
ReJaM© "Padan muka Eskay kah kah kah..."
(Zaidi [tengah] menunjukkan bukti bahan rampasan dalam sidang media bersama rakan-rakannya)
SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.
Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan."Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.
Bagi beliau, tindakan ini adalah tTaktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam.
(Gambar: Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan)
"Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut.
"Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya
Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi.
Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum.
"Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah.
"Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya.Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.
Beliau juga sebagai seorang bapa tidak mahu minda anak-anaknya punah atau dicemari dengan taktik keji Umno yang disifatnya sebagai pembankang Selangor untuk kepentingan jijik politik parti tersebut.
Bercakap pada sidang media tersebut, beliau juga membongkarkan satu lagi taktik keji Umno melakukan tindakan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyebarkan sebuah akhbar yang menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi "Selangor Terkini".
Beliau juga kesal dengan tindakan Umno menyedarkan media yang seumpama media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri Selangor.
"Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.(gambar)SHAH ALAM 18 MEI : Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.
Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.
Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.
Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.
Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.
Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.
Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.
Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.
Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).”
Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.
Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.
Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.
Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.
Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.
Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa “tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.
KUALA LUMPUR 18 MEI : Tindakan Pemuda Umno meminta kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 boleh ditafsirkan melalui dua sudut pandang yang berbeza, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Pertamanya tentu sekali ia bersifat serius memandangkan gesaan berterusan Ketua Pemuda Umno itu di laman sosial milik beliau yang mungkin akan menjadi usul utama Mesyuarat Agong Pemuda Umno Malaysia kali ini.
Namun yang keduanya, tindakan berkenaan boleh diibaratkan seperti seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan, kata Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan media.
Walaupun katanya SAMM menyambut baik gesaan Pemuda Umno itu namun khuatir jika ia hanya sandiwara semata untuk meraih populariti menjelang pilihan raya umum.
“Memahami pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan ini ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal regim.
“Namun itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat,” katanya.
Malah Chegu Bard juga turut menyindir tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk pemuda Umno yang menyokong kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.
“Masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat.
“Masalah utamanya ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan regim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar,” katanya.
Tambahnya SAMM memandang serius kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan pengguna.
“SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum Menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno maka harga minyak kekal.
“Lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula,” katanya.
KUANTAN 18 MEI : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak peduli kepada rayuan orang Pahang apabila mengambil sikap berdiam diri sahaja dalam pemilihan pakar yang menganggotai panel penilai loji memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut mempersoalkan sikap Adnan yang pada mulanya bersetuju panel itu sepatutnya membariskan pakar dari pelbagai disiplin tetapi kini berdiam diri sahaja apabila panel itu tidak langsung membariskan jurutera alam sekitar, pakar toksikologi alam, pakar kesihatan awam, dan juga pakar sains sosial.
Malah, panel itu juga tidak membariskan mana-mana pakar yang mengkaji kesan pendedahan radiasi tahap rendah dalam jangka masa panjang.
“Pakar-pakar dalam dalam bidang ilmu yang saya sebutkan itu tiada dalam panel itu tetapi amat mustahak dalam menentukan keselamatan orang Kuantan,” kata Fuziah.
Fuziah seterusnya menjelaskan bahawa pakar yang dipilih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sebenarnya terdiri daripada pakar yang sememangnya mengambil pendirian pro-nuklear.
“Saya tidak nafikan kepakaran mereka tetapi panel itu perlu dibarisi oleh pakar dari bidang ilmu yang betul,” kata Fuziah.
Beliau turut kesal apabila Adnan kini hanya meminta orang ramai menunggu hasil siasatan panel itu.
Fuziah seterusnya menggesa agar Adnan tidak melakukan kesilapan lagi apabila mengambil sikap berdiam diri kali ini.
“Kita harap beliau tidak melakukan satu lagi kesilapan kali ini. MB Pahang sudah melakukan kesilapan kali pertama apabila memberikan Lynas lesen premis untuk beroperasi tanpa merujuk kepada orang ramai terlebih dahulu,” kata Fuziah.
Orang Pahang kini memerhatikan dengan teliti tindakan kerajaan BN Pahang jika benar mereka mahu membantu menangani kerisauan penduduk Pahang berhubung isu pembinaan loji memproses nadir bumi ini, kata Fuziah.
Loji itu yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan negeri Pahang kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri malah empat peserta perhimpunan aman membantah loji itu pula ditangkap polis 15 Mei lalu.
Usaha membantah loji itu kini giat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.