NONEPemilihan PAS semakin rancak apabila lapan pemimpin parti itu disebut-sebut sedang mengintai peluang mencuba nasib merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Sekalipun mesyuarat kawasan masih berlangsung sehingga 30 September ini dan pencalonan mereka masih belum jelas, namun cakap-cakap mengenai kecenderungan hasrat mereka kini sudahpun tersebar luas.

Tiga penyandang Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa dijangka mempertahankan jawatan mereka, sementara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah dikatakan turut tersenarai merebut jawatan naib presiden.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Zawawi Salleh bakal turut bersaing bagi jawatan itu.