Friday, October 8, 2010

Anwar nafi dakwaan Rahimi



















KUALA LUMPUR, 8 Okt. : Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantunya itu telah dipaksa oleh ahli-ahli PKR untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat kedua yang sedang dihadapinya sekarang.

Dua hari lalu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh beberapa pemimpin PKR termasuk peguamnya agar menandatangani akuan bersumpah pada akhir Jun 2008.

Anwar (gambar) juga berkata dakwaan-dakwaan Rahimi itu tidak relevan sama sekali dalam kes yang dihadapinya sekarang.

“(Saya) menghargai keprihatinan. Tetapi ia tidak relevan kepada saya,” kata Anwar dalam emel ringkas kepada The Malaysian Insider.

Anwar yang masih berada di luar negara memberitahu, beliau menyerahkan kepada peguam-peguamnya menangani perkembangan terbaru ini.

“Peguam-peguam (saya) telah berkata mereka akan menguruskan isu ini terlebih dulu,” katanya lagi.

Difahamkan Anwar berada di New York dan akan kembali ke tanah air esok.

Petang kelmarin, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008

Semalam, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya mendakwa laporan polis dibuat Rahimi dua tahun lalu membuktikan dia tidak pernah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah mengaitkan Najib dan Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu.

Latheefa Koya juga mendakwa bahawa Rahimi, bekas pembantu Anwar, secara sukarelawa telah bekerjasama dengan pasukan peguam Ketua Umum Pakatan Rakyat semasa menandatangani akuan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008.

“Dakwaan Rahimi bahawa akuan bersumpah telah dipinda untuk memasukkan nama Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tanpa kebenarannya tidak benar sama sekali dan tiada kredibiliti langsung,” kata beliau.

Ini kerana menurut Latheefa, kenyataan dibuat Rahimi kepada polis pada 23 Julai 2008 di Bukit Aman mengesahkan yang dia mengetahui Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah bertemu dengan Najib dan Rosmah.

Mohd Saiful membuat aduan polis pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Latheefa menambah, Rahimi hanya mendedahkan maklumat itu selepas ia dikemukakan kepada polis.

Read more ...

Umno sudah habis ‘oksigen’

KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan parti itu sudah hampir kehabisan 'oksigen' dalam politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran Adnan yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh pemuda dan puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti.

“Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk ‘E-Class’, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini.

Baginya, mereka yang menyertai Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan ‘mi segera’ dengan menjadi ‘jutawan 10 persen’.

Justeru, ujarnya Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik.

“Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat?” soalnya.

Bahkan, katanya lagi mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus.

Maka, ujarnya bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat pemuda dan puteri yang bertepatan pepatah mengatakan ‘kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’.

Menurutnya, PAS berpandangan apabila Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja, maka itulah yang terjadi.

Tambahnya, jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah, maka tunggulah saat kehancuran.

Manusia, ujarnya lagi tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas sebagaimana Nabi s.a.w. mengingatkan: “sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.

“Oleh itu, PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya.

“Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari,” ujarnya.hrkh

Read more ...

Empat cawangan baru PAS terima sijil

37961_1639808759441_1363465336_1696775_1930335_n.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 8 Okt. : Setelah hampir dua tahun menunggu kelulusan pendaftaran , akhirnya empat cawangan baru PAS di Parit Buntar menerima sijil pendaftarannya dalam satu majlis yang diadakan di Markas UPU Sungai Megat Aris, Bagan Tiang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, empat cawangan terbabit ialah Kuala Bagan Tiang, Jalan Pantai, Batu 4 ¼ Jalan Sempadan dan Kampung Tok Pulut.

“ Walaupun lewat mendapat kelulusan, ianya tidak mematahkan semangat ahli jawatankuasa penaja cawangan ini untuk menjalankan aktiviti di cawangan masing-masing.

“ Kelulusan pendaftaran ini memberi peluang kepada PAS cawangan berkenaan bergerak sebagai pertubuhan politik berdaftar untuk membetulkan sistem yang rosak oleh Umno/Bn sekarang ini agar kembali kepada keadilan Islam” katanya

Adnan berkata, selain empat cawangan yang baru diluluskan masih terdapat empat lagi cawangan baru yang dalam proses penubuhannya dan sekarang bergerak pada peringkat penaja.

“ Pertambahan cawangan baru ini mampu memperkuatkan jentera pilihanraya PAS Parit Buntar bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

“ Tahniah kepada keempat-empat cawangan baru PAS yang berjaya merealisasikan hasrat PAS Pusat untuk memperbanyakkan cawangan”katanya.

Tambahnya, penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar.

“ Cawangan baru ini memudahkan jentera parti turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas tentang kehendak sebenar pengundi.

“ Jawatankuasa PAS Cawangan yang baru diharap dapat mengerakkan Cawangan untuk menarik seberapa ramai penduduk di tempat masing-masing untuk menyertai PAS” katanya

Majlis penyerahan sijil pendaftaran cawangan ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Read more ...

SPR pilih kasih tentukan hari mengundi


KOTA BHARU, 8 Okt. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas diadakan ketika sidang DUN negeri ini yang bermula 1 November depan.

Menurutnya, tindakan SPR menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh pengundian dianggap tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah dirancang untuk memberi kelebihan kepada UMNO.

”SPR ini memang tak fikir langsung cerita orang lain, cerita UMNO dia saja. Terus terang saya sebut bahawa kita sudah tetapkan (sidang) Dewan Negeri yang perlu dihormati.

”Mereka tidak fikir langsung bertembung dengan pilihan raya dengan sidang Dewan Negeri. Ini perkara yang menimbulkan kebencian masyarakat Kelantan kepada pihak sebelah sana (SPR),” katanya selepas Ekspo Pelancongan 2010 Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan tidak adil itu hanya menambah lagi kebencian masyarakat negeri ini kepada SPR yang dikatakan gagal bertindak sebagai sebuah badan yang bebas.

Menurutnya, SPR tidak langsung bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri berkenaan dengan apa- apa acara rasmi yang diadakan seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan bebas sebelum menetapkan sebarang keputusan.

Dalam pada itu, ketika ditanya penetapan tarikh mengundi yang jatuh pada hari bekerja, Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata, perkara itu akan menyusahkan rakyat yang mahu membuang undi pada hari berkenaan.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, walaupun berat, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cuti umum pada hari berkenaan seperti mana yang dibuat di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

”Boleh jadi kita fikirlah pula, kerajaan tanggung bebanan (jika ia membabitkan keputusan memberi cuti)... soal cuti ini bukan kerja senang, henti kerja pejabat, satu perkara yang tidak menyenangkan hati,” katanya.SH

Read more ...

Berkempen secara ‘gentleman’ , bukan guna jentera kerajaan


KUALA TERENGGANU , 8 Okt. :
PAS sekali lagi mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar berkempen secara ‘gentleman’ pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, BN dikatakan tidak berkempen dengan cara adil apabila sentiasa menggunakan jentera kerajaan, media di samping mendakwa turut menggunakan politik wang setiap kali pilihan raya berlangsung.

“Kita minta UMNO bersikap ‘gentleman’ dengan tidak menggunakan peralatan kerajaan ke kawasan tersebut atau politik wang dan media dalam pilihan raya kecil,” katanya, semalam.

Berdasar pengalaman lalu katanya, walaupun BN sentiasa diingatkan adil dalam pilihan raya, namun mereka sentiasa menggunakan jentera kerajaan dan media untuk menghentam pembangkang selain menabur janji dan wang kepada rakyat melalui projek dan sebagainya.

“Mereka takut pada kekalahan dan perkara sedemikian biasa berlaku setiap kali pilihan raya dengan menggunakan sepenuh tenaga untuk ‘survival’ politik mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan akan berpihak kepada BN sekiranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon di DUN Galas, beliau menganggap sesiapa sahaja berhak membuat ramalan.

Bagi PAS katanya, mereka bersedia ‘bertempur’ di Galas bagi mengekalkan kerusi DUN tersebut dan tidak peduli siapa dicalonkan BN.SH

Read more ...

Perletakan jawatan AJK PAS Pendang diterima



PENDANG, 8 Okt. ; Seramai 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Pendang yang menghantar surat peletakan jawatan sejak 27 September tidak hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa PAS kawasan itu yang diadakan di Pejabat Pas Gajah Mati, malam kelmarin.

Sinar Harian difahamkan sebahagian AJK yang meletak jawatan itu tidak hadir ke mesyuarat berkenaan tanpa memaklumkan sebab mereka tidak hadir walaupun surat panggilan dihantar kepada mereka.

Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, mesyuarat pada malam itu tetap diteruskan walaupun AJK yang meletakkan jawatan tidak hadir.

Menurutnya, mesyuarat juga sebulat suara menerima peletakan jawatan AJK berkenaan .

“Ahli Jawatankuasa PAS kawasan yang lain, dalam mesyuarat itu menerima peletakan jawatan mereka kerana saya dimaklumkan sebahagian mereka (AJK) yang meletak jawatan itu enggan menarik balik keputusan meletak jawatan.

“Saya dan AJK yang lain terpaksa menerima peletakan jawatan itu walaupun berasa berat hati memandangkan beberapa AJK yang meletak jawatan itu merupakan orang lama dalam PAS,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang meletak jawatan atas jasa mereka sepanjang berjuang dan berkhidmat bersama PAS kawasan Pendang.

“Saya tidak marah atau beranggapan yang bukan-bukan terhadap mereka walaupun tidak hadir dalam mesyuarat itu kerana menghormati mereka benar-benar ingin meletak jawatan.

“Mesyuarat itu menerima semua peletakan jawatan itu dan melantik AJK yang baru untuk mentadbir PAS kawasan itu,” katanya.

Mohamed Taulan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai berkata, beliau berharap dengan pelantikan semua AJK baru ini dapat mentadbir PAS kawasan itu dengan baik dan berharap akan ada pembaharuan yang dilakukan mereka.

“Beberapa AJK yang dilantik terdiri daripada ahli dan belum lagi disahkan. Saya akan menghantar surat memaklumkan kepada mereka sama ada mereka setuju atau tidak dengan pelantikan itu.

“Semua AJK yang dilantik ini akan bertugas lebih kurang enam bulan sehingga mesyuarat pelantikan baru pada pada bulan depan,” katanya.

Bendahari PAS Kawasan Pendang yang baru dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, beliau tidak marah dengan tindakan AJK yang meletakan jawatan itu, malah sudah menjangka dari awal lagi bahawa semua AJK terbabit tidak akan hadir dalam mesyuarat yang diadakan.

Sinar Harian turut bertanya mengenai sebab sebahagian AJK itu meletakkan jawatan, namun beliau sehingga kini tidak mengetahui sebab peletakan jawatan itu.

Pada mesyuarat itu, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang disandang Mohamed Taulan,

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang juga merangkap Bendahari, Dr Hayati, Naib Yang Dipertua, Ali Abdullah, Setiausaha, Fadzil Noor Shaari dan beberapa lagi AJK lain turut dilantik.SH

Read more ...

Sidang Dun Kelantan tangguh hari mengundi






















KOTA BAHARU, 8 Okt.:
Persidangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan selama seminggu mulai 1 November, akan ditangguhkan pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.


Speakernya, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata penangguhan itu bagi membolehkan anggota dewan negeri itu, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang menumpukan perhatian kepada suasana pilihan raya itu.

Katanya walaupun Speaker mempunyai kuasa menangguhkan jadual persidangan yang ditetapkan dari 1 hingga 7 November itu, tetapi pihaknya tidak akan meminda tarikh berkenaan yang telah diwartakan mengikut peraturan Dewan.

"Kita akan teruskan juga.... Kita hanya mengambil keputusan untuk tidak mengadakan persidangan sehari pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DU NGalas itu bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak (penyokong kerajaan dan pembangkang)," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau kesal dan terkilan kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil kira jadual persidangan belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil itu.

Mohd Nasuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti berkata sepatutnya SPR boleh berbincang dengan pihak kerajaan negeri bagi mengelakkan pertembungan tarikh itu berlaku, jika mereka benar-benar berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

Beliau mengakui pihak Dewan tidak memberitahu SPR berhubung tarikh persidangan dewan itu dan beranggapan "sepatutnya SPRlah yang perlu merujuk (perkara itu) kepada kerajaan negeri."

SPR, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan kecil DUN Galas akan diadakan pada 26 Oktober ini, manakala hari mengundi ditetapkan 4 November jika ada pertandingan.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Pas kawasan itu, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus, 27 September lepas. - BERNAMA

Read more ...

Solat istikharah pemutus calon PAS di Galas



















































KOTA BHARU, 8 Okt. :
Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.


Katanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu di Gua Musang, hari ini.

Abdul Fatah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas ketua dewan ulama PAS negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok.

Beliau juga menyokong kenyataan anggota exco kerajaan negeri, bahawa PAS sedia menimbangkan untuk meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

“Ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Tuku berkata, pemilihan calon sebenarnya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

“Justeri itu PAS tidak merasakan sesuatu yang sukar dan “pelik” dalam menentukan calon pada semua pilihan raya, termasuk pilihan raya kecil DUN Galas ini,” katanya sambil menyatakan keyakinan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 November.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 September lalu. - Bernama

Read more ...

DAP buat laporan polis


IPOH. 8 Okt. : DAP Perak telah membuat laporan polis menafikan sekumpulan 30 pemuda yang terlibat dalam demonstrasi di pekarangan Wisma DAP di sini, kelmarin sebagai ahli parti itu.

Naib Presidennya, A Sivanesan berkata, dakwaan kumpulan itu kononnya mereka ahli DAP Cawangan Buntong juga dinafikan dan keadaan ini direka untuk mengancam perpaduan dalam DAP.

“Dakwaan mereka adalah ahli DAP Cawangan Buntong, tetapi tiada seorang pun dalam kalangan mereka ahli di kawasan ini. Mereka ini hanya menyamar.

“Ini direka oleh satu kumpulan yang hendak mengancam perpaduan dalam DAP. Kita tidak akan membenarkan mereka mengancam perpaduan kami,” katanya dalam sidang media selepas laporan polis dibuat Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama, Buntong, Tang Yaw Hooi di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, dan A Subramaniam, ADUN Tronoh, V Sivakumar.

Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata, M Kulasegaran juga tidak mengetahui tindakan kumpulan itu setelah menghubungi beliau yang berada di Nepal.

“Kula ada cakap dengan saya dari Nepal, beliau tidak tahu mengenai hal ini. Kula tiada kena mengena dengan perkara ini dan begitu juga dengan ahli DAP lain terutama tiga ADUN India iaitu saya, Buntong dan Tronoh.

“Kami dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Mereka mempunyai agenda buat kacau dan kita minta polis siasat siapa mereka ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya terkejut apabila mendapat tahu demonstrasi itu dibuat tanpa kehadiran polis walaupun media telah berkumpul di kawasan berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat untuk meminta menyiasat identiti mereka dan tindakan perlu diambil secepat mungkin tanpa mengamalkan pilih kasih dalam perkara ini. Adakah mereka ada permit atau tidak.

“Jika mereka bukan ahli DAP, mereka tiada hak untuk menyoal isu DAP atau adakan protes di depan pejabat DAP. Polis perlu siasat siapakah dalang di sebalik insiden ini,” katanya.SH

Read more ...

Bersiap hadapi sebarang kemungkinan di Galas




















KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.

"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.

"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.

Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.

Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.hrkh

Read more ...