Barisan kabinet yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul menepati
kata pepatah, "rumah siap pahat berbunyi". Rungutan, sungutan, rasa
tidak puas hati dan tuntutan wujud di sana-sini satu demi satu. Ia
berikutan keputusan Najib melantik Presiden Transperancy International,
Paul Low sebagai menteri dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai
timbalan menteri.
Perlantikan mereka bukan saja diragui, malah ada pihak yang merasakan
mereka juga layak menganggotai kabinet kali ini berikutan masing-masing
kononnya mendakwa telah memberi sumbangan kepada kemenangan BN.
Selain beberapa parti dalam BN seperti PRS dan SPDP yang meluahkan
secara terbuka rasa tidak puas hati sama ada atas jawatan yang diberi
atau kerana dipinggirkan sama-sekali, beberapa pihak yang diluar BN pula
tidak segan-segan mahukan mereka turut diberikan jawatan dalam kabinet.
Read more ...
JINGGA 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.
Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan RInggit Malaysia wang rakyat.
Read more ...