Monday, December 5, 2011

PEMIMPIN UMNO KELANTAN BENGANG!!! Bila dengar berita ini


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.


“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.


Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.


Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.


Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.


“Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur,” kata beliau.

Read more ...

HAMID NAFI!!! Bertuah jadi pemimpin UMNO, tak perlu disiasat hanya sekadar nafi

Pemimpin UMNO katakan.. tak perlu disiasat dan didakwa kerana telah menafikan secara terbuka biarpun adanya siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland..

Mungkin undang-undang yang damalkan oleh Switzerland itu tidak sama dengan apa yang Malaysia amalkan.. Di Switzerland mereka hanya ada satu undang-undang untuk semua, tapi di Malaysia pula kita ada dua set undang-undang..

Satu untuk rakyat jelata manakala satu lagi pula untuk pemimpin-pemimpin UMNO, sebab itulah Najib telah berkata "Masa depan Melayu 'Gerhana' jika PR berjaya ke Putrajaya.. baca di (SINI)

Masa depan Pemimpin Melayu UMNO sebenarnya yang akan dilanda gerhana kerana negara kita akan kembali menggunakan satu undang-undang sahaja...ASD

*****************************************

Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menafikan pernah menerima habuan daripada syarikat gergasi kejuruteraan Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di Perlis lebih dua dekad lalu.

Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh beliau.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak berkenaan.

“Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan yang terdapat dalam laporan itu tidak berasas sama sekali dan berniat jahat,” kata Abdul Hamid dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Kata beliau, lembaga pengarah syarikat termasuk Ti Chee Liang yang dinamakan dalam kertas mahkamah Switzerland tidak menerima 7.5 juta franc Swiss (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom Malaysia mendapatkan kontrak membina loji jana kuasa di Perlis akhir 1990-an.

“Saya mengesahkan tidak ada sebarang wang diterima oleh ahli lembaga pengarah termasuk saya,” kata veteran Umno ini.

Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan untuk menganugerahkan kontrak adalah sebulat suara dan kontrak telah diberikan pada 30 November 1999 kepada ABB ketika beliau merupakan lembaga pengerusi. ABB kemudian dibeli oleh Alstom.

Beliau merupakan menteri besar Perlis antara 1986 dan 1995 sebelum dilantik sebagai pengerusi TTPC dari 1996 hingga 2005.

Abdul Hamid memberitahu bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan ke atas Alstom Malaysia oleh pihak berkuasa Switzerland.

“Sehingga hari ini, saya tidak dimaklum atau dipanggil oleh mereka untuk memberi apa-apa keterangan atau menyediakan sebarang butiran, saya terkejut pihak berkuasa Switzerland menuduh saya dan Ti mengenai salah laku, kewangan atau sebagainya.

“Oleh itu, saya teleh mengarahkan peguam di Switzerland untuk memulakan prosiding membersihkan nama saya,” kata beliau sambil menambah, “saya mengalu-alukan sebarang siasatan berkenaan dakwaan tidak berasas ini.

The Malaysian Insider

Read more ...

DAP TIDAK ANTI MELAYU!!! Anti UMNO bukan anti Melayu dan anti Raja



SHAH ALAM - DAP menjelaskan bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.


Penasihatnya, Lim Kit Siang ketika berucap pada Rapat Rakyat 2011semalam turut mempersoalkan 'tuduhan' Umno dalam Perhimpunan Agung Umno minggu lalu terhadap DAP.

"Mereka (Umno) buat tuduhan bahawa DAP anti-Islam. Adakah ini benar? Awal-awal lagi DAP ada mengumumkan bahawa kita sokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

"Mereka juga memfitnah bahawa DAP anti-Melayu. Adakah ini benar? Jika Pakatan Rakyat menang lebih kerusi pada pilihan raya nanti, akan ada orang yang rugi dan hilang kuasa. Adakah orang Melayu yang akan hilang kuasa? Siapa yang akan hilang kuasa, Umno yang akan hilang kuasa dan bukan orang Melayu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

"Saya ada petikan ucapan Muhyiddin apabila dia membuat serangan terhadap DAPdi mana beliau sendiri membuat soalan retorik dan mengatakan DAP mahu menubuhkan sebuah negara republik.”

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak lagi sesuai,” katanya.

Beliau mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti bila DAP mengeluar kenyataan begitu dan jika gagal, Muhyiddin perlu mohon maaf secara terbuka.


Sinar Harian

Read more ...

CABAR PENGECUT!!! Dah banyak kali Kamal Saidin dicabar berdebat, tapi mana dia berani


http://www.bharian.com.my/articles/Pejuangtaklobijadicalon/pix_gal0https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvj5Ar_cuxD5zNsOq21b_IVKGg_gN3FFBmvVkSfEg_Vc_NlmUm3c5LWM788m1t2j-MtuEXB2v1cNE-IQwM_rucEyllH6nS-4-45kn3_wWeJRy1T3D2QgRONjQcf5-JyJXvtAs09BKFd1FT/s320/logo+pas.jpg

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri.

“Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan.

Read more ...

TU DIA!!! Inilah jihad UMNO , musnahkan Melayu

Oleh : PUTERI BULAN



"Takkan hilang Melayu di dunia..." itu kata-kata Hang Tuah..(Pahlawan Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka)

"Takkan hilang UMNO di Malaysia...hilang UMNO maka nasib Melayu tiada terbela...nasib Islam entah apa cerita..." itu kata-kata si Hang Najib..(Pahlawan Melayu di zaman siber)

Puteri turut sedih..bukan sahaja meleleh ayaq mata...ayaq liuq...ayaq hidung pun sekali meleleh-lelehkan mengenangkan nasib agama dan bangsa melayu andainya UMNO hilang di Malaysia.


Sekali dengar...bak kata pahlawan...membujur lalu melintang patah...2 kali dengar...bak kata ulama...rindukan syahid Allah....3 kali dengar...bak gurindam tak beirama....alunan raja-raja lawak.


Puteri bukan menghina...apa tah mencela...tapi mari sama-sama kita singkap sejarah pemerintahan UMNO dan dah melebihi 50 tahun di Malaysia ini. Apakah yang telah UMNO buat untuk memartabatkan Islam dan menaikkan bangsa melayu.


Dari segi ekonomi, melayu berada ditangga tercorot berbanding bangsa lain. Gedung-gedung dan perniagaan-perniagaan besar milik bangsa asing, orang melayu hanyalah warunG-warung kecil tepi jalan, kalau ada yang besar-besar pun boleh dikira dengan jari..tak perlu guna culculator.



Sedangkan pemimpin UMNO kaya raya...punya perniagaan berjuta-juta, saham di sana sini, rumah umpama istana, bercuti ke luar negara ibarat seperti menyalin pakaian.

Apa lagi yang UMNO lakukan untuk membela bangsa melayu....sedangkan dalam kekalutan pelajar-pelajar melayu ketinggalam dalam pelajaran bahasa inggeris, sains dan matematik, pemimpin UMNO boleh mengubah sistem pengajaran pelajaran tersebut ke bahasa inggeris. Merangkak budak-budak tu..lebih-lebih lagi pelajar luar bandar. Cikgu pun cukup pening..dah la pelajaran bahasa inggeris dah cukup membebankan mereka..ni pulak nak guna bahasa tu dalam sains dan matematik. Ada pemimpin UMNO fikir tentang itu...sedangkan mereka ketika itu hanya berfikir income dengan memberi tender mencetak semula buku-buku sains dan matematik kepada kroni-kroni mereka...


Zaman Tok Det, hak keistimewaan pelajar melayu ke universiti dihapuskan...bila Kedah meletakkan kouta 50-50 untuk pembelian perumahan...UMNO guna kesempatan cucuk orang cina...yang kes Tok Det buat..pasai apa hampa senyap...tak kata apa...ini bela orang melayu ka..?


UMNO penaik harga barang, terutama barang makanan, rakyat terhimpit..kebanyakan orang miskin adalah orang melayu....UMNO tak fikiaq ka? dok fikiaq tokey-tokey besaq...kenapa? pasai depa bagi percent kat hampa..tu lah yang dok jaga sangat.


Kita tengok pulak..adakah agama Islam terpelihara sepanjang UMNO memerintah Malaysia.....

Ingat tak lagi, seorang pelajar dibuang sekolah semata-mata dia memakai serban ke sekolah. ( serban pakaian siapa..bukankah sunnah Nabi)....

Masalah sosial dikalangan remaja semakin kronik, pembuangan bayi menjadi masalah utama sekarang ini. Tapi UMNO masih ghairah menaja program hiburan, membenarkan pergaulan bebas, artis-artis menjadi idola dan pujaan...pendedahan aurat berleluasa...anak-anak pemimpin menjadi jaguh kasanova...girlfriend keliling pinggang..


Guru-guru agama ditangkap kerana mengajar tiada tauliah, kalau yang ada tauliah dituduh agen pembangkang, program hiburan diberi ruang yang luas di media massa sedangkan program keagamaan tak dan panas punggung dah habis.


Bantuan kepada sekolah agama disekat. Ada sekolah terpaksa ditutup sedangkan UMNO memberi pengiftirafan kepada sekolah-sekolah sukan..memberi peruntukan kepada sekolah penyayang..( bagi ruang kepada yang mengandung anak luar nikah..pi beranak situ )..memberi peruntukan sewajarnya kepada sekolah-sekolah yang kurikulumnya untuk dunia semata-mata, ajar menari, menyanyi...tapi sekolah-sekolah agama dituduh menjadi sarang pembangkang dan dinafikan haknya.


Bukan itu sahaja yang jelas tidak membela orang melayu dan agama Islam...malah di diri pimpinan mereka juga tidak ada satu nilai yang boleh diambil contoh untuk dijadikan ikutan mengikut acuan Islam.


Pemimpin yang mengamalkan rasuah, menggunakan wang rakyat untuk peribadi, pengurusan pentadbiran yang tidak telus, wujudnya sikap mengkayakan kroni-kroni sendiri, tidak adil, korup dan tidak bermaruah.


Agama Islam dipersenda, ulama-ulama dihina, orang-orang yang mengamal Islam dipandang rendah. Maksiat yang dilakukan oleh mereka ditutup serapat-rapatnya tapi rela menabur fitnah menjatuhkan maruah dan krebiliti orang lain.


Ambil Islam yang berkenan dihati, buang yang tidak secocok dengan diri. Islam diperintah bukan Islam memerintah..


Jadi...adakah rugi sekiranya UMNO ini tidak lagi wujud di malaysia dan apakah keuntungan yang kita dapat sekiranya mereka masih hidup di Malaysia...


Puteri : tepuk dada tanyalah iman...jangan buat silap..sekali kesilapan yang kita lakukan membawa padan untuk 5 tahun akan datang...


SELAMAT MERANAPKAN KEPINCANGAN....

Kedah La

Read more ...