Friday, July 27, 2012

GAMBAR INI!!! Kuatkan hujah Ust. Kazim bakal calon winnable UMNO?




Tak mau nak komen sapa orang tu,,,tapi rasanya benarlah maklumat yang aku dapat bahawa beliau salah seorang calon winnable candidate...

http://manjongmari.blogspot.com/2012/07/lihat-siapa-lelaki-berserban-solat.html

Read more ...

'JANJI DITEPATI'!!!Tema yang paling bangang dalam sejarah

“Janji Ditepati” - itu lah tema yang paling bangang dalam sejarah 55 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. 

Logo yang hodoh seperti dibuat oleh pelajar yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi Photoshop ini pula menjadi pelengkap kepada kurangnya daya intelek kepimpinan Malaysia. Ditambah pula dengan lagu yang tidak langsung membawa mesej kemerdekaan. 

Apabila dilihat logo, tema dan lagunya, penulis tertanya-tanya ini adalah untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia atau untuk sambutan ulang tahun UMNO?

Kita tinggalkan perihal logo, tema dan lagu tersebut. Siapa yang komen lebih-lebih, itu dikira minda tertutup dan keras hati bak kata Datuk Seri Rais Yatim.
 Siri Kemerdekaan 1: “Merdeka” vs. “Hidup Melayu”

UMNO Lama Dato’ Onn Jaafar yang telah terkubur    

UMNO yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar bukan untuk mencapai kemerdekaan tetapi bertujuan untuk menentang Malayan Union. Ini adalah fakta. Seperti yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim semasa penubuhan UMNO di Istana Besar pada 11 Mei 1946 – “Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana”

Walaupun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebenarnya di lahirkan di Selangor. Mungkin anak Toyo ini keliru antara sedang mengandung (cadangan penubuhan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor) atau telah dilahirkan (UMNO ditubuhkan secara rasmi). Kecoh UMNO Johor termasuk Datuk Shahrir Samad menghentam anak Toyo.

Keratan akhbar The Argus bertarikh 10 Disember 1945 

Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945. 

Mengikut Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars“The Sultan quickly consented to MacMichael’s proposal scheme, which was motivated by his strong desire to visit England at the end of the year.” Bermakna disini tiada tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945, Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Marcella berangkat ke London.

Adakah Sultan Sir Ibrahim terlepas pandang perkara pertama yang amat penting itu atau sememangnya tidak kisah?
Penentangan Malayan Union di Perak diketuai Raja Perempuan Kelsom
Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang menentang Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz. 

Semasa MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada 29 November 1945, beliau mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal bersetuju dengan Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, “Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!”. 

Satu jawapan yang berani dan mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun akhirnya kedua-dua Sultan Kedah dan Sultan Perak terpaksa juga untuk menandatangani persetujuan Malayan Union.

Sultan Terengganu, Sultan Ali yang anti-British awal-awal lagi telah di terajang turun takhta dengan cara yang paling hina sekali. Bukan itu saja, baginda dituduh mengahwini seorang pelacur dan menghidapi penyakit sifilis.  

Rujuk artikel jurnal bertajuk Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu tulisan Nik Anuar Nik Mahmud. Dan nampaknya Kesultanan Terengganu hari ini turut mempunyai fahaman British dengan tidak mengikhtiraf Sultan Ali sebagai Sultan Terengganu.

 Nama Sultan Ali tiada dalam senarai nama Sultan Terengganu di Muzium Terengganu dan di laman web Sultan Terengganu hanya ditulis sebagai Tengku Ali. Bermakna Kesultanan Terengganu tidak mengikhtiraf Sultan Ali pernah menjadi Sultan Terengganu! 

Mungkin pada fahaman mereka seseorang Sultan itu hanya sah jika ditabalkan oleh British! Atau ingin menyembunyikan fakta tertentu?
Dari laman web http://www.istana.terengganu.gov.my
Kita tinggalkan Kesultanan Terengganu. Kita teruskan dengan Malayan Union.
Sejarah penentangan Dato’ Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi “rakyat telah menjadi raja, dan raja telah menjadi rakyat” (the rakyat have become the raja, the raja have become the rakyat)

Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N. Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics muka surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan kenyataan Dato’ Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai penderhaka?  

Apa yang ingin disembunyikan, Dato’ Onn Jaafar telah lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya mempunyai sebab, derhakanya mempunyai martabat. 
 
Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut,

 “Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan Sultan hanya menjadi ketua.”
 
Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku Abdul Aziz Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung berbincang dengan beliau atau menteri dan pegawai yang lain sebelum menandatangani persetujuan Malayan Union.  

Warta Negara bertarikh 15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz dengan lantang dan berani menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan itu melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat.

Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun Dr. Ismail iaitu Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama “Orang Tujuh” dari Muar termasuk Datuk Kosai Mohd  Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus, juga pernah menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor.

Ahli UMNO Baru yang tidak faham erti derhaka

Persoalannya, adakah nama-nama ini adalah penderhaka kepada Raja? Datuk Kosai Mohd Salleh pernah menerima biasiswa Sultan Sir Ibrahim menuntut di Universiti Oxford juga menentang Sultan. 

Penderhaka kah beliau dan orang yang tidak mengenang budi? Hanya ahli-ahli ‘UMNO Baru’ yang buta sejarah dan buta hati saja yang hanya nampak derhaka-derhaka-derhaka dan berjuang demi sekeping plat bernombor WWW1.

Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dan terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda pada 22 Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London. Akhirnya Sultan pulang ke Johor. 

Malayan Union diisytiharkan juga pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama dipulaukan oleh Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu terus menentang. Dan ini akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.

Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya adalah untuk menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jadi, slogan “Hidup Melayu” memang releven dengan perjuangan UMNO pada ketika itu.

Itu kisah UMNO dan Malayan Union. Lebih awal daripada UMNO, telah lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai sebuah pertubuhan berunsur politik pada tahun 1937. KMM yang ditubuhkan secara sulit ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. 
 
Di zaman pendudukan Jepun, KMM pernah meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun walaupun ditolak. Fakta disini ialah KMM adalah badan politik yang pertama berbuat demikian, bukan UMNO!  
 
Walaupun KMM bukanlah pro-Jepun tetapi cuba mengambil kesempatan dari keadaan politik dunia masa itu untuk menuntut kemerdekaan seperti yang dilakukan oleh Sukarno di Indonesia dan Subhas Chandra Bose di India.

Rumah Merdeka versi UMNO kini diambil alih oleh Arkib Negara
KMM menjana penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).  

Dalam kongres kebangsaan di Rumah Merdeka, PKMM telah meluluskan laungan “Merdeka” sebagai slogan dan matlamat perjuangannya.
Rumah Merdeka yang terletak di Kampung Baru itu adalah merupakan markas PKMM. 

Berkenaan Rumah Merdeka, dalam Memoir Abdullah C.D. ditulis, 
“Nama Rumah Merdeka yang diberikan oleh Pak Sutan Djenain kepada kediaman kami di Kampung Bahru itu memang sesuai. Ia satu nama yang penuh bersemangat dan mencerminkan semangat dan cita-cita kami. Dari Rumah Merdeka inilah kami melancarkan perjuangan menuntut kemerdekaan. Rumah Merdeka selalu dikunjungi orang. Mereka yang mahu berhubungan dengan PKMM kebanyakannya datang ke sini. Ada seorang pemuda (tak ingat namanya) selalu datang ke sini untuk membaca buku. Yang menarik perhatian saya ialah semua buku di situ dibacanya. Dia menjadi salah seorang anasir cergas PKMM.” - Abdullah C.D.
 
Bukan hanya slogan “Merdeka” digunakan, hingga ke nama rumah atau markas PKMM juga dipanggil “Rumah Merdeka”. Itu lah sebenarnya diperjuangkan oleh ahli-ahli PKMM. Matlamat mereka hanya satu iaitu mencapai kemerdekaan tanah air.
 
Kesimpulan
 
Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa yang diperjuangkan.  Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi “Janji Ditepati”, ini bermakna tiada apa  lagi yang ingin diperjuangkan oleh kerajaan kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi.

Sekali lagi ditekankan slogan bukan hanya sepatah dua perkataan yang tidak membawa apa-apa maksud. Slogan mempunyai makna yang begitu besar. 

Slogan PKMM adalah “Merdeka”, bermakna perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan tanah air dengan apa-apa cara sekali pun termasuk menumpahkan darah. Slogan “Hidup Melayu” UMNO pula adalah untuk mengumpukan umat-umat Melayu pada ketika itu untuk bangun menentang Malayan Union.


Read more ...

JANGAN TAK TENGOK!!! Video Lagu tema JANJI DITEPATI versi rakyat

Read more ...

JANJI DICABULI!!! UMNO gadai Tanah Rezab Melayu lagi

Umno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..

tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.


Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.

Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu.

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.

"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah  lot 5233, 7058 dan 7059.  

"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.

Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.SUMBERumno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..

tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..



Read more ...

VIDEO SEKS!!! Pemimpin MIC itu ialah Speaker DUN Perak?

Kalau hangpa ingat Mediaperak akan menyiarkan video seks tersebut..hangpa silap. Mediaperak tidak akan menyiarkan skandal-skandal seks mana-mana pemimpin..baik BN atau PR. Ini bukan blog Umno yang hidup dengan skandal seks orang lain.

Aku nak petik berita yang keluar dalam klpost.

Perak Assembly speaker Ganesan’s chances of contesting a state seat in the coming 13th General Elections is probably dashed by the revelation of his sexscapade in Thailand.

The online media FMT that broke the news did not name the MIC leader but sources confirmed the person in quandary is indeed Genesan.
An online media had today published a report of the existence of a sex video involving a senior MIC official from Perak.

Apa yang nak aku kaitkan disini ialah orang yang menjadi sasaran ialah Speaker DUN Perak. Speaker inilah yang diangkat oleh Umno untuk menggantikan Sivakumar yang diheret dari kerusinya dalam krisis Perak 2009.

Ganeson telah diangkat oleh rejim Umno Perak sebagai Speaker secara rampasan kuasa yang brutal. Hari ini, hukum karma menimpa Umno Perak apabila pemimpin MIC yang menjadi kesayangan mereka terpalit dengan skandal seks di Thailand.
Apa kata Umno Perak?

Read more ...

HABIS IDEA!!! Najib hanya harap panadol



Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan Umno, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk Umno menyelamatkan beliau.

BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. Umno khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan Umno serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.


Umno akan menjadi parti yang “orphanage”, iaitu parti yang seperti anak yatim yang ditinggalkan ibu bapanya. Umno akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh parti-parti komponen di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli kepada BN sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan Umno di mata rakyat kerana kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat penting sebagai tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka tidak akan ada lagi kekuatan pada BN.


Jika seseorang itu sudah lemah dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan dapat dilakukan lagi oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa, hendak bongkok pun tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga yang “effective”. Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya dan tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk menguruskan rakyat.


Sesungguhnya Umno sedang sakit tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk menahan kesakitan yang sedang mereka (Umno) alami sekarang. Sesungguhnya Umno tidak dapat membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat meleraikan masalah kesakitan yang dihadapinya.


Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk memperbaiki diri daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan Panadol untuk menghilangkan sakit kerana Panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol itu tidak akan mengubati penyakit.


Elok kita kaji anologi yang ini:


Jika Mamat rasa sakit kepala dia akan makan Panadol maka sakit itu hilang sekejap. Besoknya Mamat rasa sakit telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji panadol dan sakit telanga itu hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit tengkuk pula, dan seperti biasa dia telan lagi dua biji Panadol.


Maksud saya di sini, Panadol itu akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi Mamat tidak mahu ambil kisah tentang penyakit yang sebenarnya yang dihidapinya. Sebenarnya, Mamat sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke hospital dan ubati penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata, tengkuk dan kepala tadi tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan panadol untuk menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.


Begitulah yang Najib lakukan sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit kepada Umno itu sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.


Selepas itu beliau rasa ada kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar yang murah kepada semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang. Lepas itu Najib umum elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua ringgit.


Yang terakhir Najib umumkan bonus raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya ini hanya pertolongan untuk menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya cari apa penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno itu. Bantuan seperti memakan Panadol ini tidak akan menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan datang semula tidak lama selepas itu kerana sebenarnya Umno mempunyai penyakit yang tidak diubati dan penyakit ini sudah begitu lama dihidapinya.


Penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat serius. Keyakinan rakyat sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan rasuah yang berluas-luasa dalam Umno dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan Umno sendiri sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara dengan baik dan bermoral. Pemimpin-pemimpin Umno berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak dan bapa mereka yang punya.


Trillion ringgit sejak sepuluh tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara haram dan kesemua wang itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk pimpinan bukan sahaja menjadi PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah kontraktor mengambil kesemua peluang yang terdapat melalui projek-projek raksasa infrastruktur negara untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.


Mereka menyamun dan merompak tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60 peratus masih melata dalam kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan rakyat Kelantan dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri mereka.


Banyak lagi senarai yang panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting ini. Inilah penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan membayar BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit sementara seperti Panadol.


Oleh kerana terlalu banyak makan Panadol, ubat Panadol ini pun tidak “effective” lagi kerana sistem badan kita sudah “immune” dengan jumlah Panadol yang kita makan itu. Di sinilah letaknya penyakit Umno yang tidak pernah terubat dan diambil perhatian.


Cara Najib menyelesaikan masalah hanyalah dengan membayar sana dan membayar sini dan SOP pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang seperti beliau mengendalikan Umno bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua masalah akan selesai jika dibayar dengan wang ringgit sahaja.


Oleh itu marilah kita membina keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk menhilangkan penyakit yang kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti memakan ubat tahan sakit seperti Panadol ini, kerana Panadol tidak boleh menyembuhkan penyakit.


Panadol hanya setakat menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan Panadol siang dan malam.


Umno perlukan rawatan rapi dan wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau tidak boleh juga sembuh berehatlah terus menerus.


Rakyat mahukan parti yang cergas dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita capai lebih dari lima dekad dahulu.


— aspanaliasnet

Read more ...