Friday, December 23, 2011

TERKINI!!! Ahli Parlimen Parit Buntar Vs Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar

Memahami Perjuangan

Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya.

Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti.


Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal.

Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.


Dinamika Perjuangan

Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa.

Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan.


Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah.

Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan.


Dinamika PAS

PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan.

Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS.


Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran).

Asasnya ialah
Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice.

Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudah pun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa.

Isu Negara Islam

Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global.

Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam.


Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam.

Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan.

Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya.

Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven?


Siapa yang Tergelincir?

Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.

Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini.


Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali?

Teruslah Bermotivasi

Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi.

Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan.


Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul.

*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Read more ...

DUIT KAPAL SELAM HANGUS RM 500 JUTA!!! Sekarang kapal peronda pula


http://matanews.com/wp-content/uploads/kapal-as1.jpg
[gambar hiasan]

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan butiran pembelian enam kapal peronda tentera oleh kerajaan – didakwa dibuat melalui orang tengah yang mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut.

Menurut Zaid, tiga ejen berkenaan dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS.

"Mengapa tentera laut tidak dapat menentukan apa yang diperlukan oleh mereka, dan bukannya perunding ini? Lainlah ianya perlu untuk menyalurkan wang rasuah," katanya ketika ditemui di Tropicana, Damansara hari ini.

Zaid yang enggan mendedahkan sumber maklumat itu mendakwa, firma perunding itu menerima bayaran dalam matawang euro melalui akaun di Singapura daripada 2010 hingga April 2011.

Menurut satu invois bertarikh 25 Oktober 2010, salah satu daripada firma berkenaan didakwa menerima 935,000 euro sebagai bayaran "perkhidmatan teknikal."

Dokumen itu menyenaraikan perkhidmatan berkenaan, termasuk konfigurasi infrastruktur, kejuruteraan dan penilaian sistem serta rundingan komersil untuk projek "Second Generation Patrol Vessel."

Invois daripada sebuah syarikat yang didakwa berpengkalan di Paris itu dialamatkan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, yang memenangi kontrak bagi enam kapal berkenaan.

Bayaran berkenaan didakwa telah dibuat dalam dua bahagian, masing-masing pada 28 Oktober dan 1 November tahun lalu.

Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat yang sama didakwa telah mengeluarkan invois untuk perkhidmatan sama pada 3 November 2010 untuk jumlah 986,000 euro dan dibayar pada bulan tersebut.

Satu lagi syarikat, Setaria Holdings Limited, didakwa turut menghantar invois berjumlah 850,000 euro kepada Boustead Naval Shipyard.

Syarikat yang dikatakan berpengkalan di Brussels itu juga didakwa mengeluarkan dua lagi invois kepada Boustead Naval Shipyard untuk bayaran berjumlah 832,000 euro dan 725,000 euro.


Kedahlanie

Read more ...

TU DIA !!!! Tahukah kita berapa banyak harta anak beranak Mahathir?


INIKAH PEMIMPIN
RAKYAT YG DI IMPIKAN KEDAH


Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri.

Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan.

Doa merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN.

Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan
E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan.

Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya.

Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin.

Daim Zainuddin melakukan pemesongan wang rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri.

Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim.

Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Akhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani.

Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!

Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!

Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah!

PENULIS : sedarlah@egroups.com.
http://www.kedahkita.com/2011/12/mohzani-bin-mahathir-kaya-raya-hasil.html

Kedahlanie

Read more ...

KUBU UMNO PECAH!!! Johor bukan lagi Fix Deposit kepada UMNO

Oleh SAFAR JUMAAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxA6dYVxywqupz0h1UuqbKROuKnfFZuJOluBoFRy1XIvD4MG8ii2UlgPnHkpUWf3s0ZmLVwGyW9heJ56i7srsjxQBm-M-IYM0x4jDYtTLqr3tchsYg7rX_uVrdLLLeLKhCIj3fLLKZ6u4/s740/bendera.gifBAGI orang Umno dan penyokong BN, Johor adalah negeri di mana Umno boleh menjanjikan “simpanan tetap” kepada mereka, namun keadaan politik kini, dengan perubahan kepada kekuatan pembangkang yang semakin ketara, sudah ada yang demam tak kebah.

Dalam pilihan raya umum sebelum 2008, PAS dapat satu kerusi percuma di Dun Senggarang apabila calon BN melakukan kesilapan mengisi borang pencalonan

Dr Ramli Mohd Kari merupakan pencetus kepada “mengambangnya bulan purnama” di Johor dan apabila sampai tarikh Pilihan Raya Umum ke 12, Mac 2008, PAS memenangi dua kerusi Dun, iaitu Maharani dan (Dr Mohamad Taslim) dan Sungai Abong (Dr Sheikh Ibrahim Ismail).

Hari ini, KeADILan Johor dipimpin oleh seorang bekas menteri kabinet, Dato’ Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Bakri.

Beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan merupakan antara calon MCA suatu ketika dahulu yang cukup kuat sokongannya daripada pelbagai lapisan masyarakat di Bakri.

Isu paling besar di Johor sekarang ialah soal penggantian Menteri Besar (MB), Dato’ Abdul Ghani Othman yang sudah empat penggal menjadi MB.

Selepas dua penggal menjadi MB, namanya dikatakan mahu digugurkan. Antara nama yang disebut menggantikannya ketika itu ialah Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin.

Namun, Abdul Ghani dikekalkan atas kehendak pihak atasan dan akhirnya sekali lagi Abdul Ghani disebut-sebut mahu ditukar namun ia tidak berjaya.

Ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung di PWTC barubaru ini (29 November-3 Disember 2011), pelbagai risalah mengecam dan memalukan Mohamad Khaled tersebar di PWTC.

Ada pihak mendakwa ini adalah kerja-kerja mereka yang mahu mengetepikan Mohamad Khaled dari disebut sebagai bakal MB Johor selepas ini dan dalam masa yang sama, beberapa bahagian dikatakan bermasalah besar kerana perebutan menjadi calon.

Walaupun sejarah tertulis mengatakan Umno dilahirkan di Johor, namun orang Melayu Johor sudah mula berubah angin. Jika tidak, mustahil undi mereka boleh berpihak kepada pembangkang, iaitu kepada DAP, PAS dan kini KeADILan.

Dari segi sejarahnya, DAP memang pernah menang di Johor, iaitu di Kluang dan kini Bakri. DAP juga pernah menang kerusi Dun Maharani beberapa kali selain dari Bekok dan Jementah. Parti Melayu Semangat 46 (S46) juga pernah menang kerusi Dun Parit Bakar dan dakwaan mengatakan Johor merupakan kubu Umno dan benteng BN adalah silap.

Dari apa yang berlaku sekarang, membuktikan bahawa Johor kali ini akan berdepan dengan pelbagai masalah selain isu rasuah beberapa orang wakil rakyat BN. Hubungan tidak mesra antara Abdul Ghani dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh juga akan menjadikan krisis yang melanda Umno akan menjadi semakin ketara.

Dalam PRU12 yang lalu, Abdul Ghani khabarnya tidak mahu menamakan calon yang Muhyiddin setuju bertanding di Dun Jorak menggantikan Dato’ Samad Ariffin. Ketika nama Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pagoh disenaraikan tetapi akhirnya Muhyiddin menukarkan kepada Dato’ Dr Shahruddin Md Salleh.

Kali ini, menjadi satu masalah besar jika BN di Johor mahu menggugurkan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar di Kota Tinggi dan bekas Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Azalina Othman Said di Penggerang, kerana pengaruh mereka yang semakin mencengkam di kawasankawasan tersebut.

Apakah BN Johor mampu mengetepikan Dato’ Sharir Abd Samad di Parlimen Johor Bahru kerana sudah terlalu lama di situ?

Jika bukan Abdul Ghani menjadi Menteri Besar, jika BN memenangi semula pilihan raya Dun Johor kali ini, siapakah yang layak menggantikannya?

Adakah bakal pengganti Abdul Ghani masih merupakan proksi Abdul Ghani atau, pengganti MB ini mestilah atas pilihan Muhyiddin?

Ada tiga Timbalan Menteri dari Johor yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Ketiga-tiga disebut-sebut bakal menjadi MB Johor selepas Abdul Ghani. Siapakah yang bernasib baik antara Dr Puad Zarkashi, Dato’ Razali Ibrahim dan Dato’ Dr Abd Latif Ahmad?

Biasanya orang Muar yang akan menjadi Menteri Besar jika dilihat sejarah sebelum ini seperti Tan Sri Othman Saat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Abdul Ghani sendiri, kecuali Dato’ Abdul Ajib Ahmad.

Jika faktor Ajib diambil kira, Dr Abd Latif akan mendapat tempat Abdul Ghani kerana Ajib merupakan wakil rakyat Mersing ketika menjadi MB Johor. Dr Abd Latif adalah Ketua Umno Bahagian Mersing. Jika orang Muar, nampaknya Razalilah bakal menggantikan Abdul Ghani.

Itu cerita lama. Cerita sekarang sudah banyak berubah. Dulu, Umno dan BN merupakan parti dominan. Letak songkok pun boleh menang jika mewakili BN. Tetapi keadaan itu sudah berubah sekarang.

Umno Johor terkial-kial mencari sokongan sekarang kerana pengundi sudah tahu membuat pilihan. Jika dulu, Umnolah yang orang Melayu kenal di Johor tetapi kini mereka sudah berani mengundi PAS dalam pilihan raya.

Jika dulu hanya Kluang sahaja merupakan kawasan DAP tetapi sejak kebelakangan ini, sudah banyak tempat yang DAP boleh menang dan beberapa kerusi, walaupun DAP kalah tetapi undi yang dikutip cukup memberangsangkan.

Dengan apa yang berlaku dalam MCA dan Gerakan sekarang, peluang DAP menambah kerusi di Dun Johor dan peluang PAS menambah kemenangan amatlah cerah. Usah terkejut jika Pakatan Rakyat memerintah Johor selepas PRU13 akan datang dengan apa yang berlaku sekarang.

Pengundi Cina dan India sebenarnya belum mahu kembali menyokong BN kerana mereka sudah lama memberi BN peluang berkuasa.

Apa lagi janji baru yang BN di Johor mahu taburkan untuk menyembunyikan masalah yang sedang mereka hadapi sekarang? Khabarnya di Muar, khidmat Ahli Parlimennya, Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan sudah mula dipertikaikan.

Begitu juga ceritanya di Parit Sulong, Dato’ Noraini Ahmad yang pernah menjadi Timbalan Menteri dikatakan tidak akan dikekalkan sebagai Ahli Parlimen.

Pertelingkahan antara Adun Kempas, Osman Safian dengan Dato’ Nur Jazlan Mohamed di Bahagian Pulai masih tidak berkesudahan.

Betulkah Dato’ Dr Wee Ka Siong tidak berani mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam yang diwakilinya kerana sokongan orang-orang Melayu terhadap keceloparannya menjadi topik perbualan sekarang.

Hishammuddin Hussein juga dikatakan bermasalah di Parlimen Sembrong dan mahu dipindahkan semula ke Tenggara.

Siapakah calon MCA yang bakal diketengahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri kali ini selepas ketiadaan Chua Jui Meng? Ada banyak persoalan yang berlegar dan menghambat kekuatan BN yang selama ini dianggap kukuh dan bentang di Johor...

Read more ...

KRITIK NEGARA BERKEBAJIKAN!!! Hasan Ali minta maaf

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”, Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau “bersetuju” dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Read more ...

MAHU TUMBUK ADAM!!! Kalau bukan genster UMNO, kenapa polis yang ketagih mahu jadi pencacai UMNO?

http://1.bp.blogspot.com/-JZNIEKywPmo/TvKOa-CSR2I/AAAAAAAAF5M/GvgGCb4vZl0/s1600/SBB.jpgAktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam (gambar) menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka.

“Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis,” kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.


Menurut peguam daripada “Lawyer for Liberty” ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.


“Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan,” tambahnya lagi.


Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa. “Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya.


“SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri.


“SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak,” katanya lagi.

Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas.

SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa.


ADDIN

Read more ...

JAMIL KHIR KANTOI!!! Surat dari Jabatan Audit dedahkan segalanya

Lihat bawah neh dulu ;





Keterangan dalam dokumen di atas neh menyatakan bahawa ;

1. Surat neh ditulis oleh PAC dan jabatan audit.

2. Surat neh menyatakan bahawa Jamil Khir pernah guna wang zakat bayar kos guaman.

3. Surat neh juga menyatakan bahawa selepas pembayaran kos guaman menggunakan wang zakat dibuat, selepas beberapa tempoh, wang tersebut telah digantikan semula melalui geran kerajaan pada tahun 2010.

4. Geran kerajaan lewat diterima. Ia hanya diterima pada pertengahan tahun. Hairan. Selama neh macam mana depa survive dengan gaji dan sebagainya? Baki geran kerajaan yang terdahulu kah?

5. Jamil khir lantik peguam swasta. Tak guna kerajaan punya. Kenapa ek? Dia kan orang kerajaan tapi tak percaya pada product kerajaan sendiri kah? Bukan kah neh lebih menjimatkan ?

6. Lagi satu walaupun jamil khir telah diberikan peruntukkan untuk bayar peguam itu neh.. tapi wajar kah ia? Wajar kah wang rakyat digunakan untuk bayar kos guaman neh? Apa kena mengena rakyat pula dengan isu neh. Menang kalah satu sen pun kita tak dapat apa2 tapi wang kita digunakan untuk biaya kos guaman dia. Dia duduk rumah besar2, renovate bagai takan rm63 ribu takde dalam tangan? Apahal plak orang2 kaya macam dia diberikan elaun bagai untuk bayar itu neh sedangkan kita dipaksanya berjimat cermat?

Errkk jap.. nanti dulu.. umat islam jangan suka meminta dan malas <-- ayat jamil khir berkaitan isu zakat kepada orang2 islam yang miskin di N9 suatu ketika itu. Sekarang neh sapa yang suka meminta wang orang untuk bayar kos guaman dan sapa yang malas cari duit untuk bayar kos guaman walaupun dia sendiri terbukti kaya raya? Dengar citer dia dapat beratus2 ribu wang anugerah dari MINDEF hasil perkhidmatan nya di sana dulu. So mana pergi? Bayarlah guna wang tersebut. Apahal libatkan rakyat dengan masalah dia?

Sepatutnya dia guna peguam kerajaan. Itulah yang betul supaya wang rakyat tidak terbazir. Pasal dia sesaja je rm63 ribu burn. Lagipun aku suspect dorang neh saja cover kes. Setakat tulis surat apa barang. Elok bagi dokumen bukti bahawa geran kerajaan benar2 tiba lewat. Bukan apa, jangan2 sebab dah kantoi so buat2 alasan geran kerajaan lewat tiba dan buat2 lah bayar balik pada zakat bagi mengaburi PAC dan AUDIT. Apa pun boleh berlaku. Siyes neh.

Ameno : Menteri songlap.

Read more ...

RASUAH PEMIMPIN UMNO!!! Khir Toyo rasuah berjuta RM, kena hukum penjara setahun



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Read more ...