Friday, September 30, 2011

60 TAHUN PAS !!! Sejarah Perjuangan PAS Parit Buntar

SEJARAH PERJUANGAN PAS PARIT BUNTAR

Yang Dipertua

Hj Abas Hj Mokhtar

Ustaz Hj Osman bin Ibrahim
(Pakndak Man)
YDP Cawangan Parit Buntar
Ustaz Osman Ibrahim
(PakMat Merah)
YDP Caw. Tg Piandang

Tuan Guru Hj Omar
YDP Caw. Kuala Kurau

Hj Jaafar Ali

Ust Zulkarnain Hj Ahmad

Ust. Abdul Kadir Hj Idris
SENARAI CALON PAS
DALAM PILIHANRAYA

Sejarah politik PAS Parit Buntar bermula semenjak awal lagi. Kedudukan geografi yang hampir dengan Gunung Semanggol memungkinkan bahang api perjuangan mendaulatkan Agama yang berpusat di Maahad Ehya As-Sharif turut terasa. Golongan ahli-ahli agama setempat turut sama berjuang bersama-sama dengan Tuan Guru Hj Abu Bakar Al Bakir memperjuangkan kesucian dan kedaulatan Islam.

Tahun 1954 amat bersejarah bagi politik PAS Parit Buntar. Sekolah Agama Al-Tahzib yang dipimpin oleh seorang ulama terkenal iaitu Tuan Guru Hj Abdul Rahman Suhaili telah menawarkan Sekolah Al-Tahzib untuk menjadi tuan rumah Kongress PAS ke3. Seluruh pimpinan pusat dan perwakilan-perwakilan berkampung di kawasan Parit Buntar ini. Antara pimpinan yang hadir terdiri dari Dato' Asri Hj. Muda (Pemangku Setiausaha Agung ketika itu), Haji Ahmad Maliki, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin (Bendahari), Mansor JP, Abdullah Akim, Hj.Ahmad Badawi. Ustaz Osman Abdullah menpengerusikan kongres tersebut.

PAS ketika itu dipimpn oleh Dr. Abas yang memangku jawatan Yang Dipertua setelah Hj Ahmad Fuad melepaskan jawatan. Beliau tidak dapat menghadirkan diri dan Ucapan dasar Yang Di Pertua Agung dibacakan oleh Cikgu Ahmad Awang. Antara perwakilan yang banyak berbahas adalah Ustaz Amaluddin Darus wakil Pasir Mas,Tuan Haji Ghazali Haji Mohamad wakil Bandar Baharu, dan Hamid Affendi wakil Bukit Besar.

Di Kongres inilah telah dibuat satu keputusan supaya PAS keluar dari Majlis Konvesyen Nasional anjuran YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dalam usaha Tunku untuk meminta kemerdekaan Melaya dari penjajah British.

Keputusan ini dibuat bukan kerana PAS tidak mahu merdeka tetapi kerana suara PAS yang hendak memperjuangkan Islam sebagai teras Negara merdeka tidak dipedulikan. Keputusan itu juga dibuat kerana PAS tidak bersetuju dengan keputusan Tunku Abdul Rahman untuk menerima konsep "Jus Soli", syarat utama penjajah British untuk memerdekakan Tanah Melayu. PAS yang memperjuangkan keagungan agama dan bangsa telah menentang konsep "Jus Soli" dengan sekeras-kerasnya. Kongres ke 3 itu menyaksikan beberapa tokoh Ulama' yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut mula menjauhkan diri dari PAS termasuk Hj Ahmad Badawi, ayah kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang.

PAS kawasan Parit Buntar ini diasaskan dan digerakkan oleh tokoh Ulama' tempatan antaranya Tuan Guru Haji Hassan Haji Abdul Rahman Mudir Madrasah Al-Tahzib Titi Serong Parit Buntar, Haji Ariffin Abdullah (Pak Ndak Pin), Encik Abas dari Parit Tok Ngah, Tanjong Piandang, Haji Sulaiman Parit Abas Kuala Kurau, Tuan Guru Hj.Omar Sungai Baru Kuala Kurau, Ustaz Osman Ibrahim dari Bagan Tiang, Tuan Hj. Harun Hj. Husin Simpang Tiga Kuala Kurau dan ramai lagi.

Pada peringkat awal, PAS di Parit Buntar diterajui oleh HJ Abas Hj Mokhtar sebagai YDP dan Zakaria Hj Khalidi sebagai setiausaha dengan sokongan padu dari kalangan tokoh ulama' tempatan. Kemudiannya telah dipersetujui supaya ditubuhkan tiga Cawangan yang berasingan untuk memudahkan pentadbiran dan menubuhkan lebih banyak ranting-ranting memandangkan kemudahan perhubungan yang amat sukar ketika itu.

Cawangan-cawangan tersebut adalah Cawangan Parit Buntar yang dipimpin oleh Ustaz Osman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Pakndak Man sebagai YDP dan Hj Ahmad Bakar sebagai setiausaha, Cawangan Tanjung Piandang dipimpin oleh Hj Ahmad Hassan atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Mat Merah sebagai YDP dan Shaari Mat Zain sebagai setiausaha manakala Cawangan Kuala Kurau dipimpin oleh Tuan Guru Hj Omar Hj Basri sebagai YDP dan Hj Zakaria Khalidi sebagai setiausaha.

Pengujudan tiga cawangan berasingan ini berterusan sehinggalah ke tahun 1976 di mana terdapat arahan dari PAS Pusat supaya hanya terdapat satu cawangan sahaja untuk satu Kawasan Pilihanraya Parlimen. Mesyuarat khas telah diadakan dan keputusannya bersetuju untuk menggabungkan tiga cawangan tersebut menjadi satu iaitu cawangan Parit Buntar dengan diterajui oleh Hj Jaafar Ali sebagai YDP dan Ustaz Hadri sebagai setiausaha.

PAS Parit Buntar berjuang di dalam pilihanraya semenjak awal penubuhan PAS lagi iaitu semenjak pilihanraya mula-mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Untuk pilihanraya pada 27 Julai 1955 tersebut, PAS telah meletakkan seorang tokoh Ulama' terkenal sebagai calon iaitu Tuan Guru Tuan Haji Ahmad Tuan Husin yang memegang jawatan Bendahari PAS Pusat ketika itu untuk bertanding kerusi Kerian di dalam pilihanraya peringkat Persekutuan tersebut.

Berkat kerja kuat dan sokongan yang padu dari masyarakat Kerian ketika itu, PAS telah berjaya memenangi kerusi tersebut dan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin telah menjadi satu-satunya wakil PAS yang menang dan menjadi wakil PAS di Persekutuan.

Selepas itu di adakan pula pilihanraya di peringkat negeri. PAS meletakkan Tuan Haji Ahmad Kamal sebagai calon untuk kerusi Kerian Laut. Sekali lagi sejarah gemilang tercatat apa bila calon PAS berjaya memenangi kerusi tersebut.

Pada pilihanraya tahun 1959 seorang tokoh muda PAS ketika itu yang diberi gelaran "Panglima Jihad", Hj Hasan Adli telah diberi kepercayaan sebagai calon kerusi Kerian Laut di peringkat Negeri bersama-sama dengan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin sebagai calon kerusi Kerian bagi Peringkat Persekutuan. Malangnya, PAS kehilangan kedua-dua kerusi tersebut. Perikatan telah dapat merampasnya dari tangan PAS dengan majoriti yang kecil.

Pada Pilihanraya tahun 1974, PAS telah menyertai pilihanraya bersama UMNO di dalam perikatan Barisan Nasional. Pada peringkat awal, perjanjian di peringkat Pusat telah dibuat iaitu mana-mana kawasan yang PAS mendapat undi melebi 1000, BN akan meletakkan PAS sebagai calon tetapi UMNO tidak mengotakan janji tersebut ketiga-tiga kerusi di Kawasn Parit Buntar telah diputuskan akan ditandingi oleh UMNO. Pimpinan PAS peringkat Kawasan telah mengadakan mesyuarat tergempar. Akhirnya kata putus telah diambil. PAS akan meletakkan calon di ketiga-tiga kerusi sebagai calon bebas.

Ustaz Zulkarnain bertanding kerusi Parlimen Parit Buntar, Ustaz Kadir Idris yang memegang jawatan Bendahari Pemuda Negeri bertanding kerusi Simpang Lima dan Ahmad Sameon Hj Harun bertanding kerusi Kuala Kurau. Walaupun ketiga-tiga calon gagal untuk mendapat kepercayaan majoriti pengundi tetapi kekalahan adalah dengan majoriti yang sedikit.

Pilihanraya 1978 pula tidak kurang hebatnya. Kali ini PAS dikatakan memiliki peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi. PAS meletakkan Hj Jaafar Ali untuk kerusi Parlimen Parit Buntar, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Mokhtar untuk kerusi Kuala Kurau dan Hj Harun Hashim untuk kerusi Simpang Lima. Malangnya kertas pencalonan untuk kerusi Parlimen telah ditolak dengan alasan kesilapan di dalam borang pencalonan. Terdapat cerita-cerita mengatakan mungkin terdapat penghianat yang menjadi gunting dalam lipatan. Cerita ini diperkuatkan lagi dengan tawaran-tawaran yang telah diberikan oleh UMNO untuk calon-calon PAS pada pilihanraya sebelumnya.

Pada Pilihanraya tersebut PAS dapat merampas kerusi DUN Kuala Kurau. Barisan Nasional hanya menang tipis untuk kerusi Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong. Wakil Rakyat bagi DUN Kuala Kurau, Tuan Guru Hj Abdul Rahman telah meninggal dunia sebelum tamat satu penggal tetapi pilihanraya kecil tidak diadakan kerana tempoh yang singkat sebelum Pilihanraya Umum dijadual diadakan. Walaubagaimana pun pada Pilihanraya 1982 kerusi DUN Kuala Kurau terlepas kembali ke tangan Barisan Nasional.

Tahun 1989 sekali lagi PAS Kawasan mencatatkan sejarah. Pada tahun tersebut PAS Pusat mengambil pendekatan bekerjasama dengan Parit Semangat 46 di dalam Gagasan Perpaduan Ummah. Pimpinan PAS Kawasan ketika itu tidak bersetuju dan membuat bantahan secara besar-besaran, akibatnya seramai 89 orang diberikan surat tunjuk sebab dan 33 orang daripadanya dipecat.

Pentadbiran Parti diperingkat Kawasan telah diambil alih oleh Pusat dengan Ustaz Hj Hassan Shukri menjadi Pengerusi Pentadbir, Ustaz Azizan Desa, Pesuruhjaya PAS Perak menjadi Naib, setiausaha dipegang oleh Cikgu Dahalan dan bendahari dipegang oleh Ustaz Ghazali. Keadaan ini berjalan sehinggalah selepas Pilihanraya 1990. Pilihanraya 1990 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara UMNO, PAS dan bebas. Calon bebas adalah dari kalangan ahli PAS yang dipecat yang sebelum itu telah menyertai Islah. PAS yang masih dalam usaha memperkuatkan kembali parti, walaupun bekerjasama dengan Parti Semangat 46 tidak mampu memberikan saingan pada pilihanraya tersebut.

Pilihanraya 1999 PAS Parit Buntar kembali mencatatkan sejarah gemilang. PAS meletakkan Dato Dr. Hasan Ali, seorang tokoh motivasi yang dikenali ramai sebagai calon bagi kerusi Parlimen Parit Buntar dan Saudara Ahmad Azhar Sharin, seorang peguam muda sebagai calon bagi kerusi DUN Titi Serong. Gandingan mantap ini dengan sokongan padu dari jentera pilihanraya, PAS telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi tersebut. Untuk kerusi DUN Kuala Kurau terdapat sedikit masalah teknikal menyebabkan terjadinya pertandingan tiga penjuru diantara Barisan Nasional, Keadilan dan PAS. Calon PAS kemudianya telah menarik diri tetapi . Keadaan ini mungkin menyebabkan ramai penyokong Barisan Alternatif keliru kerana nama calon PAS tersebut masih terdapat pada kertas undi. Ini menyebabkan Barisan Nasional dapat mempertahankan kerusi tersebut.

Faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan PAS pada Pilihanraya 99, selain dari gerakerja yang agak tersusun adalah kerana lemahnya jentera lawan dan terdapatnya berbagai-bagai isu setempat seperti isu parking dan banjir. Untuk menjamin kemenangan sentiasa di pihak PAS, PAS perlu memantapkan lagi jentera pilihanraya dan sentiasa bersedia setiap masa untuk menghadapi pilihanraya. Jika itu dapat dilakukan, PAS pasti mentadbir Malaysia selepas pilihanraya yang ke-11 nanti.

Menyanggah Serangan Menjana Kemenangan

SENARAI CALON PAS DALAM PILIHANRAYA PARIT BUNTAR


Poster Pilihanraya 1969

Kad Calon Pilihanraya 1955

Read more ...

Kenapa Najib PANAS malam ini?

Skandal Scorpene akan dibongkar

Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.

Kd

Read more ...