Tuesday, April 17, 2012

PANAS!!! Blogger Ajijoi diugut ADUN UMNO kerana dedah siasatan SPRM

IPOH (17.04.12): Pagi ini sedikit gempar apabila menerima panggilan kecemasan daripada ibunda saya, terketar dan panik sekali bunyi suaranya kerana ada utusan daripada Hamidah yang datang ke rumah ibu saya untuk berjumpa dengan saya. Sangat penting, katanya.

Tempoh untuk datang diberi sehingga jam 10.30 pagi sahaja, jika tidak pihak polis yang akan datang untuk menggari dan menangkap saya, begitu menurut kata utusan Hamidah itu kepada kedua ibu bapa saya. Perkataannya itu amat merisaukan hati kedua orangtua itu.


Blogger Al-Husseyn saya ambil sebagai peneman dan saksi sebelum ke rumah ibu saya. Setiba di sana, dua orang utusan yang amat saya kenali, malah lebih tepat lagi, salah seorang yang menjadi jurucakap tadi adalah rakan bapa saya sekampung sedari kecil lagi.

Dan kedudukannya di dalam masyarakat, amatlah berpengaruh sekali. Siapa dia? Biar kita gelarkannya hanya sebagai 'utusan' sahaja sepertimana pengakuannya sendiri. Dengan Al-Husseyn pun memang kenal rapat.


Selepas bersalaman dan bertegur sapa, saya tanyakan perihal kedatangannya itu. Menurutnya, beliau diutus oleh Hamidah Osman untuk berbincang dengan saya agar saya bersetuju untuk menarik kembali tulisan di blog saya mengenai siasatan SPRM terhadap Hamidah.

Tulisan tersebut boleh dirujuk
[DISINI]. Menurutnya lagi, Hamidah amat terganggu dengan tulisan pendedahan tersebut. Tidak betulkah apa yang tertulis di situ?, tanya saya. Jawapnya, betul atau tidak, beliau hanya datang untuk menyampaikan pesanan Hamidah.

Dan sambungnya lagi, jika saya tidak memadamkan entry tersebut daripada blog dan memohon maaf kepada Hamidah, tindakan selanjutnya akan di ambil.


Saya mengingatkan beliau akan seriusnya ugutan awalnya tadi untuk menghantar polis menangkap saya dan saya tidak akan memadam apa yang telah tertulis di blog kerana ianya adalah daripada maklumat yang diperolehi.


Selepas berbual panjang lebar dengan bapa saya dan Al-Husseyn, akhirnya beliau meminta diri dan katanya akan kemukakan keputusan saya itu kepada Hamidah.

Saya juga sempat berpesan kepada 'utusan' tadi untuk disampaikan kepada Hamidah mengenai blog mereka, Sg Rapat Online yang begitu biadap menggunakan perkataan-perkataan kesat dan kasar, carut-mencarut, memaki hamun dan suka mereka-reka cerita agar lebih berhemah sebagaimana bahasa dan budaya orang-orang Melayu sejati.


LAPORAN POLIS


Selepas merujuk kepada rakan-rakan dan peguam, satu laporan polis terhadap apa yang berlaku pagi tadi itu telah dibuat untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa-apa ancaman dan tindakan oleh mana-mana pihak.

Satu Repot Am dikeluarkan dan saya dinasihati agar terus menghubungi balai polis jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini.


Penulis sedang membuat laporan di Balai Polis Kg Rapat



Rakan-rakan yang menemani saya untuk membuat laporan

Ajijoi

Read more ...

TAK TAHAN DENGAN PENGKHIANATAN UMNO!!! Orang dalam dedah kewujudan 'task force'


TEMERLOH, 17April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Hanipa Maidin menyifatkan Umno dalam keadaan tersepit untuk menang pilihan raya umum (PRU) sehingga tergamak melibatkan penipuan dan pengkhianatan kepada negara.

Beliau yang mendakwa didedahkan sendiri maklumat berkenaan daripada orang dalam yang ‘dah tak tahan’, bahawa beberapa agensi terlibat memberikan kad pengenalan kepada warga luar atau yang masih belum layak.


“Di Selangor saja dah ratusan ribu kewarganegaraan diberi kepada mereka yang belum layak dan pengkhianatan Umno ini tak boleh dimaafkan langsung, hanya nak menang secara paksa sehingga membahayakan negara sendiri.


“Saudara tahu, ini diakui sendiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 45,000 nama tidak dipastikan warganegara jadi tidak dapat dibersihkan daripada Daftar Pemilih.



“Inilah sebabnya itu kita sokong himpunan Bersih 3.0 untuk tuntut PRU yang adil kerana tanpa keadilan mana-mana negara pun boleh jatuh sebagaimana yang terjadi kepada beberapa rejim di Timur Tengah,” katanya ketika berceramah di sini semalam.

Turut berceramah di Bilik Gerakan PAS Taman Sri Semantan itu Adun Kuala Semantan Syed hamid Syed Mohamad, YDP PAS Temerloh Haji Jusoh Darus dan Ketua DAP Temerloh Woo Chee Wan.


Hanipa berkata, dua himpunan Bersih yang lepas telah berjaya membuang rasa takut di kalangan rakyat dan dapat dilihat generasi muda begitu berani keluar walaupun terpaksa bertempur dengan polis.


Dalam pada itu Hanipa berkata, perlunya BN dijatuhkan pada PRU akan datang kerana hampir kesemua institusi di negara ini telah rosak dan dipertikaikan umum.


“Bayangkan, mahkamah pun dah ada orang baling kasut kerana tidak dihormati lagi. Negara pernah digemparkan apabila bekas hakim Syed Ahmad Idid pernah menulis tentang rasuah berlaku di kalangan hakim.


“Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Sufian pula pernah berkata beliau malu jadi rakyat Malaysia kerana institusi kehakiman dah jatuh maruah. Itu bukan cakap saja, tengok kes video Linggam ada Suruhanjaya Diraja tetapi apa tindakan terhadap Yusof Chin?,” soalnya.


Hanipa menambah, kini institusi polis kini mulai dipertikaikan apabila bekas ketuanya sendiri didakwa bersekongkol dengan gangster seperti didakwa seorang lagi pegawai tinggi polis Datuk Ramli Yusof.


Hanipa menceritakan, Ramli semasa majlis sambutan hari jadinya yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengulangi dakwaan Datuk Mohd Zin dua orang besar terlibat melindungi penjenayah iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail.


“Bayangkan yang ada bukti seperti itu tidak didakwa tetapi yang tiada bukti, seperti tangkapan ISA boleh dipenjarakan. Ini yang saya maksudkan institusi di negara telah dilihat tercemar,” katanya.


Mengenai hujah beberapa pemimpin Umno jika dimansuhkan hutang PTPTN mahasiswa negara boleh bankrap, Hanipa berkata itu hanya alas an sedangkan wang Negara yang dibazirkan jauh lebih banyak daripada itu.


“Ketua Audit Negara sendiri menjelaskan dalam laporannya setiap tahun wang negara ini bocor RM28 bilion. Itu satu, yang kedua RM19 bilion telah diberi kepada IPP iaitu syarikat yang sudah kaya.


“Dua item itu saja dah boleh hapus pinjaman PTPTN. Jadi kenapa kalau hapus RM43 bilion kata bankrap sedangkan itu untuk mahasiswa yang bakal menerajui negara?


“Kalau untuk selamatkan kroni tak timbul langsung hal bankrap. Ingat mereka selamatkan Tajudin Ramli dulu kerajaan ambil alih saham MAS yang berharga RM3 tetapi kerajaan bayar RM8. Baru ni dapat pelepasan hampir setengah bilion lagi. Kalau macam itu caranya memang negara boleh bankrap,” jelasnya.


Tegas Hanipa, sebab itulah BN perlu dijatuhkan, bukan saja negara bankrap wang tetapi bankrap moral.

“Sekarang perempuan yang dedah aurat didenda RM25, sebaliknya orang pandai, pakar dan sebagainya dibuang seperti Profesor Dr Aziz Bari dan Tan Sri Hasan Merican sehingga diambil bertugas oleh negara lain,” ujarnya lagi.

Read more ...

TUDUH ANWAR!!!! Sedangkan Najib yang membentangkan PTPTN di Dewan Rakyat


Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang bertanggungjawab membentangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Rakyat ketika beliau pada masa itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman web milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, parti itu mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib (gambar) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.


"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.


"Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997," jelas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Najwan Halimi dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blog milik Anwar.


Tambah Najwan, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah tepat, namun demikian, adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.


"Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997," katanya.


Dr Mahathir sebelum ini mendakwa skim pinjaman PTPTN diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.


“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.


Pemimpin berpengaruh itu menegaskan Malaysia tidak mungkin akan memberikan pendidikan tinggi percuma sebagaimana cadangan “negara membangun lain”.


“Kita boleh mansuh PTPTN, hanya kepada mereka yang mahukannya. Biar mereka yang tidak mahu PTPTN dimansuhkan, kita (terus) beri mereka,” katanya dalam satu majlis di Sintok.


Dr Mahathir menegaskan kerajaan sentiasa komited terhadap mengukuhkan taraf pendidikan negara, dan dengan itu, lebih 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara digunakan untuk sektor pendidikan.


Pembangkang telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.


Pakar strategi Pakatan Rakyat (PR) berkata kepada The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.


Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.


Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan mana ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.


Sekumpulan mahasiswa telah berhimpun di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, dan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN dan mendesak kerajaan memberikan pendidikan percuma.


Ketika demonstrasi tersebut yang turut dihadiri kira-kira 500 aktivis mahasiswa itu, turut kelihatan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang yang turut berhimpun menegaskan bahawa “pendidikan percuma hak semua”.

Read more ...

SPR PEMBOHONG!!! Bukan 19,000 tapi 31,000 pengundi dipindahkan SPR

KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.
Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.

“Alasan SPR ada asas tetapi tidak konsisten. Contohnya pemindahan Tan Sri Khalid di Seksyen 16 (Petaling Jaya) dikatakan dibuat mengikut persempadanan semulajadi iaitu jalan yang memisahkan antara Petaling Jaya Selatan Lembah Pantai.

“Tapi apabila saya tunjukkan kem tentera Batu 9 di Kuantan, di mana ia tak sepatutnya masuk di kawasan parlimen Pekan, SPR tak boleh jawab,” katanya.

Beliau juga memberikan contoh Pusat Bekalan Polis Shah Alam iaitu lokasi secara fizikal terletak di DUN di Seri Setia di Parlimen Kelana Jaya, tetapi seluruh pengundi mengundi di Subang.

Begitu juga kawasan Saujana Resort dalam DUN Seri Setia dipindahkan ke DUN Kota Damansara dan parlimen Subang,

“Jadi logik yg digunakan tidak boleh pakai sebab jelas kedudukannya ialah di dalam Seri Setia,” katanya.

Menurut Fuziah, KEADILAN juga bimbang SPR cuba untuk menutup penipuan mereka apabila tidak mempamerkan senarai 106,255 pengundi yang telah meninggal dunia dari Disember 2010 hingga September 2011.

“Kalau tak pamer, macam mana kita nak tahu mereka sudah mati? Lagipun data yang kita ada ialah 70,000. SPR tak jelaskan status dan mengatakan tiada kuasa untuk memotong nama mereka. Pada saya tindakan SPR tidak telus langsung,” ujarnya.

Sebab itu katanya, himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah satu-satunya jalan untuk mendedahkan penipuan SPR kepada rakyat.

“Kita mahu timbulkan kesedaran kepada seluruh dunia berkenaan SPR tidak ada kesungguhan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih. PSC tidak ada komitmen untuk membersihkan daftar pemilih. Bersih bertujuan untuk timbulkan kesedaran kepada rakyat supaya bangun untuk menuntut hak mereka,” kata beliau.

Read more ...