Thursday, November 10, 2011

HABIS LA DILUNYAI JIKA ANAK ADUN PR !!!! Anak ADUN Melaka gian dadah, didenda RM1500

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAJCKTJ12SXXNkpaL3vf_HaQTaQAOV7LK_R7W3B0hFoqk_SQsGMgiPfqdGzSHHgtppJKdY6QYmz9e6tIN0ViKbqiV5vowyCVne2BwBEYloL6uEWUyy8_qldmz01Q834OigtR8LFDjYeIMw/s320/penagihan+dadah.jpgKisahnya di Melaka.

Yang pasti di Melaka belum ada lagi rezeki orang PAS nak jadi Adun walaupun PASTI sudah banyak bercambah.

Di Melaka hanya ada Umno/BN dan DAP.

Tapi yang pastinya kalaulah anak Adun Pakatan Rakyat nescaya menjadi 'lauk' media pencacai seantero Malaysia

Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijatuhui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Jasin semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah. [sumber .]

Nama anak Adun itu ialah Rozameer Anwar dan nama bapaknya ialah Ghazale.

Setelah disemak-semak didapati ada seorang Adun bernama Ghazale iaitu Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Agak-agaknya anak dialah kot.

Kenapa akhbar itu tak sebut Adun mana ye?

Alah, biasalah tu, nak jaga nama baik tapi kalau tang Pakatan Rakyat, menabur fitnah diibarat macam tabur kacang putih.

Cuba baca DI SINI .

al-brangionline:

Kalaulah pesalah itu anak ADUN PAS atau Pakatan Rakyat, nescaya semua media pencacai akan siar di muka depan siang-siang lagi.

Ingatlah wahai sahabat, Iman itu bukan warisan dan tidak boleh dijual beli......aduh Melaka negeri bersejarah.al-brangi online

Read more ...

BAJET KOSONG 2012!!! Nak bina 5 lebuhraya, lebuhraya bajet 4 tahun lepas tak siap-siap

http://images.alrijal76.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SCKAfAoKCs8AAC3rW7w1/Ustaz%2BTaib.jpg?et=UXseqz5h4hVGI%2CwgG577Lw&nmid=KUALA LUMPUR, 10 Nov: PAS amat kesal kerana pembinaan Lebuh Raya Durian Burung ke Baling (Tekih) di Kedah terus terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun disebabkan kegagalan kontraktor-kontraktor terpilih melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Disebabkan kejadian itu, pihak Kerajaan BN bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan kos yang semakin meningkat, tetapi terus gagal membantu rakyat mempertingkatkan perekonomian disebabkan ketiadaan rangkaian jalan raya yang baik.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib berkata, kejadian tersebut tidak akan berlaku jika pihak Kerajaan BN melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, terutama dalam pemilihan kontraktor terbabit.

Menurutnya, pada hal ketika kerja-kerja itu hendak dilaksanakan, pihak kerajaan telah mengatakan kedua-dua kontraktor terpilih itu adalah yang terbaik.

Katanya, sekiranya benar kontraktor-kontraktor terbabit adalah yang terbaik, kejadian tersebut tidak akan berlaku sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.

"Dari jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya semalam dijelaskan bahawa pembinaan lebuh raya itu kini terbengkalai disebabkan 2 kontraktor projek tidak lagi meneruskan projek tersebut," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, menurut beliau, daripada jawapan timbalan menteri itu dijelaskan bahawa bahagian yang belum siap bagi lebih raya itu adalah untuk peringkat C dan D iaitu yang menghubungkan Pedu merentasi Baling.

Katanya, menurut timbalan menteri itu juga, disebabkan kegagalan 2 kontraktor berkenaan, pihak JKR terpaksa memulakan tender baru untuk pemilihan kontraktor baru tahun hadapan.

"Dengan itu, pembinaan lebuh raya itu yang telah terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun akan mengambil masa 18 bulan lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Timbalan menteri berkenaan menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan beliau bagi sessi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan kegagalan pihak Kerajaan BN dalam membuat penilaian terhadap prestasi atau kelayakan kontraktor-kontraktor terpilih.

"Akibatnya, berlakulah pelbagai kerugian dan pembaziran disebabkan kos yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga barangan," katanya.

Lebih dikesali, tambahnya, sehingga kini pihak kerajaan masih lagi gagal melunaskan sebahagian bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berharap agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi setelah pembinaannya diteruskan tahun hadapan bagi membolehkan pelbagai pihak mendapat manfaatnya.

"Jika lebuh raya itu siap nanti, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu, tetapi juga memudahkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

"Selain itu, ia turut berpotensi bagi perkembangan industri pelancongan kerana terdapat dua empangan yang cukup cantik di kawasan itu iaitu Empangan Pedu dan Empangan Gubir," jelasnya.

Kedua-dua empangan tersebut, tambahnya lagi, mempunyai tasik-tasik yang dipenuhi pemandangan yang cukup cantik, selain kawasan sekitarnya yang mempunyai hutan simpan hijau dan menyegarkan.

"Kesemua itu merupakan satu lagi bentuk pemandangan yang boleh membantu perkembangan industri pelancongan yang juga boleh dimanfaatkan oleh kepada penduduk di kawasan itu.

"Pendek kata, jika lebuh raya itu tidak terbengkalai, penduduk di kawasan itu sudah pun berpeluang menjana pendapatan masing-masing sejak beberapa tahun lalu lagi kerana berbagai-bagai aktiviti pelancongan boleh dibuat di kawasan itu," tegas beliau.

Read more ...

SPR SEMAKIN BERSIH!!! Tambah pengundi pos dari 149 kepada 2180 di Parlimen Lembah Pantai


Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Read more ...

BEZA!!! UMNO tunggu dewan, PAS buat kerja

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut.


Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan.


SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan.






Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri..


Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman.

Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka.




Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih.


Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa.




MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat.



Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu...


Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan...


SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah....
.Kedah La

Read more ...