Thursday, February 16, 2012

KAW-KAW PUNYA !!! Guna agama untuk kepentingan peribadi - Dr Asri bidas Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.

Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

“Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

“Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi,” katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai “mangsa” dan “alat” untuk tujuan peribadi.

“Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

“Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

“Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

“Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?” katanya.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Read more ...

MARI BACA!!!! 75 jasa UMNO / BN yang Pakatan tak mampu atasi

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.


2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang US
D395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

Rakyat Marhaen

Read more ...

SELEWENG RM 18.8 JUTA!!! Siasat segera bekas Bendahari UMNO Selangor

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.


“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek.

“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.

“Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.

Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

“Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,” jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.

Read more ...

PENJELASAN ANWAR!!! Menjawab fitnah dan sikap berpura-pura UMNO



KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.




Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.
Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Read more ...

TERKINI!!!! Lukisan kartun Jib Ah Gor dan Bik Mama dalam pameran di London menarik perhatian

Di Malaysia, politikus sediakan idea lucu untuk kartunis

"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya."

Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar (gambar kiri, sebelah kiri), kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya.

Malah ketika memberi ucapannya, Zunar berkata,
"Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun."

"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini, " katanya. Beliau juga menambah, "Penahahan saya di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah. Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah."


Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini berada London untuk pameran solonya di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London, dengan tema, "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun). Pelancaran pameran Zunar diadakan pada 6.45 petang, 15 Februari 2012 (waktu London).

Pameran solo Zunar yang pertama ini dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain. Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa. Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.


Antara penal jemputan yang diundang dalam majlis pelancaran pameran termasuklah Clare Rewcastle Brown, Pengasas
Radio Free Sarawak, dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr.Agnes Callamard. Lebih kurang 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Ketika berucap, Clare berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."

Malah, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia, yang menggunakan nama samaran Amir, berkata, "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat."


Robin, seorang jurutera komputer dari Belgium berkata, "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)."


Seorang pengurus IT di London, Andrew Tynan pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."


Adil Johan, pelajar di King’s College, London berkata, "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."


*Semua maklumat dan gambar di atas dibekalkan dari pejabat Zunar di London, dan dikemaskini oleh -
MerdekaReview.

Orang ni > Syabas dan tahniah buat Zunar yang berkarya dan berjuang demi perubahan Tanah Air...

Read more ...

RO$MAH MEMBIDAS!!! Bila tegas dituduh kawal suami

NONEIsteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, - Datin Seri Dr Rosmah Mansor hari ini membidas sikap dwi-standard masyarakat dalam perbandingan sifat-sifat di antara lelaki dan wanita.

"Sering kali apabila seorang wanita tegas beliau dilihat sebagai menyusahkan. Ada kalanya, beliau dituduh mengawal suaminya.


"Namun, apabila seorang lelaki menunjukkan sifat tegas, beliau dipuji dan dikatakan mempunyai keyakinan diri sendiri," kata Rosmah kepada kira-kira 250 hadirin yang terdiri dari wakil dunia korporat semasa ucaptamanya pada Forum Kepimpinan Wanita.


Beliau memetik perkara itu semasa menjelaskan mengapa tidak terdapat banyak wanita bertindak sebagai ‘game changers' atau ‘pengurup permainan' dalam perniagaan, seperti pengasas bersama Apple Steve Jobs, pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.


Katanya, walaupun separuh daripada penduduk dunia adalah wanita, namun peranan mereka adalah kecil.


Merujuk, majalah Time dan The Huffington Post baru-baru ini yang menerbitkan ruangan khas bagi ‘game changers' - hanya terdapat satu usahawan wanita di kalangan mereka - pengasas Code for Amerika, Jennifer Pahlka.

@@ KALAU KAWAL SUAMI UNTUK KEBAIKAN TAK ADA MASALAHNYA. MASALAHNYA , BUKAN KAWAL SUAMI UNTUK KEBAIKAN TAPI UNTUK HABISKAN WANG RAKYAT@@

Read more ...

PELIK SUNGGUH SPR!!! Nak guna dakwat berbeza warna pula, nak menipu la tu

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda Pas tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yang berbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umumakan datang.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata inikerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbezaini digunakan.


"Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalahpengundi yang berganda. Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan rayaumum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dandibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam dilaporkan berkata SPRmembuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa danundian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yangtelus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundipada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pulaadalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluargamereka.- Bernama

Read more ...

IKAN RAKYAT!!! Mula-mula je murah, lepas tu lebih mahal dari pasar biasa



PSSSTTTTT.... LAGI MAU SOKONG UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI?????... URUT DADA TANYA IMAN... CUIT MINDA TANYA AKAL LOGIK!!!!!..OMAK KAU

Read more ...

GAGAL ISU LIWAT!!! Mahathir guna isu Israel untuk fitnah Anwar


SHAH ALAM, 16 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengalihkan perhatian umum terhadap pelbagai masalah dihadapi Umno-BN ketika ini dengan membuat kenyataan Israel membantu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membekalkan butiran perdagangan antara Malaysia dan Israel.


Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, memang wujud hubungan perdagangan antara Malaysia dengan Israel tetapi cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Menurutnya, isu hubungan dagangan Malaysia-Israel telah lama dipersoal malah pada 7 November 2011 lalu Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah membantu dengan mengemukakan isu perdagangan Malaysia - Israel di Parlimen.

Malah menurut Chegu Bad sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir sememangnya telah sedia maklum berhubung hal tersebut.

"Semua sedia maklum fitnah Dr Mahathir terhadap Anwar sebelum ini telah gagal maka sekarang dicuba lagi untuk menfitnah dengan menggunakan isu Israel pula," kata beliau

Menurut beliau yang juga Ketua Cabang Rembau, Parlimen Malaysia telah diperakui sememang negara mempunyai hubungan dagang dengan Israel yang melibatkan syarikat Multy Nasional Corperations (MNC).

"Umum perlu sedar Malaysia ialah negara yang bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel dalam membekalkan minyak sawit. Berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel, ia telah wujud sejak 1967 lagi malah kemungkinan secara tidak lansung lebih awal dari itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Badrul Hisham berkata, sebagai orang lama dan licik politik, bekas Perdana Menteri memang bijak bermain politik persepsi dan kenyataan itu jelas bagi membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang terkapai-kapai dengan pelbagai pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin - Israel.

Jelasnya, ketika era kebangkitan kesedaran untuk menyokong perjuangan Palestin dan anti apartheid di Afrika Selatan dalam negara, Umno-BN terpaksa memperkenalkan akta larang perdagangan yang melarang perdagangan kerana takut populariti mereka merundum.

"Namun akta larangan perdagangan ini telah ditarik balik serentak dengan jatuhnya regim apartheid di Afrika pada tahun 1994. Kabinet di bawah Dr Mahathir lah yang membuka ruang dagang dengan Israel semula dengan mengambil kesempatan pada Mei 1994 apabila Parlimen meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

"Ia boleh menggugurkan larangan kepada Afrika Selatan sahaja tetapi begitulah liciknya politik Dr Mahathir tanpa sedar ia mengambil kesempatan membuka ruang berdagang dengan Israel secara terbuka," katanya.

Menurutnya, berdasarlan laporan Kesatuan Eropah, Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang bersungguh membantu ekonomi Israel.

Maka dengan itu, katanya, umum harus menolak kenyataan Dr Mahathir itu dan SAMM sebagai gerakan muda yang sering membuat pendedahan menegaskan tuduhan Dr Mahathir itu adalah salah dan fitnah semata-mata.


"Umum harus sedar perang anti Israel dan sokongan terhadap Palestin dalam negara ini hanya untuk mengaburi sokongan dalam negara semata-mata.

"Kita tidak harus lupa ucapan Dr Mahathir yang begitu bersifat perkauman dan anti Yahudi, anti Barat dalam Persidangan Umno yang telah mengundang rasa kurang senang Barat khususnya Amerika Syarikat.

"Mungkin ketika berucap itu Dr Mahathir lupa bahawa dalam dunia moden ini ucapanya boleh diikuti di seluruh dunia.

Panik dengan itu, maka Dr Mahathir telah menggunakan Heritage Foundation melalui Jack Abramoff dan telah membazirkan sehingga hampir RM40 juta wang negara untuk membolehkan pertemuan 'meminta maaf' dengan Presiden Amerika Syarikat dapat dilansungkan," ujarnya.

Beliau berkata, SAMM berharap umum khususnya generasi muda sedar akan perkara ini dan tidak terpengaruh dengan amalan fitnah Dr Mahathir yang sering menggunakan taktik sama bagi mengalihkan perhatian umum.

Read more ...

LOGO 1MALAYSIA!!! Nape tak letak logo UMNO je kat barangan tu

KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA SUDAH BERLAGAK LEBIH DIKTATOR DARI ZIONIS ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH!!!!.

PAKSA PENGELUAR BARANGAN KAWALAN GUNA LOGO 1M'SIA JIKA MASIH INGINKAN SUBSIDI!!!

SUNGGUH ZALIM DAN KEJAM PUNYA KERAJAAN!!!!! HAKKK....TUIH!!!!!


LEBIH SENANG BOH LOGO UMNO JE ...Admin

TIADA LOGO 1M'SIA TIADA LAGI SUBSIDI DARI KERAJAAN....
Pengeluar atau pengilang barang-barang kawalan seperti tepong gandum, gula dan minyak masak dipaksa menggunakan logo 1M'sia pada setiap bungkusan barang keluaran mereka jika masih inginkan subsidi diteruskan..Arahan berkuatkuasa mulai bulan ini juga..

PTUIH!!! ZALIM GILER BABI PUNYA KERAJAAN...

LAGI ZALIM PADA KERAJAAN ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH...

NEGARA ISRAEL PUN TAK PAKSA PENGELUAR DAN PENGILANG MENGGUNAKAN LOGO 1 ISRAEL PADA BARANG-BARANG KELUARAN MEREKA...

KERAJAAN UMNO 1M'SIA NI DAH GILER WEH!!!!!... WAJIB DITUMBANGKAN...

DALAM BERAGAMA PUN TIADA PAKSAAN..

TETAPI UMNO PAKSA SIAPA NAK BERNIAGA DIDALAM NEGARA INI SUPAYA GUNAKAN LOGO SLOGAN YANG DIILHAMKAN DARI 1ISRAEL....OMAK KAU

Read more ...

PAPA GOMO!!! Idola fitnah UMNO disaman lagi


Blogger Pro Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.


Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.


Photobucket

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.


Harakahdaily

Read more ...

HEBAT SPRM!!! Kalau libatkan Pakatan, siasat segera hanya berdasar laporan media



Walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM oleh orang awam dengan hanya berdasarkan laporan yang disiarkan oleh pihak media, SPRM telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kononnya wakil Pakatan Rakyat menuntut rebet 30% dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah..


Bila ia melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.. cepat saja mereka bertindak..

Dakwaan Rebet 30 Peratus, SPRM Mulakan Siasatan

ALOR SETAR, 16 FEB: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dengan menyoal siasat seorang ahli perniagaan berhubung dakwaan wakil Pakatan Rakyat menuntut 'rebet' 30 peratus dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah.

Pengarah SPRM negeri Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata pegawai-pegawainya telah mengujungi kediaman seorang lelaki berumur 55 tahun untuk menemubualnya.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan tersebut sambil menyatakan bahawa siasatan berkaitan dakwaan terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya lagi, SPRM akan menyiasat aduan daripada beberapa Organisasi kaum Cina yang didedahkan ketika sesi dialog bersama Presdien MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di Sungei Petani, Jumaat lalu.

Mohamad Yusoff berkata, suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan kerjasama dari parti MCA and Gerakan negeri terbabit, yang telah menerima aduan daripada beberapa organisasi kaum Cina mendakwa mereka telah diminta sogokan daripada peruntukan yang diterima.

"Kami telah memulakan siasatan, tetapi siiasatan tersebut berdasarkan dengan apa yang telah dilapoorkan oleh media. Kami sekarang sedang mengenalpasti persatuan-perstauan Cina yang telah mebuat aduan berkaitan kepada to MCA and Gerakan.

Kami perlukan persatuan terbabi tampil membanu siatan, Ini membolehkan kami untuk mengumpul bukti yang cukup untuk membuka kes," beliau dilaporkan sebagai berkata kepada akhbar The Star, hari ini.

Beliau menambah, SPRM akan mengendalikan siasatan berasingan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pemuda Gerakan.

"Setakat ini, tiada laporan berkaitan dibuat secara terus kepada SPRM oleh orang awam," ujarnya lagi.


Antarapos

Read more ...