Monday, May 17, 2010

Nizar tempelak kerajaan BN lulus judi bola



BUKIT GANTANG, 17 Mei : DS Nizar mengkritik Kerajaan BN yang meluluskan lesen judi bolasepak kepada Vincent Tan.DS Nizar menjelaskan bukan setakat orang Melayu Islam menentang judi,termasuk juga orang Cina.

Nizar memberitahu jamaah surau.Vincent untung atas angin RM 530 juta.Sementara Syarikat Judi Sportoto boleh untung sehingga 33o juta ringgit.Nizar juga mendakwa Vincent Tan salah seorang yang menjatuhkan Kerajaan PR Perak.

Jadi sebagai hadiah Najib memberi Vincent Tan lesen judi bolasepak untuk membalas budi.Nizar menjelaskan hasil judi bolasepak ini membuatkan hasil RM880 juta.

Nizar juga menyatakan lesen judi bolasepak ini bukan sahaja menjejaskan keluarga orang Cina tetapi keluarga Melayu.

Nizar meminta kita jangan lagi bersama UMNO kerana Umno tidak menjaga kebajikan rakyat.UMNO sanggup mengguna hasil cukai judi untuk membangunkan sukan.Hasil haram digunakan untuk membantu rakyat.SisiBukit


DS Nizar sedang meminpin doa.Mohon keselamatan dunia akhirat rakyat jelata.DS Nizar mengimam Solat Maghrib di Surau Sg Petai.


DS Nizar menyampaikan tazkirah,meminta jamaah surau supaya menasihat,keluarga,jiran tetangga supaya menolak UMNO yang kini lulus pula lesen judi bolasepak Piala Dunia!


Kanak-kanak tetap menjadikan DS Nizar idola mereka.

Read more ...

PASTI Parit Buntar raih kejayaan

DSC00007.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 17 Mei : PASTI Parit Buntar mengungguli pertandingan bolasepak dan bola jaring PASTI negeri Perak apabila menjadi johan dan naib johan untuk kedua-dua permainan di gelanggang futsal Manjung Point 3, Seri Manjung.

Pengerusi PASTI Parit Buntar Mohd Amirul Hasni berkata, pasukan bola sepak PASTI Parit Buntar naib juara negeri Perak apabila kalah tipis 0-1 kepada PASTI Taiping pada perlawanan akhir.

“ Bagaimanapun kesedihan bagi kekalahan tersebut terubat dengan kejayaan pasukan bola jaring PASTI Parit Buntar meraih kejuaraan mengalahkan PASTI Parit dengan jaringan bergaya 5 – 2” katanya

Mohd Amirul berkata, kejayaan ini merupakan peningkatan yang mengkagumkan berbanding pencapaian PASTI Parit Buntar bagi tahun-tahun sebelumnya.

“ Pada tahun lalu, pasukan bola jaring hanya merangkul naib johan manakala pasukan bola sepak mendapat tempat ketiga.

“ kejayaan ini membolehkan pasukan bola jaring PASTI Parit Buntar mewakili PASTI Perak ke pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pulau Pinang” katanya

Beliau berkata, kesungguhan pemain kedua-dua pasukan bola jaring dan bola sepak sememangnya patut dipuji.

“ Mereka telah berlatih berminggu-minggu untuk menghadapi pertandingan ini. Kesunguhan mereka tidak sia-sia dengan kejayaan pasukan bola jaring , walaupun pasukan bolasepak kurang bernasib baik” katanya

Pasukan bolasepak PASTI Parit Buntar ( baju oren ) sebelum perlawanan

DSC00004.jpg picture by paspb

DSC00008.jpg picture by paspb

Read more ...

Siasat ugutan bunuh


SHAH ALAM, 17 Mei :
Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan tindakan menghantar ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sebagai tidak wajar.

Katanya, beliau menggesa polis segera menjalankan siasatan secara terperinci berhubung insiden itu bagi mengesan individu yang bertanggungjawab.

Menurutnya, Manikavasagam perlu diberikan perlindungan oleh pihak polis berikutan keselamatan wakil rakyat itu kini terancam.

“Ugutan sebegini ke atas orang politik tidak boleh diterima dan luar biasa.

“Sekarang ia menjadi isu penting kepada polis untuk diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau kesal dengan insiden itu dan berharap individu yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya juga beranggapan sebarang tindakan ugutan adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya serah kepada polis untuk menyiasatnya dan memberikan perhatian serius kepada perkara ini,” katanya.

Rumah dan kereta milik Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di pekan Meru di sini semalam disimbah cat merah dipercayai oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira 7.30 pagi semalam itu, nota ugutan ‘Jangan campur hal pasir, nanti mati’ turut ditinggalkan.SH

Read more ...

DHPP dilancarkan 23 Mei

KUALA LUMPUR, 17 Mei : Perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang akan menjadi sayap parti itu tidak lama lagi akan diteliti terlebih dahulu sebelum ahli-ahlinya diberikan keanggotaan penuh.

"Kita baru bermula dengan apa yang ada pada hari ini. Kita akan tengok keperluan kita pada masa akan depan dan parti akan memikirkan tentang apa yang berlaku pada masa depan.

"Jadi Ketua Pemuda Gerakan (Kedah) perlu sabarlah. Kalau dia nak pun, dia perlu masuk Dewan Himpunan dulu bersama kita, barulah dia boleh bercakap apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media hari ini.

Salahudin mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak PAS memberi keahlian "kelas penuh" kepada bukan Islam dan bukannya "keahlian kelas kedua" sekiranya PAS ikhlas menjadi parti berbilang kaum.

Menurut Salahudin lagi, mereka hanya menjadi ahli kepada dewan tersebut dan bukannya ahli PAS kerana antara syarat utama sebelum seseorang boleh menjadi ahli PAS ialah mereka harus beragama Islam.

Dewan Himpunan itu bakal dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang pada 23 Mei ini.

Majlis pelancaran itu akan bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.


"Satu sejarah bagi PAS dilakarkan bahawa secara rasmi kita mempunyai sayap baru yang bernama Dewan Himpunan Penyokong PAS," kata ahli lembaga penasihat dewan ini Salahudin Ayub (berbaju biru).

Katanya, ahli dewan tersebut adalah ahli kelab penyokong PAS yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, India, Siam, Orang Asli dan sebahagian kecil bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Salahudidin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menjelaskan PAS pusat telah meluluskan satu aturan dan peraturan bagi sayap berkenaan.

Ditanya sama ada ahli dewan ini boleh menjadi dicalonkan untuk bertanding pada pililihan raya umum mewakili PAS, Salahuddin berkata perkara itu telah dilakukan sejak awal lagi.

Katanya, sebagai contoh, seorang ahlinya yang berketurunan India telah dicalonkan untuk bertanding atas tiket parti itu di Johor pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Dengan tertubuhnya dewan ini, yang diluluskan oleh Majlis Syura, saya rasa tidak ada masalah. Calon bukan Islam boleh bertanding atas tiket PAS," katanya.

Ditanya sama dewan tersebut boleh mempengaruhi keputusan PAS, Salahuddin berkata:

"Sudah tentu mereka boleh memberikan pandangan. PAS terbuka untuk menerima pandangan mereka," katanya sambil menambah berdasarkan peraturan seramai 15 orang akan mewakili dewan tersebut dalam muktamar yang diadakan.


Manakala Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusuf (dua dari kanan) menambah penubuhan dewan tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukkan Fasal 26 perlembagaan parti.

Menurutnya fasal tersebut menyebut bahawa PAS Pusat boleh menubuhkan mana-mana aturan dan peraturan untuk melicin dan mengembangkan matlamat parti.

Jelasnya lagi, aturan dan peraturan tersebut meliputi antaranya berhubung bidang kuasa, hak dan kewajipan yang diperuntukkan kepada ahli dewan..

"Aturan dan peraturan ini dibaca sebanyak tiga kali dalam mesyuarat PAS Pusat dan bacaan kali ketiga pada 10 Januari lalu, diluluskan dan dikuatkuasakan.

"Maka lahirlah Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang statusnya diiktiraf oleh perlembagaan parti. Ahli kelab penyokong PAS menjadi ahli dewan himpunan ini," kata Mujahid sambil menambah setakat ini terdapat kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara.

Mengulas lanjut, kata Mujahid ahli dewan tersebut boleh menyalurkan pandangan kepada parti, menerusi ketua dewan berkenaan yang dibenarkan menghadiri mesyuarat PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

"Begitu juga dengan pengarah pilihan raya (dewan) boleh terlibat dengan pilihan raya PAS Pusat...Ia bukan retorik. Ada saluran yang ditetapkan," katanya.

Mujahid yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menjelaskan berdasarkan perlembagaan parti, syarat untuk menjadi ahli PAS mestilah beragama Islam.

"Kalau nak menerima menjadi ahli PAS penuh, perlu dibuat perlembagaan di peringkat induk. Dan ini belum berlaku lagi di atas sebab mungkin belum perlu lagi.

"Tapi kalau kita tengok syarat di sini, ahli dewan himpunan ini adalah warganegara Malaysia, yang bukan Islam, berumur 18 tahun, menerima dasar dan tujuan PAS dan bersedia patuh dengan aturan dan peraturan," katanya sambil membaca aturan dan peraturan tersebut

"Semua peraturan yang ada di sini mematuhi dengan perlembagaan yang ada. Sama sahaja. Patuh kepada parti, ikut arahan parti, wajib hadiri program parti. Tak ada beza... Dari segi rohnya, mereka ahli PAS, cuba dari segi teknikal perlembagaan, belum dapat dibereskan lagi, buat masa ini," katanya.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata jawatan terpenting dalam dewan tersebut adalah ketua, timbalan ketua, tiga orang naib, setiausaha dan ketua penerangan di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

Sementaran itu ketika ditemui selepas sidang media itu, Salahudin menjelaskan bahawa ahli dewan itu "belum lagi ke tahap" untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam parti.

Sebaliknya mereka hanya memegang jawatan di peringkat dewan sahaja, tambahnya.

Read more ...

Judi bola untuk politik kotor


KOTA BHARU, 17 Mei :
Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa keuntungan yang akan diperoleh dari hasil pengeluaran lesen judi bola sepak Piala Dunia sebagaimana yang diumumkan Kerajaan Pusat akan digunakan untuk operasi politik yang kotor.

Menurutnya, beliau yakin langkah itu diambil Kerajaan Pusat berdasarkan maklumat yang diperolehnya.

“Saya yakin begitu. Berdasarkan maklumat, keuntungan judi ini akan digunakan untuk satu operasi politik yang kotor,” katanya dipetik dalam blognya, semalam.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyatakan akan ada dalam masa terdekat salah satu negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang seperti mana yang berlaku di Perak.

Dalam masa yang sama, terdapat desas-desus yang mengaitkan bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan berlaku dalam masa terdekat walaupun dinafikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abd Razak.

Dalam pada itu, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan berkata, sesi penera- ngan kepada rakyat berkenaan isu tersebut perlu dilakukan oleh pemimpin PR di seluruh negara.

“Kenali Pemimpin UMNO di Kedah, Selangor dan mana-mana sampai ke desa-desa. Jika Tony Pua (wakil rakyat DAP) dan lain-lain pemimpin bukan Melayu boleh bersama mencela langkah BN mengambil kesempatan melesenkan perjudian ini dengan 2,000 premis jualan di seluruh negara, saya rasa BN boleh terencat.

"Ia akan menjadi pentas pertama seumpamanya dalam isu ini. Dalam UMNO sendiri bukan sedikit yang tidak bersetuju dengan polisi ‘gila wang semata-mata’ ini,” katanya.

Read more ...

Umno guna majlis Hari Guru untuk berpolitik

IPOH, 17 Mei : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah tindakan Datuk Hamidah Osman menggunakan sambutan Hari Guru untuk berpolitik di sekolah yang sepatutnya tidak berlaku. Dengan membawa perutusan Hari Guru daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi tujuan memasuki sekolah adalah amat bertentangan dan tidak sepatutnya berlaku.


Bagi DPPN Pk, Umno sudah mula mengheret guru-guru dan pelajar-pelajar untuk berpolitik kepartian. Jika perkara ini telah di izinkan oleh kerajaan, bermakna semua parti politik sepatutnya di izinkan bagi tujuan yang sama. Umno yang selama ini menuduh PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bertindak tidak demokratik, tetapi sebenarnya merekalah yang tidak demokratik di dalam perkara ini.


Datuk Hamidah yang seolah-olah sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan di lihat cuba untuk mengheret siapa sahaja untuk memberikan sokongan kepadanya. Datuk Hamidah juga akan menentang siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya dan bertindak tidak profesionalisme serta mencampuri urusan pegawai-pegawai yang berkaitan.


DPPN Pk mendesak agar Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Perak menghalang usaha Datuk Hamidah tersebut. DPPN Pk juga meminta penjelasan JPN Perak di dalam perkara ini. Sikap yang sedemikian amat melampau dan tidak wajar di biarkan begitu sahaja. Datuk Hamidah seolah-olah sekarang ini sudah gilakan kuasa dengan tindakan tersebut yang akan merosakkan nama baik pendidikan Negara.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Read more ...

Bubar Umno sertai PAS










IPOH, 17 Mei : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menggesa supaya Ahli Umno Negeri Perak amnya dan juga Ahli Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak khasnya agar membubarkan Umno dan menyertai PAS serta mempelawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut bersama PAS yang jelas berjuang untuk Islam dan rakyat amnya .

Umno yang jelas gagal dan dilihat tidak lagi relevan di negeri Perak dan Malaysia amnya kerana politik perkauman yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah ditolak rakyat Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Malah DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan juga ADUN Bebas untuk bersama PAS dan juga Pakatan Rakyat (PR) yang dapat di lihat kini mendapat sambutan hangat di seluruh lapisan masyarakat dan terbukti efisien dan efektif berdasarkan laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Parti Kompenan BN Perak untuk turut serta bersama PAS di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak atau di dalam Parti PR Perak yang ada. Rakyat yang semakin menolak Umno / BN perlu bersama kami demi menegakkan keadilan dan kebajikan untuk rakyat .

DPPN Pk bukan sahaja mempelawa Umno dan BN, bahkan DPPN Pk juga turut mempelawa golongan-golongan belia yang di sisih oleh masyarakat iaitu ‘Mat Rempit’ yang akan turut alu-alukan. DPPN Pk yang menyediakan program khas ‘Orang Muda Geng Kita’ tidak akan menyisih mana-mana kelompok belia untuk bersama kami.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Neger

Read more ...

Makan Malam Hari Ibu

BAGAN DATOH, 17 Mei : PAS Kawasan Bagan Datoh telah mengadakan ceramah umum dan Majlis Makan Malam di Bagan Sungai Tiang, Bagan Datoh.Sambutan menggalakkan dari Kelab Penyokong PAS Bagan Sungai Tiang.


Kata Dato' Ngeh UMNO lah yang selama ini menakutkan orang Cina supaya jangan menyokong orang PAS.Tetapi hari ini orang Cina sudah boleh duduk sepentas dengan orang PAS setelah orang Cina faham hak-hak orang Islam.Islam tidak pernah memusuhi mana bangsa dan ugama.Dulu orang Cina takut kalau ikut

PAS mesti "potong" semua.Itu pasal dulu orang Cina tidak menyokong PAS.
UMNO yang menipu rakyat dan UMNO juga yang mencuri duit rakyat.UMNO juga yang meluluskan lesen judi.UMNO juga yang menghalalkan judi...

dua bakul bunga sempena sambutan hari ibu.Terima kasih untuk anak-anak bujangku yang bersengkang mata menyiapkan bunga ini.Hanya Allah yang membalas jasa kalian.

"selamat Hari Ibu"

"selamat hari ibu"-khas untuk aso..
"selamat hari ibu" -dari Pn Jamidah isteri YDP PAS bagan Datoh Us Misbah

Read more ...

PAS cipta sejarah


IPOH, 17 Mei : PAS akan mencipta sejarahnya apabila dengan rasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS alan dirasmi dan dilancarkan pada 23 Mei ini di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daeah Klang yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah satu pencapaian yang besar kepada PAS di mana ahli ahli bukan Islam diberi mandat untuk bergerak bebas berpandukan aturcara,aturan dan undang undang peraturan yang telah diluluskan oleh PAS Pusat.


"Selepas ini pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS boleh bergerak lebih aktif lagi bagi menggerakkan dewan tersebut serta menambah keahlian mereka, mereka juga boleh hadir mesyuarat agung PAS peringkat kawasan, negeri dan pusat" ujarnya

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dalam sidang medianya di Pejabat PAS Pusat pada 15 Mei lalu.

Dijangkan kira kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS hadir di majlis itu dan akan disaksikan oleh seluruh Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Pemuda, Dewan Musmlimat dan Dewan Ulama' PAS Pusat. Di samping itu akan diadakan pelbagai pesembahan berbagai kaum.

"Di sini juga saya hendak memaklumkan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat pada tahun ini Dewan Perhimpunan Penyokong PAS akan menghantar 15 wakilnya peringkat Pusat

Menurutnya, dewan ini saperti lain lain dewan juga akan mempunyai ketua, timbalan ketua, naib ketua, termasuk juga mempunyai Pengarah Pilihanrayanya sendiri.

Sehingga kini dianggarkan jumlah keahlian di seluruh negara sekitar 20,000 ke 30,000 , negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan teramai, iaitu kira kira 7,000 orang.

"PAS For All bukan satu retrorik semata mata, PAS memang serius dalam perkara ini, kerana itu kita tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau yakin dengan tertubuhnya dewan tersebut kemasukan bukan Islam ke dalam dewan ini dijangkan kian bertambah.JJAnak Desa

Read more ...

Umno hanya bertopengkan Islam




















KUALA LUMPUR, 17 Mei:
Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 membuktikan bahawa Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat melalui satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

"Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

"Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata," kenyataan itu dipetik.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Namun katanya, jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri.

"Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata," katanya.

Pengertian halal katanya seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram.

Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi.

"Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," tambahnya lagi.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan.

Read more ...

Bantahan judi bola ke Istana Negara


KUALA LUMPUR, 17 Mei : PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.




Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

“Selain itu juga, PAS turut menjemput semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu ini melibatkan semua kaum di Malaysia

“Kita sememangnya menolak kelulusan judi ini, walaupun dengan alasan sebagai membasmi perjudian haram,” katannya.

Katanya lagi, PAS juga menolak pandangan kerajaan bahawa judi hanya diharamkan kepada umat Islam dan rakyat bukan Islam dikorbankan supaya kerajaan boleh menghalalkan judi itu.

“Mereka yang bukan Islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini,” katanya.

Menurut Herman, tarikh perhimpunan itu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam tempoh yang terdekat.

Sehubungan itu juga, semua ahli PAS diminta bersiap sedia untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran berkenaan.

Jumaat lalu, lebih 500 orang berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu dan juga penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu, menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Read more ...

Hargai guru

Image027-2.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 17 Mei : Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim berharap semua lapisan masyarakat menghargai jasa guru sama ada guru tadika atau PASTI, guru KAFA dan guru sekolah yang mendidik anak bangsa.

“ Saya mewakili PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru terutama yang mengajar di Parit Buntar.

“ Jasa guru harus dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh semua ibu bapa kerana jika bukan kerana guru, tidak akan ada kejayaan anak-anak mereka” katanya

Harun berkata, guru adalah insan yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.

“ Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup.

“ Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah” katanya

Tambah beliau, khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta redha Allah.

“ Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi.

“ Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah” katanya

Read more ...

Najib ' beli undi ' di Sibu


SIBU, 17 Mei :
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.


“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.Malaysiakini

Read more ...

Jangan bermain api

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ9feyJ3LjhDytkeyit4Gf3YoH2RuKXXNbSuqMfXbc52W1IeE8a3T4lflSvhWPHevfQ6v0yQaPJbBAXBrwOC3grFuh6cSIhjDGD3eAzCoyJmvBZkYOOPvF5fIuE9TVfxzEdwjOCOmbl78/s1600/guru.jpg

IPOH, 17 Mei : Sekretariat Bloggers PAS Perak telah menerima aduan tentang gangguan politik terhadap kakitangan awam khususnya di negeri Perak. Pihak Sekretariat beranggapan bahawa gangguan dan campurtangan politik terhadap kakitangan awam adalah sesuatu yang melanggar etika profesionalisma. Bacul dan hina. Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat mengingatkan agar pihak-pihak yang terlibat khususnya majikan mestilah mengamalkan profesionalisma kerja dan telus.

Aduan yang diterima kini menyatakan bahawa ada kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran khususnya di Perak telah diganggu dengan ugutan dan tekanan. Laporan yang diterima juga menyatakan bahawa seorang guru Kementerian Pelajaran telah ditukar ke luar negeri dengan tempoh arahan pertukaran 24 jam.

Tiada tuduhan disiplin selain dikaitkan dengan tuduhan terlibat dengan politik pembangkang. Beberapa orang guru juga dilaporkan sedang diugut dan ditekan untuk mengaku keterlibatan aktif mereka dengan politik pembangkang.

Sayugia dimaklumi bahawan sebarang gangguan politik akan menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. Kami sangat yakin pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan sebagai kakitangan awam bersifat professional dan tidak mencampuradukkan antara politik dan tugas rasmi mereka.

Adalah diharapkan agar pihak Kementerian tidak terikut-ikut dengan rentak politik sempit beberapa individu yang terdesak untuk mempopularkan diri mereka. Beberapa individu yang disyaki terlibat di Perak yang menganggu kakitangan Kementerian Pelajaran telah dikenalpasti. Maklumat dan perincian agenda individu-individu itu juga telah lengkap diperolehi. Pihak Seketeriat amat kesal dengan campurtangan tersebut.

Adalah diingatkan kepada mana mana individu yang terdesak, agar tidak memangsakan kakitangan awam untuk mempopularkan politik mereka. Jika agenda ini berterusan digunapakai oleh individu itu dengan menggunakan kuasa politik menganggu kakitangan awam, demi keadilan dan pembelaan, Sekretariat akan mengarahkan seluruh gabungan Bloggers PAS dan Pakatan Rakyat Perak menggunakan kuasa media baru sepenuhnya untuk menghalang cita cita jahat tersebut. Jangan bermain api.

Sehingga kini pihak Sekretariat Bloggers PAS Perak telah dan berterusan mengumpul maklumat-maklumat kepincangan serta salahguna yang dilakukan oleh individu-individu yang terbabit. Ia juga termasuk masalah moral dan akhlak. Segala maklumat sedang diteliti dan terus diperkemaskan untuk tindakan jika gangguan jahat kepada kakitangan awam masih berterusan.

Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pendedahan dari maklumat awam untuk kami teliti. (sila emailkan aduan terus kepada Albanjari Online di alamat email, albanjari_online@yahoo.com)

Adalah menjadi disiplin dan akhlak Bloggers PAS untuk tidak menyerang individu dalam mencapai matlamat politik. Namun sekiranya gangguan politik terus digunakan untuk menganggu kakitangan awam yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan khidmat mereka terhadap rakyat, disiplin dan akhlak tersebut dikecualikan, biar wajah politik jahat yang terlindung selama ini terdedah dan diburaikan ke pengetahuan rakyat.

Sekali lagi Sekretariat Bloggers PAS Perak mengingatkan ahli politik UMNO agar jangan menggunakan kuasa politik untuk menganggu tugas kakitangan awam. Kuasa media adalah jauh lebih kuat dari kuasa politik. Kami akan menggunakan sepenuhnya kekuatan kuasa media bagi memperbetulkan kepincangan dan sebarang salah gunakuasa dan campurtangan di luar batasan.

Pihak kami akan terus memantau perkembangan ini dan akan bertindak jika sebarang gangguan dan campurtangan tidak dihentikan segera. Kami telah bersedia untuk melaksanakannya khususnya kepada seorang exco Perak yang cukup aktif melakukan kerja-kerja kotor lagi jahat ini. Kita memiliki banyak akses dari sumber dalaman UMNO sendiri yang benci dengan janji kosong serta sikap sombong beliau.

Albanjari
Presiden Sekretariat Bloggers PAS Perak.

Read more ...

Dasuki , Harusani sila letak jawatan














KUALA LUMPUR, 17 Mei : Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.

Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama UMNO, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi UMNP.

Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."

ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.

Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.

*Kenyataan media oleh Tarmizi Mohd. Jam selaku Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan.

Read more ...

Undi Melayu kepada PR meningkat


















KUALA LUMPUR, 17 Mei:
Menjelang pilihan raya kecil Sibu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin dengan bongkaknya berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar pengundi Sibu menolak BN.

Cakap sombong Muhyidin ditempelak pengundi Sibu beberapa jam sahaja selepas itu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya kecil ini. BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robert Lau Senior menang dengan majoriti lebih 3200 undi.

"Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu swing yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.

Yang menarik juga dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.

Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.

Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap Pakatan.

Di peringkat Pusat, Perkasa memainkan peranannya. Di Terengganu pula Gertak pula memainkan peranannya untuk memainkan sentimen perkauman Melayu Umno melalui program 13 Mei yang telah dibatalkan selepas didedahkan PAS.

Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.

Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya Rejang Park iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.

DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, petugas PAS sendiri terasa sekatan ini apabila bilik yang disewa petugas PAS telah ditarik balik.

"Apabila petugas kita pergi untuk persiapan hari mengundi, ada pihak yang menyekat kita masuk ke rumah panjang itu walaupun kita sudah sewa salah satu biliknya untuk petugas kita," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Mustafa telah berada di Sibu seawal hari pengenalan calon DAP lagi. Sejak itu, dia berulang alik antara KL dan Sibu. Beliau baru sahaja pulang dari Sibu dan bertemu dengan Harakahdaily sehari selepas hari mengundi1.

Pada awalnya, Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Rahim yang mengetuai petugas PAS di sana namun selepas deman dan pulang ke Kota Bharu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS, Nasir Daud mengambil alih tugas beliau mengkoordinatorkan petugas PAS di sana.
Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mariah Mahmud kekal berada di Sibu sejak sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Peranan beliau bersama Muslimat PAS menganjurkan pelbagai jenis program diakui oleh jentera DAP sendiri.
Para pemimpin PAS pula silih berganti datang. Hanya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak dapat datang namun telah mengirimkan amanatnya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula diberikan tepukan gemuruh dan standing ovation oleh para pengundi ketika beliau berucap di majlis kempen terakhir Pakatan.
Kesemua mereka berpusat di sebuah rumah yang dijadikan markas PAS di Kampung Hilir dalam Dun Nangka. Hampir semua pemimpin PAS, PKR da DAP ke rumah itu memandangkan kedudukannya yang sangat strategik di Sibu.

Dengan kemenangan di Sibu, Mustafa yakin adalah sukar untuk mana-mana pihak memecahkan semangat setiakawan Pakatan khasnya antara DAP dan PAS.

"Pilihan raya Sibu telah menjadi sangat manis apabila melihat petugas kita menjalankan tugas dengan baik dan DAP pula memberikan sepenuh keyakinan kepada mereka.

"Yang manis lagi, selepas berpenat lelah, kita diberikan kemenangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kini, tumpuan PAS adalah untuk menghadapi serangan Umno di kalangan orang Melayu pula. Mustafa sedar, Umno telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran mereka.

"Umno nampaknya berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa politiknya dengan cara mendapatkan sokongan orang Melayu seramai mungkin hatta melalui tindakan perkauman mereka walaupun boleh menyebabkan rakan-rakan mereka dalam BN hilang sokongan

"Kelebihan kita adalah kita berpolitik berasaskan Islam bukan Melayu. Bila Islam, kita konsisten dalam menentukan sikap. Umno pula membuat sikap politik berdasarkan Melayu," kata Mustafa mengulas isu nama Allah yang turut menjadi isu panas di Sibu.

PAS kini sedang membuat persiapan untuk membuat retreat khas bagi membincangkan isu pengundi Melayu ini. Mereka yakin, sokongan pengundi Islam akan kekal bersama PAS kerana terbukti Umno hanya mahu mengekalkan kuasa semata-mata sebagaimana di Sibu.

Tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan juta untuk pengundi Cina tetapi mengabaikan begitu sahaja pengundi Melayu di Sibu membuktikan perkara ini.

"Sebab itu saya katakan kepada pengundi Sibu, jika mereka inginkan pembangunan kalahkan BN. Ketika itu mereka akan datang dan berbuat apa sahaja untuk dapatkan kembali sokongan," kata Mustafa.

Read more ...

Rakyat dah muak politik wang BN

















KOTA BHARU, 17 Mei:
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi parlimen Sibu semalam kerana rakyat sudah muak dengan politik wang.

Beliau berkata, Umno dan BN menghina rakyat dengan membeli mereka seperti membeli ayam dan itik di pasar.

”Binatang ternakan boleh dibeli, tetapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik.

”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

Pada pilihan raya kecil parlimen Sibu semalam calon DAP Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kaum Cina di negara ini terbukti menolak BN seperti dilakukan di Hulu Selangor dan Sibu serta siri pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Katanya laungan ketuanan Melayu dan menjulang keris di khalayak ramai di kalangan pemimpin Umno tidak lebih sebagai slogan ’buaya darat’ yang mencari mangsa untuk dibaham.

”Ia bukan slogan suci, kenajisannya terbukti apabila royalti minyak kepada Kelantan dinafikan sedangkan negeri ini lebih 90 peratus rakyatnya orang Melayu,” katanya.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan tahniah kepada DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Sibu.

Beliau juga meluahkan rasa terkilan apabila keputusan pilihan raya kecil Sibu seperti dilenyapkan media massa daripada pengetahuan rakyat.

Read more ...

Pengundi muda faktor PR menang di Sibu


SHAH ALAM, 17 Mei : Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat keajaiban yang berlaku di Sibu lebih banyak dipengaruhi kebangkitan pengundi muda yang bersikap liberal.

Menurutnya, walau jumlah mereka turun amat rendah namun sudah mampu mengubah keputusan daripada kajian awal yang memihak kepada BN menjadi sebaliknya menerusi keputusan pilihan raya kecil (PRK) semalam.

Keputusan PRK P212 Sibu menyaksikan DAP menerusi calonnya, Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron cuma mendapat 232 undi.

“Bayangkan sekira mereka turun dalam peratus yang tinggi, pasti majoriti akan lebih tinggi. Apa yang berlaku di PRK P094 Hulu Selangor 25 April lalu di mana jumlah kaum muda turun amat rendah sekali tidak cukup untuk memenangkan PR.

“Sedangkan di Sibu, dalam keadaan jumlah mereka juga rendah tetapi cukup memenangkan PR kerana di waktu yang sama kadar pengundian kumpulan stagnan juga rendah,” jelasnya.

Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya berkata, golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 40 tahun memang diyakini mampu dan boleh mengubah sesuatu keputusan.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, perkembangan aliran liberal relatif mula berlaku selepas era globalisasi di mana kumpulan muda khususnya mula tidak berpegang kepada ketaksuban nilai primitif atau klasik yakni perbezaan kaum, agama, ideologi dan sebagainya.

Sebaliknya, mereka lebih melihat kepada relatif iaitu jika relatif ke positif maka di saat akhir sekali pun mereka akan berubah, bagi beliau, inilah contoh liberalisme yang meminta umat dan mengajar mereka berfikiran bebas dan pemikiran liberal relatif juga mengajar untuk bebas dalam membuat pilihan.

“Dalam kes Sibu, pengundi mula berfikiran, apa salah menerima mesej BN ketika kempen tetapi relatif untuk memilih PR kerana percaturan untuk pilih korupsi, kekayaan atau anti korupsi dan keamanan, di sinilah sikap liberal relatif ini amat baik kerana, bagi saya, ia dari pemikiran Islam,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Abu Hassan berkata, selepas ini strategi tentang angka wajar disembunyikan kerana beliau mendapati, bila angka-angka kajian menyebelahi PR maka PR akan kalah dan bila angka-angka kajian menyebelahi BN maka PR akan menang.

Beliau juga menyebutkan kata Aristotle di dalam bukunya Retorik yang menyatakan ‘kenapa perlu diberitahu kepada musuhmu tentang masakanmu yang paling enak, kerana mereka akan menggunakan resepi itu untuk menidurkan kamu dengan kekenyangan’.

Menurutnya empat perkara utama perlu diperkemaskan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti melibatkan kepentingan menguasai demografi, kepentingan menguasai perubahan corak dan trend kepercayaan politik, kepentingan politikawan membina jaringan partisipasi dan literasi politik iaitu perlunya mereka turun mengundi.

Read more ...