Tuesday, June 26, 2012

UNCLESEEKERS BELASAH RAJA?!!! Kenapa polis diam? Kenapa PERKASA, JATI, ISMA tak bersuara ? Adakah UMNO dibelakangnya?

Uncleseekers

Sejak dua minggu lalu, aku memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu.

Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja.

Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers?
Printscreen dibawah dibuat pada 18 Jun dimana blog Uncleseekers berada ditangga ke 762 di Malaysia.

Untuk mencapai tangga ke 762, sesuatu blog itu perlu mendapat kunjungan tidak kurang dari 10,000 pengunjung setiap hari.
Semalam ini, aku buat satu lagi printscreen dan blog Uncleseekers sudah melonjak ketangga 507.


Aku tak tau jumlah sebenar yang mengunjungi blog Uncleseekers. Tapi yang pasti, blog Uncleseekers sudah jauh lebih popular dari blog Anwar Ibrahim, blog Najib, malah sudah lebih popular dari blog Tukar Tiub.


Aku berani kata, blog Uncleseekers akan meningkat lebih tinggi dari blog Anak Sungai Derhaka atau blog Parpukari dalam masa beberapa hari ini.

Apa yang istimewa dengan blog Uncleseeekers?

Apabila Nizar membuat tweet mengenai WWW1, maka dengan secepat kilat Pemuda Umno membuat laporan polis. Dengan secepat kilat pula polis menubuhkan skuad khas untuk menyiasat Nizar.

Uncleseekers sudah mula menulis tentang skandal-skandal di Istana Johor sejak 3 March, tetapi tidak ada seorang pun dari Pemuda Umno yang membuat laporan polis!. Sedangkan apa yang ditulis oleh Uncleseekers jauh lebih teruk dari tweet Nizar. Mengapa Pemuda Umno Johor tidak membuat laporan polis kalau betul-betul mempertahankan Raja?

Dimanakah Zulkifli Nordin?

Polis memulakan siasatan terhadap Nizar berdasarkan tweet yang dibuat, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Pas Perak terhadap Kosmo. 

Malah polis juga tidak mengambil tindakan terhadap blog Uncleseekers. Bukan polis saja yang takut terhadap Uncleseekers, malah hampir keseluruhan pemimpin Umno takut bersuara atau mengambil tindakan terhadap Uncleseekers yag menelanjangkan Sultan Johor.

Dimana Hasan Ali?

Hei!! Uncleseekers bukan saja memalukan keluarga Sultan Johor, malah menelanjangkan dan mengaibkan sama sekali. Mengapakah tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankan Sultan Johor dari keaiban yang dilakukan oleh Uncleseekers? 

Bukan setakat cara hidup yang terlalu mewah dengan deretan kereta-kereta mewah, malah kehidupan peribadi Tengku Mahkota Johor juga ditelanjangkan.

Dimana Perkasa dan Ibrahim Ali?

Minggu lepas, pejabat Nizar di Bukit Gantang digeledah. Pusat Khidmat di Pasir Panjang diselongkar dan sebuah laptop diambil oleh polis. Rumah Nizar juga diserbu dan sebuah lagi laptop diambil dan dibawa pergi. Tak cukup dengan itu, Nizar sendiri diserbu polis di hotelnya di Kuala Lumpur dan handphonenya pulak diambil.

Apakah polis tak tau tentang blog Uncleseekers sedangkan ratusan ribu rakyat Malaysia membaca blognya setiap hari? Uncleseekers bukan blogger yang menyorok identiti ataupun macam cybertroopers Umno yang takut menunjuk muka. Uncleseekers mendedahkan identitinya secara terang-terangan.

Kalau polis boleh menubuhkan skuad khas yang terdiri dari pakar komputer untuk menyiasat laptop dan telefon bimbit Nizar, apakah tidak ada seorang pun polis yang membaca blog Uncleseekers?
Ganjil.

Apabila sekumpulan manusia membuat demo didepan rumah Ambiga, Umno mendiamkan diri. Kita tahu, semua mereka yang berdemo itu adalah penyokong-penyokong Umno. Sebab itu mereka tidak diambil sebarang tindakan kerana Umno merestui tindakan mereka.

Apa yang dibuat oleh Uncleseekers jauh lebih hebat dari tayangan punggung terhadap Ambiga. Mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Uncleseekers sedangkan Umno lah yang selama ini menyalak bahawa merekalah pembela Raja-Raja Melayu?

Adakah Umno merestui tindakan Uncleseekers ini?MSK

Read more ...

LAPORAN POLIS UNTUK TV3!!! Bersekongkol dengan UMNO adu domba keharmonian umat Islam di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.

Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.


Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.


“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.


“Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.


Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.


Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.


Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan ‘kerajaan perlu digulingkan’ dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas.


Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.SH

ISU KHUTBAH JUMAAT - JANGAN ADU DOMBA KEHARMONIAN UMAT ISLAM PULAU PINANG

Umat Islam Pulau Pinang dan media massa dinasihatkan agar tidak mengadu-domba perkara berkaitan kepentingan umat Islam di negeri ini. Segala permasalahan umat, sekiranya timbul, seharusnya ditangani secara berhemah dan mengikut saluran yang ditetapkan agar agama Islam dilihat sebagai agama perpaduan dan keharmonian.


Menggunakan saluran media, lebih-lebih lagi memaparkan fakta yang kesahihannya diragui tidak akan membantu ke arah memartabatkan syiar Islam di negeri ini.


Berhubung doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012, pihak saya sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.


Sehubungan itu, pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.


Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.


Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.


Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.


Siasatan awal JHEAIPP mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :


"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."


Justeru, mengapa pimpinan Umno/BN begitu terasa terpalit dengan seruan dan doa khatib berkenaan ? Padahal khatib tidak menyatakan secara khusus kepada mana-mana pihak. Siapa yang makan cili , dia terasa pedasnya.


Ketika siasatan dalaman masih dijalankan, tidak wajar kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dalam Utusan Malaysia bahawa tindakan perlu diambil mengikut Akta Hasutan kerana menggunakan masjid untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.


Datuk Musa sewajarnya membuat laporan polis sekiranya beliau merasakan pihak berkenaan telah melanggar akta hasutan.


Saya juga difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan pada 26 Jun 2012, berhubung kejadian tersebut.


Tohmahan terbuka mendahului siasatan yang mencalarkan imej Islam pernah dilakukan oleh beberapa pemimpin Umno dan media massa kawalan Umno sebelum ini.


Mengungkap kejadian dua tahun lalu, sekitar Ogos 2010 ketika umat Islam menyambut Ramadan, peristiwa yang hampir sama berlaku iaitu khatib jemputan mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan taufik dan hidayah. Sebaliknya media menfitnah kononnya khatib menggunakan nama Ketua Menteri menggantikan Yang Dipertua Agong.


Beberapa laporan fitnah telah menjadi sebahagian amalan media kroni. Fitnah yang dicanang media Umno, khususnya Utusan Malaysia, terbukti apabila mahkamah telah memberikan kemenangan sebanyak dua kali kepada Ketua Menteri ke atas saman yang difailkan oleh beliau.


Usaha fitnah Umno melalui media kongkongannya, cuba mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya, tanpa mengambilkira dosa pahala.


Ini membuktikan Umno semakin nazak, ketandusan fakta untuk mencalarkan imej negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Isu yang cuba digembargemburkan oleh Umno/BN itu mencerminkan bahawa pemimpin mereka muflis idea dan begitu takut dengan bayang-bayang sendiri.


Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak menjauhkan budaya fitnah dan mengangkat budaya hujah agar budaya politik kita berkembang lebih matang. Lebih-lebih lagi, Ramadan Al-Mubarak bakal menjelang bulan depan, di mana umat Islam akan ke madrasah Ramadan untuk melengkapkan rukun Islam yang ke-3.

Read more ...

MEMANG TERUK!!! Pengerusi PAC akui SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah


KUALA LUMPUR -
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.



"Didapati pegawai yang mewakili kementerian (kewangan dan pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah. "Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu
urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Azmi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar, berkata PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhi pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek.

"Saya tidak tahu setakat mana ia akan ditingkatkan tapi kami berharap ia akan dipertingkatkan," katanya.

Seorang lagi anggota PAC, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata antara SOP yang diberi perhatian dalam penilaian mesyuarat hari ini adalah cara perjanjian projek ladang lembu itu dirunding dan dimeterai.

Selain itu, pengeluaran wang, pengawalseliaan laporan kemajuan, tugas pengarah syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan serta pengendalian akaun syarikat juga diteliti.

Azmi berkata PAC juga meminta kerjasama Jabatan Audit Negara untuk meneliti beberapa dokumen tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

"Kami gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua kementerian dan sokongan Ketua Audit Negara...EPU (Unit Perancang Ekonomi) juga ada di sini untuk membantu kami," katanya.

Selain itu, Azmi berkata pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadual hadir mesyuarat seterusnya esok. - Bernama

Read more ...

SEDUT DUIT RAKYAT!!!! Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.
Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja.  Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.


1.    400 unit X RM0.218 = RM87.20


2.    200 unit X RM0.334 = RM66.80


3.    100 unit X RM0.400 = RM40.00


JUMLAH                        = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Taman Meru Damai, Kapar Klang.
 
Kedahlanie

Read more ...

JAWAPAN MENTERI!!! 19 mati, 21 cacat kekal selama PLKN diperkenalkan

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0129/Utusan_Malaysia/Polis_&_Tentera/te_01.1.jpgSelama 8 tahun PLKN dilaksanakan boleh tahan jugak jumlah kematian dan kecacatan kekal kerananya! 19 kematian, 21 cacat kekal! Kalau kira purata lebih kurang 2 orang mati setahun dan lebih kurang 2 atau 3 orang cacat kekal! 

Apakah data ini bukan suatu jumlah yang perlu dipandang serius atau pihak kerajaan Umno/Bn akan menjawab seperti lazim jawapan yang kerap diberikan, "biasalah.... PLKN-kan program lasak, mati dan cacat tak dapat kita elakkan! Lagi pun kadar kematian dan cacat kekal itu masih rendah  berbanding negara Asean  dan negara dunia yang lain!" 

Dimaklumkan bahawa antara punca  kematian ialah masalah kesihatan yang dihidapi pelatiH. Apakah ini  bermakna pihak PLKN mengambil mudah soal kesihatan calon pelatih  sehingga mereka yang tidak fit atau tidak sihat untuk berada dalam program seperti PLKN dipilih juga untuk berada dalam kem yang penuh risiko?

Memang sakit pening, cacat, ajal maut dalam takdir qada' dan qadar Ilahi, namun berasaskan usaha dan ikhtiyar, rasanya jika pihak PLKN serius dengan penilaian calon yang mantap perkara kematian dan kecacatan kekal mampu dielakkan.

Yang penting PLKN jangan terlalu dijadikan medan paksaan asuhan politik tidak sihat kepada generasi muda negara oleh pihak tertentu sehingga faktor kesihatan dan keselamatan tidak dipandang utama!GaramLada

Berita dipetik:

KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.


Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.


Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
(gambar) di Dewan Rakyat.

Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.


Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.


Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

Sumber:harakahdaily

Read more ...

MURSHID SEPAKAT!!! Berdosa jika pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim Haji


Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. 

Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. 

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
 
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : 

(
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. 

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. 

Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. 

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara. 

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : 

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil 
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Read more ...

SKANDAL TERBARU!!! Pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang bernilai RM960 juta

 
PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

public transportation 260706 star lrtShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.
Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Blog-Blog UMNO hilang arah, tabur propaganda palsu yang basi

Oleh: Tok Senapi

Ada dua orang pembaca emel pertanyaan, apasai Tok Senapi lama dah tak menulis. Ada dua sebab mengapa TS menyepi, pertama TS diberi amanah siapkan satu kajiselidik mengenai politik Kedah, memang memakan masa dan tumpuan. Kerja agak rumit juga, Alhamdulillah TS dah siapkan serah pada pihak berkenaan untuk tindakan.


Keduanya, sebab TS rasa tak kalut sangat untuk bagi tumpuan menulis kerana para aktivis maya UMNO dan juga jentera propaganda UMNO Be End di luar alam maya juga telah melakukan kerja mereka dengan 'baik'. Maksud TS bukan baik bagi Be End tapi baik bagi Pakatan rakyat.


Antara 'kebaikan' tersebut ialah:


1. Secara umum jentera propaganda mereka kelihatan sudah hilang arah tujuan dan hilang daya menyaring dan menyusun isu mengikut keutamaan. Apa saja isu dikutip dan digunakan dari isu remeh hingga isu besar, ulasan terhadap isu juga tidak seragam di antara blogger nampak sangat cacamarba.


2. Lagi lagi isu Anwar. Anwar lagi lagi... sehingga ke tahap mengumpul semula isu kitar semula yang sudah dimainkan 13 tahun lalu, cuma diberi nafas baru dengan sedikit gubahan. Tukang putar piring hitam sapa? Umi Hafilda... waduh-waduh takdak muka lain dah ka? Itu kata orang UMNO sendiri... depa pun dah muak dengan jemuan tu, mokalau orang bukan UMNO lagi menyampahlah... Hari ni kalau ada isu yang serang Anwar maka orang tak akan dengar atau tak baca lagi dah. Mai isu apa pun tapi kalau kait dengan Anwar rakyat Malaysia dah buat pekak badak, takdak respond apa-apa lagi.


3. Secara terbuka blogger UMNO menuduh PAS kafir laknatullah, munafik, sesat entah macam-macam lagi tuduhan yang berat-berat. Dulu depa main isu kononnya PAS tuduh semua tu untuk UMNO, laa ni apa yang dituduh pada PAS dulu patah balik kelepukk kena domoi depa. Makin banyak UMNO dok maki PAS, dok laknat PAS lagi cerahlah masa depan UMNO.. teruskan.



4. Satu yang tak akan ditinggalkan oleh blogger UMNO ialah isu lucah. Pusin pi pusin mai wajib ada dalam blog depa bahan fitnah ka, komen ka, foto ka, maki ka, kutuk ka, perli ka... semua mesti ada bahan-bahan atau istilah lucah-lucah. Sesuai benar dengan keUMporNOan mereka. Kepala hotak UMNO penuh dengan sex sex sex...




5. 'Kebaikan' yang sangat baik khususnya bagi orang Cina di negara ini ialah propaganda UMNO tak habis-habis dok main isu perkauman Melayu dan kebencian terhadap orang Cina. Laa ni kalau kita pi tanya 10 orang Cina, 8 darinya meluat dekat UMNO akibat main isu perkauman tak sudah-sudah siang malam pagi petang. Empat tahun lebih UMNO dan konco2 depa Perkasa, JMM, Jati dll maki Cina dekat2 nak mengundi terhegeh-hegeh pi cari Cina minta undi. Cina akan jawab lan*** luulah UMNO!



TS dedahkan ini sebenarnya untuk aktivis alam maya Pakatan Rakyat, sebagai panduan... jangan dok buat kerja yang UMNO buat tu, rugi kita nanti...Kedah La

Read more ...

PENGAMAL DEMOKRASI PALSU!!! Najib dan UMNO/BN malukan negara di mata dunia


Artikel dengan tajuk ‘A 21st-century checklist of the new autocrats’ telah disiarkan pada 8 June lalu oleh akhbar The Globe and Mail.


Ianya telah ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pengamal media yang telah memenangi anugerah, yang pernah menemuramah beberapa orang pemimpin politik dunia yang kontroversi.

Antara mereka yang telah ditemuramahnya ialah Ketua Pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, Mikhail Gorbachev, bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah II dari Jordan.


Dalam artikel itu Mackinnon membahagikan pemimpin politik kepada empat kategori iaitu false democrats, mad egotists, violent populists dan callous capitalists.


Najib telah diletakkan dalam kategori yang pertama iaitu “false democrat.”


Dalam Bahasa Malaysia ialah ‘Pengamal Demokrasi Palsu’ dan dalam bahasa yang lebih sopan pula 'Penipu Demokrasi' kalau tak silap aku lah..


Antara yang tersenarai bersama Najib ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Presiden Palestine Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan juga Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.


Pemimpin yang telah terkeluar dari senarai ahli kelab penipu itu pula ialah Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak


Antara ciri-ciri utama yang membolehkan Najib mendapat gerlaran tersebut ialah beliau mengadakan demokrasi tapi tidak ada niat untuk melepaskan kuasa..


Baca nih...


-Key characteristics: They hold elections but have no intention of giving up power. Serious political rivals are jailed and their parties are outlawed on legal technicalities. Mr. Putin’s spin doctors call it “managed democracy” – giving voters the appearance of choice while ensuring they have very little to choose from on election day.

-Reason for hope: Because they allow the trappings of democracy – opposition parties, some independent media, the very process of going through an election every few years – these false democracies create the possibility of change. Mr. Milosevic and Mr. Mubarak were ousted because citizens used the political space allowed them in a false democracy. Russia’s opposition has similarly been on the advance over the past seven months. The next election in Malaysia promises to be interesting.


-Reason for despair: False democracies give the impression of being freer than they really are, which means they rarely face the kind of international pressure that the really nasty regimes get.

Tak percaya?? tengok nih!!


Kalau tak puas hati jugak.. sila lihat di SINI

Apa lagi Pemuda UMNO dan PERKASA?? Buat demo depan kedutaan Kanada cepat...ASD

Read more ...

TERKINI!!! Mantan Timbalan Pengarah Jakim sertai PAS





Alhamdulillah...Semakin ramai orang ingin bersama dengan PAS.Terbaru Tuan Haji Yusuf Hasan ( bekas Timbalan Pengarah Jakim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang) telah menyerahkan permohonan keahlian Parti Islam Semalaysia (PAS) Kepada Dato' Presiden sebentar tadi.

Read more ...