Saturday, July 7, 2012

DARI ESSO KEPADA PETRON!!! Anak Mahathir beli pakai duit arak

Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak – Anwar
 


Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.


Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.


“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.


“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.


BERITA BERKAITAN :

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS


KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian Membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.


“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.

Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki

anak bekas Perdana Menteri itu.Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.

Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.“Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.

Read more ...

TERKINI!!! Gambar Hairie Othman dan Abby Abadi di Kem Tahanan Kamunting

 

Hairie Othman dan Abby Abadi di Himpunan Protes Hapuskan I.S.A di Kem Tahanan Kamunting.



 

Read more ...

HINA GURU-GURU!!! Upah RM 10 supaya cikgu-cikgu dengar ceramah UMNO ?

Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah  Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

Buletin Online

Read more ...

TERKINI!!! Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri sertai Majlis PAS

Saya cukup terharu sebagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak apabila bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengishtiharkan dirinya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Saya sendiri bersalaman dengannya dan mengucapkan Tahniah kepadanya.Alhamdulillah, beliau masih mengingati saya lagi....

Tidak sia-sia saya mengharapkan agar dia mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti. Allah telah makbulkan juga kini!

Saya sempat ambil no talifonnya....ha! ha! siaplah tu...saya nak panggil dia berceramah kat Sungai Rokam sedikit masa lagi sebelum menjelang Ramadhan! Kawan-kawan akan bantu menjayakannya nanti insya'Allah!


“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?” Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu akbar oleh hadirin yang memenuhi dewan majlis High Tea di Hill City Ipoh sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS.


Khusyuk bebenor sahabat kita dengo cerita Abdullah weh!


Antara ikon ahli baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak, bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar, Bekas Ketua Jamaah Nazir KPM , Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin, pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid.
Mereka kesemuanya menceritakan perihal sebab masing-masing meyertai PAS.Masing-masing mengaku menyertai PAS secara sukarela dan kehendak diri sendiri tanpa diajak oleh mana-mana pimpinan PAS yang ada.
Kembali kepada Abdullah Antong, dia menceritakan betapa ketika itu ditahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry.

Dia kata terlalu ramai yang mengutuknya.Ha! Ha! Ha! Dia sebut juga blog al-husseyn – antara blog yang mengutuk tindakannya pada waktu itu.

Dia boleh ingat heading entri al-husseyn itu!- Dia sebut, "Abdullah Antong, bertaubatlah kamu ....." dan alhamdulillah; Abdullah Antong kini sudah bertaubat dan Allah letakan beliau diatas landasan perjalanan yang benar.


Mudah-mudahan Abdullah merupakan peribadi Muslim sejati sebagaimana Allah sifatkan dalam surah al-Hujraat, ayat 105 yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Antara yang pernah saya tulis dulu mengenai Abdullah ialah :


Amatlah malang bagi Abdullah Antong kerana orang Hindu mampu melaksanakan seruan jihad yang Allah rakamkan dalam al-Quran.Mudah-mudahan Abdullah akan bertaubat dan Sivakumar mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti.
Kepada Abdullah Antong, saya teringat kata-kata Tok Alim : Ajjilu bi-salati qablal faut; ajjilu bi-taubati qablat maut - Bersegeralah solat sebelum masanya luput, bersegeralah taubat sebelum (tibanya)ajal maut! Baca di sini
Alhamdulillah, Abdullah telah pun menyatakan dihadapan hadirin tadi bahawa beliau telah pun bertaubat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilhamd!AlHusseyn

Read more ...

HINA DR MORSI!!! Akhbar pro UMNO kurang ajar


Seorang Hafiz Al-Quran, juga merupakan Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

p/s : Mohon pihak editor akhbar menarik balik gambar dan mengakui kesilapan. Allahurabbi.


Tindakan jelas menunjukkan bahawa media pencacai Umno/BN menjadi kuda tunggangan tuannya memperlekeh dan menghina Presiden Muhammad Morsi yang semua orang tahu merupakan aktivis gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Apa tujuan Harian Metro melukis gambar Morsi pada piramid yang terkenal sinonim dengan Firaun laknatullah itu.



Sumber : FB aktivis Terengganu.

Read more ...

VIDEO SEDIH!!! Pendatang di bumi sendiri, inilah nasib mereka di bawah BN


Ini kesah sedih dari seorang anak yang pernah hidup dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)... namun selepas 35 tahun umur beliau status beliau sebagai Warga Negara masih tidak beliau perolehi...  tak tahu lah apa punya bangsat lah lu orang yang pernah menguruskan masalah beliau ni... bila kata kerja-kerja lu orang macam haramjadah nanti lu kata tak sopan lah... tak berbudi bahasa lah... tak mengambarkan kita ni rakyat Malaysia lah... orang melayu tak patut kata macam tu lah dan macam-macam lagi lah... untuk membenarkan kesalahan lu orang... seolah-olah lu orang tiada salah dan buat kerja dengan betul aje lah konon nya... kah kah kah !.

Bila kata lu orang makan gaji buta nanti lu orang merajuk... tapi gambaran yang diberi oleh mangsa yang umpama pendatang dibumi sendiri ni jelas yang lu orang tak buat kerja dengan betul... cuba lah lu orang bayangkan seorang yang pernah dijaga oleh JKM semasa umur beliau empat tahun... tapi tidak mendapat status Warganegara sehingga sekarang dimana umur beliau sudah menjangkau 35 tahun... apa masalahnya... sedangkan dari video yang dilihat dan tiada keraguan akan pertuturan Bahasa Malaysia beliau yang cukup fasih mungkin lebih fasih dari anak-anak pemimpin Umno yang belajar diluar Negara... serta diri beliau sendiri yang pernah dibawah jagaan JKM.

Kalau rasa-rasanya lu orang tak mampu nak buat kerja dengan betul... lebih baik aje lu berhenti... jangan menyusahkan orang lain yang sepatutnya mendapat hak mereka... atau pun lu orang pergi mampos aje lagi baik... kalau masih nak kerja tapi tak mahu buat kerja dengan betul ok... lu orang rasa tak puas hati lu orang tengok lah sendiri video dengan bukit-bukti yang disertakan oleh mangsa yang umpama Pendatang Dibumi Sendiri ni... lu tengok lah betapa haramjadah nya kerja lu orang... kah kah kah !.
 
hemmmmm..... mungkin lu orang rasa bahasa gua kasar... tapi apa bahasa yang patut diberi kepada mereka yang tak mahu menjalankan kerja-kerja dengan betul... seperti juga pemimpin umno yang sepatutnya menjaga amanah rakyat tapi dia orang buat amanah tersebut macam harta pusaka mak bapak dia orang... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.Mat Indera Sipejuang

Read more ...

BERJIMAT ATAU DUIT NEGARA DAH KERING!!! Hakim diarah naik penerbangan murah



Mungkin kewangan negara agak meruncing kini? arahan menggunakan kelas ekonomi kepada hakim-hakim agak luar biasa bagi hakiki hakim terutama bagi hakim mahkamah tinggi lebih meragukan dikecualikan hakim mahkamah tinggi terenggau dan Pahang.

Jika anda terserempak dengan wajah-wajah yang seperti dikenali ketika mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Kota Bharu menggunakan penerbangan Malaysia, mereka mungkin hakim.

Ini ekoran arahan ketua hakim negara kepada semua hakim dan pasangan, kecuali Hakim Mahkamah Tinggi Terangganu dan Pahang, supaya menggunakan kelas ekonomi atau penerbangan murah untuk persidangan tahunan mereka.

Mereka dijadual berkumpul di Kota Bharu bermula esok sehingga 12 Julai untuk persidangan tahunan hakim-hakim Semalaysia.



Arahan itu disampaikan melalui surat bertarikh 4 Jun.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, terdapat hakim mempersoalkan arahan tersebut yang didakwa melanggar peruntukan rasmi dan faedah yang sepatutnya diberikan mereka.

Mereka antaranya berhak mendapat perjalanan kelas perniagaan
.

Read more ...