Tuesday, January 3, 2012

GERUN PENGARUH UST. AZHAR IDRUS!!! Blogger UMNO reka fitnah lagi, kali ini dalam blog TaipingMali

Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara.

Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.

Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.

Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar.

Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf.

Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.

Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.

Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.

Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.

Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.

Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan.

Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.

UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara.

Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).

UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.

BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.

Sumber: pemudapenang.wordpress.com

Dibawah ini seperti biasa fitnah yang direka Blogger UMNO. Caranya sama, reka fitnah kemudian minta mangsa fitnah jelaskan, suruh saman jika tak benar.

Puak - puak ini bila dijelaskan maka direka fitnah baru. Dah banyak kali dan mereka tahu kuasa ditangan UMNO jadi tak perlu takut disaman . Kuasa ditangan mereka


Jika buat laporan polis pun, polis tak layan kerana polis pun tak berani dengan mereka.

Baca fitnah dalam blog kaki fitnah Taiping Mali , seorang cikgu sekolah rendah yang berlagak macam orang muda sedangkan dah tua . Rumah kata pergi Kubur kata mari


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcDBGNJnEMPc4ofjQb-5Ff3cWEKP262oahanFs9sR54LUitOmfhGdCvSTRGnPf3kzR1bgD6RK0iVpRmIFn_mfX5sIR0kcGkE7KoQF3v10xblVxdIx4K9raIQEYFKdLqET-VggV6uJnf6k/s400/220820119372.jpg
Inilah blogger Taiping Mali semasa sedang dirawat di hospital

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?
TAIPINGMALI


Read more ...

TAHAP BERANI ARTIS!!!!!Adakah Boboi masuk UMNO kerana penangan Bik Mama?


Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Penghibur popular, Afdlin Shauki Aksan, mengakui beliau mengagumi gaya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga membuat keputusan untuk secara rasmi menyertai Umno.

"Saya tertarik dengan (program) transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai Umno secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," kata Afdlin Shauki, 40.


Afdlin bersama pelakon komedi merangkap Presiden Seniman Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim telah menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Umno di ibu pejabat Umno di sini hari ini.


Kedua-duanya menjadi popular dengan membawa watak lucu "Kumpulan Boboi" yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega 2011 yang berakhir baru-baru ini. -
Bernama.
Aku yakin tentu ada sebab kuat pasai apa Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ambik keputusan hantar borang masuk Umno. Kalau sebab kagum dengan gaya kepinpinan Najib patut dah lama dah depa masuk Umno.

Lagipun aku tengok 2 orang pelawak tu tak berapa ada tanjak sebagai orang politik. Kalau setakat nak jadi ahli biasa depa tak perlu sampai bagitau wartawan. Kalau betul depa ikhlas macam depa kata tu.

Aku yakin depa ni sebenarnya dapat tekanan. Kalau pun mungkin tak kuat tapi aku yakin memang ada tekanan.


Pasainya masa buat lawak dalam episod Raja Lawak baru ni, memang jelas sangat aksi "kumpulan Boboi' perli Rosmah. Memang sangat-sangat jelas macam video kat bawah ni


Kalau pun mungkin bukan Rosmah sendiri yang suruh tekan depa berdua, aku yakin ramai penjilat Rosmah yang sanggup buat kerja tu.

Sapa berani lawan 'perintah' Rosmah. Kalau Rosmah suruh gam depa berdua, sapa yang berani nak langgar. Pasai tu la aku tak heran kalau depa terpaksa hantar borang masuk Umno untuk pastikan depa tak kena 'gam'. Dengan depa masuk Umno tentu 'dosa' depa tu diampunkan.




Read more ...

Titi baru untuk penduduk

TANJUNG PIANDANG : Hasil usaha penduduk kampung dan bantuan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, akhirnya terbina sebuah titi yang merentasi parit tali air ke jalan utama di Sungai Labu.

Penduduk kampung Sabri Husin, 54 berkata, mereka terpaksa membina titi berkenaan kerana permohonan mereka sejak sekian lama belum ditunaikan oleh pihak berwajib kerana ketiadaan peruntukan.

“ Titi ini merupakan laluan penting dan jalan pintas kepada penduduk di seberang parit tali air dengan jalan utama.

“ Titi yang ada sebelum ini telah lama rosak dan reput. Banyak kemalangan berlaku membabitkan penunggang basikal dan motorsikal yang menggunakan titi yang rosak berkenaan” katanya

Menurut Sabri, setiap kali permohonan dibuat, alasan yang diberikan oleh pihak berwajib adalah belum ada peruntukan.

“ Keadaan ini sangatkan menyusahkan kami semua termasuk anak-anak penduduk yang berbasikal hendak ke sekolah.

“ Mereka terpaksa melalui jalan yang jauh untuk menyeberang ke jalan utama. Sedangkan , hanya beberapa minit sahaja digunakan jika menggunakan titi berkenaan”katanya

Beliau berkata, memandangkan titi itu amat penting kepada penduduk kampung maka mereka telah membuat aduan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ Ahli Parlimen juga pada awalnya, tidak berjanji untuk membina titi baru kepada penduduk kerana peruntukan kepadanya telah dinafikan pihak kerajaan.

“ Namun, beliau berjanji akan berusaha bersama pegawainya sedaya upaya berdasarkan kemampuan yang ada untuk membantu penduduk kampung”katanya

Katanya, selepas sebulan membuat aduan, akhirnya penduduk kampung mendapat berita gembira dari Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ Pegawai khas Ahli Parlimen memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan dana untuk membiayai kos membina titi baru.

“ Penduduk kampung diminta bergotong royong membina titi baru dengan menggunakan dana yang dicari oleh Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar “katanya

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, Pusat Khidmat Parlimen telah berusaha mencari dana dari beberapa pihak bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk di sini.

“ Apabila kami berjaya memperoleh dana , kerja-kerja pembinaan titi dijalankan dan mengambil masa hampir seminggu untuk disiapkan.

“Kami menyewa jentolak untuk memacakkan tiang titi sebelum penduduk kampung bergotong royong memasang lantai titi”katanya

Beliau berkata, walaupun titi yang menggunakan kayu mempunyai jangka hayat yang pendek namun sekurang-kurangnya penduduk boleh menggunakannya untuk beberapa tahun .

“ Tiang kayu yang menyentuh air lama kelamaan boleh mereput beberapa tahun akan datang. Jambatan besi konkrit lebih tahan lama tapi memerlukan kos yang tinggi.

“ Sungguhpun begitu, titi baru ini mampu memberi kemudahan pejalan kaki, penungang basikal dan motorsikal menggunakannya” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa kagum dengan kesungguhan penduduk kampung yang bergotong royong membina titi baru.

“Titi ini amat penting kepada penduduk .Saya berbangga kerana penduduk kampung menyiapkan pembinaan titi secara bergotong-royong.

“Ini memperlihatkan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung demi kemudahan anak-anak mereka yang menggunakan titi berkenaan untuk ke sekolah” katanya

Dr. Mujahid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memberi dana untuk membina titi berkenaan.

“ Pegawai khas saya , Hamdan Fadel adalah pengerak utama terhadap usaha mencari penyumbang kepada pembinaan titi ini.

“ Atas usaha beliau, ada pihak yang menyumbang tiang kayu selain wang ringgit sebagai kos membiayai pembinaan titi” katanya

Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim turut gembira dengan usaha bergotong royong yang dilakukan penduduk kampung dengan bantuan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ PAS dan wakil rakyatnya tidak mempunyai dana besar sebagaimana kerajaan . Namun, kami berusaha sedaya upaya membantu kerana penduduk di sini begitu memerlukan titi baru.

“ Syukurlah, berkat kerjasama penduduk kampung dan Pusat Khidmat Parlimen , impian penduduk mempunyai titi baru akhirnya tercapai” katanya

Ajk PAS Sungai Labu Bawah Syahrin Mat Daud, 36 juga berterima kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar memberi komitmen positif dengan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah penduduk.

“ PAS Sungai Labu Bawah menghargai usaha Pusat Khidmat Parlimen dan penduduk kampung yang berkerjasama sehingga terbinanya titi ini.

“ Titi yang baru ini memudahkan warga kampung bergerak membuat aktiviti-aktiviti kerja masing-masing” katanya



Jentolak digunakan untuk memacak tiang supaya kukuh


Penduduk kampung bergotong royong memasang lantai titi

Titi baru yang siap dibina
Kesyukuran selepas siap titi baru

Read more ...

AMALINA CONTOH TAK BAIK!!! Adakah Siti Fatimah pelajar 17 A1 Yayasan Islam Kelantan juga berubah di luar negara?

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran

Asalnya disini: http://mengajipastiboleh.blogspot.com/2012/01/salam-hangat-diperkatakan-seluruh.html

Manjadda wajada

Read more ...

DAH TIADA HUJAH!!! UMNO fitnah PAS guna bomoh Siam

Oleh: Saiburi Sudin

Hujah dibalas hujah, auta dibalas fakta... sehingga akhirnya UMNO tertiarap dalam isu Madrasah Salihiah. Tapi bagi UMNO, biaq jatuh tersungkok tapi misai jangan sentuh tanah. Itulah semangat sang wira perkasa.

Berpecak dengan tenaga pun kalah, bersilat dengan keris pun akhirnya keris menikan diri sendiri maka sewaktu tersungkur ke tanah kebetulan terhidu bau taik.

Secepat kilat taik itu pun digengam dan dilemparkan ke muka lawan. Aduss itulah ibaratnya UMNO.. kini menjadikan FITNAH sebagai peluru menyerang kerajaan negeri.


SS siarkan lagi di sini serangan terbaru juhalak UMNO (dari blogger pro Mukhriz) berupa fitnah jahat setelah tidak mampu berhujah, demi menegakkan benang basah mereka.


Di Kedah Ir AMIRUDDIN (bekas jurutera MADA dan mantan Pengurus Projek di BDB) mendesak Majlis Fatwa dengan menjual nama MB agar dibuat fatwa Kedua untuk membolehkan tanah wakaf khas digadai oleh MAIK kepada pengusaha Cina Kristian. Satu situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.

SS: Adakah ahli majlis fatwa semua JAHIL dan PENAKUT belaka sehingga dengan mudah boleh dipaksa oleh seorang Exco? Perlu apa mereka takutkan MB sedangkan mereka dilantik oleh Tuanku Sultan bukannya MB? Berikut adalah senarai ahli Majlis Fatwa yang jahil itu: Dato' Syeikh Baderuddin Haji Ahmad, Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).


Dah berbuih mulut2 kita dok habag tanah wakaf itu dipindah (istibdal) bukan digadai kepada pemaju.. tapi buat-buat pekak badak,ketegaq, hati batu, degil, hati perut dah tertutup tak mau nak faham juga.


Pihak kerajaan negeri dan pemaju telah 6 kali menghantar bomoh Hindu dan Siam, menanam benda-benda pelik di sekeliling kawasan Madrasah, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.Tanpa mahu menuduh mungkin bomoh-bomoh ini adalah rakan-rakan mamak padukang Jahubar Sathik MD BDB yang turut terlibat dalam projek Aman Central ini.




SS: Bilal bin Rabah orang Habasyi yang hitam legam tu pun Rasulullah SAW muliakan, tak hina tak kutuk, tapi Jahubar Sathik dihina sebagai mamak padukang hanya kerana dia berkulit gelap. Inilah perangai 'Islam ala UMNO' yang sungguh keji dan terkutuk.

Jahubar Sathik orang yang mengucap, bersolat dia pun tau hukum halal haram, dia pun tahu hukum syrik menggunakan bomoh Hindu dan Siam. Kerajaan Negeri juga dituduh... makna MB, Exco dan pegawai2 kerajaan negeri semuanya sesat barat, syrik belaka guna bomoh Hindu dan Siam.. siap depa tau 6 kali. Hak tu SS tak mau jawab serah dekat rakyat jelata... fikirlah sendiri akan akal dan hati budi pihak pemfitnah.


Seminggu yang lalu, meskipun surat MAIK bertarikh 10 November 2011 mohon pentadbir tanah Kota Setar menangguhkan perobohan madrasah sehingga perbincangan lanjut dibuat dengan jawatankuasa kariah madrasah, namun 4 orang wakil pemaju 3 orang wakil pejabat tanah Kota Setar dengan diiringi pegawai bernama Rezuan, tanpa sebarang notis, hanya menggunakan notis mulut dan air liur telah masuk ke dalam premis madrasah dan berkata dengan angkuh, 'NI AKU NAK BAGITAU, HANGPA KENA KOSONGKAN BANGUNAN NI DENGAN SEGERA'.



SS: Ni dia surat tuu. Ada tak depa minta tangguh PEROBOHAN madrasah? Baca elok2.. tak ada pun. (Soheh blogger UMNO tu dapat F kertas Bahasa Malaysia SPM dulu). Yang diminta ialah menangguhkan pengosongan.

Mungkin pihak madrasah perlu masa untuk kosongkan, fail2 syarikat insuran yang banyak tu tak sempat nak pindah, perlu masa untuk pindahkan fail.. jadi itu yang diminta oleh MAIK untuk bagi sedikit masa. Ada pun cerita pegawai yang cengey tu..

SS tak sempat check ada ke pegawai nama Rezuan kat Pejabat Tanah pi dengan angkuh macam cerita pegawai zaman British. Zaman laa ni tak dak dah pegawai macam tu abang oii, hang buat skrip cerita Indonesia bolehlaa.


Jadi bagi orang luar yang tidak tahu cerita sebenar dan hanya bermain dengan dugaan nakal, dipersilakan ke Madrasah untuk melihat sendiri dokumen, bukti bertulis, warta, minit mesyuarat fatwa, geran tanah wakaf khas dan apa jua dokumentasi terlibat. Dan kita boleh bermuzakarah secara molek tanpa libatkan emosi dan sentimen kepartian.

SS: Ewahh, hang maki hang fitnah berkandag lepas tu ajak muzakarah dengan molek tanpa emosi.


Dan jika umat Islam di Kedah sendiri memperlekahkan usaha ini dan melabelkan madrasah Salihiah yang berusia 106 tahun dengan pelbagai gelaran, maka tidaklah lojik jika sebuah rumah Allah seperti MADRASAH SALIHIAH terpaksa bergantung harap pada DAP Laknatullah dan PKR pejuang pluralisme agama (kedua-duanya rakan baik PAS) untuk membantu mempertahankan Madrasah Salihiah.

SS: Fitnah ni pun tak larat dah nak jawab... Madrasah yang kononnya berusia 100 tahun tu (sila lihat gambar) telah pun dirobohkan sekitar tahun 2007 masa BN perintah Kedah. Masa roboh tu awat puak2 UMNO tak lawan habis-habisan.


Jadilah umat ISLAM yang berani bukan dayus dan bacul hanya kerana disogok oleh pemaju Cina Kristian dengan ringgit yang berguni-guni.

SS: Berapa guni pemaju Cina Kristian tu sogok? Berapa orang pemimpin PAS dah (sejak merdeka) yang dihadapkan ke mahkamah kerana makan rasuah? Orang PAS lebih teliti soal haram haram berbanding UMNO di mana rasuah sudah menjadi budaya hidup mereka. Tak percaya tanya Tun Mahathir.


SS punya banyak masa untuk tahun 2012 ni.. Insya Allah SS berazam akan perangi habis-habisan segala dakyah, fitnah dan pembohongan UMNO bagi mempastikan golongan yang bermuka-muka di hadapan rakyat ini dinyahkan dari persada kuasa.

Kedah La

Read more ...

GEBANG RPK!!!! Apabila sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri


Pening seketika dengan karenah seorang manusia yang berdarah kerabat diraja yang nampaknya masih tebal dengan unsur-unsur kemewahan dan tak boleh hidup susah.

Realitinya, berilah berpuluh-puluh wawancara eksklusif oleh media musuh sekali pun, jika sekali anda terpalit dengan kekotoran, maka selamanyalah ia berada di situ.


Nampaknya, tindakan aku untuk mem"block" Raja Petra bulan April tahun lalu di Twitter dek kerana "sumbangannya" terhadap penafian kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kini dirasakan tepat!


Kini kita tinggalkan saja nama Raja Petra Kamaruddin dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat kerana fikrahnya hanylah bersandarkan siapa yang boleh menyara hidupnya sepanjang pelariannya lebih empat tahun lalu.


Komen dan analisis Raja Petra sudah tiada maknanya lagi buat Pakatan Rakyat di sebalik beberapa saranan kununnya tindakannya diwawancara oleh The New Straits Times Press (NSTP) di Singapura hanya semata-mata mahu mengorek rahsia Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya.


Selamat jalan Raja Petra, bon voyage!


JALAN PULANG



Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri

Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.


MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.


Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja. Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.


Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan ‘kotoran’ yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.


Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.


Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.


Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.


Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.


Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.


Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.


Bagi mereka yang mengikut perkembangan blogger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.


Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger!

Read more ...

9/1/12!!!! RPK tabur fitnah, UMNO cetus provokasi


Tahun baru 2012 menyaksikan betapa nota merah dikeluarkan kepada pencacai nombor wahid Umno-APCO, Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sesudah sedap membelasah mahasiswa yang tidak berpihak kepada rejim pemerintah, kini 9 Januari pula bakal menguji kewibawaan pasukan keselamatan yang sebenarnya sudah kita boleh jangkakan!


Lupakan pancutan air semasa pertabalan menteri besar haram Perak, Zambry Abdul Kadir di Kuala Kangsar, ketepikan sejenak insiden 9 Julai 2011 yang terus menunjukkan betapa Umno-APCO memperalatkan polis semata-mata untuk terus berkuasa.


Dan tinggal 6 hari lagi kita semua akan turun tanpa rasa gentar berdepan dengan ratusan malah mungkin juga ribuan anggota berpakaian biru atau merah yang bersedia membelasah kita tanpa rasa kasihan.


Tidakkah Khalid Abu Bakar fikir wang gajinya yang dicucuk di mesin ATM itu wang rakyat yang dia arahkan supaya membelasah rakyat kembali?


Apakah pegawai polis terfikir wang siapakah yang mereka guna sehari-hari datangnya dari mana kalau bukan rakyat yang menjadi tuan di negara ini?


Ayuh semua, awal pagi 9 Januari ini, kita nyalakan obor kebebasan rakyat yang sebenar!


Jangan gentar, jangan takut, jangan bimbang!


Percayalah, kita hanya takut kepada Allah SWT semata-mata!


JALAN PULANG


Dalam suasana rakyat Malaysia yang masih menyambut ketibaan tahun baru dengan semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, Umno-Barisan Nasional (BN) terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan rakyat mudah diperbodohkan.


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, keterdesakan Umno-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.


“Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah Mansor serta pada keseluruhan parti usang Umno-BN.


“Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno-BN dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan negara,” tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.


RPK tabur fitnah lagi


Menurut Saifuddin, terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar di muka hadapan akhbar masing-masing.


“Umum tidak harus lupa bahawa RPK yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” katanya.


Fitnah pertuduhan liwat yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanggal 9 Januari 2012 ini.


Ujar Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, “terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.


“Harus ditekankan bahawa Anwar merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR,” tegasnya.


Sebagai seorang pemimpin politik katanya, tentunya Anwar mempunyai pengikut dan penyokongnya.


Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR dan Pakatan Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.


Umno cetus provokasi


Tegas beliau, “dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.


“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong PKR untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno-BN yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,”


Katanya lagi, nyata keterdesakan Umno-BN untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal. Umno-BN kini umpama ‘telur di hujung tanduk’.


“Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa Umno-BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.


“Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan Umo-BN yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya,” tambah beliau.

Read more ...

MUNAFIK UMNO!!!! Isu Madrasah Salihiah menjadi bukti

Oleh: Tok Non, Changloon


Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya.

Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam.

PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central.

Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus.


Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara. Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut.


1.UMNO kuat bohong

Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah:


a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun

b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal)

c)Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh

d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran.

2.UMNO tolak ulamak

Majlis Fatwa Negeri Kedah yangi ketuai Mufti dan 9 ulamak besar Kedah selepas bermuzakarah, bersetuju madrasah itu diroboh ikut kaedah istibdal. UMNO menolak pendirian yang dibuat oleh para ulamak Kedah. Depa berlagak lebih pandai dari ulamak majlis fatwa.


3.UMNO sanggah Tuanku Sultan

Majlis Fatwa di bawah Tuanku Sultan. Tuanku sudah dimaklum mengenai isu tersebut oleh Majlis Fatwa. Membantah keputusan majlis fatwa mermakna menderhaka kepada Tuanku Sultan.


4.UMNO bersikap hipokrit

Kerajaan BN Kedah pernah roboh masjid Alor Malai untuk program penyusunan semula pembangunan Kompleks Al- Bukhary yang di situ juga terdapat pasaraya Giant. Depa buat halal, pihak lain buat haram. Itulah sikap hipokrit UMNO.


5. UMNO anti Cina?

Antara sebab penentangan projek Aman Central ialah kerana ia dimajukan oleh Sunny Ho, seorang Cina (usahasama dengan PKNK). Ia memberi impak ‘positif’ kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina di negeri ini bahawa UMNO dilihat anti Cina.


6.UMNO gagal bangunkan ekonomi Melayu

Pembantah mengatakan projek itu hanya menuntungkan orang Cina kerana Melayu tidak mampu beli lot kedai di situ. Sapa kata?

Bukanlah orang Melayu sudah kaya raya hasil pembelaan dan penjanaan ekonomi yang dibuat oleh UMNO selama 60 tahun.

UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu... habis tu kalau lot kedai pun Melayu tak boleh beli, apa kejayaan UMNO dalam mengangkat martabat orang Melayu???

Kedah La

Read more ...