Resit dari seorang penjaga yang mengisahkan beliau mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah terpaksa membayar yuran sebanyak RM750 seorang menjadikan RM1,500 ( Satu Ribu Lima Ratus Ringgit).
Itu baru yuran .. belum masuk nak beli alat-alat tulis .. paling sengkek pun tak lari RM200 seorang .
Pakaian, beg, kasut dan stokin? .
Tambang bas yang naik 40%?.
Buka saja lembaran baru alam persekolahan tahun 2014 setiap ibu bapa terpaksa membelanjakan paling koman untuk seorang anaknya peringkat sekolah rendah ialah RM1,000 ..
Bayangkan jika yang mempunyai 3 anak yang masih bersekolah ...
Persoalannya .. dulu Menteri yang jaga sekolah pernah berkata bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendidikan percuma .. Tetapi dimana percumanya kalau terpaksa bayar yuran sampai RM750 ( Tujuh Ratus dan Lima Puluh Ringgit) seorang?????
Read more ...
‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’.
Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,
Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun
Twitter miliknya, semalam.
Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di
Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.
Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan
mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit
yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan
seorang isteri pemimpin tertinggi negara.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa
kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter
menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak
bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang
artis yang berhijab.
Read more ...