Wednesday, July 11, 2012

VIDEO MEMALUKAN UMNO!!!! Banner rasmi Muhyiddin diturunkan disambut laungan takbir







4.35 ptg - Anggota Majlis Daerah Selama mula menurunkan bendera politik disepanjang laluan Kg Sg Seputeh, Selama, Perak. Pada awalnya hanya bendera pas sahaja yang diturunkn, penyokong PAS akur dengan tindakan Majlis Daerah Selama (MDS)

5.30 ptg - Banner rasmi lawatan Muhyidin yang berada dipintu masuk program didesak supaya diturunkan oleh penyokong atas alasan terdapat logo parti pada banner terserbut (dacing dan kerih)
5.35 ptg - pihak MDS dan polis akhirnya akur dengan desakan daripada penyokokgn PAS dengan menurunkan banner tersebut.  Penurunan banner tersebut disambut dengan laungan Takbir

545 ptg- kenderaan MDS tiba dipintu gerbang PAS Kg Sg Seputeh yang jaraknya hanya 100 meter drpd  lokasi program dan pihak MDS ingin merobohkan pintu gerbang tersebut, namun dibantah oleh penyokong PAS dengan alasan pintu gerbang umno juga perlu dirobohkn kerana terdapat lambang dacing dan kerih


Pihak polis dan MDS terus bergerak ke pintu gerbang umno dan ketika itu OCPD Selama telah tiba.

hasil perbincangan ringkas, satu perjanjian telah dibuat antara MDS dengan penyokong PAS bahawa pintu gerbang kedua2 pihak tidak akan dirobohkan dan tiada lagi bendera2 politik dinaikkan



namun  terdapat permainan kotor pihak umno yang telah menaikkan beberapa banner yg ada logo umno dinaikkan semula.Teratakkampungku

Read more ...

BLOGGER UMNO PUNYA LA TERUK!!! Pi ambil gambar tarian bogel dekat Siam, kemudian tuduh berlaku di Kedah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Kononnya negeri Kedah telah dihujani dengan pusat hiburan yang menyediakan pelbagai tarian bogel. Sebagai 'BUKTI' mereka pun memaparkan pelbagai gambar...


Kebetulan jugak baru tadi MK bersembang dengan rakan UMNO di kedai catok Taman Wira. Menurut ceritanya puak2 blogger UMNO sudah diupah serbu Pekan Danok. Buat apa??? jangan buruk sangka depa tak bi buat maksiat aihh maklumlah blogger UMNO tu semua kaki masjid belaka. 

Tapi yang kawan MK dedahkan depa diberi tugasan ambil gambar acara hiburan di Kalabul Malami Pekan Danok banyak-banyak untuk serang kerajaan negeri isu pusat hiburan, kononnya tarian lucah macam tu terdapat di Kedah.

Ihh ihh ihh pulun sampai tara tu nak fitnah punya pasai. Hangpa nak tipu puak tak sekolah tak reti baca dan menulis bolehlah, masalahnya depa tu buka internet pun tak reti. Geng hak buka internet semuanya cerdik, jadi susahlah hangpa nak tipu.



Banyak foto yang diupload dlm blog UMporNO tu, tapi tak gamak MK nak siarkan di sini... satgi tak pasai-pasai dok sebar benda maksiat, orang naik karan kita berdosa sama. Puak blogger UMNO tu takpa laa.. depa bukan 'ada dosa pahala'...Kedah La

Read more ...

PENGECUT!!! UMNO terdesak, bantah ceramah PAS di Bagan Serai konon wakili penduduk

 
Umno di Bagan Serai dah terdesak guna Ketua JKKK Parit Mentara nak halang ceramah PAS yang semakin dapat sambutan.

Macam-macam alasan, ketenteraman awam la, kesesakan lalu lintas la

Dah tak ada cara nak halang rakyat dapat maklumat guna la puak-puak umno hantar memorandum hantar kat polis dan MDK. Konon mewakili penduduk sedangkan penduduk taman dan kawasan sekitar tak ada masalah pun.

UMNO sahaja bermasalah dengan ceramah, buat la ceramah lawan. Nak buat apa penduduk tak mai. Dah orang tak mau dengar jangan ganggu parti lawan nak buat.

Sapa tah dok angkat depa wakili penduduk, seronyeh masuk paper . Buat malu bini kat rumah. 

Siap sorang tu buat kenyataan , pihak keselamatan pas tidak diiktiraf. Nak kenen kepada unit amal. Piii...rah, pas ada juga unit amal. Umno ada apa? Rela, itu pun di bawah kerajaan bukan hak mutlak umno.

Kita tengok la apa polis nak buat, nak halang ceramah ikut arahan puak umno ni atau bo layan sahaja memo umno konon memo penduduk.admin

Baca di bawah ni , cilok dari blog bomosiam

Bagan Serai, Perak - Lebih 50 penduduk dari empat kawasan perumahan, membantah perlaksanaan program ceramah olih PAS yg dijangkakan pada 18 Julai ini dihadapan Taman Serai Sentosa, disini.

Ho ho ho....ikut sedap laki mak tiri hangpa je nak cakap!


Alooo.... En Nordin Ali,  suruh kerajaan UMNU bagi permit TV or daily paper terlebih dulu pd pembangkang,  sebelum bercakap pasai permit ceramah!  Lagi pun tapak ceramah tu....tanah mak bapak hg punya ka?  Itu tapak milik persendirian!   Tuan tanah dah bagi kebenaran.  Yg hg dok hingaq,  apasai?


Bila UMNU buat, sampai penuh sesak dgn bas free,  awat hangpa diam?  Perangai tak ubah macam ...........!!!


Betui tak, Jin?


"Boss!  Takut hilang elaun JKKK la tu....!"bomosiam

Read more ...

DEMOKRAT PALSU!!! Najib tertekan disamakan dengan pemimpin regim tidak demokratik


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tertekan dengan jolokan Demokrat Palsu oleh sebuah majalah Kanada 'Globe and Mail' bulan lalu karangan Mark Mackinnon dalam tulisan bertajuk: ‘A 21 st-century checklist of new autocrats’.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib sangat tertekan dengan laporan itu kerana beliau disamakan dengan pemimpin yang tidak demokratik.


Antaranya Presiden Russia Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi dan Perdana Menteri Cambodia Hun Sen.


Bekas ahli kelab ini pula  dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak yang gulingkan oleh rakyat Mesir baru-baru ini.

Antara Ciri utama kelayakan dalam kelab ini adalah pimpinan yang menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang, kata Dr Dzul.


Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh di'turunkan’ rakyat dalam demokrasi dan ruang media yang sempit itu.


Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan BN, telahan dan ‘title’ barunya tentunya tidak membantu beliau, kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.


Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum, katanya.


Najib, minta beliau, wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktikan kesediaan beliau bertarung secara ‘gentleman’ dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang ‘negarawan’ yang disanjung.


Namun, sehingga kini, komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi, tambah Dr Dzulkefly (gambar).

Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa.


Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan” tambah beliau.


Komitmen beliau memberikan suara ‘semak-imbang’ dan ‘pertentangan legitimate’ dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen, kata Dr Dzul lagi.


Baginya, Najib gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI.


"Kesemua adalah tuntutan yang ‘legitimate’. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara ‘engagement’ yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan ‘reformasi’ yang dipinta rakyat," tambahnya.




Bukti-bukti


Paling jelas, katanya lagi, kes Gerakan Mansuhkan ISA.


"Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih.


"Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiaya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian," tegas Dr Dzul dalam kenyataannya.


Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui reformasi minda sebenar.


Beliau masih buat-buat pekak terhadap 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari.


Bagitu juga halnya dalam transformasi ekonomi dan pentadbiran, katanya.


Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau Program Transformasi Kerajaan tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada tender terbuka sebagai lambang kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban sebuah kerajaan.


Terkini


Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.

(Najib...tertekan)


Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik.


Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang dikatakan akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang jelasnya memperolehi markah terendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan.


"Berbanding 7 pembida, George Kent jauh terkebelakang bukan sahaja di segi berpengalaman teknikal tetapi juga keupayaan kewangan kerana yang lain, ada telah siapkan projek menjangkaui RM5 bilion.


"Sangat malang," kata Dr Dzul kesal.


Bagi beliau, Najib menangguhkan pembubaran parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan ‘approval rating’nya di kacamata rakyat dan pengundi.


"Berapa banyak lagi program ‘bela rakyat’ yang terpaksa dilakukan sebelum beliauberani bubar parlimen?" soal beliau.


Demokrat tulen, katanya, punya batasan dalam memberi hadiah yang tidak menjejaskan reformasi ekonomi jangka jauh yang diperlukan negara.


Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti.


"Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen?" soal beliau.

Read more ...

SAMSENG UMNO BERMAHARAJALELA!!!PM, polis berdiam diri

Gabungan NGO BERSIH 2.0 berkata, polis dan perdana menteri akan dilihat membiarkan insiden serangan oleh kumpulan samseng berterusan sekiranya terus berdiam diri dalam kes seperti itu.

"Sehingga hari ini, polis masih belum bertindak tegas ke atas pelaku budaya ganas ini. Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 juga melihat bahawa Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak telah berdiam diri mengenai kes seperti ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.


Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat serangan tersebut, seperti yang dialami penganalisis politik Ong Kian Ming semalam.


Gabungan NGO itu melihat bahawa serangan oleh kumpulan samseng seperti itu, seperti yang dialami pengerusi bersamanya Datuk S Ambiga sebelum ini, semakin meningkat



"BERSIH 2.0 menuntut kepada pihak berkuasa supaya menyiasat atas serangan ke atas Ong Kian Ming dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


"Serangan ke atas pelindung hak asasi manusia tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan perlu mengutuk dan mengambil tindakan segera ke atas serangan seperti ini, kenyataan itu dipetik.


Sekumpulan samseng awal petang semalam menyerang rumah penganalisis politik tersebut dengan memecahkan pintu pagar kediaman tersebut, namun gagal memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.


Ong menyifatkan serangan tersebut sebagai satu cubaan untuk menakut-nakutkanya dan "bermotifkan politik."


Beliau juga percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam
Twitter dan platform lain

Read more ...

ANALISA!!! Umno-BN Johor di ambang kejatuhan!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 
 
Johor disebut-sebut antara negeri yang 'bolah sahaja' jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan paling lewat sebelum April 2013. 

Mengapa Johor boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?Faktor paling besar yang boleh sahaja menjadi penyebab Umno-BN di sana boleh tersungkur ialah komposisi Dun yang memiliki pengundi yang 'marginal' (campuran) adalah faktor terbesar yang boleh menyumbang ke arah itu. 

Johor memiliki lebih 60 peratus kawasan Dun yang bersifat marginal pengundinya dimana antara 30 ke 40 peratus pengundi bukan Melayu dan selebihnya antara 50 ke 60 peratus Melayu. Melihat kepada perkembangan sokongan semasa bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat, Johor merupakan negeri yang agak kritikal kepada Umno-BN. 

Meskipun beberapa pemimpin Umno Johor dan pusat menafikan andaian itu, namun mereka tidak boleh terlepas daripada hakikat sokongan rakyat yang mula teralih kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat. 

Paling dibimbangi Umno-BN ialah kawasan-kawasan Dun dan Parlimen di Bandar serta pinggir bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang, Gelang Patah, Pulai, Bakri, Segamat dan Kluang yang memiliki peratusan pengundi Cina yang tinggi khasnya. 

Sebagai contoh di Parlimen Pulai yang dimenangi Dato' Nur Jazlan Mohammad (anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohammad Rahmat), peratuskan pengundi Cinanya melebihi 40 peratus, boleh sahaja menyumbang kepada kejatuhan BN. 

Meskipun pada pilihan raya umum 2008 lalu, Johor masih menjadi 'kubu kuat Umno', dengan pergerakan undi kaum cina hanya sekitar 40 ke 45 peratus keseluruhannnya, namun kini 'mood' sokongan sudah berbeza. 

Seperti kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat, ketika PRU 2008, pengundi Cina di Johor masih lagi berhati-hati dan tidak terlalu menzahirkan kemarahan mereka terhadap Umno-BN. 

Pada PRU 2008, pembangkang hanya menang satu kerusi Parlimen di Bakri melalui Er Teck Hwa, kerana pergerakan undi Cina yang kurang memberansangkan.
Sementara PAS menang di dua kerusi Dun iaitu di Maharani dan Sungai Abong selain DAP di 4 kerusi iaitu Bentayan, Mengkibol, Skudai, Senai. 

Bagi pilihan raya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihan raya 2008. 

Mood itu beralih kerana sikap rasis Umno-BN dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mirip kepada Umno-BN seperti Perkasa dan Jati.

Di seluruh Malaysia, fenomena kemarahan orang Cina terhadap Umno ini disedari rakyat, malah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak yang mencanangkan liberalismepun gagal untuk mengekang kemarahan pengundi Cina. 

Pengundi India pula tidak banyak berubah,Pada PRU-12, sokongan kaum India kepada pembangkang agak tinggi, meskipun sekitar tahun 2010 hingga 2011 mula beralih semula kepada Umno-MIC, namun kata Suhaizan situasi terkini memperlihatkan pengundi India masih bernisbah 50-50. 

Ia belum ditambah lagi dengan perpecahan yang sedang berlaku di beberapa bahagian Umno di Johor selain kemelut Pemuda Umno Johor mengenai ketidakpercayaan terhadap Ketua Pemudanya. 

Hanya orang Melayu menjadi harapan Umno di Johor dengan sokongannya juga sukar untuk diagak mana-mana pihak samada Pakatan rakyat mahupun BN.
Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar dan kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah. 

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 peratus, dan kata Suhaizan ianya dijangka meningkat menjelang PRU-13 kepada 40 peratus. 

Mungkin telahan Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat Zon Permas, Syed Osman Syed Abdullah boleh menjadi indikator bahawa Johor mampu melakar perubahan dimana sokongan pengundi Cina kepada PR hari ini boleh berada pada tahap 80 peratus khususnya di kawasan bandar. 

Bagi kawasan yang ditandingi beliau pada PRU-12 sebelum ini, Dun Permas, Syed Osman hanya kalah sekitar tidak sampai 3000 undi tatkala sokongan pengundi Cina hanya pada 30 peratus pada ketika itu. 

Sekiranya melihat kepada mood sekarang, Syed Osman mungkin sahaja boleh menang di Permas jika dipilih PAS untuk mewakili parti dalam PRU-13 kerana pengundi Cina mula menunjukkan sokongan yang meningkat mendadak. 

Bagi kerusi DUN , Umno-BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di kira-kira 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 peratus. 

Jika tsunami deras melanda Johor pada PRU-13, pastinya sudah banyak membantu PR menuju Nusajaya (pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor) dan menambah kekuatan untuk ke Putrajaya.

Read more ...