Saturday, December 4, 2010

Ganeson pengecut, suka balas dendam


IPOH, 5 Dis. : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R Ganesan disifatkan sebagai penakut dan mahu membalas dendam terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar kerana enggan membenarkan bekas Speaker itu berbahas dalam persidangan kali ini.

Sivakumar berkata, sebanyak 18 kali beliau bangun pada hari perbahasan kedua Bajet 2011, kelmarin sebaliknya Speaker hanya membenarkan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) yang sudah berkali-kali bangun untuk berbahas.


Menurutnya, tindakan berkenaan adalah sesuatu yang tidak adil bukan sahaja dalam kalangan ADUN Pakatan Rakyat (PR) tetapi ADUN BN yang tidak mempunyai peluang.


“Dia (Ganesan) takut dan mahu membalas dendam kepada saya. Sebab itulah dia enggan memberikan saya peluang untuk berbahas.


“Kita minta supaya sidang DUN ditambah lagi masa supaya banyak lagi perkara penting yang boleh dibahaskan,” katanya dalam sidang media yang dilakukan semasa penggulungan Bajet 2011, semalam.


Beliau berkata, masa rehat selama 45 minit pada sesi perbahasan pada hari kedua, kelmarin sepatut tidak dibuat kerana DUN mempunyai Timbalan Speaker, Datuk Hee Yit Fong.


Beliau berkata, tempoh rehat itu boleh memberi laluan kepada sekurang-kurangnya tiga ADUN untuk membahaskan bajet berkenaan.


ADUN Canning, Wong Kah Woh yang turut sama dalam sidang media itu berkata, beliau sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan berat sebelah oleh Ganesan.


Beliau yang bangun sebanyak 17 kali tidak berpeluang untuk menyuarakan permasalahan yang berlaku di kawasan beliau.


Katanya, masa yang diberikan untuk berbahas tidak mencukupi dan perlu dilanjutkan untuk memberi peluang kepada ADUN yang belum membahaskannya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Nizar sedia bersemuka dengan Zambry berhubung isu agama


IPOH, 5 Dis. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berhubung isu-isu yang berkaitan dengan agama.

Nizar berkata, pihaknya menyambut baik cadangan berkenaan dan bersedia bertemu Zambry bagi membincangkan pelbagai isu berhubung perkara berkenaan.


Bagaimanapun menurut Nizar, perjumpaan berkenaan perlu diketahui umum dan tidak diadakan secara tertutup.


“Perkara berkenaan perlulah ada pemberitahuan kepada rakyat, bahawa ada perjumpaan antara saya dengan dia. Jangan tertutup.


“Itu adalah cadangan daripada dia, saya sambut baik. Tapi dia tak jawab soalan saya tadi, kerana rakyat Perak perlu tahu terhadap perkara yang kami persoalkan,” katanya kepada pemberita.


Nizar berkata demikian pada sidang media di sini, setelah berakhirnya Persidangan Keempat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan, semalam.


Hadir sama, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Tai Sing Ng, (Kuala Sepetang).


Sementara itu, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah menggesa pihak media agar tidak memutar belitkan kenyataannya bahawa ada ADUN yang membawa masuk bomoh ke dalam Dewan Negeri.


Katanya, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku kerana sememangnya ada bukti kukuh berhubung perkara berkenaan.


“Jangan putar belitkan cerita. Saya memang ada bukti kukuh bahawa ada ADUN yang bawa bomoh masuk ke Dewan Negeri,” katanya.
SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Tukar 'rakyat didahulukan' kepada 'rakyat dahulu kena'

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/12/asa.jpg

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan sepatutnya mempunyai pilihan lain selain menaikkan harga barangan keperluan rakyat sekalipun beralasan mengurangkan tanggungan subsidi negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, tindakan terbaru kerajaan BN menaikkan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula, tidak membuktikan 'rakyat didahulukan', tetapi 'rakyat yang dahulu kena'.

Katanya, rakyat yang tidak bersalah sentiasa menjadi mangsa keadaan, sedangkan kerajaan pula boros dan membazir dalam mengurus perbelanjaan wang negara.

"Negara kita begitu banyak sekali kes-kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara.

"Jika ini situasinya, maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan sewajarnya bertindak sebagai payung kepada rakyat, dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan mereka bukan memangsakan mereka.

"Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa, maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara.

"Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna," katanya lagi.

Turut dipersoal, sama ada kerajaan sebenarnya memang merancang menaikkan harga minyak kerana mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya.

"Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan Umno dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara.

Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat.

"Kalau boleh saya tanya soalan nakal, saya nak tanya, kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu?

“Habis duit buat main jet di Langkawi? Maaf, saja saja jer tanya kerana sedar soalan ini agak nakal," katanya

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Polis bagi lampu merah , Istana bagi lampu hijau

bagan pinang by election 061009 chegubard





































SHAH ALAM, 4 Dis. : Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Lagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Gantung Anwar, rakyat semakin benci Najib


KEMAMAN, 4 Dis:
Pengantungan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat akan menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau menegaskan tindakan itu tidak sekali-kali akan menjadikan PR lemah.


Mengulas perkembangan tersebut selepas merasmikan program Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas (Bangkit) dekat sini, Nasharuddin berkata tindakan mengantung Anwar bakal menambah kemarahan rakyat yang akan melihat ruang demokrasi negara semakin menuju kehancuran.


Kata beliau, rakyat sedang melihat bagaimana tekanan dilakukan kepada media, sekatan ceramah dan larangan berhimpun di premis sendiri dan kali ini (rakyat) sedang menyaksikan sebuah institusi yang dikatakan kebal menyuarakan apa sahaja (Parlimen) oleh ahlinya turut dicabul ruang kebebasannya.


"Dalam Dewan Rakyat hanya dua perkara sahaja yang tidak boleh dibincangkan iaitu isu berkaitan Raja-Raja dan kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Perkara-perkara lain bebas untuk dibangkit atau dipersoal oleh ahli-ahli dewan termasuk perkata yang dibangkitkan oleh Anwar itu," katanya.


Tindakan mengantung Anwar dikatakan berkaitan dengan isu pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar sebuah firma perunding yang didakwa mempunyai hubungan dengan Yahudi iaitu Apco Worldwide melebihi RM70 juta.


Isu pembabitan apa yang didakwa sebagai anasir Yuhudi dalam pentadbiran kerajaan pernah menjadi perdebatan hangat dalam negara sebelum ini termasuk mengaitkannya dengan idea konsep 1Malaysia selain dikatakan telah meresap dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Kata Nasharuddin, Anwar mungkin akan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.


Anwar dalam kenyataanya sebelum ini mengakui keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.


Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.


Felda labor RM23 juta setahun dalam Lim Kok Wing


Sementara itu, ketika berucap merasmikan Bangkit, Nasharuddin berkata kerajaan mengakui Felda melabur sebanyak RM23 juta setahun dalam sebuah pusat pengajian tinggi swasta iaitu Lim Kok Wing untuk membawa anak-anak peneroka belajar di situ.


Mengulas lanjut, Timbalan Presiden PAS itu berkata, kenyataan itu merupakan sata fakta jelas pemimpin Umno yang menerajui negara sebenarnya hipokrik tentang ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan.


Katanya, bukan sahaja biasiswa kepada bumiputra ditarik balik, bahasa Melayu dikhianati, membantu pusat pengajian tinggi swasta milik orang Melayu pun mereka (pemimpin Umno) tidak berminat.


"Saya bukan bermasalah dengan Lim Kok Wing, tetapi kalau betul Umno memperjuangkan Melayu kenapa sebuah agensi seperti Felda itu tidak dibawa melabur ke IPT swasta milik orang Melayu, sedangkan seperti kita sedia maklum ada IPTS milik orang Melayu yang daif dan memerlukan suntikan modal," kata beliau.


Malah tambahnya, dengan jumlah sebanyak RM23 juta setahun itu Felda sendiri mampu menubuhkan sebuah IPT miliknya kerana ia sangat mencukupi.


"Soalnya kenapa mereka tidak berbuat demikian? kerana inilah caranya golongan ini mengaut keuntungan dan kekayaan untuk diri sendiri dan kroni," ujarnya.


Sambutan hangat


Program Bangkit yang diadakan sepanjang hari mendapat sambutan mengalakkan khususnya dari kalangan peneroka Felda, Felcra dan individu yang tanah dirampas oleh kerajaaan.


Sepanjang program, rata-rata ahli panel dan pemidato menyentuh masalah peserta tanah-tanah rancangan seperti peneroka Felda yang ditindas dan dinafikan haknya.


Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang , Tengku Hassan Tengku Omar (Perampasan Tanah Rakyat, Suatu Pendedahan dan Tindakan Semasa) dan Peguam Aminuddin (Perjuangan Menuntuk Hak Peneroka Felda).


Slot khas turut diadakan untuk mendedahkan kepincangan pengurusan Felda oleh Pengerusi Alummni Bekas Kakitangan Felda, Khamis Saat yang menceritakan pengalamannya dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Lubuk Sireh, Perlis, Radzi Musthapa.


Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, manakala sebelah malan ceramah khas oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Umno berangan nak tawan Selangor, baca artikel ni dulu

























Secara umumnya,UMNO dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah.Selain itu,hakikatnya kerajaan Perak juga sebenarnya perlu berusaha menawan negeri Perak kerana baru-baru ini,mereka menguasai negeri tersebut melalui pintu belakang dan bukan melalui keyakinan rakyat.


Hanya UMNO,parti lain sudah menyerah kalah


belum naik sudah
ditolak
Inilah hakikatnya.Perjuangan BN sekarang untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat hanyalah melibatkan UMNO semata-mata setelah parti-parti komponen lain masih gagal mengikut arus dan rentak politik tanah air pada masa kini.

Lihat sahaja MCA yang masih terpalit dek masalah dalaman,MIC pula seolah-olah sudah hilang bisanya,malah pengganti Samy Vellu,Senator Datuk G.Palanivel juga telah diketahui umum sebagai tidak berkaliber, malah ditolak sendiri oleh pimpinan UMNO dalam PRK Hulu Selangor dahulu.

Seterusnya,parti-parti komponen seperti Gerakan,PPP dan lain-lain juga telah lama tenggelam dalam arus politik negara.

Benar UMNO telah berkeseorangan.Oleh kerana itulah,peranan Perkasa dilihat kena pada masanya dan menjadi regu utama UMNO buat masa ini.


Malah,penulis meramalkan berkemungkinan Datuk Ibrahim Ali bakal bertanding di Pasir Mas sebagai calon bebas mesra BN ataupun dibenarkan bertanding atas tiket BN sebagai ahli bersekutu.

Selain itu juga,Ketua Wira Perkasa juga berkemungkinan besar menjadi calon UMNO bagi Dun Taman Medan mahupun Seri Setia di Petaling Jaya Selatan.

UMNO dilihat begitu bersungguh untuk menguasai Selangor dalam PRU 13 memandangkan Selangor adalah negeri yang terkaya di Malaysia.

Apa yang nyata,muka-muka baru bakal dibawa masuk ke Selangor seperti Ezam Mohd Nor dan dijangka Datuk Seri Noh Omar bakal dibawa ke Dun dalam PRU 13.

Persoalannya, adakah penjenamaan semula secara besar-besaran UMNO di Selangor itu bakal menjatuhkan kerajaan Selangor pada masa ini?

Realiti Undi di Selangor dalam PRU 12



Bagi menilai harapan UMNO untuk menembusi Selangor dalam PRU 13 nanti,oleh itu asas-asas undi PRU 12 juga perlu dijadikan ukuran.Berikut diperturunkan kedudukan kerusi Dun dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008 mengikut parti:


Secara perinciannya lagi,dapatan undi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

LAMPIRAN SATU SABAK BERNAM-SELAYANG

LAMPIRAN DUA GOMBAK-PUCHONG

LAMPIRAN TIGA KELANA JAYA-KAPAR

LAMPIRAN EMPAT KLANG-SEPANG

KEPUTUSAN PENUH


Secara umumnya,kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor pada ketika ini adalah 35 buah kerusi (pecahan PKR 14,DAP 13 dan PAS 8) manakala Barisan Nasional pula mempunyai 20 kerusi, ditambah kerusi Bebas yang mesra BN iaitu Adun Pelabuhan Klang (PKR) yang keluar parti di mana pecahan kerusi BN adalah 18 untuk UMNO dan 2 untuk MCA.

Secara puratanya,undi popular Barisan Nasional di Selangor menjunam teruk di mana mereka hanya mendapat sokongan 43.4 peratus undi popular sebanyak 498 735 undi manakala Pakatan Rakyat pula memperoleh keseluruhan 649 945 undi yang membentuk keseluruhan 56.6 peratus,satu jarak undi yang agak selesa.Majoriti perbezaan undi BN dan PKR pula melebar dalam lingkungan 151 210 undi.

Persoalannya,bagaimanakah Barisan Nasional yang dikatakan bersungguh-sungguh mahu menguasai Selangor sedangkan mereka perlu mencari baki sembilan lagi kerusi Dun bagi membentuk majoriti mudah di Dun Selangor dalam pilihanraya umum ke 13?Oleh itu,peluang semestinya terarah kepada kerusi-kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi dengan majoriti kurang seribu undi.Berikut diperturunkan senarai kerusi tersebut:

1. N4 Sekinchan
DAP - majoriti : 190

2. N10 Bukit Melawati
PKR - majoriti : 297

3. N52 Teluk Datuk
DAP - majoriti : 698

Walaubagaimanapun,jumlah sembilan lagi kerusi itu juga agak mustahil untuk dicari memandangkan hanya ada tiga buah kerusi sahaja yang dimenangi PR dengan undi bawah 1000 undi majoriti.

Pun begitu,adakah BN yakin mampu menawan kerusi-kerusi majoriti Cina dan India ini setelah mereka saban hari menyakiti hati masyarakat bukan Melayu dengan kenyataan dan tindakan bersikap perkauman?

Oleh itu,secara umumnya kawasan-kawasan tersebut bukan sahaja BN bakal tewas di sana,malah berkemungkinan kalah dengan margin undi yang lebih besar.

Katakanlah,BN mahu bersikap optimistik dengan kebolehan menawan tiga Dun berkenaan.Oleh itu,mereka memerlukan ENAM buah lagi Dun untuk membentuk majoriti mudah.

Justeru,berkemungkinan besar BN akan melihat kepada kawasan-kawasan yang dimenangi PR dalam majoriti kurang daripada 2000 undi termasuklah Ijok (1920),Bukit Antarabangsa (1381),Cempaka (1048), Kota Damansara (1075) dan Selat Kelang (1459).

Itupun BN perlu mencari satu lagi Dun seterusnya berkemungkinan Dun Sijangkang yang dimenangi Pas dengan majoriti 2081 undi.

Apapun,persoalan lain pula timbul,mampukah BN merampas enam kawasan di atas,walhal kawasan tersebut diwakili oleh nama-nama besar Pakatan Rakyat termasuklah Menteri Besar dan Exco iaitu MB Tan Sri Khalid Ibrahim - Ijok,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - Bukit Antarabangsa, exco Iskandar Abdul Samad - Cempaka, Dr.Nasir Hashim - Kota Damansara dan exco Dr.Halimah Ali - Selat Kelang?

Adakah Barisan Nasional mahu bersikap optimis dalam menawan Selangor walhal kita tahu bahawa kajian persepsi politik meletakkan keadaan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang.

Sehingga kini,masih belum dilihat mana-mana anjakan besar-besaran ke arah Barisan Nasional di bawah Najib Tun Razak.Malah,kemerosotan ekonomi negara,kenaikan harga barang dan indeks rasuah yang buruk turut menjauhkan rakyat daripada Barisan Nasional.

Dalam keadaan Barisan Nasional dilihat besungguh menawan kerusi Pakatan Rakyat,apakah jaminan kerusi-keusi mereka terselamat,walhal banyak kerusi yang dimenangi mereka diperolehi dengan majoriti yang cukup rendah.Perinciannya seperti di bawah:

1.Sungai Air Tawar - 123
2.Sabak 117
3.Sungai Panjang 5828
4.Hulu Bernam 3549
5.K.Kubu Baharu 448
6.Batang Kali 2179
7.Sungai Burong 2710
8.Permatang 608
9.Jeram 1476
10.Kuang 517
11.Taman Templer 613
12.Dusun Tua 1963
13.Semenyih 1140
14.Seri Serdang 45
15.Paya Jaras 642
16.Sementa 0
17.Morib 286
18.Tanjong Sepat 2374
19.Dengkil 3367
20.Sungai Pelek 1572

Berdasarkan senarai di atas,majoriti tertinggi yang diperolehi BN adalah di Dun Sungai Panjang,kerusi bekas MB Selangor iaitu Datuk Seri Mohd Khir Toyo manakala majoriti terendah diperoleh oleh Adun Seri Serdang iaitu Mohd Satim Diman dengan kelebihan hanya sebanyak 45 undi.

Oleh itu terdapat SEMBILAN buah kerusi yang menjadi cabaran buat BN untuk mengekalkannya setelah menang dengan majoriti kecil iaitu Dun Sungai Air Tawar,Sabak,Kuala Kubu Baharu,Permatang,Kuang,Ta

man Templer,Seri Serdang,Sementa dan Morib.Dun Sementa yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon UMNO,Datuk Abdul Rahman Palil tempoh hari juga berkemungkinan besar terlepas ke tangan Pakatan Rakyat setelah Parlimen Kapar dan tiga lagi Dun di dalamnya dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti yang cukup selesa.

Mereka mungkin cuba mengejar SEMBILAN Dun tetapi pada masa yang sama bakal terlepas SEMBILAN Dun yang lain.

DALIL MENGAPA UMNO MUNGKIN GAGAL MENAWAN SELANGOR

Faktor Demografi Pengundi Selangor


Secara umumnya,dalam PRU 12 yang lalu,Barisan Nasional hanya menang di kawasan majoriti Melayu luar bandar yang bertaburan di luar kawasan luar Lembah Klang seperti di kawasan Sabak Bernam,Hulu Selangor,Hulu Langat,Kuala Langat dan Sepang.Itupun dengan majoriti rendah kesan penghapusan kerusi-kerusi Melayu kepada kerusi campuran satu masa dahulu.

Pakatan Rakyat pula menang di hampir kesemua kawasan Melayu bandar dan kawasan campuran, membuktikan bahawa golongan elit dan terpelajar Melayu dan pengundi bukan Melayu telah menolak UMNO secara jelas di Selangor.

Malah di kawasan majoriti Cina di Petaling Jaya,Melayu di Shah Alam dan India di Klang telah menunjukkan UMNO ditolak secara total malahan hanya menang satu di Sementa,itupun kerana menang tanpa bertanding.Ternyata,sokongan seperti ini masih tidak berubah secara jelas,oleh itu impian BN untuk menang di Selangor kabur jika tidak menguasai tiga kawasan utama ini.

Sikap Perkauman Punca BN bakal bungus

Semasa PRU 12,BN ditolak di Selangor dan seluruh negara oleh pengundi bukan Melayu,bukanlah disebabkan faktor perkauman dan racism tetapi lebih kepada kelemahan dan ketirisan dalam pentadbiran Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun,sikap BN yang seperti gila talak selepas mengalami kekalahan mula menabur peluru perkauman sempit yang mana mereka kira laku untuk menarik undi Melayu setelah mereka yakin undi Cina dan India tidak banyak berubah.

Apapun,tindakan itu ternyata silap apabila dalam PRK Hulu Selangor sahaja,swing undi Cina meningkat kepada 70 peratus,mencerahkan harapan Pakatan Rakyat menembusi Dun Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu.

BN sebenarnya sudah silap strategi.Adakah mereka fikir konsep 1 Malaysia akan berjaya setelah konsep 1 Ketuanan lebih mendominasi sentimen BN terhadap pengundi masa kini?Oleh itu,ternyata Perkasa yang didokong BN bakal menjadi senjata makan tuan sahaja selepas ini.

Kenaikan Harga Barang dan Prestasi Ekonomi

Pastinya dua isu besar ini bakal menjadi undi penentu Melayu Bandar dan orang Cina dalam PRU 13.Melayu bandar,golongan pengundi berpendapatan sederhana adalah golongan yang agak terkesan dengan kenaikan harga barang memandangkan kos sara hidup yang membebankan masa kini menghantui hidup mereka.

Kenaikan harga petroleum,gula,diesel,gandum dan roti amat terkesan memandangkan perkara tersebut adalah keperluan asas dalam kehidupan seharian.Malah ada jenaka yang berbunyi,kerajaan telah menurunkan harga seluar dalam sehingga ada "barang" lain yang naik.

Pengundi Cina pula diketahui menolak BN kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan lembap.Oleh itu,asas untuk mereka terus menolak BN itu ada setelah kepimpinan Najib semakin menjatuhkan ekonomi negara dengan kegagalan beliau menarik pelaburan FDI di Malaysia dengan berkesan tahun lalu.

Apapun,peluang masih ada buat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersedia dan berfikir adakah mereka telah memberikan yang terbaik buat rakyat setelah PRU13 dijangka berlaku Mac ini.Persoalannya sekarang,adakah Dun Selangor akan dibubarkan pada tarikh yang sama?Fikir-fikirkan....

kamisokongpas


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Turun 5 Disember : Peluang rakyat tentang kezaliman Umno


















SHAH ALAM , 4 Dis. : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak boleh lagi berkompromi dan perlu mengajukan isu air ini ke peringkat tertinggi bagi memastikan rakyat negeri Selangor dan Kuala Lumpur terus dimangsakan Umno-Barisan Nasional(BN).

Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Ahad ini sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat negara ini.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS. Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." beliau berkata demikian ketika ditemuramah TV Selangor di sini hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara itu dijadualkan berlangsung esok dengan dijangka ribuan rakyat berpakaian merah berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Abdullah Sani turut menempelak arahan polis yang melahirkan kemungkinan protes itu bakal berdepan tindakan ganas persis peristiwa Demontrasi Bersih 2007 dan Anti ISA pada 2009 dan 2010.

Bagi beliau semua itu mainan politik parti pemerintah kerajaan pusat.

"Sejak bila perhimpunan dikatakan perhimpunan halal, selain dari Umno yang buat program itu. Dalam negara, undang-undang kita ni berat sebelah. Penguasaan kita sejak dari tahun 1957 itu, kalau dari BN, dihalalkan, selain dari BN diharamkan," justeru beliau berjanji bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus teguh membela rakyat tanpa mengira risikonya.

"Dari dulu lagi itulah ugutan yang kita terima, itulah permainan polis kepada rakayt Malaysia. Tapi kita pinggirkan semua itu, kalau kita ikut agenda ketakutan, kita takkan maju. Itu untuk rakyat, teruskan untuk kita dimasuk lokap itu hak dia lah. Yang jelas kita tak akan undur kerana ini untuk rakyat. Persetankan ugutan ini," tegasnya.

(Radzi Razak)

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Selepas demo protes SYABAS , demo protes FELDA menyusul

















KEMAMAN, 4 Dis.: Jika kerajaan Umno- Barisan Nasional(BN) enggan peduli nasib peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan dan mangsa perampasan tanah di Sabah dan Sarawak, bersiap-sedia untuk berdemonstrasi secara besar-besaran.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Mazlan Aliman berkata kerajaan diberi peluang menyelesaikan isu penipuan di tanah rancangan pertanian, dan kebiadapan kroni pemerintah merampas tanah milik rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika masih tidak dipedulikan, perarakan 100,000 rakyat melibatkan mangsa dan rakyat prihatin akan menggegarkan ibu negara, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, memohon keadilan dan perlindungan.

Mazlan berkata perarakan ini adalah sebagai langkah terakhir. Tegas beliau isu-isu yang berbangkit harus diselesaikan sebelum Parlimen dibubarkan.

"Sampai satu tahap apabila segala proses perbincangan dan rundingan gagal melunakkan hati pemimpin-pemimpin kerajaan, kita terpaksa menggunakan pendekatan ini. Ini tidak dapat dielakkan. Saya telah sebut dengan pimpinan PAS Pusat, kita bersedia mengerahkan masyarakat marhaen ini," katanya ditemui Tv Selangor di Kemaman.

Mazlan menjelaskan beliau aktif bergerak di Sabah dan Sarawak sepanjang dua tahun ini, selepas terpanggil dengan keluhan yang dialami rakyat di sana.

Beliau menambah beliau menerima laporan dan aduan bahawa pihak tertentu dipercayai kroni pemerintah menceroboh, merosakkan tanaman, membakar pondok yang ada, dan merampas tanah-tanah tani milik rakyat Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman.

"Isu yang paling serius terutamanya di Sabah dan Sarawak. Tanah-tanah mereka sesuka hati dirampas oleh syarikat-syarikat besar yang datang melalui kabel kerajaan negeri. Terbaru, mereka keluar notis merampas tanah milik rakyat di Keningau, yang mereka telah diami 70-80 tahun.

"Tiada tempat untuk mereka mengadu. Saya dan mereka berhimpun dalam satu pertemuan di Sandakan membabitkan 3,000 rakyat Sabah, melahirkan keluhan mereka kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya," terangnya.

Mazlan berkata pihaknya mahu menghimpunkan kekuatan parti-parti Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan dalam kempen ini.

Perancangan ini dijangka memakan masa tiga hingga empat bulan, dan pihaknya berharap sasaran 100,000 rakyat dapat tercapai, dan menyampaikan rintihan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

"Sebenarnya sudah lebih dua tahun saya berulang-alik Sabah dan Sarawak. Terakhir saya himpunkan lebih kurang 3,000 orang dari pedalaman di Sandakan. Dan mereka sangat mengharapkan bantuan kita kerana mereka tiada tempat untuk mengadu. Saya terkejut mereka sanggup kembara 7-8 jam untuk menemui Ketua Pembangkang Datu Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan masalah mereka.

"Selepas itu, mereka hubungi saya dan memberitahu bahawa jentolak telah sampai ke tanah mereka. Tanaman dirobohkan, rumah mereka juga dibakar. Berminggu-minggu tanaman dimusnahkan. Kita tidak boleh biarkan suasana ini berlaku," jelasnya lanjut.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

1000 peneroka akan saman FELDA














KEMAMAN, 4 Dis. : Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim akan memimpin 1,000 peneroka memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA, menyentuh dua isu penipuan.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan atau Anak, Mazlim Aliman berkata 1,000 peneroka itu adalah dari kawasan rancangan FELDA Bera, dan bakal disusuli dengan saman dari 4,000 peneroka negeri Pahang, tiga bulan selepas itu.

Saman ini akan difailkan di Mahkamah Temerloh, 17 Disember depan.

Ditemui di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kemaman hari ini, Mazlan berkata rakyat sudah tidak lagi sabar dengan sikap kerajaan yang tidak mempedulikan keluhan mereka.

Mazlan memberitahu ada di kalangan 14,882 peneroka belum menerima wang tanam semula yang belum dilunaskan FELDA.

Kerajaan juga dikatakan gagal menangani manipulasi kadar perahan gred oleh FELDA, yang membayar peneroka kadar 19 peratus sahaja, jauh lebih kecil dari nilai 25 peratus yang sepatutnya.

"Bagi rakyat, mereka sudah hilang sabar, dan kita terpaksa menggunakan saluran perundangan bagi menuntut hak mereka ," katanya.

Anwar juga akan diiringi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Karpal Singh akan turun ke kawasan FELDA di Parlimen Bera, yang akan memulakan saman pertama bagi negeri Pahang.

Menurut Mazlan, usaha peneroka Bera akan disusuli dengan saman dari Jengka dan Keratong.

"Untuk makluman usaha kita di Muakil, Johor sudahpun dibicarakan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Manakala yang menunggu dibicarakan adalah Serting. Ini akan mungkin akan diikuti di Terengganu dan di Perak, dan akhirnya mungkin membawa ke seluruh negara," tambahnya lagi.

Sebelum ini FELDA diarah mahkamah persekutuan membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan memberi tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Bubarkan BN sebab dah senget angkara Umno


















KUALA LUMPUR 4 Dis. : Parti Gerakan hari ini melalui Timbalan Presidennya, Chang Ko Youn berkata membubarkan parti-parti komponen Barisan Nasional(BN) adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini, lapor Malaysiakini.

Beliau dipetik berkata, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja”.

“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan bukannya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.

“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Harga barang naik : Rakyat merana angkara Umno















SHAH ALAM, 4 Dis. : Langkah kerajaan menaikkan empat harga barang semalam dibimbang akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan rendah, ujar Pengarah Komunikasi, Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) Mohd Yusuf Abdul Rahman.

Disamping itu beliau melahirkan kebimbangan berkenaan sikap sambil lewa kerajaan membuat penguatkuasaan yang ketat bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya meskipun barang tersebut tidak terlibat secara langsung dalam kenaikan empat harga barang yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Tambahnya, perkara ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan yang menaikkan harga secara mengejut sekaligus membebankan rakyat.

"Kita berharap bahawa kerajaan perlu memainkan peranan untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa apabila kerajaan menaikkan harga barang-barang tersebut, dia tidak akan menyebabkan harga barangan yang lain naik.

"Kalau berlaku juga kenaikkan, ini yang akan menyebabkan rasa tidak puas hati daripada rakyat kerana kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap barang-barang yang lain," jelasnya.

Sementara itu, menurut Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara. Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau turut bertegas kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.



Berkongsi kebimbangan yang sama ialah Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula bagi menyelaras subsidi yang diberikan kepada rakyat.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Demo untuk rakyat



























SHAH ALAM, 4 Dis. : Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang dirancang Kerajaan Selangor esok bertujuan untuk menghantar memorandum kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong supaya hak rakyat diutamakan dalam isu pengurusan air.

Ia bukan untuk "menggalakkan perbuatan jenayah" seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah ketika bercakap kepada pihak media semalam.

Kebebasan mengadakan perhimpunan aman seperti yang termaktub mengikut Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas dasar ini Kerajaan Negeri telah membuka ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka kepada usaha mengambilalih pengurusan air dari syarikat swasta yang nyata gagal membekal air bersih dengan harga yang berpatutan.

Juga dalam kes Mohamad Sabu, Tian Chua dan 26 yang lain. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada November lalu telah memutuskan tidak salah bagi rakyat untuk berhimpun di masjid yang merupakan rumah ibadat bagi umat Islam.

Rakyat Selangor serta pimpinan negeri hanya mahu mendapatkan perhatian Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat rakyat mencari keadilan dan berlindung supaya hak rakyat tidak diketepikan dalam isu air apatah lagi dalam ketika hidup rakyat semakin perit dengan harga barangan asas yang meningkat.Tujuan ini jauh menyimpang dari anggapan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan mengambil sikap professional ketika memantau perhimpunan aman esok dan semua pemimpin yang hadir akan memberi kerjasama pihak berkuasa agar semua berjalan lancar.

Kerajaan Negeri juga menyeru agar rakyat yang bersama kerajaan Negeri bertenang dan sentiasa bersikap rasional ketika menyertai perhimpunan aman tersebut esok.

Kerajaan Negeri telah pun memaklumkan tentang perhimpunan aman ini kepada polis termasuk, Ketua Polis Kuala Lumpur, Pejabat polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam Malaysia (Bar Council).


FAEKAH HJ HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Polis guna amalan 'Antara Dua Darjat' untuk Umno dan PAS



DEMO ANJURAN PAS DIHALANG POLIS, SEKEJAP PUN TAK BOLEH

DEMO ANJURAN UMNO POLIS TAK BERANI HALANG, LAMA MANA PUN TAK PA

KUANTAN , 4 Dis. : Demo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang itu dikatakan untuk menyatakan bantahan terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil mempertikakaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Demo yang diketuai oleh Ketua Penerangannya iaitu Mohd Faiz Hashim (foto), yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Indera Mahkota itu dilihat berjalan dengan lancar dan baik tanpa gangguan oleh pihak polis seperti kebiasaannya.

Biarpun ia mungkin tidak mempunyai "permit" seperti lain-lain demo sebelum ini, namun anehnya mereka dilihat selesa mengadakannya tanpa ada mana-mana pegawai polis yang mengarahkan ia diberhentikan seperti yang berlaku kepada pihak pembangkang sebelum ini.

Memang benar polis ada memantau, tetapi mereka dilihat sekadar berborak-borak sesama sendiri dan tidak bertegas untuk menghalang. Inilah buktinya, yang pihak polis dilihat "double standard" terhadap rakyat itu sendiri.

Bayangkan jika yang bercakap itu pemimpin atau NGO pembangkang, sudah pasti mereka akan bertegas mengarahkan ia diberhentikan, semua bersurai atau memberi masa lima minit sahaja untuk berucap dan beredar dari lokasi berkenaan. Apapun, demo terbabit hanya disokong oleh pihak yang berkenaan sahaja, termasuk beberapa orang pemimpin UMNO, serta wakil NGO terbabit seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang dan juga MAYC.


Bukti, demo bantah judi anjuran PAS (pembangkang) diganggu pihak polis
kelihatan OCPD Kuantan, Jasmani Yusof memberi kata dua kepada peserta

Lagu bukti kukuh, pihak polis kuat kuasakan undang-undang bila demo itu
dilakukan pembangkang tetapi tidak untuk mereka yang sokong kerajaan


Menurut Faiz, ketuanan Melayu yang cuba dipersoalkan tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitivi kaum Melayu.

Beliau juga memberi amaran pihak berkenaan supaya tidak lagi mempersoalkan perkara terbabit kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan.

Disamping ketuanan Melayu, yang dipersoalakan juga ialah tentang penghinaan terhadap agam Islam itu sendiri yang dibuat oleh salah seorang wakil PKR ketika
Kongres Nasional parti itu baru-baru ini.

Mereka mengecam tindakan wakil berkenaan yang juga merupakan ADUN Hutan Melintang Perak,
S.Kesavan yang didakwa mentafsir ayat Al-Quran secara membuta tuli dan tidak tepat.

Apa yang pasti pemimpin UMNO dan NGO mereka perlu banyak belajar ilmu berdemo daripada pembangkang.



Orang ramai di bandar ini terkejut dengan tindakan "double standard" pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang mereka terutamanya berkaitan dengan isu perhimpunan dan demontrasi aman.

Jika ia melibatkan pemimpin dan NGO yang berkaitan dengan parti pembangkang, sudah pasti undang-undang tegas akan dikenakan.

Malah, pihak polis sanggup menghalang acara terbabit dalam apa jua cara sekali pun termasuk menggunakan kekerasan terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis bukan sahaja mengarahkan mereka bersurai malahan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat.

Malah, dalam kebanyakkan demontrasi aman yang dijalankan oleh merela, pasti saja Ketua Polis Daerah (OCPD) sendiri akan turun untuk memantau situasi di lokasi yang berkenaan iaitu perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

Tindakan ini jelas sekali dengan konsert "mesra rakyat" yang sepatutnya diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Jika ia melibatkan pembangkang, maka mereka sewenang-wenangnya menguatkuasakan undang-undang berlandaskan undang-undang.

Tetapi apabila melibatkan pemimpin, parti politik atau NGO yang menyokong kerajaan maka semua arahan tersebut "longgar begitu sahaja". Inilah yang berlaku dalam demo "Bantahan Ketuanan Rakyat" yang diadakan di perkarangan masjid terbabit petang semalam.


Sebahagian peserta demo yang kelihatan semasa cara itu berlangsung

Kain rentang "Anwar Ibrahim Bertaubatlah" juga dipamerkan mereka

Kain rentang yang dipasang di pagar masjid, hero demo semalam (kanan)

Apa yang menarik ialah "Laungan Allahu Akhbar" yang dijeritkan oleh Faiz langsung tidak mendapat "sahutan" daripada jemaah yang keluar dari masjid berkenaan.

Hanya beberapa kerat yang menyahut laungan tersebut dengan hati yang tidak ikhlas. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkag terutamanya dari PAS sebelum ini. Mungkin kerana
"roh perjuangan Islam" dalam diri mereka itu tidak berapa kuat agaknya, maka ia gagal memberi impak besar kepada jemaah masjid yang berada disitu semalam.Pahang Daily Online

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...