajaan itu akan mengalami keadaan dimaksudkan jika pemimpin atau pentadbir sesebuah kerajaan itu melakukan penyelewengaan dan penyalahgunaan kuasa serta mengaut setiap kekayaan dimiliki negara demi kepentingan diri sendiri, ahli keluarga serta pihak berkaitan yang mempunyai kepentingan.

“Najib kata ikut itu buku jingga negara ini bankrap saya nak tanya Datuk Seri (Najib Razak) ada belajar sejarah….tolong rakyat.

“Tapi tahu negara bangkrap pasal apa…pasal rasuah dan pmimpin-pemimpin curi harta rakyat," katanya.

Beliau memberi contoh negara seperti Tunisia yang mana pemimpinnya mengkhianati rakyat dengan mengambil harta dan wang rakyat demi kepentingan diri mereka.

Malah katanya, apa yang berlaku di Mesir adalah contoh di mana Hosni Mubarak selama 30 tahun pentadbirannya mengumpul kekayaan didakwa hingga tujuh puluh bilion dolar Amerika bersama isteri dan anaknya sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menderita dan bangkit menjatuhkan dirinya.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Anwar berkata, apa yang dipentingkan Pakatan Rakyat adalah kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Jelasnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang pihaknya akan mengumumkan penurunan harga petrol demi meastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan itu pada masa ini.

Read more ...