Monday, April 1, 2013

TU DIA!!! Ketua kampung, 30 pemuda UMNO sertai PAS




JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.


Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.


Read more ...

TANAH KELANTAN RIZAB MELAYU!!! Tapi MCA belasah semacam je, UMNO senyum lagi....





TUMPAT- Acap kali penduduk menemui ular sawa sebesar betis. Namun lama-kelamaan kawasan paya menjadi semakin sempit. Bermula dari situlah wujud perkampungan Melayu.

Kewujudannya sebelum air bah merah sekitar 1925. Penduduk berpakat mendirikan rumah. Di kawasan seluas kira-kira dua ekar itulah anak-anak mereka membesar.


Malah generasi awal yang meneroka kawasan itu sekarang sudah tidak ada lagi.


Hari ini tinggal generasi kedua dan ketiga. Malangnya penempatan yang diteroka datuk nenek mereka rupa-rupanya dimiliki orang lain.


Sedangkan Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat itu merupakan tanah rizab Melayu, tetapi sekarang dalam geran tertera nama keluarga bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.


Read more ...