Wednesday, November 24, 2010

Umno dah tak tentu arah

























GEOGRETOWN, 25 Nov. :
Nampak gayanya, ada pihak tertentu bagaikan cacing kepanasan dan hilang arah apabila menaikkan beberapa kain rentang 'Kami tak nak wang judi' berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi.

Walhal isu berkenaan telah pun senyap setelah Umno yang membangkitkan itu tersebut kena tumbukan 'KO' oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man yang memperjelaskan tohmahan yang sengaja dikait dengan Kelab Lumba Kuda.

Bukan beliau sahaja yang menghuraikan isu berkenaan malahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa semua itu fitnah.

Setiausaha Dun Permatang Pasir, Saiful Lizan Mohd Yusof ketika menghubungi menyifatkan, Umno sendiri telah mati akal setelah penjelasan diberikan dalam persidangan Dun baru-baru ini apabila semua hujah yang dilemparkan menerusi suara Adun pembangkang dan media dipatahkan.

Tetapi, katanya entah kenapa tiba-tiba isu itu hendak dibangkitkan semula dengan kain rentang tersebut.

"Ada pihak terasa pedih dengan tindakan Adun PAS membantu patahkan hujah berbentuk dengki yang sering terpampang di dada akhbar. Nak buat macam mana, " tegas Saiful yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera.

Beliau sendiri melihat kain rentang berukuran 4 kaki x 6 kaki di Jalan P. Ramlee dan terus memotongnya kerana rasa bertanggungjawab berbuat demikian.

Begitu juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Rosli Hasan apabila terserempak dengan banner tersebut berdekatan simpang Permatang Sireh ketika dalam perjalanan ke Kepala Batas.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein berkata, PAS tidak bertanggungjawab terhadap banner itu dan ia merupakan propaganda untuk menimbulkan keraguan rakyat yang telah mula memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ia juga membuktikan Umno 'terhegeh-heget' kononnya mahu membela nasib orang Melayu sedangkan semasa parti itu berkuasa langsung tidak memikirkan soal kebajikan rakyat.

"Kita tahu ada parti yang geram dengan peranan PAS menyokong tindakan Ketua Menteri untuk meneruskan pemberian wang penghargaan kepada warga emas.

“Namun begitu, PAS telah mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab dan syarikat mana yang mencetakan banner berkenaan," ujarnya.

Read more ...

Pengundi awam jadi pengundi pos : PR akan jumpa SPR

Anwar Ibrahim 4






















KUALA LUMPUR, 25 Nov. : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan memberi maklumat tambahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, "kita sudah mendapat maklumat mengenai perkara itu, perpindahan pengundi awam menjadi pengundi pos.

"Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat akan menyelaraskan mesyuarat dengan Bersih mengenai perkara tersebut," katanya ketika bercakap dalam sidang media di pejabat beliau di bangunan Parlimen hari ini.

Hadir sama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum itu, mereka mengadakan mesyuarat bulanan di kalangan pimpinan utama Pakatan Rakyat membabitkan PAS, DAP dan PKR. Anwar berkata, Pakatan Rakyat juga akan memberitahu SPR mengenai cara pendaftaran pemilih yang belum diperbaiki.

Majlis Penerangan


Dalam sidang media tersebut, Anwar juga memberitahu, majlis pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan Majlis Penerangan kepada rakyat akan diadakan mulai pertengahan bulan depan.

Sementara itu, perjumpaan di kalangan menteri besar, ketua menteri Pakatan Rakyat akan diadakan di Shah Alam, lsnin depan.

"Beberapa isu akan dibincangkan antaranya isu menjana ekonomi, konsep federalisme dan mengenai pembangunan masyarakat," kata Anwar.

Makakala, Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua akan diadakan di Pulau Pinang pada 19 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Parlimen akan menggantungnya selama enam bulan pada akhir sidang dewan akhir bulan depan, Anwar berkata beliau belum menerima notis mengenai perkara tersebut.

Dalam sidang media sama, Nasharuddin berkata, proses persiapan pilihanraya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan. Ia disambung dengan Konvenyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

"Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya.

Read more ...

Eksport Malaysia ke Eropah jatuh menjunam

graph
















KUALA LUMPUR, 24 Nov. : Penurunan kadar pertumbuhan ekonomi kepada 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini disebabkan kejatuhan eksport negara dan pengecilan permintaan global dari Eropah dan Amerika Syarikat sejak empat bulan lalu.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara faktor lain ialah kenaikan nilai matawang ringgit berbanding dolar AS sehingga menyebabkan harga barangan menjadi mahal dari sudut eksport yang menjejaskan sektor tersebut.


"Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berada dalam keadaan tertekan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan tersebut.


"Dalam tempoh empat bulan yang lalu, bermula bulan Ogos sampai November, kita dapati pertumbuhan ekspot terus menurun.


"Ini bermakna permintaan global sudah mula mencengkam kerana sebagai negara perdagangan, kita bergantung kepada permintaan dari Eropah yang kini berdepan dengan 'zero zone' dan AS yang sedang menghadapi kemelesetan.


Dr Dzulkfly juga berkita negara seperti China pula tidak mahu berbelanja besar melihat kepada keadaan ketidaktentuan yang berlaku di Eropah dan AS.


Malah kebanyakan negara maju ini bersikap jimat cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan yang akhirnya menyumbang kepada kejatuhan permintaan global.


"Sebagai negara berdagang, kita bergantung kepada eksport. Sedikit waktu lagi, apa yang kita takuti import kita menjadi lebih besar daripada eksport yang akan mengakibatkan defisit dalam akaun semasa yang menyebabkan keadaan itu lebih parah," kata beliau di Parlimen semalam.


Tambah beliau, pengumuman BNM mengenai penurunan kadar eksport kepada 5.3 peratus merupakan antara sebab mengapa Datuk Seri Najib Razak tertekan untuk membuat perbelanjaan besar melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).


"Beliau menyebut 9 projek besar di bawah ETP yang berjumlah RM30 bilion akan terus dilaksanakan. Saya terus-terang katakan RM30 bilion itu tidak ada, saya hitung-hitung, tolak projek 1MDB dan projek KLFID yang tinggal cuma RM2.36 bilion sahaja.


"Pertumbuhan akan dapat dipacu kalau ada pelaburan besar sama ada daripada pihak swasta atau kerajaan.


"Tetapi apa yang berlaku, ia merupakan satu ekonomi yang dijana oleh perbelanjaan kerajaan," ujar beliau.


Dr Dzulkifly juga turut menjangkakan suasana ekonomi negara akan menjadi lebih parah pada tahun hadapan dengan keadaan ekonomi pertengahan dan penghujung tahun depan tidak boleh diramalkan.

Read more ...

Hakim pun dah "Correct, Correct Correct"

































KUALA LUMPUR,
24 Nov : Hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

Dalam keputusannya hari ini, mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya
Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau bagaimana pun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir iaitu VK Lingam (foto) memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini. "Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan keputusan tersebut.

Read more ...

Lapan anggota TUDM tangkap Tharmendran

SHAH ALAM, 25 Nov. : Satu lagi 'drama' berlangsung di perkarangan tempat letak kereta kompleks mahkamah Shah Alam apabila bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran ditangkap semula oleh lapan anggota pasukan itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 17 Disember sebagai tarikh perbicaraan permohonan Tharmendran untuk menggugur pertuduhan bersubahat mencuri jet enjin yang dihadapinya.

NONEMenurut peguam, N Surendran, anak guamnya itu baru keluar dari mahkamah apabila beberapa anggota tentera udara menghampiri dan menangkapnya di hadapan ayahnya, N Nagarajah.

"Saya maklumkan kepada mereka bahawa Tharmendran adalah orang awam dan tentera udara tidak ada hak untuk menangkapnya. Tetapi mengikut Provos Marshal Lt Kolonel Mohd Razif Razak, Tharmendran telah diklasifikasikan sebagai orang yang melarikan diri dari tugas sejak September," katanya.

Penahanan itu dibuat oleh lima pegawai dari Jabatanarah Provos Marshal TUDM setelah bekas sarjan itu dibebaskan dengan jaminan pada 6 September lalu.

"Ini jelas menghina mahkamah. Tangkapan ini tidak sah kerana anak guam saya adalah orang awam dan telah meninggalkan tentera. Saya akan pertanggungjawabkan ini ke atas Kementerian Pertahanan dan tentera udara,” kata Surendran.

azlanKatanya, beliau diberitahu bahawa Tharmendran akan dibawa menjalani pemeriksaan perubataan sebelum ditahan di pusat Kem Batu Cantonment, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pada 6 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi dekat Kuala Lumpur pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, dalam satu kenyataan berkata kegagalan Tharmendran untuk hadir bertugas setelah membayar jaminan pada 6 Sept lalu sehingga ke hari ini merupakan satu kesalahan meninggalkan tugas yang bertentangan dengan peruntukan Akta Tentera 1972.

Tharmendran masih lagi berada dalam perkhidmatan TUDM, kata unit itu lagi.

Read more ...

Sultan Johor mahu jambatan baharu ganti Tambak Johor





















JOHOR BAHARU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya kerajaan pusat membina jambatan baharu menggantikan Tambak Johor. Ini merupakan kali kedua baginda menyatakan hasrat itu selepas dilantik menjadi sultan.

Sebelum itu Almarhum ayahanda beliau, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail juga mendesak dirobohkan tambak dan digantikan jambatan baharu demi kebaikan rakyat kedua-dua buah negara dan keperluan ekonomi yang lebih relevan.


Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 dengan harapan pembinaan jambatan baharu itu dapat memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang alik ke Singapura, malah kemudahan untuk rakyat negara jiran melancong ke negara ini.


Sambil menghargai sumbangan besar dan keperhatinan kerajaan kepada masalah rakyat, baginda dengan nada sayu seolah-olah terkilan kerana hasrat ingin melihat Tambak Johor diroboh dan digantikan dengan jambatan baru belum dipenuhi oleh kerajaan pusat.


Menurut baginda lagi, ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir selakigus memberi kesan terhadap alam sekitar di sekelilingnya.


Apakah reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak tentang permintaan kedua baginda itu? Adakah kerajaan perlu membuka semula perundingan baru dengan Singapura bagi mereaslisasikan hasrat dan gesaan baginda itu?


Apakah Najib bersedia mendengar lagi ulangan kali ketiga dan seterusnya gesaan itu jika pintu rundingan tidak dibuka segera dengan pemerintah Singapura bagi menyelesaikan tuntutan baginda itu?


Episod baharu ini membuktikan desakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Almarhum ayahnda baginda dan majoriti warga Johor yang ingin melihat jambatan baharu dibina bagi menggantikan Tambak Johor bukanlah cerita omong kosong atau impian individu tertentu yang tidak berpijak di bumi nyata.


Senario itu juga memberi isyarat bahawa soal pembinaan jambatan baharu adalah isu popular yang sudah menjadi perhatian dan kehendak mendesak semua rakyat Malaysia umumnya dan warga Johor khasnya.


Apa yang diperlukan kini ialah keazaman kuat dan keberanian Najib untuk mencari jalan keluar berunding sebaik mungkin dengan pemimpin negara jiran itu supaya menerima hakikat sebenar keperluan dirobohkan tambak dan dibina segera jambatan baharu demi persahabatan dan hubungan istimewa kedua negara yang sudah terjalin lama dalam ikatan sejarah.


Jika Singapura enggan bekerjasama, kerajaan boleh membina jambatan bengkok di sebelah perairan kita seperti yang dihujah Mahathir sebelum ini. Ini dibenarkan dari sudut undang-undang kerana kita tidak menyentuh atau memasuki daerah perairan Singapura.


Dan jika cadangan itu tidak diterima pemerintah negara jiran yang terkenal sikap kaisu (tidak mahu kalah), kerajaan harus segera menyerahkan perkara itu kapada mahkamah antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian adil dan abadi.

Read more ...

Lawatan ke parlimen terima pendedahan


PARIT BUNTAR, 25 Nov. :
Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan lawatan muhibbah ke Parlimen bagi menyaksikan persidangan dewan rakyat.


Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, seramai 38 orang telah mengikuti rombongan ini.

“ Lawatan ke Parlimen membolehkan kami menyaksikan sesi soal jawab dan perbahasan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

“ Kami mendapat pendedahan tentang persidangan dewan dan dapat menyaksikan Ahli Parlimen terutama Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat berbahas dalam Parlimen” katanya

Hamdan berkata, rombongan sehari ini telah diraikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa .

Turut meraikan rombongan ini ialah Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin , Ahli Parlimen Pasir Putih Muhammad Husin beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

“ Dr. Mujahid telah memberikan sedikit taklimat berkaitan persidangan parlimen kepada anggota rombongan.

““ Kami gembira dan berbangga mengikuti persidangan Dewan Rakyat , malah diraikan pula oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat” katanya

Menurutnya, ahli rombongan kemudiannya di dibawa melawat Pejabat Agung PAS Pusat dan beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.



Ahli rombongan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa



Dr. Mujahid sedang memberi taklimat kepada ahli rombongan



Ahli rombongan mendengar taklimat di Lobi Parlimen

Read more ...

Pemuda PAS Larut sahut cabaran debat Pemuda Umno Larut

BATU KURAU, 22 Nov. : Dewan Pemuda PAS Larut telah menerima cadangan Muzakarah dan Debat yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Larut.

Sehubungan dengan itu rombongan Dewan Pemuda PAS Larut dengan seramai 15 orang telah hadir di pejabat Pemuda Umno Larut di Batu Kurau, untuk mengiringi Naib Ketua DPPKL Mohd Akmal Kamaruddin, untuk menghantar surat persetujuan bagi mengadakan muzakarah dan debat ini.

Setiausaha Pemuda Umno Larut, saudara Saiful Nizam yang mewakili Pemuda Umno Larut menerima surat persetujuan daripada DPPKL.

Antara isi-isi kandungan surat ini ialah:

1) DPPKL menerima cadangan MUZAKARAH dan DEBAT 2) DEBAT dan MUZAKARAH mesti berkisar kepada kepentingan Islam dan rakyat.

3) Tempat Debat hendaklah terbuka supaya lebih ramai rakyat dapat menilai hujah kedua-dua pihak

4) Moderator hendaklah dari pihak yang dipersetujui bersama di atas sikap telus dan berkecuali.

Akhir sekali Dewan pemuda Pas Larut berharap debat atau muzakarah yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Larut ini dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat khusunya bersesuain dengan amalan demokrasi.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan debat pada tarikh 18hb disember 2010 di dewan padang Astaka Batu Kurau.

Akmal Kamarudin wakil Pemuda Pas Larut menyerahkan surat persetujuan debat pada saiful Nizam, wakil Pemuda Umno Larut


Read more ...

Hindraf akan mogok lapar

hindraf british petition rally 251107 gandhi's sprayed






















KUALA LUMPUR, 24 Nov. : Pertubuhan haram - Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) akan menyambut ulangtahun ketiga demontasi besar-besaran mereka esok dengan melancarkan mogok lapar dan menyerahkan 18 tuntutan kepada kerajaan.

Anggota kumpulan pelampau itu dijadualkan berhimpun di KLCC pada jam 9 pagi esok, sebagai acara memperingati dakwaan bahawa komuniti India dipinggirkan secara sistematik di negara ini.

Peserta akan 'berpuasa' bermula jam 9 malam ini dan akan berbuka pada jam 3 petang esok. Berpuasa 18 jam itu merupakan simbol kepada 18 tuntutan mereka.

Pengasas Hindraf P Uthayakumar berkata seramai 50 peserta akan terlibat dalam acara tersebut yang mana ia diadakan kali kedua tahun ini.

"KLCC merupakan simbol kemajuan untuk Malaysia, tetapi 18 tuntutan kami yang menceritakan kedudukan sebenar komuniti India, sebahagian besarnya miskin dan dipinggir dalam negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hindraf juga akan menghantar satu deligasi seramai lima orangnya ke Putrajaya yang mana ia merupakan kali keempat usaha mereka untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE"Setakat ini, perdana menteri enggan berhubungan dengan kami. Tahun lalu kami meninggalkan dokumen itu di pagar. Malah, setiausaha perdana menteri juga tidak mahu menerimanya.

"Tetapi jika kita tidak meneruskan usaha menyerahkan dokumen kepadanya, kita akan hilang peluang untuk mengingatkannya mengenai tanggungjawabnya dan obligasinya berhubung 18 tuntutan kami,” katanya.

Tuntutan 18 perkara yang dirangka pada 2007 menuntut tindakan afirmatif bagi membantu masyarakat India yang miskin dalam bidang kebajikan, kebudayaan, perniagaan dan pendidikan.


Read more ...

Anwar tak gentar digantung 6 bulan

anwar11

KUALA LUMPUR , Nov 24 : Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan desas desus yang tersebar bahawa beliau akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau mengnai kaitan kerajaan Malaysia dan syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.

“Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi petang tadi.

Bagaimanapun Anwar memberitahu sehingga kini beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai ura-ura tindakan yang mahu diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Saya belum lagi diberitahu walaupun rakan-rakan saya maklum khabar angin yang bertiup. Tidak ada sebanrabng maklumat mengenainya, tidak ada notis mesyuarat, jadi akag menarik juga melihat bagaimana kerajaan ini berfungsi.

“Ramai nampaknya sudah tahu tapi jawatankuasa belum lagu bermesyuarat, notis pun belum dikeluarkan, jadi selamat datang ke Malaysia," Anwar tersenyum sinis.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Bagaimana tidak ada sebarang keputusan atau susulan yang dibuat terhadap cadangan tindakan terhadap Anwar sehingga kini.

Anwar pernah berkata sekiranya beliau digantung dari sidang Parlimen ini juga satu rahmat kerana ia akan memberi peluang kepada beliau bertemu rakyat serta menjelajah seluruh negara untuk berkempen dan berceramah bagi pihak Pakatan Rakyat./SK

Read more ...

Pemuda PAS Perak cabar blogger pro Umno berdebat

IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

DPPN Pk, katanya mengalu-alukan terutama pengendali laman web peraktoday.com dan juga blogger taipingmali.blogspot.com agar menerima saranan berdebat tersebut.

Beliau menambah, DPPN Pk merasakan trend hujah satu hala itu tidak profesional dan menganggapkan berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat profesional.

“Mengapa takut jika mereka benar-benar mampu mengemukakan sebarang hujah berkaitan kenyataan DPPN Pk?” soalnya dalam satu kenyataan di sini.

Di atas pentas tersebut, tambahnya masing-masing boleh mengemukakan hujah dan lebih matang serta bersifat berani dengan hujah tersebut.

Tegasnya, DPPN Pk akan menunggu persetujuan bersama untuk berdebat atas satu pentas nanti.

“DPPN Pk berharap mereka tidak takut malah berani untuk menyahut cabaran ini. Bagi DPPN Pk, sama-samalah kita menanti apakah hujah mereka selepas ini,” katanya lagi.hrkh

Read more ...

Tok Guru Nik Aziz dukacita


KOTA BHARU, 24 Nov. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.


“Saya, sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.

"Saya dukacita dengan sikap curiga mencurigai antara bangsa kerana Islam itu adalah agama antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas melawat Ekspo Cheng Ho, di sini, semalam.

Dalam lawatan hampir dua jam itu, Nik Abdul Aziz, yang ditemani isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dipertontonkan dengan aksi ahli akrobatik terkenal, Adili, merentasi tali serta persembahan Kung Fu Shaolin.

Nik Abduul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, usaha Kerajaan Negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho adalah inisiatif untuk merapatkan semua bangsa yang ada di dunia, khususnya masyarakat Islam.

“Kami melihat (di ekspo) begitu banyak bangsa Melayu Islam dan Cina disatukan, Cina Muslim rapat sebagai agama, yang tidak Islam rapat sebagai manusia. Sebelum ini, kita termakan umpan daripada orientalis dan Eropah yang mahu pecahkan Melayu. Mereka mengamalkan prinsip pecah dan perintah,” katanya.

Menurutnya, Ekspo Cheng Ho membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan program bersifat hiburan dan pendidikan tanpa menggunakan unsur melalaikan seperti memanipulasikan perempuan dan sebagainya.SH

Read more ...

' DAP Ancaman Ummat Islam ' beredar di masjid seluruh Perak'





























IPOH, 24 Nov. : Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat.

Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP Ancaman Ummat Islam’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat.

“Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah.

Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi dan mengelirukan ummat Islam.

“ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hingga sanggup mempergunakan nama persatuan orang lain," Kata Misbah.

Ustaz Bakar ( Ust Abu Bakar Hussain – PJ Perak) sendiri menafikan penglibatan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah dengan kerja-kerja hina sebegitu,” tambahnya lagi.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan penyibaran fitnah melalui risalah tersebut yang semata-mata bertujuan bagi mengekalkan kuasa Umno di negeri Perak.Alhusseyn

Read more ...

BN tak akan berhenti serang Pakatan

Image Hosted by ImageShack.us


























KUALA LUMPUR, 24 Nov. :
Pakatan Rakyat (PR) yakin masalah dalaman PKR ekoran dakwaan pemilihan dicemari kepincangan tidak akan menjejaskan usaha perikatan tiga parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan dalam waktu terdekat.


Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengetepikan tanggapan pemimpin BN bahawa pihaknya akan mengambil kesempatan daripada kemelut kepimpinan PKR untuk memperoleh kejayaan lebih baik kali ini.

Dengan penuh yakin, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, BN akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menjatuhkan komponen PR.

“Saya pasti bukan ini sahaja satu-satunya isu (dibawa BN). Apabila saya pergi ke Australia, ia menjadi satu isu, apabila (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) Hillary Clinton menghubungi saya, ia menjadi isu.

“Apabila saya bercakap dengan (Menteri Luar Australia) Kevin Rudd, ia menjadi satu isu, apabila Sky News atau ABC News menemu bual saya, ia juga menjadi satu isu.

“Tetapi TV3 tidak menemu bual saya... saya bersedia jika mahu menemu bual saya. Malah, Astro Awani pun tidak menemu bual saya. Tidak ada masalah.

“Saya merasakan mereka akan menggunakan sebanyak isu yang mereka boleh gunakan,” kata Anwar.

Anwar juga berkata, rakan-rakannya dari PR seperti Penasihat Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga berhadapan dengan serangan daripada BN.

“Mereka menggunakan apa sahaja situasi, jadi saya merasakan kami sudah bersedia.
“Apa yang kami alami sekarang lebih kecil berbanding apa yang kami hadapi ketika pilihan raya umum 2008?

“Mereka sering menyerang PAS, DAP dan PKR tetapi saya merasakan rakyat tidak boleh diperbodohkan begitu sahaja,” kata beliau.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata meskipun berhadapan dengan pelbagai dakwaan berhubung kepincangan dan kecacatan dalam pemilihan pusat yang berakhir Ahad lalu partinya tidak pernah menyembunyikan masalah-masalah yang wujud.

“Apabila terima aduan, kami mengambil tindakan. Kami tidak pernah menyembunyikan,” kata beliau yang sekali lagi menyalahkan media bahasa Malaysia milik Umno cuba untuk mendiamkan pandangan-pandangan berbeza daripada kalangan orang Melayu, tetapi ia tidak semestinya dianggap sebagai petanda kegagalan PR dalam pilihan raya umum akan datang.

“Media Melayu tidak beri ruang kepada orang Melayu untuk berfikir. Media bahasa Cina memberikan sedikit ruang dan begitu juga akhbar bahasa Inggeris, tetapi dalam media Malaysia... tiada peluang langsung,” katanya.

Anwar juga menyenaraikan beberapa program PR yang akan diadakan sepanjang beberapa bulan akan datang, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sokongan dan menjadikan pakatan mantap menghadapi BN.

Antaranya menganjurkan persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 29 November di Shah Alam dan konvensyen PR kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember.

Kata beliau, PR juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam waktu terdekat bagi membincangkan kecacatan dalam daftar pemilih.

Read more ...

Mahathir diajar taubat nasuha

Image Hosted by ImageShack.us























KUALA LUMPUR, 24 Nov. :
PKR menasihatkan adalah lebih wajar Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau sebenarnya menjadi punca perpecahan bahkan kemunduran orang Melayu, dan jangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Komponen Pakatan Rakyat itu mendakwa mutakhir ini bekas perdana menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan perdana menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuinya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah s.w.t.,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Muhammad berkata, Dr Mahathir (gambar) bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.

“Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.

“Justeru, Datuk Seri Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil,” kata Muhammad.

Semalam, Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Anwar dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.

Katanya, sudah sampai masanya penyokong dan anggota PKR menyertai Umno kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

“Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

“Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,” katanya.

Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.

Malah kata Muhammad, bekas perdana menteri itu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik Melayu.

Kata beliau, menjadi satu kebiasaan Dr Mahathir untuk meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau di atas bahu orang lain.

“Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

“Parti yang didakwa kecil oleh Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

“Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insya-Allah, mengambil alih pemerintahan negara.

“Inilah yang digeruni oleh Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, sewajarnya Dr Mahathir berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

Katanya, seandainya Anwar, yang merupakan Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Dr Mahathir, mengapa beliau masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media.

“Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa,” katanya.

Read more ...

Pakatan Rakyat akan bahagi kerusi hadapi PRU 13









KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

"Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini.

Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa.

"Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

"Segala program yang sedang kami rancang adalah satu manifestasi kepada pengukuhan Pakatan Rakyat itu sendiri sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Selain itu, mesyuarat itu turut memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos.

"Ada maklumat tambahan mengenai pemindahan nama orang awam menjadi pengundi pos dan cara pendaftaran yang masih belum diperbaiki.

"Kita akan selaraskan mesyuarat di antara jawatankuasa pilihan raya Pakatan Rakyat dengan pihak Bersih supaya maklumat ini dapat mereka teliti.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen kali kedua Disember depan bagi membincangkan beberapa isu penting termasuk soal tanah, Felcra dan Felda.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya akan diakan pada 19 Disember di Dewan Milennium Seberang Perai, setelah mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Antara isu pokok yang akan dibahaskan ialah isu tanah termasuk Felda, Felcra dan tanah adat, soal air, tol, pelaburan,masalah pekerja, wanita Sabah dan Sarawak.

"Kita juga putuskan pimpinan Pakatan Rakyat mulai Disember ini akan melancarkan majlis penerangan di beberapa buah negeri sebagai permulaan," kata beliau selepas mempengerusikan Majlis Pakatan Rakyat.

Anwar juga memberitahu, menteri-menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan bersidang di Shah Alam Isnin ini juga bagi membincangkan beberapa perkara khususnya mengenai ekonomi negeri.

"Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November di Shah Alam dan di antara isu yang akan dibangkitkan termasuk soal menjana koridor dan kekuatan ekonomi, infranstruktur pelaburan, megimbangi kepentingan antara kaum dan dasar pertanian, federalisme dan perhubungan kerajaan pusat dengan negeri, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.hrkh

Read more ...

Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia

GEORGETOWN, 24 Nov. : Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pukul 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim (gambar) menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi Bernama mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.

Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.

Mendiang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 28 hari lalu.

Dr Lim dimasukkan ke ICU pada 26 Oktober selepas beliau dipercayai mengalami strok.

Beliau ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Mendiang adalah presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu, dan presiden Gerakan selama sembilan tahun dari 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1972.

Read more ...

Kualiti polis semakin diragui













KUALA LUMPUR, 24 Nov: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kematian seorang pemuda, S Kalaiselven, 21, di Hospital Sultan Ismail selepas suspek ditangkap di bawah Ordinan Darurat pada September 2010.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata, S Kalaiselvan telah ditahan bawah Ordinan Darurat kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.

Katanya, pihak polis daerah Kota Tinggi telah mendapat perintah reman beberapa kali dan menahannya sehingga suspek ditahan bawah Ordinan Darurat.

Suaram juga, katanya mengecam tindakan pihak polis bertugas yang telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan Orang Kena Tahan (OKT) adalah dalam keadaan yang sihat dan baik seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap(L.N.3289/1958)(4) semasa tempoh tahanan.

“Kami juga amat meragui kualiti perkhidmatan dan rawatan yang diterima oleh suspek di hospital yang boleh menyebabkan suspek meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Suaram turut melahirkan kekecewaan terhadap kualiti perkhidmatan PDRM.

Menurutnya, mengikut kenyataan ahli keluarga mangsa, pihak polis tidak memaklumkan kepada mereka mengenai keadaan kesihatan OKT sebelum itu walaupun OKT pernah dihantar ke hospital beberapa kali sebelum itu.

“Kami juga membantah kewujudan undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat yang digunakan oleh polis untuk menahan suspek.

“Kami membantah segala undang-undang tanpa perbicaraan kerana ia merupakan satu penindasan terhadap hak-hak asasi manusia,” katanya lagi.

Tamnbahnya, undang-undang sebegitu akan melahirkan rasa bimbang dan kerisauan orang awam mengenai keselamatan OKT semasa mereka di bawah tahanan Ordinan Darurat atau undang-undang zalim yang lain.

Justeru, katanya Suaram menyeru agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian S Kalaiselvan serta menubuhkan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil.

Selain itu, tambahnya tindakan tatatertib perlu diambil segera terhadap pengawai polis yang gagal menjalankan tanggungjawab.

Selain itu, segala undang-undang tanpa perbicaraan amat perlu dimansuhkan segera demi mengelakkannya daripada disalahgunakan untuk menindas hak asasi manusia.

Read more ...

PRU 13 sebelum persempadanan semula pilihanraya






















KUALA LUMPUR, 24 Nov. : Selepas mesyuarat agung Umno bulan lepas dan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, tumpuan awam beralih pula kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Bilakah PRU13 akan diadakan?

Namun seperkara yang kurang dapat perhatian umum ialah persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Sekiranya persempadanan semula siap dilakarkan sebelum PRU13 -- yang wajib diadakan sebelum September 2013 -- maka implikasinya terhadap arah aliran politik negara adalah ketara.


Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengikut perundangan, persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum itu.

Persempadanan semula juga perlu disiapkan dalam tempoh masa dua tahun. Ia terakhir sekali dibuat pada Mei 2003. Maka urusan persempadanan ini bakal dilaksanakan tahun depan 2011.

Prinsip undi sama nilai


Dalam sistem demokrasi berasaskan perwakilan, semua warga, tanpa mengira di mana dalam negara mereka bermastautin, adalah berhak untuk diwakili oleh seorang Wakil Rakyat dalam dewan perundangan secara samarata.

Maka, setiap warga yang layak mengundi mempunyai satu undi dan undi itu adalah sama nilai dengan undi warga lain.


Urusan persempadanan semula adalah penting supaya prinsip persamarataan dilaksanakan secara saksama. Sejajar dengan prinsip ini, bilangan pemilih di setiap bahagian pilihan raya hendaklah lebih kurang sama.

Dengan itu, nilai asas sistem demokrasi yang mendukung prinsip "satu warga, satu undi" boleh dihayati.


Sebagai contoh, di United Kingdom terdapat 650 bahagian yang hampir semuanya mengandungi jumlah pemilih dari 50,000 ke 79,000 orang.


Persempadanan dari masa kesemasa adalah juga penting dilaksanakan supaya boleh mengambilkira serta setimpal dengan kadar pertumbuhan penduduk dalam bahagian-bahagian pilihan raya tersebut.

Dalam sistem negara kita, pihak SPR dalam menjalankan persempadanan semula harus mematuhi prinsip- prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.1

Satu prinsip utama ialah:

"Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya."


Prinsip mengagihkan wajaran kepada kawasan luar bandar telah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus.

Sejak 1952, persempadanan semula telah dilakukan sebanyak lapan kali dan banyak rungutan ditimbulkan bahawa prinsip ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pihak SPR. Harus diperhatikan bahawa wajaran 15 peratus yang dipersetujui tersebut tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak tahun 1973.

Kini pihak SPR menggunakan asas penentuan pemilih bagi satu-satu bahagian pilihan raya seperti jadual berikut:
2 Kategori bahagian berdasarkan kajian tempatan oleh pihak SPR akan menentukan keluasan kawasan serta jumlah pemilih dalam sesuatu bahagian.

Kriteria bagi persempadanan bahagian pilihanraya
Kriteria
Kategori Bahagian Luas Kawasan Jumlah pemilih bahagian Pilihanraya Parlimen Jumlah pemilih bahagian Pilihanraya Negeri
Bandar 8-49 KMP 60,000 ke atas 25,000 ke atas
Separuh bandar 50-250 KMP 30,000-59,000 15,000-24,000
Luar bandar dan pendalaman > 250 KMP 30,000 ke bawah 15,000 ke bawah
*Kecuali bagi W.P, Putrajaya dan W.P Labuan

Persempadanan semula tahun 2003


Dalam urusan persempadanan semula 2003, sebanyak 222 bahagian Parlimen diwujudkan, termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu.

Walhal demikian, nyata dalam urusan tersebut pihak SPR tidak juga menggunakan kriteria yang disebutkan dengan sepenuhnya atau secara seragam bagi menetapkan persempadanan bahagian-bahagian lain.


Bahagian Parlimen terkecil dari segi jumlah pemilih, yakni 15,717 orang adalah di Sarawak, iaitu P222 Lawas. Manakala bahagian terbesar ialah P109 Kapar (112,224 orang) di Selangor.

Secara kasar, ini bermakna nilai satu undi di Lawas adalah bersamaan dengan tujuh undi di Kapar.

Perbandingan kawasan yang terkecil dan terbesar di Semananjung adalah seperti di jadual berikut:

Bahagian Parlimen Kategori Bahagian Jumlah Pemilih Variasi (%)
P55. Leggong Luar Bandar 22,999 -------
P109. Kapar Bandar 112,224 388

Variasi antara Lenggong dan Kapar adalah 388 peratus, jauh daripada syor 15 peratus yang dipersetujui pada tahun 1957.

Kajian terperinci akan menunjukkan bahawa terdapat variasi jumlah pemilih antara banyak lagi bahagian-bahagian yang tidak mematuhi prinsip persamarataan dari segi 'satu warga, satu undi'.

Mungkin pihak SPR dapat mempertahankan variasi yang tidak munasabah berasaskan prinsip:

"Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;3


Akan tetapi apa yang mengelirukan adalah tafsiran dan aplikasi kriteria bagi mengkategorikan bahagian bahagian pilihan raya, khususnya bagi kawasan di luar bandar.


Perbandingan bahagian yang nyata harus dikategorikan sebagai kawasan luar bandar menunjukkan perbezaan ketara seperti dipaparkan dalam jadual berikut:


Bahagian Parlimen
Kategori Bahagian
Jumlah Pemilih
P.55. Leggong Luar Bandar 22,999
P.16. Baling Bandar 80,878
P.25 Bachok Bandar 63,736
P.67 Kuala Kangsar Luar Bandar 28,224


Soalnya kenapakah kriteria "Bandar 60,000 ke atas" digunakan untuk Baling di Kedah dan Bachok di Kelantan, walhal dari kajian tempatan jelas bahawa kedua-dua kawasan tersebut adalah berada di 'luar bandar'?


Apabila Baling dan Bachok dibandingkan dengan Kuala Kangsar yang hanya mempunyai jumlah pengundi 28,224, maka akan timbul keraguan mengenai kesahihan proses persempadanan yang dijalankan oleh SPR. Adakah Kuala Kangsar kawasan lebih berumpama 'desa dan pedalaman' berbanding dengan Baling dan Bachok?

Selain daripada itu, urusan persempadanan 2003 juga tidak mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negeri.

Sebagai contoh, Johor dengan jumlah penduduk 2.74 juta penduduk dan kadar pertumbuhan 2.6 peratus dalam tempoh masa 1991-2000 diberikan enam kerusi tambahan berbanding dengan Selangor yang mendapat lima kerusi tambahan walaupun mempunyai 4.19 juta penduduk dan mencapai kadar pertumbuhan 6.1 peratus dalam tempoh waktu yang sama.

Rungutan bahawa urusan persempadanan berat sebelah kepada parti memerintah nampaknya memang berasas.


Tatacara persempadanan


Bagi memahami punca masalah ketidakseimbangan antara bahagian, kita perlu meneliti prosedur yang digunapakai oleh SPR dalam urusan persempadanan, seperti berikut:
4

1. Arahan oleh ibu pejabat SPR kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan;


2. Laporan kajian semula persempadanan dengan syor awal dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri;

3. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai;

4. SPR mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran dari mana-mana kerajaan negari, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih;

5. Sebaik sahaja selesai siastan sebarang perubahan persempadanan harus dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan; dan

6. Cadangan persempadanan akhir dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Jelas bahawa autonomi SPR dalam urusan ini tersekat apabila cadangan persempadanan harus terlebih dahulu dikemukakan kepada Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Beliau mempunyai kuasa dan peluang untuk membuat pindaan kepada cadangan SPR sebelum dibentangkan di Parlimen.


Sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri dari gabungan BN ataupun PR, bolehkah kita mengharap bahawa penyandang jawatan akan bertindak secara 'non-partisan', dan tidak akan mengambil peluang untuk memperkasakan kedudukan partinya?

Walaupun rakyat diberi peluang untuk buat cadangan, masalah ketara ialah untuk mengumpul 100 orang pemilih yang berminat dan mempunyai masa untuk buat sedemikian [merujuk kepada perkara (4) di atas].

Kita harus mengakui bahawa tahap pemahaman dan komitmen rakyat jelata kepada proses demokrasi dalam negara kita adalah rendah.

Maka kita dapat lihat bagaimana urusan persempadanan pada hakikatnya dikuasai hampir sepenuh-penuhnya oleh pihak SPR dan kerajaan yang memerintah.

Kesimpulan


Kelemahan dalam urusan persempadanan semula suduh wujud sekian lama dan akan berterusan. Ia hanya akan dapat diatasi sekiranya pindaan dibuat kepada perundangan, sistem dan prosedur sedia ada supaya SPR benar-benar bebas dan berautonomi.

Sebagai langkah permulaan, tatacara mengemukakan cadangan awal dan laporan akhir persempadanan kepada Perdana Menteri perlu dimansuhkan. Cadangan persempadanan boleh saja dibentangkan terus untuk pertimbangan dan kelulusan Parlimen.


Supaya benar-benar menganuti prinsip 'satu warga, satu undi', sistem pilihan raya perlu dirubah. Rombakan ini hanya akan direalisasikan sekiranya rakyat sendiri menunaikan tanggungjawab dan menuntut perubahan yang dihasratkan.

Read more ...

'Third force' tidak tersusun

NONE























KUALA LUMPUR, 24 Nov. : Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata beliau masih "tidak nampak dari segi bentuk dan isi" mengenai kumpulan 'third force' dalam senario politik di Malaysia.

Katanya, pandangan mengenai 'third force' telahpun giat disuarakan sejak pilihan raya umum 2008, namun beliau masih belum melihat “potensi” kumpulan tersebut seperti yang diuar-uarkan.

"Selalu orang mengaitkan 'third force' dengan apa macam di England, (ada) yang kata Liberal Party. Liberal Party itu wujud sudah beratus tahun dan ia merupakan satu organisasi.... Dan bila meraka bekerjasama, mereka mempunyai 'force' yang tertentu.

"(Jadi) kita belum nampak lagi, 'third force' ini sebagai 'force' dan sebagai 'third' kerana di kalangan mereka banyak pandangan," katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Syed Husin berpandangan, sekiranya 'third force' itu benar-benar wujud, kumpulan mungkin mengambil peranan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang "memastikan orang yang tidak suka Umno, tidak akan pergi kepada Pakatan".

Spekulasi mengenai kewujudan kumpulan 'third force' ini bertiup kencang susulan timbulnya bantahan mengenai proses pemilihan PKR yang didakwa dijalankan secara tidak telus.

Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA itu mengakui bahawa beliau mengetahui "satu dua orang yang berada dibelakang" kumpulan yang didakwa sebagai 'third force' itu.
"Saya tahu lebih kurang. (Tetapi) kini satu persatu daripada mereka berkata mereka tidak terlibat termasuk (Datuk) Zaid (Ibrahim) dan termasuk (pemimpin yang) di Sabah, di semenanjung dan Sarawak," katanya.
'PKR boleh tapis calon sendiri'

Peguam dan penulis blog terkenal Haris Ibrahim – salah seorang yang dikatakan anggota 'third force' tersebut juga telah menafikan dakwaan berkenaan.

Haris sebelum ini berkata, Barisan Rakyat yang dicadangkannya itu hanyalah bertujuan untuk menapis calon Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya.

Namun, menurut Syed Husin perkara itu boleh diusahakan oleh PKR sendiri dan parti itu boleh memutuskan sama ada akan meletakkan calon daripada parti lain untuk bertanding di atas tiketnya.

sabm forum 230110 haris ibrahim"Tapi kita buat keputusan, bukan (kerana) orang lain menyatakan, kau mesti terima (calon) ini. Kalaupun seseorang mengatakan berbuat demikian, dia mesti tunjukkan kekuatan dia.
"Mana sokongan dia, mana kekuatan dia.... Seseorang yang berkaitan dengan Barisan Rakyat, saya tak mahu sebut nama, satu ketika nak dekat dengan pilihan raya, dia datang ke pejabat.

"Dia kata, boleh tak letak si anu si anu sebagai calon di Kota Damansara. Bukan (calon) yang sekarang ini. Dia sebut nama orang itu, kebetulan saya tahu orang itu.

"Saya cakap, 'awak tahu tak orang ini?' Dia cakap tak tahu sangat. Awak tahu tak dia (kaki mabuk? Apa tapisannya. Awak datang sini nak berunding nak letak dia. Nak suruh orang lain berundur ketepi. Jadi, kalau ini caranya, maaflah," katanya sambil ketawa.

Kumpulan berkenaan, seperti golongan yang mengemukakan manifesto Barisan Rakyat sebelum ini merupakan organisasi yang "tidak tersusun," kata Syed Husin lagi.

"Tapi tak tahulah sekarang ini. Saya tidak menafikan (kewujudan) sama sekali," katanya yang mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkembangan dan potensi kewujudan kumpulan tersebut.

Masalah pemilihan hanya 'sambungan'
Dalam wawancara yang sama juga, Dr Syed Husin - penulis buku Dua Wajah - turut mengulas mengenai mesyuarat agung tahunan cabang (MATC) dan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menjadi tumpuan umum sejak September lalu.

Tokoh veteran PKR itu berkata bahawa pertandingan sengit merebut jawatan timbalan presiden hanya menimbulkan "sedikit masalah" tetapi tidak dalam membuatkan PKR berpecah.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02"Ia jadi sengit sebab ada penarikan diri. Masa mula-mula, apabila seorang calon ke depan, tak ada komplen. Tapi bila timbul keadaan di mana dia terkebelakang, (maka) timbul komplen.

"Tetapi sebenarnya komplen (itu) terhadap parti daripada calon ini, bukan berlaku semasa pemilihan.

"Lama sebelum itu, daripada seorang calon ini, sudah mengadakan interbiu (dengan media), dan sudah ada dalam blog yang memburukkan parti dan mempertikaikan kedudukan pimpinan parti. Jadi, ini hanya sambungan," katanya

Dr Syed Husin tidak menjelaskan identiti "calon itu" tetapi dipercayai merujuk kepada calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri daripada bertanding ekoran pemilihan yang didakwa tidak memihak kepadanya.

Ekoran itu juga Zaid Ibrahim bertindak keluar parti dan mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru.
'Siapa makan cili dia rasa pedas'
Mengulas kekecohan yang berlaku semasa MATC di beberapa cabang termasuk di Kapar, Klang, dan Subang, Syed Husin mendakwa ia dilakukan oleh "bukan anggota (PKR) tetapi daripada parti politik yang memusuhi" PKR.

Dr Syed Husin juga mendakwa masalah berkaitan pemilihan PKR diperbesar-besarkan oleh "orang dari dalam" tanpa bukti kukuh, namun beliau enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Tapi (individu itu) memang ada. Bukan seorang. Sebelum pemilihan pun sudah ada.... (Jadi) siapa macam cili, dia terasa pedas," katanya sambil ketawa.

Jelasnya, terdapat "sesetengah aduan itu yang remeh sangat" daripada sebanyak 162 aduan, menyebabkan sesetengah aduan tersebut ditolak.

"Cuma ada 12 sahaja (aduan) yang masih dalam kajian. Jadi tuduhan yang menyatakan tiada kajian, tak ada penyelidikan, tidak betul.

"Cuma barangkali kesilapannya ialah tidak diberitahu cepat-cepat tentang keputusan (aduan) itu. Jadi akhirnya apabila berlaku, kita beritahu (keputusan) dan kebanyakkan pihak menerima keputusan itu," katanya.

Read more ...

Pahang hasil banyak , hutang pun banyak






























SHAH ALAM, 24 Nov. :
Walaupun merupakan negeri paling banyak menerima sumbangan dari kerajaan pusat dan masyhur dengan khazanah alamnya, Pahang merupakan negeri paling tinggi jumlah hutangnya, dakwa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.


Tanpa menafikan ia perkara yang memalukan, Azan berkata, beliau sebagai seorang ahli parlimen dari negeri itu begitu hairan bagaimana Pahang yang sepatutnya mewah pendapatannya, tetapi mencatat rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

"Saya memang sudah jangka, maknanya 13 tahun berturut-turut tidak ada satu pun bajet yang seimbang, teruk.

"Masalah besar yang menjadikan begini sebab Pahang banyak kehilangan hasil. Hasil yang patut dipungut hilang sebab ketidakcekapan," katanya lagi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta rakyat negeri berkenaan supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2010 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta.

Menurut Adnan, defisit untuk kali ke-13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Namun menurut Azan, jawapan Adnan yang langsung tidak melambangkan kredibiliti seorang pemimpin yang mempunyai keinginan politik untuk menyelesaikan masalah defisit yang dialami menjadikan negeri itu sebagai negeri paling banyak berhutang.

"Keadaan itu mengakibatkan Pahang mengumpul hutang yang lebih lagi untuk tahun yang ke-13.

"Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) tahun ini sahaja menerima RM90 juta. Keseluruhan yang diterima RM320 juta seperti yang ada dalam belanjawan," kata Azan.

Selain Pahang katanya, dua negeri lain yang menerima bantuan dari kerajaan pusat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak iaitu sebanyak RM3.2 juta dan Perlis RM1.8 juta.

"Untuk apa beri bantuan kepada PKNP sedangkan negeri mengalami defisit. Sentiasa rugi. Perbelanjaan lebih daripada pendapatan," soal Azan.

Pahang mengalami defisit bagi tahun ke-12 berturut-turut iaitu sebanyak RM98.61 juta pada tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau optimis walaupun beberapa tahun kebelakangan ini bajet Pahang mengalami defisit, tetapi menjelang akhir tahun apabila kira-kira kewangan dibuat, ia akan menghasilkan lebihan.

Namun menurut Azan, selagi kerajaan negeri tidak bertukar tangan, hasrat Adnan itu nampaknya sukar untuk direalisasikan.

"Tidak munasabah dalam masa 13 tahun, tidak pernah sekali pun dengan hasil, dengan cukai yang dikumpul, boleh melebihi perbelanjaan?

"Masalah utama ialah apabila terlalu lama diurus oleh pasukan yang sama iaitu kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan Umno, maka perkara yang sama di bawa dari tahun ke tahun, sama sahaja berturut-turut.

"Kalau bagi lagi 10 tahun, maka 10 tahun lagi lah defisit sebab dia tidak ada kehendak untuk memperbaiki keadaan ini, kerana Umno selalunya berada dalam keadaan selesa," tambah Azan lagi.

Katanya, terlalu menghairankan untuk sebuah negeri yang mempunyai hasil bumi seperti balak, emas, terlibat dalam sektor perindustrian, namun tidak mempunyai pendapatan untuk mentadbir urus negeri.

"Saya musykil dan tidak percaya sama sekali dengan keadaan negeri Pahang yang mempunyai khazanah kayu balak yang bermutu tinggi, dengan emas dan sebagainya, kawasan perindustrian kimianya, tetapi sampai ke tahap tidak ada sumber untuk mentadbir negeri sehingga menjadi defisit. Ini tidak munasabah sama sekali," tambah Azan lagi.

Justeru katanya, sekiranya dicabar untuk menguruskan belanjawan negeri Pahang dalam tempoh satu tahun supaya ia tidak lagi mengalami defisit, beliau sanggup melakukannya.

"Ambil contoh kerajaan Pulau Pinang (di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat) buat pertama kali tahun lepas, tidak ada defisit. Selangor buat pertama kali tidak ada defisit," tambah Azan lagi.

Read more ...