Monday, December 24, 2012

YANG BERJANJI UMNO!!! Yang menunaikannya Pakatan Rakyat


Penantian selama hampir 25 tahun penduduk asal Bukit Botak berakhir apabila mereka ditawarkan surat tawaran untuk memiliki rumah berkembar satu tingkat, hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta, khususnya warga emas yang sanggup menanti untuk ditawarkan surat tawaran yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rajiah Omar, 73, hari ini merakamkan rasa syukur dan gembira apabila kemelut yang dihadapi sekian lama, akhirnya berakhir.

Read more ...

FITNAH TERDESAK UMNO!!! Datuk Fauzi bekas pengarah Polis Bukit Aman menyesal sertai PAS?

KEBELAKANGAN ini blogger dan facebooker gerombolan songkok tinggi tiga jengkal sibuk menyebarkan cerita kononnya Datuk Fauzi menyesal menyertai Parti Islam, PAS. Malah khabar angin disebarkan di internet kononnya Datuk Fauzi sudah keluar dari Parti Islam, PAS.

Berbekalkan sekeping gambar Datuk Fauzi Shaari yang sedang memegang senjata ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, serta ayat yang direka-reka, riuh rendah blog, facebook dan twitter menyebarkan cerita ini.

Read more ...

BANTUAN SAR!!!! Agak-agak la TV3 ,kalau nak bohong

Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. 
 
Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Read more ...

LUAS Vs SYABAS!!! Betulkah musim hujan tapi empangan di Selangor tiada air?

Melalui pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100%

Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%
 
Bagi Empangan Sungai Selangor pula, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter. 

Read more ...

FITNAH UMNO!!! Sampai hari ini, Adun BN Perak tidak berani ulangi tuduhan rasuah pemimpin DAP Perak di luar dewan




IPOH, 24 DIS: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menafikan fitnah blog pro-UMNO yang menuduh mereka berdua mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan kerana memberi jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Ngeh menjelaskan bahawa dakwaan blog pro-BN, Pisau.net yang menuduh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meluluskan tanah itu kepadanya sebagai habuan untuk DAP, sebagai parti majoriti di Perak selepas PRU 2008, kerana melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, adalah satu penipuan dan fitnah berniat jahat.

Beliau telah membuat laporan polis pada 19 Disember lalu menuntut pihak polis bertindak terhadap mereka yang memfitnah dan memburukkan beliau (Ngeh), Nik Aziz dan Nga.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menfitnah saya dan Nga.

Read more ...

UMNO GANAS!!! Polis dan FRU membiarkan sahaja Samseng UMNO menganas seperti orang gila babi


KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.

Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.

Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.

Read more ...