September 2011
Itulah bulan paling mendebarkan buat susuk tubuh manusia yang bernama Najib Abdul Razak, yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.
Jika mengikut keterangan fakta sebelum ini, Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam pembelian kapal selam buatan Perancis yang mendedahkan skandal komisen Euro114 juta (RM570 juta) yang akhirnya membawa kepada skandal pembunuhan model dan penterjemah sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.
Bourdon dijangka akan memanggil Najib sebagai salah seorang saksi pendakwa yang secara tidak langsung akan merungkai misteri pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan tentera jenis C4 di Puncak Alam, dekat Kuala Selangor pada tahun yang sama.
Ternyata dengan pengusiran Bourdon dari Malaysia 22 Julai lalu akan turut "memberi nilai tambah" terhadap kes ini yang pastinya tidak akan dilepaskan Bourdon untuk mengemukakan hujah dan bukti yang lebih kukuh.
Bayangkan, semasa Boirdon ditahan di KLIA, pegawai SUARAM terpaksa menanti di kawasan restoran makanan segera Burger King sebelum Bourdon dibawa dengan kawalan pegawai imigresen seolah-olah penjenayah asing yang paling dikehendaki!
Mahkamah Awam Paris akan mula bersidang sebaik sahaja permohonan Bourdon dan pasukan pendakwaan skandal komisen yang terbesar dalam sejarah Perancis akan mula didengar beberapa minggu dari sekarang.
Menurut Pengarah SUARAM, Dr Kua Kia Soong, Najib pasti tidak akan terlepas dari diminta hadir untuk membantu mahkamah menyelesaikan kes tertunggak yang sepatutnya mula didengar pertengahan tahun lalu.
Menurut undang-undang Perancis dan Kesatuan Eropah (EU), tiada sebarang jenis kekebalan diplomatik akan diberikan kerana ia melibatkan jenayah komersial dan pertahanan, dan sudah pasti Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu Najib.
Komisen yang dibayar DCNS kepada Perimekar mesti diselesaikan segera dan Najib bolehlah cuba mencari helah dari sekarang untuk mengelak menjadi tontonan dunia tidak lama lagi.
JALAN PULANG