Monday, January 30, 2012

POLIS PUN UMNO TIPU!!! Baca laporan polis ini, kemudian fikirlah sendiri apa nak jadi dengan UMNO


PUNYALAH HAPRAK BIN BANGSAT PUNYA PECACAI-PECACAI UMNO , SAMPAI SANGGUP BUAT LAPORAN POLIS PALSU BAGI MENGIYAKAN TINDAKAN SEKUMPULAN TERORIS BERJIWA DAN BERDARAH UMNO TULEN 110% ....


Berpolitik ada keterbatasannya....menyerang pihak lawan demi mendapatkan sokongan dan undi ada hadnya...jangan sampai buat kerja yang amat bodoh sehinggakan menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai......sekarang ini maklumat dihujung jari....maklumat kini dengan wujudnya internet gagal disorok dan disekat oleh
UMNO.....sebagai contoh kejadian yang mengemparkan negara... kisah sekumpulan anak-anak muda "Melayu" berdarah dan berjiwa UMNO yang dikepalai Ketua Terorisnya MUHAMAD RAZALI HUSIN telah merusuh dan menyerang dengan senjata satu perjumpaan aman didalam dewan anjuran bersama A.B.U./HINDRAF.....siasatan polis telah dan sedang dijalankan dibawah Sek 148 Kanun Keseksaan....memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan....

Tidak sampai 1 jam kisah dan peristiwa pahit dan dahsyat ini berlaku, ianya sudah pun dimuat naik kedalam Youtube...rakyat sudah boleh akses dengan melihat dan mendengar sendiri bagaimana episod malang itu berlaku...

Kejadian berlaku pada 21hb Januari 2012 jam lebih kurang 9.20 malam...tapi satu laporan polis palsu dari seorang mangkuk ayun
UMNO warga emas berumur 60 tahun dibuat di Balai Polis Shah Alam... kisah laporannya amat berbeza dengan apa yang kita lihat dan tonton di Youtube...Sampai begitu sekali dahsyatnya perangai juak-juak UMNO... sudahlah merusuh dengan menggunakan senjata sehingga menyebabkan seorang cedera dan terpaksa menerima rawatan..yang peliknya sanggup buat laporan palsu.. laporan bohong dan tipu...

Sudah tentu ada yang berikan nasihat serta sokongan supaya melakukan sedemikian oleh mangkuk ayun taraf warga emas yang haprak ini...

Pihak polis perlu menjalankan siasatan juga dibawah Sek 182 Kanun Keseksaan keatas pembuat laporan polis palsu ini.... kesalahan pada sesiapa yang membuat laporan palsu kepada polis.... Sabit kesalahan hukumannya adalah penjara enam bulan atau denda sebanyak RM2, 000 atau kedua-duanya sekali....






DALAM
UMNO BUAT KERJA MENIPU,MEMFITNAH, MENGGUGUT INI TAK KIRA STATUS DAN KEDUDUKAN DALAM PARTI... LAGI TINGGI JAWATANNYA LAGI KUAT BUAT KERJA MUNGKAR...SEBAB ITU KITA PERLU SELAMATKAN NEGARA KITA DARI TERUS DITINDAS,DITIPU DAN DIZALIMI... UMNO/BN MENANG... MALAYSIA AKAN TERLINGKUP BANKRAP...SELAMATKAN MALAYSIA.. TERAJANG SEPAK KELUAR UMNO DARI PUTRAJAYA...

OMAK KAU

Read more ...

KG. BEREMBANG!!! Zaman BN perintah penduduk dihambat , bila PR perintah penduduk dapat rumah


KUALA LUMPUR, 30 JAN - Projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun dijangka berakhir pada 1 April depan.

Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh itu supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan itu.

Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta ini tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya kepada media ketika ditemui dalam lawatan kerja ke tapak projek perumahan Kampung Berembang di sini hari ini.

Iskandar berkata, projek perumahan itu telah dipantau oleh exco yang mendapat laporan pada setiap dua minggu dan juga telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat  Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

Malah, katanya pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, pihaknya telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk setinggan.

"Yang ini termasuk kepada mereka yang telah membantah semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika program setinggan sifar di mana mereka merobohkan rumah. Maka ada penduduk yang telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan Negeri. Ketika itu Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo. Siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambilalih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu.

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," katanya.

 Ketua Penduduk Kampung Berembang, Noralizan Ali, 49 ketika ditemui melahirkan rasa gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

"Boleh kata puas hatilah. Kita dah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Penduduk pun dah tunggu lama ni. Kami dah tinggal di bawah kabel tu rasanya empat hingga lima tahun.

"Bersyukurlah kepada tuhan. Kita bersyukur kepada Kerajaan Negeri juga yang membantu dapat selesaikan masalah dengan cepat," katanya.

Beliau berkata, sememangnya semua penduduk kampung itu menunggu detik itu sejak sekian lama kerana projek itu telah tertangguh beberapa kali sejak empat tahun lalu.


PSSTTTT....INI MACAM KALU... AGAK-AGAK....UMNO BOLEH RAMPAS BALIK KE SELANGOR DARI KERAJAAN YANG BERJIWA RAKYAT... KERAJAAN YANG MERASAI DENYUT NADI KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN RAKYAT....KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...BOLEH KE??OMAK KAU

Read more ...

DAP MANA BERTANDING DI BUKIT GANTANG!!! Tapi Hasan Ali minta pengundi Bukit Gantang jangan undi DAP


Hasan Ali meminta derma daripada orang ramai ,untuk meneruskan "road show" di Bukit Gantang. Hasan Ali beritahu,ada 6 ribu orang malam itu,tapi seorang SB beritahu penulis setakat seribu orang je.


Hasan Ali dalam ucapannya sebagai motivator di parlimen Bukit Gantang ,pada 29 Januari lalu meminta pendengar ,jangan mengundi DAP pada pilihanraya akan datang.

Para pendengar ketawa sinis,kerana DAP bukannya bertanding di Parlimen Bukit Gantang.Parlimen Bukit Gantang calonnya PAS dan UMNO sahaja.


Dalam ceramahnya yang mendabik dada itu,dia juga tidak menyuruh mengundi UMNO dan tidak juga meminta jangan memangkah PAS.

Tapi orang kampung dalam Bukit Gantang ,memberitahu penulis,Hasan Ali semakin bodoh."DAP bukannya bertanding Bukit Gantang".Sisi Bukit

Read more ...

DAH LAMA DAH!!! Kenapa Mahathir tak berhenti menyerang Anwar?


Amin Iskandar @ Black

Sedar tak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar with us troops
Semenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, pertarungan di antara dua gergasi politik ini masih belum lagi reda.

Cuma ada turun naiknya. Pertembungan reda seketika sewaktu Tun Abdullah Badawi memimpin negara.


Kedua-dua tokoh hebat. Seluruh negara diheret dalam pertembungan politik mereka.


Dr Mahathir masih mampu menyeret seluruh jentera kerajaan untuk bersamanya melawan Anwar – walaupun beliau melepaskan jawatan pada tahun 2003 lalu.


Anwar yang dulu anak didik kesayangan Dr Mahathir tidak kurang hebatnya, daripada seorang pemimpin nombor dua Umno, beliau mampu menyatukan parti politik pembangkang seperti PAS dan DAP serta menubuhkan PKR untuk bersamanya melawan Dr Mahathir.


NONE
Mungkin oleh kerana Anwar banyak menerima ilmu politik dari Dr Mahathir, menyebabkan beliau masih lagi mampu bersilat sehingga hari ini dengan bekas bosnya itu.

Igauan Dr M


Dr Mahathir banyak belajar dari pemimpin negara jiran - juga sahabatnya. Beliau melihat bagaimana teman baiknya, Presiden Soeharto digulingkan di Indonesia.


Soeharto sebagai seorang pemimpin yang kuat akhirnya tersungkur akibat demonstrasi rakyat.


12 tahun sebelum Soeharto tumbang, di Filipina berlaku kebangkitan rakyat menjatuhkan seorang pemimpin kuku besi Presiden Ferdinand Marcos. Marcos dihalau bukan sahaja dari kekuasaan akan tetapi terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat. Sehingga akhir hayat Marcos tidak sempat pulang ke Filipina.


Apabila Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998, beliau tidak menyangka akan berlaku kebangkitan rakyat. Hampir setiap minggu demonstrasi berlaku di ibukota walaupun tangkapan ISA berlaku terhadap orang-orang kanan Anwar.


reformasi 1998 270808 02
Pada ketika itu, penyokong gerakan Reformasi hanya berpayung dibawah sebuah NGO yang bernama ADIL. ADIL mendapat keahlian yang besar. Mahathir nampak akan bahaya gerakan seperti ini kerana tidak jelas hala tuju politiknya. Jika dibiarkan, tidak mustahil beliau akan senasib Marcos dan Soeharto.

Maka Mahathir mencabar penyokong gerakan Reformasi untuk menubuhkan parti politik dan bertanding pada pilihan raya. Mahathir tahu, apabila tertubuhnya parti politik, fokus untuk menumbangkan regim akan berkurangan dengan adanya politiking dalaman parti.


Sekurang-kurangnya, ia akan melambatkan proses kejatuhan regim pimpinannya. Tepat bacaan politik Dr Mahathir. Sehingga hari ini BN masih bertahan. Gerakan Reformasi pada ketika itu berjaya dilunakkan.


Cabaran Dr Mahathir disahut, tertubuhlah Parti Keadilan Nasional (PKN) – kini PKR selepas bergabungnya PKN dan PRM. Pilihan raya 1999 menyaksikan bagaimana Umno kehilangan majoriti undi dari orang Melayu.


reformasi 1998 270808 01
Jika tidak ada sokongan dari kaum Cina, Umno dan BN sudah pasti akan masuk ke dalam tong sampah sejarah.

Keputusan PRU 10 menjadi sebab utama Mahathir berundur. Beliau undur sebelum disepak keluar seperti Marcos dan Soeharto. Dari segi ini, Mahathir selamat.


Akan tetapi, yang paling Mahathir takut kini adalah jika BN tumbang, beliau dan kroni-kroni yang berpayung di bawahnya akan diheret ke mahkamah. Sebab itu Dr Mahathir tidak akan duduk diam selagi hayat dikandung badan.


Pertembungan berterusan


Hari ini, Anwar masih lagi musuh nombor satu Dr Mahathir. Anwar merupakan satu-satunya musuh politik yang gagal dibunuh kariernya oleh Dr Mahathir.


ahmad mustapha book lauch by musa hitam 141107
Lihat apa yang terjadi kepada tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam (kanan)? Kedua-dua tokoh itu hanya tinggal sejarah dan tidak lagi relevan dalam dunia politik hari ini.

Untuk Anwar, Mahathir juga adalah penghalang utama untuk beliau ke puncak kekuasaan. Bukan Datuk Seri Najib Razak dan bukan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kedua-dua Najib dan Muhyiddin terlalu “kecil” untuk menjadi lawan Anwar. Jika Mahathir tiada, sudah pasti beberapa tauke-tauke besar yang masih bernaung di bawah bekas perdana menteri itu dijangka belot menyebelahi Anwar.


Tauke-tauke ini juga tahu siapa yang kuat untuk menjaga kepentingan mereka. Apabila keadaan ini berlaku, maka tumbanglah BN. Dalam ertikata lain, selagi Dr Mahathir masih hidup, agak sukar untuk Anwar rapat ke Putrajaya.


Secara realitinya, Anwar juga tahu, beliau bukan sahaja melawan Dr Mahathir, akan tetapi seluruh jentera kerajaan yang ada. Perlawanan ini tidak akan berjaya semudah pilihan raya.


azlan
Tidak ada regim dalam dunia ini yang akan menyerah kepada rakyat semudah di medan pilihan raya.

Barang siapa yang menyangka BN boleh ditumbangkan pada PRU 13 dengan mengambil kira keputusan PRU 12 lalu adalah terlalu naif kefahaman politiknya.


Lihat saja di Mesir, apakah Presiden Hosni Mubarak dikalahkan pada pilihan raya? Persoalnnya, apakah Anwar percaya dengan pilihan jalanraya?


Pertarungan pusingan akhir


Kini pertarungan Mahathir-Anwar masuk ke pusingan akhir. Setakat ini, kedua-dua tokoh mempunyai stamina panjang.


Tanpa boleh mengharapkan seratus peratus pada Najib, Mahathir sendiri terpaksa masuk kembali ke gelanggang.


NONE
Apabila timbul isu kenyataan Anwar tentang isu Palestin – Israel, Mahathir mendapat peluru. Beliau terus menyerang Anwar. Kata Dr Mahathir, Anwar memang akrab dengan pemimpin Israel.

Isu Israel ini akan dijadikan modal untuk terus menyerang Anwar selain isu video seks setelah kes liwat gagal menyebelahi Mahathir.


Bagi yang ingin melihat pedebatan di antara BN dan Pakatan dalam bentuk polisi, ia tidak akan berlaku dalam jangkamasa terdekat. Pertarungan pusingan akhir ini akan menjadi lebih hebat lagi.


Dari segi usia, Anwar mempunyai kelebihan kerana jauh lebih muda berbanding Mahathir.


Pertarungan pusingan akhir akan menentukan sama ada Mahathir atau Anwar yang bakal menang dalam perlawanan yang panjang ini. Hanya masa yang menentukan.

Read more ...

PERKASA DIAM !!! Mahathir kata Hang Tuah bukan pemimpin terpuji

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merancakkan’ lagi perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah dengan mendakwa adalah salah untuk mengagumi pemimpin dalam sejarah Melayu itu.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam, beliau berkata Hang Tuah "terlalu setia" dan digambarkan melakukan perkara yang tidak terpuji sama sekali.


NONE
"Beliau digambarkan sebagai seorang yang sebegitu baik, amat taat, begitu setia dan sanggup membunuh kawannya walaupun mengetahui bahawa (Hang Jebat) dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya.

"Untuk membunuh rakan-rakan ‘Hang’ bukan sesuatu yang terpuji langsung," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin.


Mengenai persoalan kewujudan pahlawan Melayu silam itu, Mahathir berkata "mungkin ada sedikit kebenaran dalam cerita itu" walaupun bukan semuanya boleh dipercayai.


Beliau berkata Hikayat Hang Tuah, yang meriwayatkan Hang Tuah mengalahkan semua negara di dunia, termasuk Turki, tanpa menceritakan bagaimana beliau berada di negara itu tidak dapat diterima akal.


"Kebanyakan ini adalah fiksyen," katanya.


Kontroversi ini tercetus apabila pakar sejarah Profesor Khoo Kay Khim awal bulan ini mempertikaikan kewujudan Hang Tuah.

Read more ...

MAI BACA TRANSKRIP!!! 26 soal jawap bersama Ustaz Azhar di Masjid Negeri, Shah Alam

ALHAMDULILLAH!!!

makluman : official dari masjid, 30k yang hadir di masjid..pengunjung live stream mencecah 110k. Islam dulu kini dan selamanya
azhar idrus 520x346 26 Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
26 Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan.

rantai leher perempuan cthnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.

” Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):

BF: U malam2 pakai baju apa?

GF: I malam2 baju kelawar

BF: I kelawar jugak.


2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?

Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

“Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.”

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.


3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.

Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?-

Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?

Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid

Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?

Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.


8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?

Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?

Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?

Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh. Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke).

Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.

Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:”Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.” UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain.”

UAI: “Payah nak cari yg penyayang macam saya”

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?

Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.

15. Boleh amik air wudhu’ putus2?

amik kat rumah, perabis di surau.- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?

UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.

Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram

perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah. Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak?

Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- “celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:

Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?

Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?

Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?

amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?

Tak dapat.


25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?

Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Cth:”Wallah, Tallah”.- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.

Jwbnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.

Read more ...

RASIS!!! DAP yang dituduh sedangkan UMNO adalah juara rasis di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 JAN: “Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.

“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.

“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam UMNO dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.

“Utusan Malaysia sudah kehilangan kredibiliti, malahan di kalangan Melayu, apabila akhbar itu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan diarahkan untuk membayar RM200,000 kerana memfitnah saya sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya DAP bangga dengan rekod memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Orang Asli, dan kerana itu, sudah makin ramai orang Melayu tidak percaya kepada pembohongan para pemimpin UMNO dan penipuan Utusan tentang DAP.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keputusan mahkamah terhadap Utusan juga membuktikan bahawa DAP dan beliau sendiri tidak bersifat anti-Melayu atau anti-Islam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, peruntukan, bantuan kebajikan dan usaha murni untuk orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang telah ditingkatkan berkali-kali ganda berbanding dengan pentadibran BN.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan bahawa serangan Utusan itu berpunca daripada kenyataan balas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyeru agar masyarakat Cina terus menyokong BN.

“Kenapa tidak salah apabila Chua menyeru kepada masyarakat Cina untuk bersatu menentang perubahan, tetapi salah apabila Kit Siang menyeru supaya masyarakat Cina untuk bersatu untuk menukar kerajaan dengan menyokong PR?

“Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?

“Adakah DAP itu rasis kerana menyerang UMNO yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?

“Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.

Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.

Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin kerana menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden UMNO itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

Read more ...

UJIAN KEPIMPINAN!!! Muhyiddin gagal jadi pemimpin sederhana

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dalam dua ujian kepimpinan apabila tidak menjadi pemimpin sederhana dan tidak mendokong konsep 1Malaysia ciptaan pemimpinnya Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Muhyiddin telah gagal dalam dua ujian tersebut apabila beliau telah memberi reaksi paling rasis dan ekstremis terhadap kemasukan orang Melayu ke dalam DAP.

Katanya Muhyiddin telah memberi amaran kepada orang Melayu supaya jangan “jatuh ke dalam perangkap DAP” di samping bersikap rasis dan eksteremis apabila mendakwa kononnya “DAP tidak pernah sekali pun berjuang untuk hak orang Melayu.”

Menurutnya, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO sudah mula panik dengan penyertaan beberapa personaliti Melayu dalam DAP termasuk bekas wakil rakyat UMNO dari Pahang, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz; veteran UMNO Negeri Sembilan Aspan Alias; bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari dan dua graduan undang-undang muda UiTM Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata bahawa sejak penubuhan DAP, ia berjuang sebagai sebuah gerakan politik yang patriotik dan berbilang bangsa yang berdedikasi ke arah perjuangan untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, mahu pun daerah.

Tambah beliau, DAP merupakan parti se-Malaysia yang pertama kerana bukan sahaja beroperasi di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sawarak.

Sehingga hari ini UMNO dan MCA tidak beroperasi di Sarawak manakala sejarah DAP dalam Sabah dan Sarawak sudah melangkaui 30 tahun.

“Seperti mana yang saya sudah sebut dalam sidang media untuk menyambut kemasukan dua graduan muda UiTM, Fairuz Azhan dan Dyana Sofya, sudah terdapat lima wakil rakyat dari kaum Melayu dalam sejarah DAP Perak.”

“Sejak dari mula penubuhan DAP sejak lebih empat dekad lalu, para pemimpin DAP di dalam dan luar Parlimen telah berjuang untuk orang Melayu yang tertindas dan dizalimi sebagaimana rakyat Malaysia yang lain sama ada berketurunan Cina, India, Orang Asli, Kadazan mahupun Iban,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selepas tsunami politik pilihan raya umum 2008, Kit Siang berkata semakin ramai orang Melayu dapat melihat dan menilai UMNO yang cuba meracuni minda orang-orang Melayu yang menggambarkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.

Menurut beliau, inilah yang menyebabkan panik di kalangan pemimpin UMNO seperti Muhyiddin kerana penipuan mereka terhadap DAP kini menemui satu pasaran yang kian meruncing termasuklah di kalangan orang Melayu.

“Kemasukan orang Melayu ke dalam DAP sepatutnya dilhat sebagai ‘kejayaan’ dasar 1Malaysia Najib, tetapi sebaliknya ini dikutuk oleh padangan rasis dan ekstremis Muhyiddin.

“Musuh utama 1Malaysia Najib sebenarnya datang daripada pandangan rasis dan ekstremis seperti Muhyiddin,” tambah beliau.

Read more ...

BONGKAR!!! Hubungan UMNO-Israel sudah berdekad lamanya

Oleh: dewa

"Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.
Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.
Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.
Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
Wassalam.
Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.

Read more ...

SIAPA LEBIH BERKUASA DI MALAYSIA!!! Najib atau Mahathir

Oleh Musli Oli

Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia percaya UMNO dan presidennya Perdana Menteri Mohd Najib Razak, seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai!

Sebab utama kerana Najib telah kehilangan integriti setelah kekayaan negara dan segala-galanya harta milik rakyat menjadi "milik peribadi", termasuk sebahagian besar pemilikan itu dilakukan para kroni beliau.

Najib dituduh sebagai seorang pembohong tegar! Yang ganjilnya, dia tidak peduli langsung. Dia tidak terasa malu bermuka-muka dihadapan rakyat dan masyarakat umum.

Jika hari ini dia boleh menggambarkan dirinya sebagai seorang malaikat, keesokan harinya dia boleh berlagak seperti seorang diktator dalam "Banana Republic"

Muka tebal atau tidak, tapi ini lah yang berlaku bila AG didesaknya membuat rayuan pembebasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan Sodomi II.

Sebagai perbandingan, Anwar konsisten. Daripada mula beliau mengakui hak AG untuk membuat rayuan. Setelah rayuan difailkan, Anwar tidak gelabah dan dia tidak mengatakan keputusan itu tidak wajar walaupun ramai rakyat berpendirian begitu.

Sebaliknya MP Permatang Pauh itu berpendapat, rayuan kes sodomi itu tidak sama sekali menjejaskan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya daripada Najib dan UMNO!

Kenyataan dan pendirian Anwar satu testimoni terhadap keyakinan diri yang kukuh. Bukan seorang pemimpin flip-flop!

Semua rakyat tahu, para ulamak, termasuk 40 ulamak muda, profesor universiti, bankers, ahli-ahli perniagaan, anggota polis dan tentera, judiciary dan ramai lagi dipergunakan Najib dan BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Malah para hakim juga boleh dibeli seperti dibuktikan dalam insiden pita rakaman Lingam yang tersebar luas menjelang PRU 2008.

Tun Mahathir dan rejim UMNO lebih cenderung melihat Anwar dalam penjara seperti pernah mereka lakukan pada 1998 untuk terus kekalkan kuasa.

Anwar adalah manusia yang jadi penghalang mereka terus duduk di atas singgahsana kuasa dan hidup seperti maharaja!

Memasukkan Anwar dalam penjara akan melemahkan pembangkang pada tanggapan puak ini.

Najib bijak berlakon dan pandai berpura-pura. Seolah-olah keputusan rayuan tidak kena mengena dengan beliau. Tapi siapa lagikah yang percaya dengan Najib? Dia membenarkan Tun Mahathir dan gangsternya, melakukan kerja-kerja itu.

Tun Mahathir awal-awal lagi secara terbuka berkata tidak ada salahnya kerajaan mempertikai keputusan hakim yang membebaskan Anwar.

Najib cuci tangan dan dia mahu kelihatan seperti seorang yang baik, seorang wassatiyah dengan tidak memalukan dirinya sebagai seorang Perdana Menteri jika membuat rayuan.

Amat malang kepada orang Melayu mempunyai seorang pemimpin dan perdana menteri yang begitu lemah. Najib tidak mengawal partinya sebaliknya parti mengawal dia!

Selepas Anwar dibebaskan dari tuduhan Somomi II, berita itu merupakan headlines akhbar-akhbar utama di seluruh dunia sebagai bukti bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa percaya Anwar difitnah dalam konspirasi Najib dan UMNO!

Masyarakat antarabangsa dan sebahagian besar rakyat Malaysia yakin dan percaya, Dato Seri Anwar adalah pemimpin terbaik untuk Malaysia untuk keluar dari kemelut yang dialami sekarang.

Nampaknya pihak pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa dalam rayuan itu kerana mahkamah jelas berada dipihak BN. Apapun isu RM250 juta skandal lembu NFC Shahrizat membayangi kes tersebut.

Ini membuktikan rakyat Malaysia sudah membuat keputusan siapa perdana menteri mereka. Orang itu tentu sekali bukan Najib!

Harapan diletakkan kepada Anwar untuk membawa mereka yang bersalah dengan penipuan dan membawa keluar wang rakyat sebanyak RM888 bilion daripada 2000-2009.

Seperti kata-kata seorang pemandu teksi KL, Tan Sri Khir Toyo tidak akan didapati bersalah melakukan jika BN masih bekuasa di Selangor!

Read more ...

JASA UMNO !!! Hapus tulisan Jawi

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok

Petaling Jaya, 30 Jan : Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap saranan dan gesaan seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai pengamalan tulisan jawi kepada masyarakat.

Semalam, seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.

Terkesan dengan saranan


Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil bin Mahhiyuddin yang mewakili suara PMIUM hari ini menyatakan sokongan terhadap kebimbangan yang dicetuskan pensyarah terbabit.

“Ya.. Memang saya secara peribadi mengakui pengamalan menulis dalam bahasa Jawi sudah menjadi asing dengan bangsa Melayu yang dahulunya terkenal dengan tulisan unik ini.

“Secara tidak langsung, mahir dalam tulisan Jawi adalah sangat membantu bagi kita untuk memahami dan mempelajari bahasa Al-Quran seperti yang diamalkan ketika zaman ibu bapa, datuk nenek kita dahulu.
“Saya mewakili PMIUM amat terkesan dengan saranan pensyarah terbabit yang bukannya rakyat Malaysia tetapi sedar akan kehilangan budaya dan kelemahan yang berlaku.”

Belia sudah tidak kuasai


Menurutnya lagi yang juga siswa Tahun Ketiga Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis Universiti Malaya, remaja dan kanak-kanak sekarang sudah tidak tahu sekiranya diminta menulis jawi.

“Dan bagi saya, bukan saja remaja, malah mungkin belia yang berumur 20-40 sudah tidak ada kemahiran dan penguasaan bahasa jawi ini.

“Saya sarankan agar pembudayaan menulis jawi ini dihidup dan ditekan kembali terutama di peringkat sekolah, universiti dan masyarakat amnya.

“Secara tidak langsung ia sedikit sebanyak akan membantu kita semakin cepat mahir dalam menguasai tulisan tersebut yang semakin ditenggelam zaman.

“Mungkin PMIUM boleh adakan kursus atau bengkel tulisan ini.”, ujarnya dipetik satu kenyataan.

Read more ...

TAWAN PERLIS!!! Dato' Haron Din sah bertanding PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsBeZVXUqIiXb2PEVv3ktrDL2ZuJP4Wkm4Xpf9eZxfnXMp8irOznAJe7Oq2p40Dfbo-74A-4ONz9ilFostvZdFBGaKAhJs5q1fcR3Cwo8YEPv63Zw_tRF5AQ3oIW_96-28g7zNW9kk26XQ/s1600/haron_din.gifKANGAR - Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.

“Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.

“Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.

Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut-rebut menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.

Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.

Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama-sama mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.

Read more ...

LEMAH PRESIDEN MIC!!! Nak bertanding pun kena minta tolong Ketua UMNO Bahagian?


Ada usaha untuk menyingkirkan Naib Presiden MIC, Datuk SK Devamany daripada mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke 13, dakwa beberapa pemimpin Umno bahagian.

Ketua Wanita Umno Cameron Highland, Ramiza Mohd Husain juga mendakwa perkara yang sama.


“Saya mendapat tahu Ketua Umno bahagian Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Ismail Wan Ismail mahu membawa masuk Presiden MIC, Datuk G Palanivel bertanding di kerusi parlimen tersebut.


“Beliau mahu Devamany yang sudah dua penggal menjadi ahli parlimen Cameron Highlands digantikan. Tetapi Wanita Umno menentang,” kata Ramiza.


“Saya mendapat tahu Pemuda dan Puteri Umno juga menentang. Ini yang disampaikan kepada saya.


“Devamany tidak buat salah apa pun. Dia orang baik. Dia baik dengan orang Melayu tetapi orang atas tidak suka dia.


“Orang atas ini (Wan Rosdy) sudah berjumpa Palanivel dua kali – sekali pada bulan Disember dan yang terbaru bulan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.


‘Orang Umno burukkan Devamany’


Raziah berkata, untuk kepentingan bersama, isu ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang orang Melayu tidak menyokong calon baru kerusi parlimen Cameron Highlands.


“Ada segelintir orang Umno sendiri yang memburuk-burukkan Devamany dengan harapan ahli parlimen itu digugurkan.


“Kita berharap Datuk Wan Rosdy melihat perkara ini dan berbincang dengan kami semua sebelum keputusan akhir dibuat,” kata Ramiza.


Seorang AJK Umno bahagian berkata, Palaniveil sudah menjalankan beberapa aktiviti di Cameron Highlands.


Katanya, beberapa hari lalu presiden MIC itu merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Rata di Cameron Highlands.


“Orang-orang Palanivel juga sudah ada di Cameron Highlands,” tambahnya.


Bagaimanapun, katanya ramai orang Umno tidak gembira kerana kredibiliti Palanivel sudah tiada sejak kalah dalam pilihan raya umum 2008 di parlimen Hulu Selangor.

JALAN PULANG

Read more ...

ANGPOW PUTIH!!! Gerakan tuntut Brahim Ali minta maaf

Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik.

Timbalan presidennya Mah Siew Keong berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif.


gerakan women forum 080306 mah siew keong
"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.


Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian.


Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.


Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat.


Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Read more ...

AM]Gerakan tuntut Ibrahim Ali mohon maaf

Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik.

Timbalan presidennya Mah Siew Keong berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif.


gerakan women forum 080306 mah siew keong
"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.


Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian.


Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.


Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat.


Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Read more ...