Friday, June 3, 2011

Abang Mat Timbalan Presiden Pas, pecah rekod baru


Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa ‘tsunami’ kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama – iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, pemidato terkenal Mohamad Sabu – yang dilihat tidak memihak kepada mana-mana – disokong kuat oleh kumpulan itu.

Kemenangan Mohamad yang bukan daripada golongan ulama juga pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan oleh parti Islam itu sekitar tahun 1980-an.

Manakala bagi tiga naib presiden yang baru dipilih pula, dua daripadanya – exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar – daripada kumpulan itu.

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan — menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

AJK Pusat PAS 2011

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

Manakala anggota parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub pula walaupun diletakkan dalam kumpulan ulama, pendekatannya tidak jelas kelihatan memihak kepada mana-mana pihak.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu manakala Husam pula pernah menjawatnya sebelum sebelum itu.

Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan ulama, Ketua Penerangan Idris Ahmad.

NONEDi peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.

Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional.

Walaupun kemenangan Mohamad boleh dikatakan bukan mutlak kerana beliau hanya mendapat kira-kira satu pertiga sokongan perwakilan, keputusan ini masih boleh dilihat sebagai isyarat penting bahawa akar umbi PAS mahukan perubahan.

Ia juga sejajar dengan penegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam supaya anggota parti itu bersedia “sepenuh kudrat” bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONEMuktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung dipercayai yang terakhir sebelum parlimen dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Bagaimanapun, perubahan dalam PAS tidak boleh dianggap bahawa perwakilan menolak sepenuhnya penguasaan ulama dalam parti itu. Ini kerana, perwakilan berjaya diyakinkan bahawa institusi itu tetap terpelihara melalui MajliS Syura Ulama.

Menurut anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam sebuah seminar berhubung pemilihan parti di Kuala Lumpur sebelum ini mendedahkan, ketika menyokong konsep kepimpunan ulama kira-kira 20 tahun, mereka merujuknya kepada penubuhan Majlis Syura Ulama.

Ia bukannya bermaksud pemimpin semua peringkat dalam PAS mestilah terdiri daripada golongan ulama, tambahnya.

Mohamad juga akan menghadapi tugas pertamanya sebagai orang nombor dua dalam parti dengan menjayakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil bulan depan.

Dengan kejayaannya mengumpulkan 40,000 – antara perhimpunan terbesar setakat ini – pada tahun 2007, Mohamad dijangka akan menonjolkan keupayaan sebenarnya sebagai pemimpin akar umbi.

Malah, cakap-cakap di kalangan perwakilan, sudah ada gurauan bahawa dengan kemenangan Mohamad, PAS patut mewujudkan biro baru iaitu “biro demonstrasi”.

Sementara itu, kemenangan Mohamad juga dilihat bakal mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan, sekali gus memainkan peranan lebih besar, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihan raya.

Dengan pemimpin yang tegas seperti Mohamad, dibantu Husam dan Mahfuz, PAS kini tidak boleh lagi dianggap sebagai ‘budak kecil’ ketika duduk sebaris bersama rakannya PKR dan DAP.

Keadaan ini jauh berbeza dengan sebelum ini di mana Nasharudin sering dikaitkan dengan peribadi lembut dan lemah dalam membuat keputusan dalam mesyuarat.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu juga mempunyai hubungan yang baik dengan DAP, terutamanya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sering dirujuknya sebagai “adinda saya”.

Bagaimanapun, sama ada formula ini akan berjaya dalam pilihan raya umum depan, mungkin hanya Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang dapat menjawabnya.

diedit dari mKini

Read more ...

Muhammad Sabu Timbalan Presiden PAS yang baru






KUALA LUMPUR 4 JUN : Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru oleh perwakilan parti itu, mengalahkan penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahli Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa pula menang kerusi naib presiden bersama Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar yang mengekalkan jawatan mereka itu.
Mohamad Sabu yang sebelum ini hanya anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAS mendapat 420 undi. Nasharudin memperolehi 224 undi dan Tuan Ibrahim, 399 undi, daripada keseluruhan 1045 undi.

Bilangan layak mengundi adalah 1077, manakala 2 undi rosak.

Husam mendapat 660 undi, mengatasi Mahfiuz yang meraih 616 undi. Sallehuddin, bekas Ketua Pemuda parti itu mendapat 753 undi.

Antara yang menang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat ialah Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang mendapat 804 undi, Ahli Parlimen Kuala Krai Hata Ramli (765 undi), Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar (739 undi), peguam Hanifa Maidin (735 undi) dan Menteri Besar Kedah Azizan Razak (721 undi).

Read more ...

Benarkah Najib ke Amerika pujuk Uncle Sam paksa Perancis hold down kes kapal selam ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI6eH9WMI2aSuwTrioWSVdG-dRv25H4QjK4L5aluZ25ku4Khatd-yVgUSv-Ir4b7rK0B92YyqEvCpskRj8FmpzeY4ifykQDqgicUJbGEVA3xCAQkKtqIPlmOsza6pNM1WtDZJtghB0RMrl/s320/najib_altantuya-copy.jpg

Komen seorang pembaca dalam TVS NEWS :

Najib ke oversea... singgah sana sini katanya cari rakan perniagaan bagus le tu maklum le bajet dah ada TNB punya takrif sekurang-kurangnya cover lebihan nak buat belanja sementara waktu, macam kontraktor kelas F jugak bergaya dulu le sikit pasal dah kautim projek dengan ketua bahagian,,konfirm dapat,,apa ada hal keluar sebiji 5 siries, contoh le.


Kita semua tahu Najib memang bermasalah dan mungkin PM yang terpendek umur nya. Najib sedar hal ini, dan peluang bagi Mahyuddin Yassin untuk mendaki terbuka luas, kalau nak guna gear manual payah ni.

Kalau tak kerana desakan Mahathir lama dah Pak Lah letak Mahyuddin sebagai TPM, sebab tu masa Pak Lah pegang PM lama juga dia buat 2 kerja, PM dan TPM.

Bila peluang terbuka Mahyuddin pukul Pak Lah dari belakang, tu yang Pak Lah kata "saya pun tak sangka depa nak pukul saya dari belakang"


Altantuya bukanlah satu nama yang mudah hendak dibuang badi.

Siasatan Peranchis keatas e-tiket ke Malta dah confirm 2 nama perniagaan besar, pembayaran komisyen yang di buat juga di dedahkan. Penafian atau apa pun dalih di buat, soal lain.

Tinggal satu nama saja lagi untuk melengkapkan sabitan . Soal orang itu di panggil, hadhir atau tidak tak timbul lagi. Kalau dulu Mahathir dipanggil mahkamah dia boleh le letak syarat yang mahkamah tak boleh nak paksa-paksa.

Semua rakyat Malaysia tahu hal ini, kalau Tun Salleh Abas pun boleh di buang, apa lagi yang kita boleh harap ketua hakim negara selepas nya.


Hanya satu pilihan saja yang ada, pakat Peranchis turn over atau sekurang-kurang nya delay dulu selepas PRU 13, bayaran boleh dirundingkan.

Duit boleh cari, ada banyak takrif baru kita boleh create lepas tu apa nak berlaku belakang kira. Tapi mahkamah Peranchis bukan macam mahkamah Malaysia, lagi pun ketua hakim Peranchis bukan boleh di beli macam Ghani 4 tail.


Satu-satu cara yang ada memujuk Uncle Sam untuk memaksa Peranchis hold down kes ini tak kira le apa cara sekalipun dan Obama saja yang boleh melakukan ini.

Sebab itu Najib menyeberang pulak lautan Atlantik untuk berjumpa Obama untuk Kautim hal tersebut sebelum terlambat.


GEMBAR-GEMBUR MERAIKAN KEJAYAAN ANAK MENERIMA SEGULONG IJAZAH KAT AMERIKA ITU HANYA GIMIK MEDIA SAJA.


Uncle Sam bukan bodoh kalau projek sekecil ini tak mampu nak buat sedangkan pulangan besar menanti rugi le dia.

Bayangkan lah kalau kapal selam yang baru sampai ke Malaysia pun tak boleh menyelam boleh Peranchis berurus niaga dengan Malaysia sehingga melebihi 2 kali ganda harga yang dibeli negara lain, bodoh le Amerika nak biarkan besi buruk yang tersadai di padang pasir nya terbiar begitu saja di mamah matahari.

Lagi pun lepas ini Malaysia akan menjadi lebih akrab sebagai rakan perniagaan yang cukup lumayan hasil mahsul kita pun boleh ditentukan nilai nya.


Biasa le orang terhutang budi tergadai body.
Sebab itu le isu video zina mirip Anwar di gembar-gembur seoptimum mungkin untuk memperlahankan game ini.

Lepas ini tanggung le kita semua inflasi yang akan melanda negara seperti mana Tsunami melanda Jepun baru-baru ini.


Nak menampung defisit yang berlaku selepas ini maka satu lagu baru akan di cipta dan dinyanyikan beramai-ramai.

MAKA SELEPAS INI HANCUR LE MALAYSIA SEPERTI MANA HANCUR NYA MESIR, TUNISIA DAN LIBYA.

Read more ...

Video Seks : Umno makin terdesak




SHAH ALAM 3 JUN: Tindakan gerombolan blogger pro-Umno-Barisan Nasional (BN) menyebarkan tiga lagi klip video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempengaruhi PAS supaya merenggangkan diri dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Malah sebaliknya, kata beliau, ia menjadi dalil lebih kukuh di kalangan pimpinan PAS bahawa Umno-BN kini semakin terdesak di ambang menghadapi pilihanraya umum ke-13 apabila ikatan di kalangan kerabat Pakatan Rakyat kini adalah lebih akrab.

Ditokok hakikat bahawa tindakan jijik mereka ini terus diberi imuniti oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dan sekaligus berterusan memperlekeh bidang kuasa polis di negara ini, ia menyemai kebencian yang lebih menebal di kalangan rakyat, kata Rafizi.

"Mereka ini mendapat gaji dan upah daripada Umno secara langsung. Mereka tidak boleh menyembunyikan orang seperti PapaGomo dan lain-lain. Bila dia teruskan juga permainan ini dan polis tidak mengambil tindakan kepada juak Umno ini maksudnya Umno sudah hilang arah dengan isu-isu rakyat," ujar beliau.

Rafizi yang dihubungi Tv Selangor petang tadi memberi respon terhadap pendedahan terbaru tiga rakaman video seks berlainan sudut dengan mendakwa muka pelaku kelihatan "lebih jelas dan mirip Anwar".

Tiga video berkenaan dimuat naik laman blog anwarcctv.wordpress.com pagi tadi melalui notis sebuah email yang dihantar kepada wakil-wakil media oleh individu bernama Salina Aina.

Tindakan itu dipercayai dilakukan sempena Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke-57 yang bermula hari ini di Taman Melewar, Gombak.

Rafizi kemudian mengulangi pendirian PKR bahawa Umno-BN tidak mampu berdepan dengan isu rakyat termasuk harga rumah tinggi, purata pendapatan rakyat rendah dan kenaikan harga barang.

Tambahnya, setiap serangan daripada parti itu akan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan Pakatan Rakyat menentang politik kotor seraya mengangkat semula martabat rakyat.

 Beliau berkata, jika Umno-BN meneruskan usaha meracuni pemikiran rakyat melalui kaedah politik lucah maka parti itu akan terus dihindari pengundi.

"Orang Umno sahaja yang mahu tengok video lucah itu. Kita tidak pernah dibuktikan ada apa-apa petanda yang menunjukkan lebih berminat dan menerima baik (video).

"Setakat ini bila kita bertemu dengan rakyat, majoriti tidak suka. Maklumat mana Umno dapat mengatakan rakyat suka dan isu ini akan jadi daya tarikan besar kepada mereka?" ujar Rafizi lagi.

Rafizi berkata, negara harus fokus kepada dakwaan pemberian komisyen berjumlah RM534 juta oleh kerajaan Malaysia dalam isu skandal pembelian dua kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Ini kerana perbicaraan itu melibatkan integriti kepimpinan tertinggi negara Malaysia dan dipercayai berkait rapat dengan jenayah pembunuhan jurubahasa warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

"Saya setuju antara banyak-banyak perkara yang kita perlu tumpukan adalah kes Scorpene dan rakyat lebih terkesan dalam kes ini. Tapi Umno memang tidak mahu berdepan dengan kes-kes seperti ini," katanya.

Tiga klip rakaman video lucah yang didedahkan hari ini dipercayai telah disunting daripada video asal yang ditayangkan oleh trio 'Datuk T' kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Rakaman pertama berdurasi 15 minit dan 3 saat, manakala klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat serta klip ketiga selama 13 minit dan 36 saat.

Berbeza dengan sebelum ini, klip video kali mempunyai latar muzik yang bermula dengan Hawaii 5-O, diikuti lagu dangdut Kelantan, lagu 'It Wasn't Me' oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi.

Read more ...

Tan Sri Ismail Omar patut letak jawatan Ketua Polis Negara


Gagal tangani video seks KPN digesa berundur

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.

“Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.

“Justeru, Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya,” ujarnya.

Menurutnya, video itu bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak.

Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit,” ujar Yusmadi.

Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.

“Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah,” ujarnya.

Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.

KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar.

Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

Keadilandaily

Read more ...

Pemimpin rasuah akan disingkir - Presiden PAS



GOMBAK 3 JUN : Bukan polisi PAS mahupun Pakatan Rakyat untuk terus 'menyimpan' ahli yang mengamalkan konsep rasuah dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang.

Malah tegas beliau, pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan siasatan mereka kepada pemimpin yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan ini.

"Kita tidak ada kuasa, tak ada kuasa perundangan, yang ada kuasa SPRM. Kita terbuka kepada SPRM, Menteri Besar kita di semua negeri mengikut amalan pentadbiran SPRM.

"Kalau SPRM hendak bertindak mesti mendapat kebenaran daripada MB dan PM sebab itu MB dan Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh dan yang difitnah kalau terlibat dengan rasuah kerana kita betul-betul nak bersih walaupun exco dan MB sekalipun kalau tak betul kita pecat,"kata Hadi.

Beliau ditanya pemberita pada sidang media bagi mengulas dakwaan blogger Syed Azidi Abd Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” yang mendakwa Datuk Paduka Husam Musa membayar sebanyak RM 350,000 kepada beliau untuk mendapatkan bantuan berkempen pada pemilihan PAS pusat yang sedang berlangsung sekarang.

Ujarnya yang juga ali parlimen Marang, bukan sahaja siasatan terhadap Datuk Husam sahaja, malah bagi semua pemimpin yang tidak telus dan jujur juga akan disiasat bagi membendung gejala rasuah yang menjadi agenda Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.

Dua hari lalu sebelum bermulanya Muktamar PAS Kali Ke-57, Utusan melaporkan keengganan penulis blog Kickdefella mengulas dakwaan di blog bahawa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Bagaimanapun, akhbar sama semalam melaporkan Syed Aziz mengakui menerima wang RM350,000 dari Husam, tetapi bukan bagi tujuan itu.

Beliau juga dilaporkan berkata tidak bertemu lagi dengan Husam sejak tahun 2009 dan hanya berbual di telefon dan bertukar SMS sahaja.

Pada pemilihan PAS kali ini, Husam bertanding merebut jawatan naib presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Read more ...

Banyak perhimpunan yang saya sertai tapi perhimpunan PAS paling 'cool' - Bob Lokman



GOMBAK 3 JUN : Pemilihan PAS yang diadakan ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 memperlihatkan keutuhan parti berusia 60 tahun itu.
Malah PAS kini boleh berbangga dengan kematangan politik dan kesetiaan ahlinya dalam menjayakan demokrasi dan mendapat tempat di hati rakyat negara ini.

Hal ini turut dikagumi oleh mereka yang baru menyertai dan mengenali PAS dengan lebih mendalam.

Bekas pelawak Bob Lokman ketika ditemui TV Selangor menyatakan beliau melihat Muktamar PAS ibarat pertemuan keluarga yang besar.

"Banyak perhimpunan yang saya sertai tapi perhimpunan PAS paling 'cool'. Semua berpegang pada satu perkara. Walaupun ada pertandingan. Kita nampak semua bersatu, macam dalam keluarga yang besar," ulas beliau yang pertama kali menghadiri Muktamar PAS selepas menyertai parti itu beberapa bulan lalu.

Calon Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dilihat tenang dan bersahaja ketika menyatakan situasi itu kepada TV Selangor hari ini.

"Ini tunjukkan kesepaduan yang ada dalam PAS. Walaupun ada pertandingan semua bersatu padu.

"Pertandingan paling hangat ialah Timbalan Presiden. Tapi saya juga menang ikut pemilihan...perbezaan pendapat di kalangan ahli adalah untuk kebaikan kerana semua berlumba-lumba untuk beri sumbangan kepada parti," kata beliau.

Seorang lagi calon jawatan tersebut Mohamad Sabu menyatakan betapa ini merupakan keistimewaan PAS yang jarang dilihat pada parti lain.

Beliau turut menyatakan bahawa PAS yang mengamalkan keterbukaan dalam pemilihan calon pilihan raya mengelakkan ahli mereka dari cuba melobi dengan cara yang tidak sihat untuk menang.

"Calon pilihan raya tak semestinya yang menang. Kalau rasanya boleh menang di suatu kawasan, ahli baru pun boleh bertanding. Sebaliknya walaupun jika seseorang itu Ahli Jawatankuasa Pusat, jika tempat tidak sesuai, beliau tidak dibenarkan bertanding," kata beliau.

Calon Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan betapa ahli parti itu jauh lebih matang dalam politik berbanding BN.

"Ini buktikan PAS ada kematangan. Soal pemilihan mesti diteruskan, Muktamar mesti diteruskan, pilihan raya mesti bersedia.

"PAS tidak takut berhadapan risiko seperti Umno dan parti BN lain. Setiap mereka yang bertanding, menang atau kalah tetap setia kepada parti," kata Mahfuz.

Read more ...

Gaji besar gila Orang Besar TNB, patut la tarif elektrik naik

PETALING JAYA: Gaji-gaji bos Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah meningkat secara mendadak menurut Laporan Tahunan 2010.

Pada bulan Ogos 2010, Pengarah Eksekutif Che Khalib Mohamad Noh menerima satu gaji pokok tahunan sebanyak RM1.2 juta, jumlah sekali ganda berbanding yang diterimanya pada 2009.

Untuk caruman KWSP, bonus RM302,500 dan elaun-elaun lain, jumlah gaji yang diterimanya pada 2010 ialah sehingga RM1,806,664.

Laporan itu berkata: "Semasa kewangan tahun 2009/2010, Che Khalib turut menerima RM400,000 dan RM600,000 bagi tunggakan untuk gaji baru dan ex-gratia khas, yang diluluskan oleh MoF (Kementerian Kewangan) dan lembaga pengarah TNB."

Pengarah Eksekutif Kedua TNB Azwan Mohd, yang telah dilantik pada 15 April 2010, menerima satu imbuhan berjumlah RM755,320.22 termasuk gaji pokok RM457,440.

Syarikat tenaga ini juga menunjukkan peningkatan kecil gaji untuk kebanyakan pengarah-pengarah bukan eksekutifnya.

Bekas ahli politik Sarawak, Leo Moggie menerima RM313,791.15 pada 2010 berbanding gaji RM299,190.20 yang diterimanya pada 2009.

Rakan sejawatnya, Mohammad Zainal Shaari, membawa pulang RM134,056.95 tahun ini berbanding RM127,797.85 pada 2009.

Pengarah-pengarah bukan eksekutif lain, termasuk Puteh Rukiah Abd Majid and Hari Narayanan Govindasamy, menerima gaji yang lebih kecil pada 2010.



Pinjaman-pinjaman dan liabiliti

Pada keseluruhannya, syarikat tenaga juga menikmati hasil yang lebih besar dan satu keuntungan operasi kukuh, menurut rumusan kewangan froup lima tahun.

Pada 2010, TNB Group memperolehi RM30,320.1 juta dalam pendapatan; hampir RM10 bilion lebih berbanding 2006, dan RM1.5 bilion lebih daripada yang perolehi pada 2009.

Ia juga menerima RM4,182.7 juta dalam keuntungan menjalankan operasi, kedua tertinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak RM5,542.7 juta.

TNB Group mendapat keuntungan RM4,022.1 juta sebelum potongan pencukaian dan zakat, lebih daripada dua kali ganda berbanding 2009 (RM1,543.1 juta).

Keuntungan bersih pada 2010 kepada pemegang-pemegang ekuiti syarikat juga tiga kali (RM3,201.9 juta) lebih tinggi daripada 2009 (RM917.9 juta).

Jumlah aset TNB Group pada tahun 2010 meningkat kepada RM74, 081.100.000, dengan penurunan berbanding pada (2009) daripada jumlah pinjaman dan liabiliti RM21, 263.600.000 dan RM45, 266.600.000.


Kredit : FMT

Read more ...