Friday, December 16, 2011

DAH TERDESAK!!! Biasa nak baca akhbar kena beli RM 2.00, tapi baca Utusan dapat RM 5.00

BIASANYA kita perlu membayar untuk melanggan sumber berita dari portal-portal berita. Apa yang melucukan, Utusan pula terpaksa melakukan perkara yang sebaliknya. Jika anda sanggup baca Utusan, anda pula yang akan dibayar.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan bagaimana akhbar propaganda yang sudah tak laku ini terpaksa membayar orang ramai supaya membaca berita-berita propaganda yang dikeluarkan oleh mereka.

Jangan tak tahu! Jika anda bersetuju untuk menerima berita-berita terkini di dalam telefon bimbit anda yang dihantar oleh Utusan, mereka akan membayar RM5 dalam bentuk prabayar telefon.



Tak sangka sampai begini sekali mereka terdesak untuk menyebarkan propaganda. Orang buat akhbar untuk dijual, supaya dapat untung. Tapi Utusan buat berita dan bagi duit jika orang sanggup baca kah kah kah.

Inilah nasib akhbar propaganda tak laku. Nak suruh orang baca pun terpaksa bagi upah. Apa yang jelas, jika orang terima upah pun mereka tetap tak mahu baca Utusan sebab dah tau banyak berita tipu kah kah kah.

Persoalannya dari mana mereka dapat duit yang banyak untuk membayar pembaca-pembaca mereka? Nak tahu? Rujuk sini [SKMM]


ReJaM© "Adoi! Luculah diorang nih desperate tahap gaban kah kah kah..."


Read more ...

SIASAT PELAKON VIDEO SEMBANG RAKYAT!!! Nak tahu penglibatan Noh Omar dan UMNO?. Tapi polis nak siasat ka....

Laporan polis terhadap video Sembang Rakyat hina hudud dah dibuat, laporan kepada SKMM pun dah dibuat.

Namun setakat ini, polis dah siasat ka. SKMM dah ambil tindakan kah.

Jawapannya, tahu sendirilah . Kalau bukan UMNO dibelakang video itu dah lama kena buang di laman maya. Dah lama polis buat kenyataan tentang siasatan.

Tak perlu lah Noh Omar nak nafi , tindakan polis ini pun dah boleh diagak siapa dibelakang video tu.

Bukan payah pun kalau polis nak tahu siapa buat video hina hudud ini . Bukankah ramai pelakon yang terbentang muka mereka boleh disiasat.

Jika polis buat kerja , dari maklumat pelakon tu pun dah boleh tahu siapa dibelakang video itu.

Namun, tak perlulah mengharap siasatan serius dari polis kerana yang dibelasah dalam video tu adalah PAS dah hukum Allah.

Jika UMNO yang dibelasah, tak perlu laporan polis pun mungkin polis dah siasat, SKMM dah tutup video tu.

Jadi nak tahu betulkah UMNO dibelakang video Sembang Rakyat hina hudud lihatlah tindakan polis dan SKMM.


KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh.


"Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah.



"Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas "memelihara akidah" rakyat Selangor," kata Idris dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu.

Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar.

Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.

Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.

Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.

Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja.

Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris.

Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris.

Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh.

Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya.

Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat.

"Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah," katanya lagi.

Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA.

Read more ...

ASAL BUKAN UMNO (ABU)!!! Gelombang yang mengerunkan UMNO

Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.

Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.

Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.

Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.

Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun

Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.


NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.

Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.


Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.

'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.

"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.

'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.

Read more ...

FITNAH UMNO RASIS!!! Ini 'bukti' DAP anti Melayu, anti Islam


DAP Taiping mencipta sejarah lagi apabila mengadakan Majlis Berkhatan secara besar-besaran di perkarangan Masjid Eskpo di Taiping untuk tiga tahun berturut-turut.

Apabila Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin melemparkan tuduhan terbuka terhadap DAP dengan menuduh parti tersebut sebagai parti yang "anti-Melayu, anti Islam dan Anti Sultan",

DAP Taiping hari ini membuktikan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha licik UMNO tanpa asas untuk mengaburkan mata rakyat jelata demi melanjutkan talian hayat politik UMNO yang kini hanya disifatkan tinggal nyawa ikan sahaja.

Majlis penuh istiadat dan berwarna-warni ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang telah memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 dari potongan elaun Ahli Parlimen beliau sebagai tanda sokongan memupuk semangat muhibbah dan perpaduan Nasional.

Dalam majlis tersebut, lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 10 tahun telah menjalani upacara berkhatan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.

Upacara perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan perarakan yang diiringi oleh pasukan kompang dan pemancuhan air oleh kereta bomba dari unit pasukan keselamatan.

Turut hadir bersama pada Majlis tersebut adalah tetamu khas dan bekas Exco Agama Negeri Perak, Zainuddin bin Mohd Yusof, ADUN Aulong, Yew Tian Woh dan Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin Bin Abdul Aziz.

Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming telah menegaskan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat adalah parti yang berjuang untuk semua anak Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya masing-masing kerana Pakatan Rakyat bertekad untuk mewujud dan melakar landskap politik baru tanahair kita supaya menghancurkan politik perkauman yang didokong oleh parti perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO.

Nga Kor Ming berkata, bertentangan dengan dakwaan UMNO, apabila Pakatan Rakyat berjaya memenangai kerajaan Pulau Pinang, peruntukan untuk agama Islam telah meningkat 100% hingga ke RM24 juta jika dibandingkan dengan RM12 juta ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan sistematik tiap-tiap tahun kepada sekolah agama rakyat sebagai pengiktirifan terhadap sumbangan pendidikan Islam.

Beliau memohon restu dari kaum Melayu untuk memberi peluang lima tahun kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya supaya rakyat dapat membuat bandingan prestasi pentadbiran di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sebagai pengundi bijak, ia adalah sangat penting bahawa pengundi menggunakan kesempatan pilihanraya mewujudkan sistem kerajaan yang boleh saling berganti dan hanya dengan saingan sistem dwi-parti ini rakyat akan memperolehi manfaat yang paling besar.

"Kita sudah bagi BN menang 12 kali dan sepanjang 54 tahun, apa salahnya kita bagi peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk lima tahun?" tegas Nga.

Read more ...

SIAPA 'BIAWAK HIDUP'?!!! Kalau bukan Shahrizat ,UMNO lah 'Biawak Hidup" yang bebankan rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9CIkI_uMShtISin7SfVHhdZb-4R-rD4xtUgcPnqBB4fIeQKWr21xgo5F_s6qZaT08kRorUHwwmzoM-MAoO5I-J1qwa8W7bA6MLTfaZZPQaWlvX8SqiWExgvHe0Qcrt13j7gUT2LKu2cI/s1600/LidahBiawak.jpgKUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud kenyataan “memikul biawak hidup” ditujukan ke atas Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum, bukannya merujuk kepada anggota Kabinet dari parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Syed Ali, kenyataan beliau kelmarin berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat (gambar) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFC.

Projek NFC, yang menggunakan dana awam RM250 juta, dikendalikan oleh keluarga Shahrizat.

“Maka, sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini didakwa dituju ke atas Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada Umno dan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 sepertimana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, beliau bersama beberapa pemimpin Umno telah menegur Shahrizat berhubung isu NFC dan mendesak beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat, yang tewas dalam pilihan raya umum 2008, merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ini bermakna saya menghormati Shahrizat sebagai wanita dan pemimpin sayap kanan parti tetapi beliau harus mengakui bahawa isu NFC ini menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet,” jelasnya.

Beliau juga berkata, penjelasan Mohamad Salleh mungkin boleh membersihkan imej Shahrizat yang turut terpalit dalam isu tersebut.

Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan “membanjiri” pejabat Syed Ali di Jalan Peel di sini berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya “biawak hidup”.

Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara - gambar sila lihat di ( SINI )

Pertubuhan-pertubuhan berkenaan mendakwa Syed Ali tidak menghormati status wanita.

“Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,” tegasnya.

“Saya ingin jelaskan ini kerana ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tetapi niat saya hanya ingin mempertahankan institusi Umno, bukannya kepentingan peribadi individu tertentu,” tegasnya.

“Individu tidak penting pada saya, parti dan kerajaan yang lebih penting,” ujarnya.

The Malaysian Insider

Read more ...