KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan
20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo
menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Read more ...