PETALING JAYA: Anggota
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk K. Ramachandran pada Jumaat menarik
diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan
parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari
Abdul.
Beliau berkata, JPP menerima surat bertarikh 25 April 2014 daripada Ramachandran berhubung penarikan diri itu.
"JPP telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan akhirnya menerima penarikan diri calon tersebut.
"Oleh itu, dengan ini mengumumkan bahawa Datuk K. Ramachandran telah
menarik diri dan tidak lagi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden,"
katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Read more ...