Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau,
Zuraidahh Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57,
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi
bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3
Mac lalu.
Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas
pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi
Syariah, Jaidi Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat
Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih
kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli
Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang
mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh
melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah
Dalam Syariah Negeri Perlis.