Selain itu, jawatan tertinggi kawasan yang turut melibatkan pertandingan ialah Naib Yang Di Pertua turut menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mana akhirnya undi terbanyak perwakilan telah berpihak kepada Hj. Mohd. Azhar Rafiei.
Walau bagaimanapun, jawatan Timbalan Yang Di Pertua telah disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki selepas tiada pertandingan.
Para perwakilan juga telah memilih 18 ahli jawatankuasa daripada 42 orang yang dicalonkan.