Artikel : CiLiK© benar-benar dah muak dengan gaya kempen yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNGOK dan Be End! Tak habis-habis dengan fitnah zina yang direka-reka oleh mereka! Sebaik sahaja calon PAS Cikgu Mala diumumkan sebagai calon sebelum ini, para pencacai UMNGOK melontarkan fitnah kononnya Puan Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini rujuk link ini [Cikgu Mala difitnah].
Saturday, January 22, 2011
Biasanya kerja lama grade naik, mengapa calon BN turun grade ?
Artikel : CiLiK© benar-benar dah muak dengan gaya kempen yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNGOK dan Be End! Tak habis-habis dengan fitnah zina yang direka-reka oleh mereka! Sebaik sahaja calon PAS Cikgu Mala diumumkan sebagai calon sebelum ini, para pencacai UMNGOK melontarkan fitnah kononnya Puan Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini rujuk link ini [Cikgu Mala difitnah].
Siapa 'lanun darat' yang terlibat dalam skandal RM 888 bilion aliran keluar wang haram ?
PULAU PINANG 22 Jan. : DAP mendesak Kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008 yang dilaporkan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu ini.
Hal itu penting kerana jumlah begitu besar ini memberi impak besar kepada negara dan satu Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan bagi menangani hal ini.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut meluahkan perasaan bangga dengan kejayaan Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia berjaya menumpaskan lanun di Teluk Aden tetapi kesal kerana 'lanun darat' di negara sendiri berleluasa mengaut kekayaan negara.
"Di ketika Tentera Laut kita menjadi wira kerana berjaya menangkap lanun Somalia di perairan antarabangsa, DAP kesal kerana 'lanun darat' dibiarkan berleluasa di Malaysia.
"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab dan berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.
Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas perkara ini.
Lim menganggap perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal sehingga menyebabkan hilangnya dana dari pelabur asing ke negara ini.
Malah Lim menambah, jika jumlah RM 888 Billion diberikan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap orang akan mendapat RM 33 ribu.
"Keengganan BN menjelaskan dengan terang bukan sahaja akan menyebabkan negara bakal kehilangan lebih banyak dalam masa akan datang tetapi mungkin bankrup pada 2019 seperti yang pernah diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala sebelum ini" kata beliau.
Idris dalam kenyataannya ketika memotong subsidi dua tahun lalu menyatakan penjimatan sebanyak RM 888 Billion perlu dilakukan bagi mengelak Malaysia bankrap sebelum tahun 2020.
Lim bagaimanapun kurang yakin dengan ketelusan kerajaan UMNO BN yang terkenal dengan sikap menyembunyikan kesalahan mereka sebelum ini.
"BN sebelum ini 'keberatan' hendak menubuhkan Suruhanjaya DiRaja kepada skandal lain seperti skandal kehilangan RM 52 juta syer bumiputera dan membuatkan rakyat tiada pilihan selain menukar kerajaan dan menghukum pesalah yang bertanggungjawab," tegas beliau lagi.
Puji PAS sindir pimpinan Umno : " pencalonan Normala adalah kejayaan besar untuk wanita" kata Sharizat
LABIS , 23 Jan. : Calon Pas, Normala Sudirman perlu berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) kerana pemilihan beliau untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah tempias daripada perjuangan berterusan BN dalam memartabatkan wanita, termasuk menonjolkan mereka dalam politik.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha BN menonjolkan golongan wanita, termasuk meletakkan mereka di tempat tinggi dalam kerajaan sebagai anggota Kabinet, akhirnya tidak mampu dinafikan pembangkang, termasuk Pas.
"Pas selama ini kita tahu memencilkan peranan golongan wanita dalam kepimpinan. Tetapi, atas daya usaha UMNO dan BN yang terus menerus memberi tempat kepada wanita sejak dulu, mereka akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa golongan wanita perlu ditonjolkan dalam arena politik negara," katanya.
"Sebab itu bagi kami (Wanita UMNO) pemilihan Normala untuk bertanding adalah pengiktirafan terhadap perjuangan BN dan Wanita UMNO," katanya.
Shahrizat berkata, sekalipun Normala sendiri enggan mengakui kenyataan itu, Wanita UMNO akan terus memperjuangkan hak dan kedudukan mereka dalam arena politik tanah air.
"Dalam UMNO dan BN, hak wanita sudah lama diiktiraf dan pencalonan Normala adalah kejayaan besar untuk wanita, hasil daripada perjuangan kami yang sudah sekian lama kami usahakan," katanya.
Menerusi satu pertanyaan, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu berkata, Wanita UMNO dan BN akan meminta lebih ramai daripada mereka diberi peluang pada pilihan raya umum akan datang.
“Kami tetap bersetuju dan akur dengan keputusan parti yang memilih Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN di Labis dengan memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.SH
Najib jangan bagi banyak alasan, kalau takut cakap takut
KUALA LUMPUR 23 Jan : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima debat , dan jangan banyak helah serta cuba mengalih isu,kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.
Dalam satu kenyataan medianya beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
"Sumber yang Pakatan Rakyat perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.
Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun," katanya.
Tambah Idris lagi, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya.
"Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap. Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan," katanya.
Menurut Idris lagi,manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.
Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.
"PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)," ujar Idris lagi.
Jika Najib nak berdebat hal peribadi Anwar pun, Anwar sanggup
LABIS, 23 Jan. : Datuk Seri Anwar Ibrahim turun membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat di Tenang malam tadi dengan mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan.
Dua minggu lalu Anwar mencabar Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat termasuk mengenai Buku Jingga.
“Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.
“Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.
“Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,” kata Anwar ketika memberikan ceramah di Taman Gunung Emas di sini malam tadi.
Ketika berada di sini awal minggu lalu, Najib berkata Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.
“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.
“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya.
Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi semalam dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan Rakyat.
BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis Normala Sudirman, 38.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.
Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.
Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Najib berdebat soal ekonomi mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, namun ditolak pengerusi BN itu.
Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.
Selasa lalu, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan menulis surat secara formal.
Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar mempertahankan Program 100 Hari Pakatan Rakyat sambil menyifatkan gabungan tiga parti komponen termasuk PAS dan DAP mampu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada BN.
“Ini program (100 Hari Pakatan Rakyat) kita buat bukan untuk lima tahun, tapi 100 hari kalau kita perintah (Putrajaya) kita akan laksanakan.
“Perdana Menteri kata kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia akan bankrap, saya tak cabar beliau debat tapi beliau kata kita tidak bertanggungjawab.
“Kalau kita perintah ini yang akan kita lakukan, mana negara akan bankrap... negara bankrap kerana pemimpin curi duit rakyat dan rasuah,” katanya.
Tambah Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya barisan kepimpinan parti itu akan memastikan pentadbiran negara akan berjalan dengan baik tanpa amalan-amalan yang tidak baik.
“Jadi pemimpin bagi wang kepada kroni, bila tanya kata jaga rakyat... sebab itu saya ajak Perdana Menteri berdebat tapi beliau mengelak.
“Saya tahu beliau tidak boleh jawab... maknanya kalau kita memerintah kita tidak akan bertolak ansur, kita akan hukum siapa yang terlibat baik orang Melayu, Cina atau India.
“Sebab itu kita yakin kalau boleh perintah kita akan bersihkan dan kembalikan wang rakyat,” katanya.
PRK Tenang : Anwar kempen di tiga lokasi semalam
LABIS 23 Jan. : Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1 Malaysia.
Perkara itu didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembuka tirai kempen pilihanraya kecil DUN Tenang bermula malam tadi.
Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan Anwar, menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu.
Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington and Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.
"Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco.
"Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781," kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi.
Anwar ketika ini digantung enam bulan oleh Parlimen Malaysia tanpa diberi peluang membela diri kerana dituduh mengelirukan dewan setelah lantang mendedahkan konsep 1 Malaysia yang meniru 'One Israel' oleh APCO Worldwide.
Seterusnya, Najib tampil menafikan tuduhan itu sebaliknya menyatakan konsep tersebut adalah ilhamnya sendiri.
"1999, Ehud Barak sebut 'One Israel, People First''. Apa maknanya? Rakyat didahulukan. Sepuluh tahun kemudian, rakyat didahulukan. Tanya mereka (Umno-Barisan Nasional), kebetulan. Satu Israel, Satu Malaysia, kebetulan. Macam cerita P Ramlee, cubaan," disahut ketawa sinis penduduk felda yang hadir.
Beliau turut akan mengedarkan salinan dokumen tersebut kepada markas-markas parti Pakatan Rakyat.
Dalam ceramahnya, beliau turut mengecam pemimpin yang bersikap bongkak terhadap kuasa dan tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat.
Tambahnya lagi, beliau tidak gusar akan tentangan hebat yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyekatnya daripada mendedahkan perbuatan salah pemimpin-pemimpin parti itu justeru mengajak rakyat menilai integriti wakil masyarakat yang dipilih.
Jelasnya lagi, rakyat harus didedahkan dengan maklumat sahih agar dapat menilai sejauh mana tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu hadir ke kawasan DUN Tenang bertemu masyarakat di tiga lokasi sekitar Labis malam tadi yang rata-ratanya memberi respon positif terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.
"saya Perdana Menteri saya tahu semua perkara," tapi bila dicabar berdebat penakut
Tidak konsisten: PAS bidas pendirian Najib
LABIS, 23 Jan: Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.
Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.
"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.
"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.
"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.
Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.
Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.
Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).
Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.
Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.
Blogger Umno tuduh PAS buang Islam pinda perlembagaan tapi Muhyiddin sendiri mengaku PAS tak pinda perlembagaan
Tenang: Muhyiddin cincang kejayaan bloggers Umno
Artikel : Tidaklah berani sama sekali saya mendakwa kempen PAS di Tenang macam bagus sangat. Tetapi Umno lagi teruk.Mula-mula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pergi ke Tenang untuk bersungguh-sungguh mempamerkan dia tak ada otak. Tak payah ulas lagilah kisah membadutkan diri sendiri tu. Apalah yang nak diharapkan sangat dari Najib dalam zaman kepuanan Melayu ni.
Lepas tu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menghina perintah Allah yang terkandung dalam Surah al-Maidah, ayat 38. Kalau pemimpin Umno hina hukum Allah, itu bukan news. Itu perkara biasa. Dah tak larat nak dengar dah.
Tetapi yang paling bodoh sekali nampaknya ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita Malaysiakini semalam bertajuk "Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM" melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.Teringat sungguh kata-kata seorang kawan yang tegar habis dengan Umno kepada saya: "Muhyiddin bodoh..." Pada masa itu ternganga saya sebab saya pernah diberitahu oleh seorang sasterawan yang juga wartawan yang pernah menginterview Najib, Muhyiddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Muhyiddin lebih cerdik dari dua orang tu. Saya pun percaya.
NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.
"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
Sebab itulah saya ternganga apabila Mamat Umno tu kata gitu kat saya. Akhirnya, kempen pilihan raya di Tenang menyebabkan saya berkata dalam hati, agaknya memang sungguh Muhyiddin tu bodoh.
Alahai... Kalau ya pun nak undi Cina, janganlah cincang-cincang senjata Umno. Selepas pilihan raya 2008, bersungguh-sungguh orang-orang Umno, termasuk bloggers Umno, cybertroopers dan puak-puak totok Umno, sama ada yang berhujah atau yang bercakap merapu men'Joseph Goebbels'kan orang-orang Melayu bahawa PAS dah lempaq jauh-jauh negara Islam kerana takutkan DAP.
Rasa-rasanya, tinggal sikit lagi dah nak berjaya usaha depa. Sikit sangat lagi.
Tiba-tiba, selamba ja Muhyiddin cincang-cincang penat jerih depa yang dah dekat sangat dah nak berjaya tu. Sedap-sedap mulut dia kata "PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada".
Kalau PAS yang mendakwa bahawa ia tidak pernah nak pinda perlembagaannya dan itu (membentuk negara Islam) masih ada, cakap-cakap seperti itu tak ada currency. Tapi kalau Timbalan Presiden Umno yang kata gitu, ia memang satu publisiti percuma kepada PAS bahawa "Itu (membentuk negara Islam) masih ada".
Selepas ini senang-senang PAS boleh kata Timbalan Presiden Umno pun iktiraf bahawa PAS tak pernah nak pinda perlembagaannya dan membentuk negara Islam masih ada.
Kesian jentera propaganda Umno termasuk bloggers dan cybertroopersnya. Penat jerih mereka dan kebijakan propaganda mereka yang dah dekat sangat dah nak menjadi dah dikencing gitu-gitu ja oleh Muhyiddin. Saya tak sampai hatilah nak kata memang dia bangang. Tak elok kata gitu.Penarek beca
6 pegawai khas untuk Ro$mah, sebuah pejabat di JPM
Carian di laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri telah membuktikan buat pertama kalinya isteri Perdana Menteri memiliki pejabat sendiri di Jabatan Perdana Menteri. Lengkap dengan gelaran haram, First Lady of Malaysia (FLOM) Rosmah mempunyai 6 orang pegawai khas yang bertugas mengatur 'gerak kerja' Rosmah
Tindakan melampau ini wajib ditentang habis-habisan kerana gaji para pegawai tersebut dibayar oleh wang rakyat sedangkan Rosmah tidak memiliki apa-apa kuasa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.
Sudahlah duduk di pejabat secara haram, ada gelaran haram, apa nak jadi dengan isteri Perdana Menteri ini? Pemimpin-pemimpin BN sudah buta ke? Atau sudah gila? Takkanlah seorang politikus BN pun tidak berani menegur tingkah laku songsang Rosmah ini?
Takkanlah semuanya sudah jadi pengecut yang hanya pandai membodek dan menikus sahaja? Mana pendekar keris kontot Hishammuddin Hussein? Mana Ibrahim Katak Pekasam? Takut dengan Rosmah ke?
Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.
Hubungi pegawai di atas untuk membuat temu janji dengan Wanita Pertama Malaysia, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah Datin Seri Rosmah Mansor...Sumber BlogMarhaen
Nasib Ben Ali diaibkan bila tiada kuasa walau banyak harta
"Information Clearing House" – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.
Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.
Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.
Begitulah cepatnya beliau pergi.
Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.
Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.
Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.
Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.
Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.
Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.
Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.
Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.
Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari'ah.
Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.
Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.
Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.
Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.
Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.
Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?
Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.
Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?
Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.
Wartawan British Yvonne Ridley adalah Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa Eropah. Beliau pernah berada di Tunisia pada Februari 2009 bersama konvoi Viva Palestina.
Rakyat memberontak (gambar atas) & Rumah ipar Ben Ali turut jadi mangsa (bawah)
Umno semakin kurang sokongan
BN kurang mendapat sokongan pengundi muda dan Tionghua
LABIS,22 Jan. : Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menghadapi masalah calonnya yang dikatakan kurang mendapat sokongan padu Umno Bahagian Labis tetapi kurang juga penglibatan anak-anak muda serta masyarakat tionghua.Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati pada hari penamaan calon penyokong BN lebih dimonopoli oleh golongan wanita serta warga emas.
Malah, perarakan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim ke pusat penamaan calon hanya diiringi oleh 5,000 orang penyokong yang ‘diimport’ serta dibayarnya.
Kebiasaannya, perarakan calon BN juga diiringi dengan pelbagai acara sampingan termasuk paluan kompang serta peralatan hiburan bagi menaikkan semangat para penyokongnya.
Tetapi, kali ini sangat berlainan dan suasananya hambar yang membosankan para penyokong Umno-BN serta kelihatan lebih awal meninggalkan lokasi perhimpunan tersebut.
Manakala, di pihak PAS pula sokongan golangan muda lebih menonjol dengan kehadiran lebih 20,000 penyokong yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlid Daerah Labis, dekat sini.
Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi serta menunaikan solat hajat pada jam 7.30 pagi di satu kawasan lapang di Pekan Labis.
Kelihatan para penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP begitu bersemangat termasuk di kalangan masyarakat setempat.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon, Normala Sudirman yang disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.BO
Pengasas Umno kecewa dengan Umno
ROMPIN, 22 Jan: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.
“Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.”
Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.
"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.
Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.
Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.
Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.
Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa terpinggir dan berkecil hati.
Chua Soi Lek tak faham ajaran Islam, Umno tak ajar sebab Umno pun tak ikut ajaran Islam
Isu Bersalam: Normala Simpati Kepada Dr Chua
LABIS, 22 Jan 11: Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana, Dr Cgua gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.
Normala berkata demikian ketika merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.
“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.
Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.
“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini. “Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.
Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.
Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.
“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.
“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.
“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.
Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.
“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.
“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.
“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.
“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.
“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.
Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.
“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.
“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.
“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.
Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.
“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.
“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.
“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.
“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. (IH/The Malaysian Insider)
Sekarang masa sesuai, Najib akan adakan pilihanraya dalam masa terdekat
SHAH ALAM 22 Jan. : Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.
Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.
"Pilihanraya kecil ini samaada dimenangi oleh BN atau tidak, itu tidak akan mengubah fikiran Najib.
Saya fikir najib memang sudah merancang untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal. pilihanraya kecil ini hanya kebetulan sahaja. kalau nak dikatakan tanda bahawa pilihanraya diadakan segera atau dalam masa terdekat, saya fikir tidak begitu," katanya.
Beliau berpandangan bahawa, Perdana Menteri Najib Razak akan mengambil kesempatan ekoran suasana politik hari ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional.
"Najib akan mengadakan lebih cepat daripada biasa. sebab keadaan sekarang ini lebih sesuai untuk najib mengadakan pilihanraya. keadaan bagus untuk mereka (BN).
Keadaan sekarang ini pada keseluruhannya lebih memihak kepada BN. sekiranya ditangguh-tangguh, keadaan berubah, tidak begitu baik untuk BN, ertinya Najib akan lebih susah mencari masa sesuai. jadi saya fikir dalam keadaan sekarang Najib mesti mengadakan pilihanraya umum," katanya.
Beliau turut menambah, biarpun serangan bertubi-tubi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat semakin meningkat, namun beliau mengganggap Pakatan Rakyat mampu menghadapi serangan tersebut jika kesepaaduan dan keseragaman dicapai oleh seluruh anggota parti.
"Sekiranya pakatan dalam masa terdekat ini dapat mensepadukan perpaduan, maka peluang akan lebih baik," ujarnya.
Keseluruhan pilihanraya kecil yang berlangsung selepas pilihanraya umum ke-12 diadakan memperlihatkan, sebanyak 14 pilihanraya kecil telah diadakan.
Dalam tempoh ini, sebanyak 9 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya 5 kerusi dimenangi oleh parti Barisan Nasional.
Datuk Lee Chong Wei Intai juara buat kali ketujuh
KUALA LUMPUR 22 Jan. : Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran kali ketujuh Kejohanan Terbuka Malaysia apabila menjinakkan pemain China pada saingan separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dengan mudah melangkah ke peringkat akhir dengan menewaskan Chen Long 21-9, 21-9. Beliau akan menentang jaguh Indonesia, Taufik Hidayat, pada final esok.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Taufik, juara Olimpik 2004,menewaskan rakan senegara Simon Santoso 21-15, 21-19.
"Saya ingat Chen Long akan lebih banyak menyerang tapi nampaknya dia tak berani dan lebih berhati-hati. Dia juga banyak melakukan kesilapan," kata Chong Wei kepada media selepas perlawanan itu.
Beliau, yang kelihatan tenang dan yakin, turut mengakui bahawa beliau sebenarnya telah berlatih bagi menghadapi musuh tradisinya, Lin Dan.
Lin Dan bagaimanapun menarik diri semalam kerana mengalami kecederaan dibahagian abdomen dan sekaligus memberi kemenangan percuma kepada Chen Long untuk ke separuh akhir.
Chong Wei, 28, merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia sebanyak enam kali sebelum ini iaitu pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Dalam ada itu, Taufik berkata beliau yakin mampu memberi tentangan sengit kepada Chong Wei esok walaupun pemain tuan rumah itu mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri. Mengikut rekod, kedua-dua pemain itu telah bertemu sebanyak 16 kali dengan Chong Wei memenangi 10 perlawanan.
Dalam acara akhir perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia, Wang Yihan dari China akan menentang rakan senegara, Wang Shixian.
Dalam acara beregu lelaki, gandingan baru Denmark, Mads Conrads-Petersen/Jonas Rasmussen layak ke final buat julung kali dalam kejohanan Siri Super selepas saingan separuh akhir.
Gandingan Denmark itu menundukkan beregu Jepun, Naoki Kawamae/Shoji Sato21-17, 22-20 pada perlawanan separuh akhir dan akan berdepan dengan gandingan baru China, Chai Biao/Guo Zhendong esok.
Conrads-Petersen berkata beliau akan menumpukan kepada corak permainannya tanpa menghiraukan lawan mereka pada peringkat akhir.
Menurutnya beliau dan rakannya berharap dapat mengulangi persembahan hari ini pada pertemuan dengan beregu China nanti. Beregu Denmark itu digandingkan pada Oktober tahun lepas dan kejohanan disini merupakan kejohanan kelima bagi pasangan itu.
Dalam pada itu, Chai Biao/Guo Zhendong menewaskan beregu Indonesia MohamadAhsan/Bona Septano 21-15, 21-14 pada satu lagi pertemuan separuh akhir.
Acara beregu wanita dan beregu campuran akhir akan menyaksikan pertembungan antara pemain China. Wang Xioli/Yu yang akan berdepan dengan Tian Qing/Zhao Yunlei dalam acara akhir beregu wanita manakala He Hanbin/Ma Jin menentang Jiaming Tao/Tian Qing dalam beregu campuran.
Wakli rakyat ramai mati, Umno susah hati
SHAH ALAM 22 Jan. : Tindakan kementerian kesihatan mengarahkan semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan secara berkala berikutan fenomena kematian mengejut dikalangan wakil rakyat semakin menjadi- jadi disambut baik oleh ahli majlis pimpinan pusat, Fariz Musa.
Namun beliau berpandangan arahan sedimikian mencerminkan Umno Barisan Nasional berdepan dengan tekanan dan keresahan kerana setiap kali pilihan raya diadakan, mereka perlu bermati- matian mempertahankan kerusi wakil rakyat yang ditawan mereka.
"Sebenarnya Umno-BN takut dengan pilihanraya kecil, kerana dia tahu bahawa mood rakyat dan juga gerak kerja selama ini tidak diberi perhatian oleh rakyat. Sebab itu setiap kali pilihanraya kecil mereka berdepan dengan tekanan," katanya.
Beliau berkata, cadangan tersebut seharusnya dilaksanakan lebih awal dan bukannya hanya sibuk mengisi kantong demi kepentingan peribadi serta kroni masing-masing.
Malah jelasnya lagi, pendekatan yang dicadangkan itu sudah digunapakai oleh parti Islam Se-malaysia (PAS) sebelum ini.
"Selama ini mereka tidak pernah menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini dan lebih mengutamakan pada gerak kerja untuk membesarkan kantong mereka.
Beberapa tindakan telah diambil oleh pakatan sendiri, sebelum ini PAS misalnya, calon merokok tidak boleh dan sebagainya. ini membuktikan pakatan menitik beratkan masalah kesihatan sebagai perkara utama berbanding umno-bn yang mengambik penekatanb semberono kepada wakil rakyatnya," katanya.
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mengumumkan arahan kepada semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.
Tahap kesihatan wakil rakyat adalah penting berikutan setiap kerah keringat mereka dituntut untuk membantu membela nasib rakyat yang berada dibawah seliian seseorang wakil rakyat.
Cadangan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah.
PRK DUN Tenang merupakan pilihan raya ke 14 yang berlangsung setelah Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 dan Malaysia bakal menghadapi sekurang- kurangnya dua lagi pilihan raya kecil setelah kerusi Merlimau, Melaka, dan Pelabuhan Klang, Selangor,disahkan kosong.
ADUN Merlimau Datuk Moh'amad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia minggu lalu kerana serangan sakit jantung, sementara kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan setelah adunnya Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama 60 hari tanpa sebab.
"Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, " jerit wanita kepada Taib Mahmud
MIRI 22 Jan. : Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis andaraya Miri di sini hari ini.
Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup dicelah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.
Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.
"Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, " jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian. Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.
Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan. Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.
Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit,di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambahbaik sistem penyampaian kepada rakyat.
Tenang bukan tanda aras
SHAH ALAM 22 Jan.: Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan kejayaan mana-mana parti khususnya dalam pilihanraya umum ke-13 ini,kata penganalisis politik Dr Hassan Hasbullah.
Sebelum ini , Umno-Barisan Nasional meletakkan sasaran kemenangan besar majoriti sebanyak 5,000 undi yang dilihat satu penanda aras untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 secara mengejut dalam jangka masa lebih awal.
Sementara itu kempen lapan hari pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini selepas proses penamaan calon selesai pagi ini. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN menamakan Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.
Dr Hassan Abdullah yang dihubungi TV Selangor berkata DUN Tenang yang sejarahnya Umno-BN tidak pernah kalah, tidak boleh menjadikan keputusan pilihanraya kecil ini untuk memanggil pilihanraya umum lebih awal kerana sikap pengundi sentiasa berubah-ubah.
"Semua pilihanraya kecil yang berlaku di negara kita tidak mungkin menjadi penanda aras kepada mana-mana parti politik untuk mengatakan kemenangan pada parti-parti politik tersebut sebagai satu keselesaan kepada mana-mana parti politik.
Masyarakat sentiasa berubah-ubah,manakala Dewan Undangan Negeri Tenang adalah sejarahnya menyatakan bahawa Barisan Nasional tidak pernah kalah di kawasan ini, tetapi undinya sangat merosot pada 2008 dan jika keputusan pada kali ini,Barisan Nasional mendapat undi majoriti sebanyak 5,000 masih juga bukan satu petunjuk, kerana ia merupakan satu pilihanraya kecil di mana semua operasi di peringkat nasional tertumpu ke situ sebagaimana peristiwa di Pilihanraya Kecil DUN Galas dan sebagainya," katanya.
Tambah Dr Hassan lagi bahawa banyak janji-janji dalam pilihanraya kecil ditaburkan dan seumpama drama yang jelas tidak boleh digunakan sebagai tanda aras kejayaan sesuatu parti.
"Sebab itu kita dapati bahawa banyak janji-janji bahawa ataupun manifesto yang ditaburkan pada masa pilihanraya kecil jarang terlaksana sepenuhnya, ia tidak ubah seperti sebuah drama dalam merayakan demokrasi dan tidak memberi petunjuk kepada proses pilihanraya yang sebenar," katanya lagi.
Dr Hassan juga menyatakan pandangannya bahawa terdapat beberapa faktor penentu pengundi yang dijadikan asas dalam pilihanraya kecil DUN Tenang ini.
"Di Dewan Undangan Negeri Tenang sebenarnya terdapat lima faktor utama,pertama ialah faktor kuasa kelas menengah Melayu di mana kebanyakkan kuasa kelas menengah Melayu masih lagi berpihak kepada Barisan Nasional dan mereka begitu memerhati perkembangan pihak Pakatan Rakyat ,manakala pengundi Cina kelihatan nyata dan amat jelas sekali berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala pengundi India melihat kepada perkembangan di peringkat nasional.
Jadi kita dapati penentu di Tenang adalah pengundi Cina samada Pakatan Rakyat memperolehi keseluruhan pengundi Cina, dia akan menjejaskan pencapaian Barisan Nasional manakala jika hanya anggaran 30-40 peratus berpihak kepada Pakatan Rakyat maka keputusan tidak akan berubah seperti tahun 2008 di antara majoriti pada 2004," katanya lagi.
Dr Hassan juga yakin,golongan muda bakal menjadi antara faktor penentu besar di DUN Tenang ini.
"Pilihanraya pertama di bahagian Selatan ini untuk tahun ini seperti ada satu arus baru kerana selepas ini akan berlaku di Merlimau , maka kuasa kedua yang terbentuk adalah pengundi muda kerana pengundi-pengundi muda adalah besar di Tenang," katanya.
Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).
Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.
Beg Udara bukannya murah
SHAH ALAM 22 Jan. : Cadangan kerajaan untuk mewajibkan penggunaan beg udara bagi semua kenderaan bermula Januari 2012 dilihat tergesa-gesa dan hendaklah mengecualikan pelaksanaannya kepada kenderaan lama, kata Bendahari Agung Gabungan Persatuan-persatuan Penguna-Penguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman.
Semalam kerajaan mengumumkan akan mewajibkan penggunaan beg udara bagi semua kenderaan, kecuali kenderaan pacuan empat roda bermula Januari 2012 dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
Perbincangan bersama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau ringkasnya Miros dan JKJR, menyatakan beg udara adalah aksesori keselamatan yang paling penting dalam semua kenderaan.
"Untuk keadaan sekarang ini kerajaan mesti mempunyai pilihan, tidak boleh terus untuk mewajibkan. Ataupun perlu mengecualikan pelaksanaannya kepada kenderaan lama sebaliknya kepada kenderaan baru mesti memasang air bag (beg udara) dan ini (kosnya) tidak membebankan pengguna, kita sedia maklum kenderaan lama, mungkin kos pemasangan air bag (beg udara) tidak berbaloi kepada mereka," katanya yang dihubungi TV Selangor.
Yusof menjelaskan tindakan kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dihargai namun soal pelaksanaan berhubung perkara ini seharusnya dikaji agar tidak membebankan rakyat khususnya pemilik kenderaan.
"Tujuannya memang baik untuk menyelamatkan nyawa jika berlakunya kemalangan jiwa dan sebagainya, tetapi persoalannya di sini ialah bebanan kos yang terpaksa ditanggung oleh pemilik kenderaan kerana bukan semuanya berkemampuan," katanya lagi.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dua syarikat pengeluar utama, Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah diberitahu mengenai peraturan baru itu.
Menurutnya, mesyuarat diadakan minggu lalu bersama wakil kedua-dua syarikat pengeluar tempatan itu dan secara dasarnya, mereka bersetuju.
Sementara itu, tinjauan Tv Selangor mendapati rata-rata pemilik kenderaan yang ditemui menyokong usaha kerajaan dalam mengurangakan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya tetapi mengharapkan pelaksanaannya tidak membebankan pengguna kenderaan dan rasionalnya pelaksanaan perkara ini kepada pemilik kenderaan lama.
Menurut Zambri Othman berkata pelaksanaan cadangan itu memerlukan kajian sejauhmana keberkesanannya dan berharap ia tidak membebankan rakyat.
"Pelaksanaannya yang penting, contoh macam pelaksanaan wajib tali pinggang belakang tetapi tidak nampak sejauh mana pelaksanaannya, tujuan baik, pengguna bagi respon baik tetapi pelaksanaannya saya tidak nampak. Kebanyakkan dari kita datang dari kalangan yang tidak mampu, jadi bagi saya ia belum mampu dilaksanakan," katanya.
Sementara itu menurut J.H Lim mencadangkan agar ada pemberian subsidi pemasangan air bag kepada pengguna.
"Kereta model lama kena hantar kilang untuk pasang air bag, kalau ia model proton itu tanggungjawab proton atau suruh kerajaan bagi subsidi, mungkin kos ditanggung kerajaan separuh, " katanya.
Menurut Badri Ibrahim pula, beliau berkata keadaan tersebut perlu mengikut keadaan kerana jika kosnya tinggi maka pelaksanaan ini kelak bakal membebankan pengguna.
"Ikut keadaan jika kos semua kenderaan sama tidak memberi masalah kepada pengguna tetapi jika melibatkan kos yang tinggi mungikin akan menimbulkan pertikaian," katanya.
Gambar Nur Jazlan Pengerusi UDA dipijak penduduk Tanjong Tokong
Inilah kenyataan biadap pemimpin Umno ini ;
"Janganlah terlalu mempolitikkan isu ini, kerana ia memberikan imej negatif bahawa masyarakat Bumiputera tidak bersyukur atas nikmat yang diberi terhadap mereka, sedangkan hakikatnya, mereka tinggal atas tanah bukan milik mereka dan mengikut agama Islam, ia adalah haram," katanya.
-- BERNAMA
Orang Asli pun marah Satim cakap bohong
BANTING, 22 Jan. : Bekas Timbalan Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Arif Embing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat Isnin lalu menafikan kenyataan masyarakat itu mendapat bantuan 100 peratus dalam bidang pendidikan.
Arif membuat laporan itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Dr Satim Diman yang berkata kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi bantuan sepenuhnya kepada masyarakat itu termasuk pengangkutan ke sekolah.
Arif berkata, mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan perlu bercakap mengikut fakta yang tepat.
“Dengan kenyataan demikian nampak seolah–olah Orang Asli tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya.
“Saya terpanggil untuk menyangkal kenyataan itu, kebanyakan Orang Asli tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sedangkan masih terdapat di antara mereka terpaksa bersusah payang menanggung pendidikan anak–anak mereka”, katanya.
Seorang pelajar lepasan SPM, Rohaiza Botot, 18, berkata, dia turut tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana persekolahan adiknya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.
Menurutnya, tidak ada istilah bantuan 100 peratus dalam pendidikan untuk Orang Asli kerana kebanyakan ibu bapa masih membayar pelbagai bayaran untuk memberi pendidikan anak–anak di sekolah.
“Sekiranya kerajaan ingin membantu masyarakat Orang Asli bantuan 100 peratus, seharusnya dilakukan dengan jelas dan tidak disalahertikan”, katanya ketika ditemui di Bangunan Pejabat Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad, semalam.
Bagi Suriana anak Perat, 23, dia tidak menyokong kenyataan berkenaan kerana sememangnya anak – anak Orang Asli masih tidak diberi bantuan pendidikan sepenuhnya.
Menurutnya, ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja keras mencari duit semata mata untuk memberi pendidikan kepada anak–anak.
“Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan melalui jabatan berkaitan ingin menyalurkan 100 peratus bantuan dalam pendidikan ianya perlu diberi kepada semua Orang Asli,” katanya.SH
Projek Pulau Jerejak satu lagi kerugian angkara BN ?
PAC diminta siasat projek Pulau Jerejak
BAYAN BARU, 22 Jan.: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta menyiasat dengan segera akaun dan laporan terperinci projek pembangunan Pulau Jerejak bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa rakyat mengalami kerugian ekoran ketidaklancaran projek pembangunan di pulau tersebut.
Katanya, kerugian sepertimana yang dimaklumkan berikutan premium tanah sebanyak RM10.6 juta yang masih lagi belum dijelaskan oleh Syarikat Tropical Island Resort kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang.
"Manakala Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pula terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM19 juta. Kerjasama antara PDC dan Uda Holdings Berhad sewajarnya dihentikan kerana ia merugikan kerajaan negeri.
"Uda juga bukannya pakar dalam bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan. Mereka juga gagal menguruskan dengan baik resort yang terletak di Pulau Jerejak," katanya lagi.
Sim juga berkata, kerugian itu adalah kerana perancangan yang tidak komprehensif Uda bagi membangunkan pusat pelancongan Pulau Jerejak melalui pembinaan empat fasa projek yang merangkumi pembinaan ekopelancongan, rumah mewah dan juga marina di pulau tersebut.
"Dengan adanya siasatan terperinci, maka keadilan akan dapat dicapai sama ada terdapat atau tidak pihak yang terbabit dalam penyelewengan yang membabitkan projek pelancongan tersebut," ujarnya lagi.
Johor kubu Umno, Najib tak payah pening kepala
LABIS 22 Jan.: Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.
Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.
"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.
"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.
Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.
Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khususnya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.
"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.
"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.
Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.