Tuesday, July 10, 2012

BERITA TERKINI!!! Wakil rasmi Kerajaan Mongolia akan datang ke Malaysia bulan Ogos kendalikan kes pembunuhan Altantuya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEYlcomO3Wof59_Uzn7Ewgn9v4QVi3VmkGIy78HwuliJulKVADPFkVoh6lF4M5__ZbFrxETAor_Hk2SStOAoVOfmNsKV34KkJkUOoRkyNBr5an20YYUC25XSMRmhfqF3OfoerwrZCUaG0/s320/najib_altantuya-copy.jpgSekumpulan wakil rasmi Mongolia yang ditugas untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dijangka hadir ke Malaysia Ogos ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Mereka akan tiba pada bulan Ogos, cuma tarikh yang tepat belum tahu kerana Mongolia baru saja mengadakan pilihan raya dan belum ada kerajaan lagi,” jelasnya.

“Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, sudah enam tahun keluarga mangsa (Altantuya) menanti penyelesaian. Saya yakin bukan hanya saya yang berharap begitu, malah seluruh rakyat antarabangsa yang simpati pada nasib mendiang juga,” kata beliau lagi.

Menurut Gwo Burne, bapa Altantuya, Setev Shariibuu beberapa kali meminta kerajaan Malaysia menyelesaikan kes itu secepat mungkin, namun tidak mendapat respon apabila kes rayuan ditangguh ke Oktober.

“Ada baiknya wakil Mongolia datang sendiri ke sini, kalau harapkan kerajaan Malaysia, lima tahun pun belum tentu boleh selesai,” katanya.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita patut tunjukkan simpati dan ambil berat untuk membantu mereka mencari keadilan,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag menyatakan bahawa, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendali kes pembunuhan Altantuya. 

Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia dan didedahkan Gwo Burne dalam satu sidang media 28 Jun lalu.KeadilanDaily

Read more ...

NAH KO !!! Tun Faisal Exco Pemuda UMNO kena 'Skru' dengan Dr. MAZA

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/319351_467795976566615_274189182_n.jpg
Padan muka! nak buat pandai dan reti bercakap soal hukum haram. Dulu perli Abby, cis sekarang kena kat batang hidung baru rasa. Islam apa ko ni bro?KB

Read more ...

NAJIB TURUN BANGI!!! Bas-bas 1Malaysia pun turun Bangi, penduduk di Bangi sendiri tak sudi



JANJI DITEPATI. TERAS JERNANG, BANDAR BARU, BANGI.

Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.

Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.

Hebat-hebat Najib, pakai Utusan juga

Dalam rentetan ini, kini Najib sibuk ke hulu ke hilir berkempen baik atas kapasiti kerajaan mahu pun parti. Kita sebagai rakyat biasa, sudah tak boleh nak beza yang mana kempen guna duit parti yang mana guna duit cukai rakyat. Najib dan UMNO, main sapu sahaja.

Dalam banyak adegan kempennya, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering sahaja ‘menggubah’ sokongan orang ramai kepada Najib, seolah-olah Najib sudah dipilih oleh rakyat secara automatik dalam siri-siri kempen menggunakan wang cukai rakyat ini.

Yang terbaru, tanpa sebarang gambar yang menunjukkan orang yang menyambut Najib, tiba-tiba Utusan yang terkenal sebagai akhbar fitnah telah mendakwa sejumlah 50,000 orang telah menyambut Najib. Pelik, tapi inilah hakikatnya.

Dulu sewaktu Bersih 3.0, Utusan dakwa hanya 30 ribu orang sedangkan orang yang hadir, wartawan antarabangsa yang berada di ibu kota masa itu, gambar-gambar dimuat naik ke internet menunjukkan sebaliknya, malah jauh besar dari dakwaan Utusan itu.

Najib cetus kesesakan lalu lintas dengan bas-bas sewa

Teman terpanggil nak mengutuk di sini kerana dah rimas dengan dakwaan 50,000 di sana, 70,000 di sini. Kebetulan pula, teman terperangkap dalam kesesakan lalulintas sewaktu acara Najib itu berlangsung. Ya memang ramai orang yang datang, kebanyakan budak-budak sekolah.

Namun, dalam banyak-banyak itu, rasanya bas-bas sekolah lebih banyak dari pengunjung. Plat bas-bas ini ada yang bermula dengan P, D, C, A, N dan J. Pastinya bas-bas ini disewa khas dari negeri tersebut.

Selain dari bas persiaran dan bas sekolah, banyak juga bas-bas dari kolej swasta. Kasihan budak-budak kolej dipaksa datang menyambut PM. Jumlahnya sekitar 100 buah. Semua bas-bas ini diletakkan di luar kawasan tapak pesta.

Projek bawa orang datang guna bas charter ke program UMNO atau kerajaan BN pastinya projek yang cukup lumayan. Saiz tapak majlis sekitar 700 meter persegi. Kalau dikira dengan jari, pasti muatnya tidak lebih dari 5,000 orang. Itu pun kalau kawasan parking tak penuh.

Kalau nak membohong pun, agak-agak la. Tapi itu Utusan kan…

Bagi Najib yang hadir sebagai VIP, pastinya tidak akan melihat gambaran sebenar di luar pentas acara. Yang dilihat adalah mereka yang telah duduk bersimpuh di hadapannya. Pasti juak-juaknya akan berbisik, “ Dato’ Seri, inilah penyokong kita, kita mesti sukses punya”.

Tanpa sedar bahawa semua yang hadir, majoritinya (mungkin 5,000 agaknya) bukanlah penduduk Selangor. Kasihan Najib, kena main dengan pengelola majlis.

Nampaknya, perjalan politik Najib kali ini pastinya sukar. Tiada lagi tiket untuk bertenggek selesa demi menjamin kekuasaan seperti dahulu. Sudahlah dia disindir dua kali oleh Dato’ Chua Soi Lek – kerana ketua MCA sanggup berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – pastinya Najib semakin tertekan untuk mengelak dari berdebat dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.

Kini Najib harus terima realiti, dia kena tunjuk kekuatan yang sebenar dengan menerima jemputan debat Perdana dengan Anwar Ibrahim. Tak perlulah bergantung dengan Utusan yang sudah berkali-kali kalah dalam saman fitnah. Najib kena disedarkan bahawa rakyat belum lagi memilih Perdana Menteri sejak PRU 2008. Tunggulah sehingga PRU13 nanti.
imamsurau
sumber"

Read more ...

POSTING FITNAH!!!Akhirnya Finaz Yunus memohon maaf kepada Abby Abadi

http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/08/Syafinaz-Yunus-LimauAis.jpgFinaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook.  Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih ber-ahti2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;


Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu. 

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam


Hasrizal Abdul Jamil

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.


Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.


1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah


Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Eh gosip

Read more ...

DEBAT KHALID SAMAD Vs HASAN ALI!!! Hasan Ali tolak , bagi alasan Majlis Syura JATI tak benarkan


SHAH ALAM, 9 JULAI : Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menyifatkan cabaran debat daripada Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali sebagai satu tindakan terdesak dan tidak profesional.

Kata Dr Abdul Rani, jika Hasan mengatakan dirinya profesional, beliau tidak seharusnya menetapkan tarikh untuk berdebat sesuka hati.

“Kalau nak berdebat perlu ada persetujuan kedua-dua pihak. Saya tidak pernah bersetuju untuk berdebat dengannya.

“Dia dah dipecat baru sibuk-sibuk nak turun padang. Bila dah tak ramai orang datang nak dengar ceramahnya dia cuba mencari isu lain untuk menonjolkan dirinya semula,” katanya dalam sidang media di luar Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Dr Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan menghantar surat kepada Dr Rani yang menetapkan tarikh dan tempat lokasi debat tersebut tanpa mendapat persetujuan Dr Rani.

Debat yang bertajuk ‘Dimanakah Hala Tuju PAS Selangor’ yang dianjurkan JATI dijadual berlangsung pada 11 Julai ini di Meru, Klang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Dr Hasan seharusnya mengajak beliau berdebat kerana permasalahan antara mereka belum selesai.

“Dia sendiri dah menuduh saya parasit dalam PAS dan saya sendiri mempunyai isu-isu mengenai JATI”, kata Khalid di dalam sidang media yang sama.

Khalid berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan Dr. Hasan sebagai jalan terbaik untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Hasan.

“Saya sendiri dimaklumkan Sinar Harian sudah berusaha mengaturkan debat diantara saya dan Dr. Hasan sejak dari bulan Februari lagi.

“Namun beliau tidak bersetuju atas alasan majlis shura JATI tidak membenarkan untuk beliau berdebat,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor.

Katanya, debat yang dianjurkan oleh Dr.Hasan merupakan tindakan terdesak JATI bagi meraih sokongan kerana tiada sambutan terhadap ‘roadshow’ persatuan itu.Selangorku

Read more ...

DEDAH DOKUMEN!!! PM Ketuai Jawatankuasa Anugerah Projek LRT Ampang

PETALING JAYA 10 JULAI: Rafizi Ramli hari ini mengemukakan dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan satu jawatankuasa peringkat tinggi diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang kepada Konsortium George Kent.

Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan Pengarah Strategi PKR itu sebelum ini yang mendakwa  wujud campur tangan Najib dalam pembatalan perlantikan Balfour Beatty yang pada asalnya dianugerahkan tender tersebut.

Menurut beliau, penganugerahan projek ini turut melibatkan pertambahan harga berjumlah RM167 juta sedangkan bidaan yang dikemukakan oleh Konsortium George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 juta.

“Apakah jumlah RM167 juta ini boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisyen kepada mana-mana ahli politik Umno-BN seperti mana wujudnya pembayaran komisyen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu? ” soal beliau.

Najib dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan proses penganugerahan tander ini mengikut prosedur yang betul sedangkan syarikat milik George Kent hanya mempunyai pengalaman mengeluarkan meter air.

Rafizi turut meminta Najib menjawab persoalan prosedur di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan jawatankuasa teknikal.

Selain itu, beliau turut menuntut penjelasan bahagian prosedur di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan campur tangan Perdana Menteri dalam urusan penganugerahan tender.

Sebelum ini, Najib  mempengerusikan mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) bagi tahun 2012 pada 21 Jun 2012 yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan,  Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari.

Mesyuarat tersebut  memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624 untuk tempoh siap kerja selama 44 bulan.

Jelas Rafizi, tanggungjawab sama perlu digalas oleh Datuk Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan George Kent dilantik sebagai kontraktor seperti mana yang diarahkan oleh Najib.Selangorku

Read more ...

3,252 EKAR TANAH REZAB MELAYU!!! Dirampas dan dijual oleh UMNO/BN semasa perintah Selangor, masih belum diganti

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 3,252 ekar tanah rezab Melayu yang dirampas dan dijual oleh Umno Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri itu berpuluh tahun dahulu masih belum diganti.

“Setakat ini, kerajaan negeri mempunyai rekod sebanyak 3,252 ekar tanah rizab Melayu masih belum diganti.

“Jadi kita tetap berusaha untuk mencari tanah bagi menggantikannya, tapi biar ia sepadan, maknanya jika tanah itu tanah di bandar, bermakna tanah yang mesti diganti juga tanah di bandar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, Adun Sekincan, Ng Suee Lim, bangun mencelah bertanya kepada Khalid mengenai status tanah rizab Melayu di Kampung Bagan Nakhoda Omar yang masih menempatkan kediaman kaum Cina yang bekerja sebagai nelayan.

“Buat masa ini kita tidak boleh melepaskan lagi warta pemilikan tanah tersebut, namun kerajaan negeri masih mencari tanah yang mahu digantikan.

“Apa pun, kita mahu gantikan tanah tersebut biar sesuai, kita mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan, tidak mahu lepaskan begitu sahaja dan kemudian baru mahu mencari tanah ganti,” jelas Khalid.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Pakaian pasukan sepaktakraw wanita di negeri yang ditadbir DAP

SUKMA PAHANG : Pasukan Skuad Takraw Wanita Pulau Pinang (Bertudung) MENANG ke atas pasukan Wilayah Persekutuan... 

Tahniah peserta P.Pinang yang membuktikan dengan menutup aurat dalam bersukan, tidak menghalang mereka melakar kejayaan..

Read more ...

WWW 1!!! Nizar saman Utusan RM 50 Juta, TV3 RM 50 Juta

KL: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan. "Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.

Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.

Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama. "Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.

Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar. (Hrkh)

Read more ...

AMUK DI PUTRAJAYA!!! Polis lapor lain, Utusan lapor lain


Amuk di Putraja
 
Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis. Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.Bernama
KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.

Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.


Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;

 

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

 
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

 
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

 
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

 
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

 
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

 
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).




Mari kita baca Propaganda UTUSAN pula..



Utusan siap TOKOK tambah bahawa wujud gerakan menumbangkan Kerajaan?? wahh.. JAHAT sungguh tuduhan UTUSAN.. sampai begitu sekali yer?

Apa motif Utusan Malaysia sebenarnya menyebarkan berita sedemikian rupa? Mengapa mereka mendahului Polis dalam penyebaran beritanya yang ternyata berunsur fitnah untu menimbulkan kurang senang rakyat dengan mengaitkannya dengan mengatakan suspek mahu gulingkan kerajaan dan bertakbir sedangkan Polis mengeluarkan kenyataan sebaliknya...
?


Sumber: Kingof Goblok

Read more ...

DEBAT SOI LEK Vs GUAN ENG!!! Keputusannya hanya memalukan MCA..

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melalui cabutan undi, berjaya menjadi pemidato pertama; saya sudah boleh mengagak apa kesudahan debat ronda kedua MCA lawan DAP yang diadakan di Sunway Convention Centre.

Kalaulah saya ini Cina, dan kebetulan menjadi ahli MCA, pastilah saya akan menyorokkan muka saya di dalam guni bawang dan tidak lagi bertemu dengan mana-mana teman penyokong Pakatan Rakyat, kerana begitu berat malu yang ditanggung.

Bahkan saya barangkali sanggup untuk lakukan pembedahan plastik dan menggunakan nama baru supaya orang tidak kenal saya lagi. Dan kemudian senyap-senyap saya isi borang DAP dan tinggalkan MCA selama-lamanya. Begitu besarlah malu yang ditanggung MCA kerana menghantar Chua Soi Lek, presidennya itu untuk berdebat menentang Guan Eng – untuk kali yang kedua.

Seolah-olahnya tidak cukup sekali kena belasah. Maka saya harus hormati keberanian Soi Lek untuk berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat kali kedua. Bos beliau, sang Perdana Menteri Najib Tun Razak, masih lagi belum ketemu semangat (barangkali kena mandi bunga) untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meski pun Anwar rela beliau diberi sekadar tiga minit, dan Najib sepuluh minit untuk berbalas hujah.

Ini disebut Guan Eng pada awal debat, mengingatkan kita pada cabaran debat Anwar yang sehingga hari ini dielak oleh Perdana Menteri; sementara presiden MCA ternyata lebih berani untuk menyampaikan hujah-hujahnya – walau pun hujah-hujah beliau itu sekadar diketawakan penonton dan Guan Eng sendiri.

Debat ronda kedua ini mulanya mahu dilakukan dalam bahasa Inggeris, memandangkan ramai benar yang berang kerana ‘tak faham cakap Cina’ apabila debat pertama berlangsung dalam bahasa Mandarin. Namun setelah Guan Eng ditetapkan sebagai pemidato pertama, beliau menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa rasmi DAP. Kedengaranlah dari penjuru sebelah MCA sana pekik lolong mahukan Guan Eng bercakap bahasa orang putih. Seolahnya tidak pernah belajar Bahasa Malaysia di sekolah.

MCA parti Cina

MCA ini secara terang nyata ialah sebuah parti politik orang Cina. Jika ia parti yang terbuka dan tidak eksklusif, pastilah namanya pun bukan Malaysian Chinese Association. Jadi sebagai sebuah parti orang Cina, saya tidak pasti bagaimana presidennya boleh menuding jari kepada DAP dan menuduh DAP pula sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Barangkali Soi Lek terlupa MCA bukan UMNO. Barangkali Soi Lek tidak pernah dimaklumkan tentang wacana-wacana dasar DAP.

Debat kali ini pula adalah debat dasar. Ini lebih terang nyata terpampang di belakang kedua-dua pemidato. Namun adalah amat benar persoalan yang diutarakan Guan Eng tentang kelayakan MCA untuk bercakap tentang dasar, memandangkan MCA bukanlah bos dalam Barisan Nasional. Bahkan yang sebenarnya abang besar dalam BN ialah United Malays National Organisation, dan presiden parti itu masih lagi enggan berdebat secara terbuka dan boleh pula memberikan alasan-alasan budak tadika.

Guan Eng hadir ke pentas debat dengan nawaitu jelas untuk bercakap bagi pihak rakyat Malaysia. Bukan semata-mata bagi pihak orang Cina, tetapi juga Melayu, India, Iban, Kadazan, Murut, Dayak, Punjabi dan segala kaum yang sedang merana di bawah urus tadbir Barisan Nasional. Berbeza halnya dengan kehadiran Chua Soi Lek yang pastinya tidak membawa agenda orang Melayu atau India. Itu kan kerja UMNO dan MIC.
Itulah dia masalah besar negara ini yang menjadi hasil kerja buat UMNO selama lebih lima puluh tahun – memecahbelahkan rakyat kepada fraksi-fraksi kecil berasaskan kaum, agar tidak mereka ini membentuk perpaduan rakyat yang kuat untuk menuntut perubahan dalam dasar-dasar pentadbiran kerajaan.

Dasar-dasar DAP jelas nyata dan telah pun terbukti bukan sekadar cakap kosong. Sebagai sebuah parti demokrasi sosial, ia mengangkat hak rakyat dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Ini disebut Guan Eng berkali-kali, memandangkan Soi Lek rajin benar menjaja penipuan, lupa barangkali terhadap salah-silap MCA yang berdiam diri apabila Dasar Ekonomi Baru kena ‘hijack’ oleh pihak-pihak tertentu.

Ya, itu yang keluar dari mulut Soi Lek – “DEB kena hijack”. Saya sekadar boleh geleng kepala dan tepuk tangan. Apa pula yang MCA lakukan apabila DEB sudah kena hijack? Apa ideologi politik MCA, selain menjadi parti politik etnosentrik yang demikian rasis dan bodoh sombong, terutamanya dalam hal sensitiviti terhadap orang bukan Cina.

MCA pandang rendah kaum lain?

Ini juga meluncur keluar dari mulut Soi Lek, kononnya orang Sabah dan Sarawak tidak mampu bersaing dengan orang Lembah Klang, dan kerana itu hanya Barisan Nasional yang berpusat di Putrajaya berkuasa menolong mereka. Mustahil mereka boleh bantu diri sendiri. ‘No way!’ kata Soi Lek. Ajaib apabila dia mengakui hal ini terjadi kepada negeri yang kaya dengan hasil petroleum dan hasil hutan selepas puluhan tahun menyertai persekutuan Malaysia. Mustahil Soi Lek tidak tahu bahawa Sabah dan Sarawak itu negeri kaya.

Yang saya agak pasti ialah Chua Soi Lek memang tidak tahu bahawa memang wujud negara-negara yang menawarkan pendidikan yang dibiayai kerajaan. Dengan selamba dia menyuruh media memetik kata-katanya bahawa tidak ada negara yang memberikan pendidikan percuma.

Di sini saya bertambah yakin dan percaya bahawa Soi Lek memang tidak pernah ke Turki. Kalau pun pergi, mungkin hanya untuk makan angin. Mungkin juga dia tidak tahu pendidikan percuma wujud di Norway, Finland, Denmark, Brazil dan Sri Lanka.

Begitu kelam kabutnya Soi Lek ini sehingga tidak sedar bahawa dia telah dengan jayanya mengetongsampahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, apabila dengan lancar lidah menyebut bahawa dia tidak perlu respon kepada kenyataan Nazri tahun lalu yang mendakwa MCA seperti isteri yang ditinggalkan suami dan mencabar MCA meninggalkan Barisan jika tidak setuju dengan dasar UMNO.

Alasan Soi Lek yang enggan mengulas kenyataan itu adalah kerana Nazri bukan orang besar yang membuat keputusan-keputusan besar. Macamlah Soi Lek ini menteri. Oh ya, dia bekas menteri. Padanlah dia masih rasa macam dia ini ada kuasa eksekutif. Tak sedar diri.

MCA mahu merudumkan Pulau Pinang?

Saya tambah geli hati apabila Soi Lek cuba menjelaskan alasan kegagalannya untuk menunjukkan sebarang prestasi sebagai Pengerusi Penang Port Comission (PPC); sambil disambut hilai tawa hadirin, dan tidak kurang juga Guan Eng, yang berdekah-dekah ketawa di atas pentas. Bersungguh benar dia mempertahankan langkah pengswastaan kerajaan terhadap pelabuhan Pulau Pinang.

Tambah memalukan, Soi Lek gagal menyebut bahawa Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berjaya mengaut untung bersih berjumlah RM15 juta, seperti yang telah dilaporkan bulan lalu; tetapi Soi Lek mendakwa bahawa PPSB sekadar beroleh untung RM180,000.

Sebagai orang Pulau Pinang, saya kasihan melihat insan ini yang mendakwa dirinya pengerusi PPC tetapi tidak pula tahu bahawa perjanjian untuk mendalamkan dasar laut di pelabuhan itu adalah sebahagian daripada perjanjian pengswastaan. Kalau ini pun dia tidak ambil tahu, benarlah kata Guan Eng; berilah balik pelabuhan kepada rakyat Pulau Pinang, biar kerajaan negeri tunjukkan bagaimana caranya untuk mentadbir dengan meletakkan kepentingan rakyat lebih dahulu daripada kepentingan kroni.

Chua Soi Lek berjaya bikin malu seluruh penyokong MCA yang semakin perlahan sorakannya menjelang akhir perdebatan. Tidak lagi ramai yang mahu melaungkan zikir menyebut namanya, bahkan untuk bertepuk tangan pun sudah tiada bersemangat lagi.

Maka benarlah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan menyuruh Guan Eng supaya batalkan sahaja niatnya untuk berdebat dengan si Soi Lek ini kerana dia bukanlah orang yang layak untuk diajak berdebat tentang polisi dan kebijakan. Akhirnya presiden MCA itu sekadar mampu membuat serangan-serangan tumpul terhadap dasar-dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

Inikah dia presiden yang dibanggakan MCA? Saya betul-betul berharap kalau-kalau Chua Jui Meng, Ong Tee Kiat dan Lee Hwa Beng ikut hadir dalam debat semalam; pastilah besar ketawa mereka melihat telatah Soi Lek.

Penyudahnya apa?


Jadi adakah debat ronda kedua ini debat yang berjaya? Pastilah tidak. Ini seperti kebiasaannya hanyalah usaha Barisan Nasional mencari peluang untuk memalukan DAP, tanpa menyedari bahawa langkah tersebut akan memalukan diri mereka sendiri. Macam menepuk air di dulang, sudahlah kerjanya sia-sia, muka sendiri juga yang basah.

Tidak ada dasar dan jalan keluar yang ditawarkan MCA. Sebagai seorang Melayu, saya tidak pernah mengharapkan dasar MCA akan menguntungkan saya. Buat apa saya mahu berharap begitu, MCA kan terang nyata parti orang Cina. Tetapi DAP parti berbilang kaum. Maka berbeza pendekatannya terhadap orang Melayu.

Apakah keuntungan yang orang Melayu dapat daripada debat kali kedua ini? Bagi Melayu yang celik hati, pastilah akan lebih terbuka fikirannya terhadap persepsi salah yang menjadi momokan UMNO bahawa DAP ini parti Cina kerana Guan Eng tidak membawa semata-mata keresahan orang Cina di debat tersebut. Beliau malah bertutur dalam Bahasa Malaysia, supaya orang Melayu dan orang bukan-Melayu yang fasih berbahasa Malaysia yang menonton debat tersebut dapat menilai dengan mudah akan kebijakan dan tawaran-tawaran DAP dan Pakatan Rakyat
.Izmir Amri

Read more ...

KENAPA KETUA PEMBANGKANG S'GOR?!!! Tidak masuk dewan hanya berada di luar dewan




Bagaimanapun, Speaker DNS, Datuk Teng Chang Kim menjelaskan bahawa pembangkang diberi keutamaan untuk berucap mengenai perbahasan Rang Undang-Undang mengikut amalan negara komanwel.

“Ia adalah satu penghormatan kepada pembangkang untuk memulakan perbahasan. Kalau ikutkan negara komanwel tidak pernah wujud jawatan Timbalan Ketua Pembangkang.


SHAH ALAM 10 JULAI : Ng Suee Lim mempersoal tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim

Diman yang tidak hadir dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Kata Ng (Sekinchan-DAP), Satim (Seri Serdang-BN), hadir sejak awal persidangan namun tidak memasuki dewan bagi mengikuti sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012.


“Tidak pernah dalam sejarah sidang dewan ini, apabila dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012, pembangkang tidak hadir. Biasanya pembahas utama ialah dari Ketua Pembangkang.


“Tetapi beliau hanya berada di luar dewan sepanjang sesi persidangan,” katanya.


Kenyataan Suee Lim kemudiannya disangkal oleh Shamsudin Lias (Sungai Burong-BN) yang mengatakan bukan amalan lazim bagi Ketua Pembangkang untuk menjadi pembahas utama.


Ini kerana dakwanya, Umno-BN diwakili oleh ‘Timbalan Ketua Pembangkang’.




Bagaimanapun, Speaker DNS, Datuk Teng Chang Kim menjelaskan bahawa pembangkang diberi keutamaan untuk berucap mengenai perbahasan Rang Undang-Undang mengikut amalan negara komanwel.


“Ia adalah satu penghormatan kepada pembangkang untuk memulakan perbahasan. Kalau ikutkan negara komanwel tidak pernah wujud jawatan Timbalan Ketua Pembangkang.

Read more ...