Wednesday, February 12, 2014

ABANG JOHARI TIDAK DILANTIK!!! UMNO melepas, peluang masuk Sarawak makin sukar


ANALISIS Pengumuman Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud secara tiba-tiba semalam dilihat sebagai pencegahan awal daripada sebarang tekanan Umno untuk pengganti jawatan itu.

Sebelum ini pengumuman itu dikatakan hanya akan dibuat pada Sabtu.

Taib bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng petang semalam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa pada 28 Februari.

Nama Adenan sebagai penggantinya juga dimaklumkan dimaklumkan pada pertemuan pada jam 3 petang itu.

Adenan akan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2014.

Read more ...

WAJAH SEBENAR!!! 2 Pemimpin UMNO yang sedang memimpin negeri


Read more ...

TAIB KATA UMNO PARTI RASIS!!! Pemimpin UMNO diam kecut, macai-macai menikus

PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin hairan kenapa tuduhan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bahawa Umno adalah parti rasis tidak dijawab oleh para pemimpin Umno.
 
Dalam posting terbarunya dalam blognya The Scribe, Kadir menulis apa yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.

Katanya, media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke Sarawak”.

Katanya lagi, ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik rasis” Umno berkembang di Sarawak.

Tambahnya, Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak perlu khuatir.

“Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics),” katanya lagi.

Beliau menambah  apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi tuduhan yang sangat berat itu?

Read more ...

DULU KEMAIN GARANG!!! Polis baru kenalpasti 2 individu ancam Teresa, PPIM terus nafi terlibat beri tawaran tampar Teresa

Tindakan kumpulan NGO Melayu yang melumurkan darah di atas sepanduk tertera gambar pemimpin pembangkang dalam protes minggu lalu. Gambar fail.















Polis telah mengenalpasti dua individu yang didakwa membuat ancaman jenayah terhadap MP DAP Seputeh, Teresa Kok.
Mereka akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan, lapor theSunDaily hari ini.

Akhbar itu melaporkan di akaun Twitternya bahawa polis juga akan memanggil Teresa untuk disoal siasat esok.

Semalam, polis telah menyoalsiasat tiga pelakon yang berlakon dalam video Tahun Baru Cina yang disiarkan Teresa di YouTube.

Kandungan video tidak disenangi oleh menteri-menteri Umno, dan beberapa NGO Melayu yang membuat laporan polis terhadap Teresa.


PPIM nafi terlibat beri tawaran tampar Teresa Kok

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil menafikan mempunyai kaitan dengan tawaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika perhimpunan menyembelih ayam minggu lalu.

Read more ...