MANTAN Menteri Besar yang dirampas kuasanya oleh Umno-BN, mempertegaskan keyakinan beliau bahawa kerajaan negeri Perak, akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat. PAS Perak juga meletakkan sasaran 15 kerusi Dun, berbanding enam yang dimenangi pada PRU 2008. Untuk butiran lanjut, ikuti wawancara ROY RASUL bersama Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Adun Pasir Panjang
WARTAWAN: Bagaimana persediaan yang dilakukan PAS Perak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13?
MOHAMMAD NIZAR: Dari segi kerja-kerja yang asas telah selesai begitu juga pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat.
Berkenaan gerak kerja pun selesai. Semua Majlis Tindakan Dun (MTD) diarahkan dan mereka sedang buat kerja itu sedang dalam pelaksanaan kerja.
Dan dalam masa terdekat ini kita akan tambahkan lagi bahanbahan kempen termasuk krisis negeri Perak hari itu.
Kita juga akan adakan perjumpaan dengan rakyat bersama. Pelbagai program perjumpaan dengan rakyat diadakan. Kita akan pastikan program kita banyak berjumpa dengan rakyat. 15 kerusi daripada 21 kerusi yang akan kita tumpukan dan memberi perhatian. Kita gerakkan 15 kerusi tersebut termasuk enam kerusi yang kita menang dalam pilihan raya lalu.
Apakah isu-isu besar yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat di Perak kembali menawan Perak dalam PRU13?
Sekarang ini isu yang paling besar yang boleh membantu kita ada dua iaitu mengenai pengundi bukan Melayu di mana isunya ialah rampasan kuasa dan tanah.
Isu untuk kumpulan orang kampung pula ialah isu Feedlot dan isu pembahagian wang one off. Itu antara isu yang akan dibawa kepada pengundi.
Isu Menteri Besar Perak, katanya Dato’ Seri Zambry Kadir gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar. Banyak janji Barisan Nasional (BN) tidak tertunai. Apa komen Dato’ Seri?
Yang itu pengundi tidak hairan sangat baik di Felda-Felda atau di kampung. Sebab bagi dia menteri besar yang sah. Jadi apa yang dia buat semua betul. Itu sahajalah.
Namun kami lebih kepada isu pertamanya isu orang kampung khususnya isu penyalahgunaan lembu. Isu Felda pun banyak yang akan kita bangkit.
Bagaimana pula isu dengan orang bandar?
Orang bandar tidak ada masalah mereka sendiri sudah membuka mata.
Bagaimana kerjasama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat di Perak?
Tentang kerjasama kita sudah lama terjalin maka jalinan kerjasama itu sudah termaktub.
Jadi ia berterusan dan diperkukuh dengan perjumpaan di atara semua calon dan pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak ada masalah setakat ini
Sebelum ini ada yang mengatakan orang bukan Melayu khususnya kaum Cina sudah berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat. Jadi apa pandangan Dato’ Seri?
Saya rasa itu tidak betul malah jika kita ambil sepuluh orang Cina bertanya berkenaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sembilan orang daripada mereka akan kata mereka pilih Pakatan Rakyat.
Sejauh mana Dato’ Seri menaruh pengharapan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui Perak?
Berdasar kepada dua kajian yang dibuat oleh Merdeka Center dan Ilham memberikan gambaran yang sama. Manamana kerusi yang ditandingi oleh komponen Barisan Nasional baik Umno mereka akan kalah.
Ini juga bertepatan dengan pilihan raya olok-olok yang dibuat oleh Umno selepas hari raya lalu memberi gambaran agak sama.
Jadi itu menakutkan Barisan Nasional, sehingga mereka menghantar Najib dan kerajaan Perak naik bas ke kampungkampung.
Mereka juga mengadakan perhimpunan kakitangan pegawai kerajaan termasuk guru-guru dan mereka membawa empat menteri Pusat untuk mempengaruhi kakitangan awam termasuk tentera dan sebagainya.
Selepas itu seminggu yang lepas memberi wang kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan sebagainya.
Ini menunjukkan keputusan yang dibuat oleh Merdeka Center dan sebagainya termasuk pilihan raya olok-olok menakutkan dan mengerikan BN. - Sumber TKO oleh BudakJalanan
Read more ...