| DS Nizar sedang berucap kepada jentera Pilihanraya PAS Perak ,kelmarin 21 Oktober ,dekat Taman Meru,Jelapang,Ipoh. |
| Peserta Perakite sedang mendengar amanat DS Nizar |
Beliau memberitahu musuh politik UMNO akan menggunakan apa saja untuk
memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS
Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang
,gambar fitnah beliau bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar
menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.
Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU
Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. Sisi Bukit
Ucapan Nizar ini ditujukan kepada siapa? kepada calon PAS, PKR atau DAP.
Memandangkan ucapan ini dibuat kepada jentera pilihanraya PAS Perak, maka berkemungkinan besar ucapan ini ditujukan kepada calon PAS yang bermasalah tapi masih mahu dicalonkan bertanding.
Nizar bukan sahaja meminta calon bermasalah menarik diri malah meminta dibongkarkan lebih awal masalah calon berkenaan sebelum dibongkarkan oleh UMNO.
Persoalannya, siapakan calon PAS yang bermasalah?
Namun, diharapkan ucapan ini juga ditujukan kepada calon PKR dan DAP yang bermasalah.



Bila dah
semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13 ni, tiba2 nama bekas KPN,
Musa Hasan menjadi begitu popular. Mula2 dengan kes saman terhadap Anwar
Ibrahim yang ditarik balik tanpa penjelasan. Atau lebih tepat lagi,
diselesaikan secara rahsia antara mereka.
1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap
Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA
Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai
perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow
dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah
MCA yang sebenar.