Monday, October 31, 2011

PAPA GOMO MERAJUK!!! Belasah pemimpin BN, tak mahu menulis politik dah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3BZtzwHJuzXHUksX1uMkcHpTkp9FzyfYXvXC-0IxWZdR7ZgCqveOqYnD68LH2Exy-l-apC-tY0kqza7qe5Ql1DS7Ik_j_UDoDQEEA_Me-KtZ_YLy9I1Te1J6n7mLtLEbhzqY7qj4DVmhE/s400/Papa+Gomo.pngGara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair.

Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi
"duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi

"Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".


Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa.

"Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya.


Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin

Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri.

Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan,
Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak.

Papa Gomo sudah menjadi
"barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.

Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.

Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog
hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon.

Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut.

[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.

Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu.

Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.

Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.

Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya.

Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini.

Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].PDO

Read more ...

MAT REMPIT TUA !!! Berdemo kerana upah dan baju free

Aku yakin kalaulah Mat Rempit-Mat Rempit ini tahu bahawa suatu masa dulu masa PRK P044 bahawa kawan-kawan mereka telah diperdaya oleh Parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama.. Mati hidup balik pun budak-budak ni tak akan diperkudakan sekali lagi..



Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.




Tindakan mereka dipercayai didalangi parti politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.




Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kon Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.


Berita dari Malaysiakini

Read more ...

PENINJU ISRAEL!!! Jawapan Shabery Cheek yang sungguh teruk



Macam ni punya bodoh pun boleh dilantik menjadi Menteri.. Yang ditanya ialah "Bagaimana peninju dari Israel boleh masuk ke Malaysia tanpa melalui proses imigresen sebenar, adakah dengan restu menteri?

Korang bacalah apa yang dijawabnya di bawah.. beliau cuba melarikan diri dari isu sebenar macam pencacai UMNO jugaklah.. bila berdebat kalau tak boleh nak jawab depa alih isu atau kona...ASD


*******************


Kejohanan babitkan peninju Israel: S'gor sumbang RM5j

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.

Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.

Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Tidak dicop

Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .

Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Kibar bendera Israel

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

Malaysiakini

KEMENTERIAN YANG ANJUR, KERAJAAN S'GOR YANG HANYA MENYUMBANG JADI MANGSA

Read more ...

MUHYIDDIN SILAP !!! Rakyat tiada pilihan lain untuk ditolak kecuali BN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional (BN) sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.

Pengarahnya Mohd Sany Hamzan berkata pihaknya merasakan BN sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah ‘dimalukan’ oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Laporan itu telah ‘melondehkan’ segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. “Selain itu, penyelewengan berterusan dalam agihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan BN turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian dan cubaan menutup kelemahan- kelemahan pentadbiran kerajaan BN seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini.

Kejayaan negeri-negeri Pakatan

Mohd Sany menerangkan kejayaan kerajaan negeri Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, kejayaan kerajaan negeri Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara.

Kejayaan kerajaan negeri Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik. “Ini menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini,” jelas beliau.

Oleh itu katanya, pihaknya merasakan sudah tiba masanya rakyat memberi ruang dan peluang kepada Pakatan untuk menggantikan BN daripada tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Tegas beliau, sudah 54 tahun BN diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan.

“InsyaAllah, Pakatan akan memastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik,” katanya./fmt

Read more ...

BUAT FITNAH!!! Jika tak puas hati, UMNO suruh buat laporan polis. Masalahnya polis nak siasat ka atau boleh lapor ja la

http://www.marhaen.info/images/juara_fitnah.jpgBerikutan kengganan pihak Umno-Online, iaitu laman web rasmi Umno, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat 9 laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:

a)

Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47540

b)

Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47552

c)

Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47687

d)

Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47673

e)

Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit

20 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47774

f)

Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit

21 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47821

g)

Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48133

h)

Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48128

i)

Isu Cabu : Guan Eng Umpama Penembak Buta

28 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48318

Jadual 1: Senarai laporan-laporan di Umno-Online

Tambahan pula, laporan-laporan “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” dan “Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??” pada 19 Oktober 2011, “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” pada 20 Oktober 2011 dan “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21 Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang En. Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Encik Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan En. Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.

Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, Umno-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan “Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati” dan “Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng” yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 untuk menuntut supaya Umno-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web Umno-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk “Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua 9 laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web Umno-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Lampiran

Berikut adalah petikan daripada beberapa laporan yang melibatkan laporan palsu Guang Ming Daily:

“Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit. Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit... Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” yang bertarikh 19 Oktober di http://umno-online.com/?p=47687

“Namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” yang bertarikh 20 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47774

“Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya. Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.

...

Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” yang bertarikh 21 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47821

Zairil Khir Johari ialah Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP

Read more ...

BELANJA SAKAN!!! Ro$mah beli mutiara RM 387 ribu, mutiara anak RM 193 ribu lapor akhbar Australia

ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).

Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).



Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok.

Rosmah Mansor bergaya dengan perhiasan mutiara bersama delegasi asing



ReJaM© "Pemimpin begini takkan faham kesusahan rakyat..."


Read more ...