Wednesday, August 24, 2011

TERKINI!! Liwat Fasa 2: Pakar DNA Sahkan Ahli Kimia Bohong!!


Pakar DNA dan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonald (gambar, belakang kiri) yang membuka gelanggang mahkamah hari ini memberitahu bahawa analisis makmal terhadap ujian DNA oleh dua orang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.

Dr Brian memberitahu mahkamah, kredibiliti keputusan ujian DNA boleh dipersoalkan memandangkan makmal yang diuji sebenarnya belum mendapat kelulusan akreditasi daripada American Society of Crime Labs Directors (ASCLD).


Peguam Anwar, Ram Karpal yang menyoal Dr Brian memberitahu bahawa terdapat dua permohonan untuk mendapat akreditasi daripada badan makmal tersebut.


Dokumen pertama adalah permohonan mendapat kelulusan akreditasi tetapi ditolak pada 2005 manakala dokumen kedua adalah surat daripada ASCLD yang meminta Jabatan Kimia Malaysia membuat dokumentasi baru bagi menyokong permohonan semula.


Malangnya sehingga kini, makmal tersbut masih belum mendapat pengiktirafan ASCLD dan inilah yang dipersoalkan Ram Karpal.

Dr Brian memberitahu pengkitirafan dan akreditasi ASCLD perlu sebagai satu kaedah sesuatu makmal forensik atau kajian DNA diiktiraf dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Malah, Dr Brian juga menganggotai NATA (National Association of Testing Authorities) sebuah badan yang mempunyai makmal dan diiktiraf oleh ASCLD.


Ini sekaligus bermakna keputusan ujian DNA yang dijalankan oleh Dr Seah Lay Hoong (kanan) dan Nor Aidora Saedon boleh dianggap cuai dan tidak sah untuk mendapat pengiktirafan kerana menurut peguam Anwar, Sankara Nair, makmal Jabatan Kimia Malaysia pun masih tiada memperoleh sijil ISO MM17025 yang diperlukan untuk kes jenayah dan makmal jenayah.


Sijil ISO MM17025 adalah sijil paling minimum untuk sesebuah makmal jenayah mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian berkenaan DNA dan genetik termasuk DNA jenayah.


Bagaimanpun, Pendakwaraya II Yusof Zainal Abiden membantah permohonan Ram Karpal untuk memasukkan kedua-dua dokumen tersebut sebagai barang bukti dengan alasan ia tidak berkaitan dengan perjalanan kes.


Perbicaraan ditangguhkan jam 1236 tengah hari dan akan disambung jam 220 petang.


LAPORAN PENUH MENYUSUL


JALAN PULANG



Peguam Anwar bangkit kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD


Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.


Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Read more ...

Chegubard pertahan dakwaan cincin RM24j

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan dakwaannya bahawa cincin berharga RM24.4 juta dibawa masuk ke negara ini baru-baru ini untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, Rosmah dilaporkan telah memeriksa ketibaan cincin
tersebut di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 16 April.

Badrul (kiri), yang lebih baik dikenali sebagai Chegubard berkata, penyokong setia Rosmah pula menjadikan keadaan bertambah buruk buat isteri perdana menteri itu, kerana mereka membuat kenyataan yang bercanggah mengenai cincin itu, yang didakwa diterbangkan dari New York.



Sehubungan itu, beliau menggesa 'wanita pertama' itu supaya menjelaskan pembabitannya dalam pembelian cincin tersebut dari Yacob & Co kerana namanya didakwa tercatat dalam kolum penerima pada dokumen Kastam.

Chegubard telah mendedahkan 'bukti' tersebut di Pulau Pinang sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri itu bulan lepas.

Malaysiakini

Read more ...

Najib mahu turun tiap minggu jumpa rakyat tanda PRU 13 dah dekat

http://www.abinesh.com/delirium/wp-content/uploads/2008/11/najib.jpgKUALA LUMPUR, 25 Ogos — Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat yang jelas kepada Kabinetnya bahawa pilihan raya umum semakin dekat sambil berkata, beliau mahu bertemu dengan rakyat setiap hujung minggu - Jumaat hingga Ahad mulai bulan depan.

Perdana Menteri (gambar) menegaskan mahu berbuat demikian selepas sambutan Aidilfitri dan menilai persekitaran landskap politik semasa.


Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib mahu Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya, yang kemungkinan diadakan bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini meskipun kebimbangan besar ialah beberapa bahagian masih belum bergerak sebagaimana diharapkan.



“Perdana Menteri memberitahu Kabinet bahawa jadual beliau mudah. Isnin hingga Jumaat di pejabat, Khamis kerja politik dan Jumaat hingga Ahad di lapangan untuk bertemu dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat majlis ekonomi setiap Isnin dan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.

Difahamkan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Perth, Australia mulai 28 hingga 30 Oktober ini.

Kini, beliau memfokus soal ekonomi selain memberi bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam, peneroka Felda dan orang miskin selain menyentuh soal aliran masuk pelaburan menerusi Program Transformasi Ekonomi di bawah Model Baru Ekonomi - dalam usaha memikat pengundi-pengundi atas pagar ke arah BN.

Bagaimanapun tindakan keras pihak berkuasa ke atas gerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0 bulan lalu telah menjejaskan imejnya, memaksa beliau melakukan pembetulan termasuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen lima bulan kemudian.

Pun begitu katanya, pilihan raya umum boleh diadakan ketika jawatankuasa itu masih bersidang.

Momentum persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sudah memesan peti undi dan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan sekolah sebagai pusat pengundian November ini.

Pemimpin-pemimpin BN mula meninjau beberapa negeri sejak awal 2011 selepas Najib memberitahu partinya, Umno bahawa beliau akan mengunjungi setiap negeri bersama timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai fikiran rakyat bagi mendapatkan mandat baru.

Najib menjadi perdana menteri pada April 2009 dan mandat semasa berakhir April 2013.

Terdapat tekanan dari dalam partinya dan komponen perikatan agar memastikan BN memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen dan mendapatkan balik beberapa negeri yang ia kalah pada Mac 2008.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan, kepimpinan BN bimbang dengan 40 kerusi persekutuan yang disandang oleh perikatan itu memandangkan jentera peringkat bawah belum bergerak dalam mendaftar pengundi-pengundi baru ataupun mengadakan kempen.

“Mereka belum bergerak lagi. Dan, pemimpin-pemimpin bimbang kerana ia akan mengambil masa enam bulan khususnya dalam memperkenalkan muka-muka baru,” katanya.

Read more ...

Khalid Samad cabar PAPA GOMO , ada berani

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3BZtzwHJuzXHUksX1uMkcHpTkp9FzyfYXvXC-0IxWZdR7ZgCqveOqYnD68LH2Exy-l-apC-tY0kqza7qe5Ql1DS7Ik_j_UDoDQEEA_Me-KtZ_YLy9I1Te1J6n7mLtLEbhzqY7qj4DVmhE/s400/Papa+Gomo.pngAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sehubungan itu Khalid (gambar) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan “perjuangan.”

“… bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

“Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya,” kata Khalid dalam entri terbaru blognya.

Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas “bravadonya juga merupakan satu pembohongan.”

“Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas.

“Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah,” kata Khalid lagi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada “orang dalam” MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.

Sebelum itu dia mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya” itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Khalid dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo minggu lalu.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada “orang dalam” MBPJ.

Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa “saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan.”

“Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya.

“Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan,” katanya lagi.

Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo.

“Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

tmi

Read more ...

Apa istimewa dan luar biasanya lubang dubur Saiful sehingga begitu disayangi UMNO?

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/07/natang-anjing.pngPihak pendakwa nampaknya semakin cemas dan semakin gagal untuk pertahankan pertuduhan mereka apabila didapai mereka hanya menyandar kepada satu kes di atas dunia tentang kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Oleh itu kebarangkalian untuk sperma hidup selepas dua hari adalah satu kejadian yang menghampiri status NIL.Dan Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

Ertinya kes kewujudan seperma di dubur Saiful hanyalah satu mitos. Jika benar juga wujud, maka samada dubur Saiful itu luarbiasa (maka perlukan pembedahan & siasatan yang lebih terperinci terhadap duburnya itu, berkemungkinan wujud sistem dingin beku didalamnya) atau wujud penipuan dimana sebenarnya sperma itu diletakkan kemudian oleh orang-orang tertentu sebaik sebelum specimen itu diambil untuk diuji.

Rasanya yang kedua itulah lebih menghampiri kebenaran!Sumber dari sini

Read more ...

Kes Liwat II : Pakar sahkan tiada sperma ditemui selepas 90 jam

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/02/FITNAH-21.jpgPeguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini menegaskan sekali lagi beliau menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 90 jam selepas ia dibawa ke makmal.

Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982.

Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi.

Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum.

Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal.

Malah, penemuan yang sama tidak lagi berlaku kerana Dr Wells sendiri sepanjang profesionnya tidak berjaya menemui sebarang sperma selepas lebih 48 jam ia dikeluarkan.

“Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum.“

Namun, selepas eksperimen itu, tiada lagi sebarang penemuan yang mengesahkan perkara itu.

“Satu kes sahaja, tidak mewakili semua kes.“Itu pun dalam eksperimen terkawal,” kata Sankara.

Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot.

Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 90 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

“Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 90 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin.“Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful),” kata Sankara.

Read more ...